Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

✔ Bab 23: Persoalan Hati. ✔

PAGI Itu Yahya memanggil Fikri kerumahnya, meminta Fikri untuk membantunya memeriksa keadaan sekeliling rumahnya.

"Besi tingkap tu macam kena umpillah Yahya." Ujar Fikri setelah melihat cermin tingkap.

"Aku nampak." Balas Yahya.

Dahinya berkerut. Wajah Fikri di pandang penuh persoalan.

"Pencuri ke?." Dia cuba meneka.

Fikri menggeleng kepalanya laju.

"No!. Ini bukan pencuri. I'm sure. Sebab kalau dia pencuri kenapa dia nak kena umpil tingkap ni? Dia bukan boleh masuk pun sebab tingkap ini ada besi. Melainkan kalau rumah ni tak ada tingkap Sliding." Ujar Fikri.

Dahi Yahya berkerut meminta pengertian.

"Kau expect apa?." Tanya Yahya.

Fikri terdiam. Takut untuk mengatakan apa yang terlintas difikirannya.

"Ada orang cuba nak intai kami?." Teka Yahya lagi.

Fikri menunduk sekilas sebelum memandang kembali wajah temannya itu.

"Sorry Yahya. Tapi itu je yang aku nampak." Tutur Fikri.

Yahya menggepal penumbuknya geram, seraya berpaling dari Fikri.

"Kurang ajar." Gumamnya.

"Dahlah... Zara tidur sorang dalam bilik tu." Getus hatinya.

"Kau agak ini kerja siapa?." Tanya dia kepada Fikri.

Fikri menjungkit kedua bahunya.

"Habis kita nak buat apa sekarang?." Tanya dia lagi.

"Kita cek belakang pulak." Ujar Fikri.

***

ZARA Menundukkan kepalanya.

"Sebenarnya Kak Laila. Petang semalam. Zara ada nampak kelibat orang dekat luar belakang rumah Zara." Tutur Zara.

"Habis. Zara bagitahu Ustaz Yahya tak?." Tanya Laila.

Dia menggeleng perlahan.

"Kenapa Zara tak bagitahu dia?." Seloroh Laila.

Zara mengeluh kecil.

"Zara cuma tak nak dia susah hati pasal Zara." Ujar Zara.

Laila meraih kedua tangan Zara dan dibawa ke ribaannya.

"Zara. Dia memang kena susah hati pasal Zara. He's your husband." Ujar Laila.

Zara menundukkan kepalanya.

"Zara tahu ni semua salah Zara. Tapi Zara takut kak Laila." Tuturnya menggenggam erat tangan Laila.

Laila menarik Zara kedalam dakapannya.

"Tak payah takut. Kami semua ada dekat sini dengan Zara." Tutur Laila.

_
WAJAH Zara yang sedang menunduk dihadapannya direnung lama. Mungkin kerana takut melihat air muka tegangnya. Fikirnya.

"Ustaz Fikri bagitahu saya... Isteri dia kata petang tu awak ada nampak kelibat orang dekat tingkap dapur. Betul?." Soal Yahya mendatar sahaja.

Zara menggigit bibir bawah. Matanya merenung lantai.

"Saya cuma tak nak susahkan ustaz." Tuturnya perlahan.

Yahya menghela nafas panjang. Dia menundukkan kepalanya.

Alasan yang begitu klise. Sukar rasanya dia mahu menerima alasan tersebut. Orang tersebut hampir sahaja mengintai isterinya jika dia tidak datang ketika itu.

Kepalanya yang berdenyut diurut perlahan. Dia terpaksa meminta cuti hari ini kerana merisaukan keselamatan Zara dan semalaman dia tidak tidur untuk menjaga Zara.

Dia kembali mengangkat pandangannya.

"Awak tahu tak? Bila perkara dah jadi macam ni. Ini lebih menyusahkan saya." Tutur Yahya.

Zara segera meraih kedua tangan suaminya.

"Ustaz.. Saya betul-betul minta maaf... Saya tak ada niat nak susahkan ustaz. " Tutur Zara.

