Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

✔ Bab 22: Kelibat Orang. ✔

ZARA Berkerut dahi apabila melihat Yahya yang begitu ralit melihat skrin telefon pintarnya, sehingga tidak sedar langsung akan kehadirannya.

Dua mencapai alat kawalan jauh diatas meja.

"Ehem... Ustaz." Panggilnya.

Hmm... Sahut Yahya tanpa berpaling pun kearahnya. Telinga sebelah kanan Yahya disumbat dengan earphone.

Zara mengeluh kecil, seraya menjengah, melihat skrin telefon pintar suaminya.

"Ustaz layan Hindustan?." Spontan dia berkata.

(This Video On Yahya Phone Screen👇)

Yahya pantas menutup telefon pintarnya dan memandang Zara.

Zara tersenyum, seraya memeluk tubuhnya sendiri.

"Sejak bila ustaz layan hindustan?. Saya tak pernah tahu pun....." Usiknya.

Yahya membuang pandangan kearah lain.

Lekanya aku ni... Tengok! Kan dah kantoi. Yahya berkata dalam benaknya.

"Dah lama dah." Balas Yahya selamba, seraya kembali membuka telefon pintarnya.

Zara tersenyum mengusik, memandang suaminya.

"Ye ke?. Saya tak pernah nampak pun sebelum ni..." Usiknya lagi.

YAHYA Menoleh kearah Zara. Matanya mencerlung kedalam anak mata isterinya itu. Senyuman perlahan terukir dibibirnya. Seraya merapati wajah isterinya itu.

Dia berfikir. Mungkin dengan cara ini sahaja dia dapat menghentikan Zara dari terus mengusiknya.