Yahya melepaskan tangannya yang dipegang Zara. Dan menggenggam erat kedua tangan Zara.

"Ok. Tapi mulai dari hari ni. Awak kena tidur dalam bilik saya dengan saya." Ujar Yahya.

Zara terdiam mendengar permintaan Yahya.

"Tapi."

Zara cuba menyuarakan pendapatnya. Namun jari telunjuk Yahya sudah berdiri tepat diatas bibirnya.

"Shh... No but. Ini demi keselamatan awak. Saya akan kunci semula bilik tu. Apa-apa semua dekat bilik saya." Tutur Yahya lebih lembut.

Zara tidak mampu berkata-kata lagi. Kepalanya ditundukkan.

"And one more thing. Awak tak payah balik rumah lepas asar. Nanti saya ambil awak dekat madrasah bila saya balik kerja." Ujar Yahya lagi.

Zara tersenyum kelat.

Berat?. Ya, dia merasa berat untuk berkongsi bilik dengan lelaki itu. Bukannya tidak pernah. Di rumah orangtuanya mereka juga berkongsi bilik dan katil. Tapi itu biliknya, katilnya. Dan yang ini ialah bilik suaminya.

Tidak kisahkah Yahya berkongsi tilamnya dengan aku. Bagaimana dengan Ainul Mardhiah?. Bolehkah dia menerima semua ini?. Fikirnya.

Kenapa aku fikir macam ni. Dia suami aku, bukannya suami Ainul Mardhiah. Mengapa aku selalu sahaja memikirkan gadis itu?. Getus hatinya.

Namun disudut lain hatinya berkata.

Tidak Zara Azzalea. No matter what. Tak ada apa yang boleh merubah jalan cerita. Kau yang rampas dia dari Ainul Mardhiah. 

_
DUA Minggu telah berlalu. Peristiwa malam itu bagaikan mimpi sahaja.

Yahya dan berapa orang ustaz di Madrasah ada datang memeriksa sekeliling rumah para ustaz setiap malam. Namun tiada apa yang ditemui.

Zara pula sudah kembali seperti biasa. Rasa takutnya sudah mulai hilang.

Walaupun begitu. Yahya tetap tidak mengizinkannya untuk kembali tidur kebiliknya dan pulang selepas asar.

Rasa tertekan juga dengan sikap Yahya yang terlalu caring. Namun memikirkan lelaki itu ialah suaminya. Dia ikutkan sahaja. Dia yakin lelaki itu hanya mahukan keselamatannya terjamin.

PADA Pagi Sabtu. Zara Sibuk menyapu ruang tamu rumahnya yang tidaklah seberapa besar itu.

Sudah menjadi kebiasaannya. Pada hari minggulah dia akan membersih rumah, membasuh kain dan melakukan segala kerja rumah lainnya. Sebelum pergi ke rumah Laila untuk membantu Laila menjahit pakaian.

Kebetulan pula hari ini. Yahya ditugaskan untuk memberi ceramah di satu perkampungan yang agak jauh dari rumahnya. Jadi awal pagi pukul '07:00' suaminya itu sudah keluar dengan dibekalkan bihun goreng buatannya.

Zara mengerling kearah jam di dinding yang menunjukkan sudah pukul '09:40' pagi. Peluh didahi dikeringkan dengan tuala kecil diatas bahunya.

Baru sahaja dia mahu meneruskan kerjanya. Telefon pintar miliknya berdering. Dia bergegas menuju ke meja makan, di mana dia meletakkan telefon pintarnya disitu.

'Ustaz Poyo.' Nam yang tertera diskrin telefon pintarnya.

Nama tersebut masih tidak berubah. Itulah nama yang diberinya saat Mummy dan Daddynya meminta dia untuk menyimpan nombor lelaki tersebut.

Zara tersenyum melihat nama yang tertera diskrin. Dia menarik salah satu kerusi meja makan dan melabuhkan punggungnya. Ikon hijau dileretkan sebelum didekatkan dengan telinganya.

"Assalamualaikum...."

Senyuman Zara semakin lebar mendengar suara lunak itu di talian.

"Waalaikumsalam." Jawabnya.

"Awak tengah buat apa tu?. Dah pergi rumah Kak Laila?."

"Saya tengah kemas rumah ni. Kejap lagi pergilah." Tuturnya.

Bunyi sesuatu jatuh didapur mengejutkan Zara. Dia bingkas bangun dari tempat duduknya dan berlari kedapur.

"Zara. Awak ok ke?. Bunyi apa tu?."

Zara terdiam. Matanya tidak berkelip melihat pinggan yang diletak atas para ditepi dapur sudah berada diatas lantai.

"Saya ok." Tuturnya menipu.

"Are you sure Zara?."

"Sure." Jawabnya. Matanya tak lepas memandang tingkap dapur yang terbuka luas.

"No!. Saya tahu awak tak ok."

Seorang lelaki berpakaian hitam dengan wajah tertutup berdiri dihadapan tingkap tersebut. Bagaikan mahu luruh jantung Zara melihatnya. Telefon pintarnya terlepas dari genggamannya. Dia segera berlari masuk kedalam bilik dan mengunci pintu bilik tersebut.

***

ZARA Menggigil ketakutan. Wajahnya pucat lesi.

"Assalamualaikum..."

Zara mengangkat kepalanya mendengar suara Laila memberi salam.

"Kak Laila." Gumamnya. Air matanya diseka dan dia bergegas turun dari katil.

SEBAIK Membuka pintu. Zara segera memeluk tubuh Laila.

"Kak Laila.... Zara takut Kak Laila...." Tuturnya terketar-ketar.

Laila memeluk erat tubuhnya.

"Ya.. Ya... Kak Laila ada dekat sini." Tutur Laila, mengusap lembut belakang badannya.

_
YAHYA Meraup kasar wajahnya.

"Siapa punya kerja ni hah?."

Dia sudah mula hilang sabar. Dua minggu selepas malam itu. Langsung tiada khabar berita. Tetapi hari ini sekali lagi.

"Sabar Ustaz Yahya." Ujar Fikri menenangkan Yahya.

Yahya memandang wajah Fikri.

"Apa patut kita buat sekarang?. Patut ke kita pergi report polis sekarang?." Tanya Yahya meminta pendapat..

Fikri terdiam seketika untuk memikirkan keputusan yang bakal diambil.

"Kau kena bagitahu Ustaz Mansur dulu." Ujar Fikri.

Yahya terdiam seketika.

"I'll do anything for her." Tutur Yahya.

_

YAHYA Menghela nafasnya panjang sebelum mengetuk pintu bilik tersebut.

"Masuk." Kedengaran suara Ustaz Mansur dari dalam.

Perlahan Yahya menguak daun pintu bilik tersebut. Keluhan kecil keluar dari bibirnya apabila melihat sesorang sedang duduk membelakanginya dengan menghadap Ustaz Mansur.

"Ustaz Yahya." Gumam Ustaz Mansur.

Ustaz Mansur segera berdiri diikuti lelaki tersebut.

"Kebetulan awak datang. Ini saya nak kenalkan dengan awak. Tenaga pengajar baru yang saya bagitahu awak dua minggu lepas." Ujar Ustaz Mansur.

Membuntang mata Yahya saat melihat wajah lelaki tersebut.

"Ustaz Amir."

Dahi Yahya berkerut tidak mengerti.

"Ustaz Amir?." Getus hatinya

_
YAHYA Berdiri menghadap Amir.

"Mesti kau tertanya-tanyakan. Macam mana aku boleh diterima jadi ustaz dekat sini!." Amir bersuara sinis.

"Amir. Perkara ni bukan main-main. Ini pondok, bukan sekolah biasa." Ujar Yahya.

"Siapa kata aku main-main?."

Yahya memandang wajah bekas sahabatnya itu. Wajah Amir dipandang penuh persoalan.

"Kau boleh tak jangan libatkan orang lain dalam hal ni. Kau nak apa datang sini?." Tanya Yahya.

Amir tertawa sinis.

"Soalan yang bagus."

Amir berpaling dari Yahya. Udara yang segar dihirupnya sebelum kembali memandang Yahya.

"Pada mulanya memang tujuan aku datang sini untuk Ainul. Tapi sekarang dah berubah." Ujar Amir, seraya tersenyum sinis.

Yahya berpaling dari Amir. Benci melihat senyuman sinis lelaki itu.

"Aku mula sedar. Tak ada gunanya aku kejar dia sebab hati dia dah dimiliki oleh kau." Tambah Amir lagi.

"Jadi aku rasa. Mungkin aku tak akan kejar Ainul Mardhiah lagi. Sebab dia dah ada keputusan untuk hati dia. Susah untuk aku dapatkan hati dia. Aku ingat aku nak dekati gadis yang hati dia masih lagi berbolak-balik." Tutur Amir penuh makna.

Yahya berkerut dahi tidak mengerti.

"Apa maksud kau ni?." Tanya Yahya.

Amir tersenyum sinis.

"Zara Azzalea." Gumam Amir

Yahya bagaikan terkena panahan petir mendengar nama yang meniti di bibir Amir. Dia pantas mencengkam kolar baju lelaki itu.

"Kau jangan cuba nak apa-apakan dia!." Ujar Yahya mengetap bibirnya.

Pantas Amir menolak tubuh Yahya. Bajunya kembali dikemaskan.

"Come on bro. I like her. Trust me. Aku tak akan apa-apakan dia. Aku cuma nak dia tahu yang banyak lagi lelaki yang boleh hargai dia kalau kau tak hargai dia." Tutur Amir.

Yahya diam tak berkutik. Dia tidak tahu apa yang dirasakannya saat ini. Marah? Cemburu?. Entah. Dia tiada jawapan untuk itu.

"Kau jangan ingat aku tak tahu Lim . Kau tak pernah sentuh isteri kau kan!." Ujar Amir.

Yahya berpaling kearah lain. Nafasnya dihela panjang.

"Apa hak kau untuk bercakap tentang hal rumahtangga aku?."

"Aku bercakap mengikut apa yang aku tahu. Come on bro. Kita pernah bersahabat. Kau dah lupa?." Tutur Amir.

Flashback.

AIR Mata Yahya tumpah lagi membasahi pipinya.

"Aku berjanji dengan diri aku Amir. Aku tak akan sentuh mana-mana perempuan yang aku tak cinta." Tururnya.

"Walaupun isteri kau?." Tanya Amir.

"Aku tak akan kahwin dengan perempuan yang aku tak cinta. Aku tak nak rosakkan mana-mana perempuan lagi. Aku hanya akan kahwin dengan perempuan yang aku cinta dan aku akan bahagiakan dia." Tuturnya.

End Flashback.

Yahya terdiam. Ya, Memang betul apa yang dikatakan Amir. Sehingga kini dia tidak pernah menyentuh Zara kerana kata-katanya itu. Hanya kerana janjinya itu.

Kerana dia begitu yakin yang dia mencintai Ainul Mardhiah dan akan menikahi gadis itu.

Tetapi Zara?. Dia akui yang dia tidak mencintai gadis itu ketika dia menikahi gadis itu dahulu. Tetapi dia tidak tahu perasaan sebenarnya kepada gadis itu sekarang ini.

Dia mula berfikir. Jika benar dia mencintai gadis itu. Mengapa dia masih berkeras tidak mahu melepaskan Ainul Mardhiah kepada Amir.

Dan jika dia tidak mencintai gadis itu. Mengapa dia mesti merasa marah saat Amir mengatakan mahu mengambil gadis itu darinya.

TBC.

PS:

* Kalau ada typo or ayat yang tak tersusun dengan betul. Tegur di komen. Akan segera diperbaiki.

* Anggaplah perbualan yang mengandungi simbol ini (ccc) menggunakan bahasa cina. Sorry. Kerana i tidak tahu berbahasa cina. I just know "Ni hao ma" "Xie xie" "Wo Ai Ni".

_______________________________________
Comment & Vote Please.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro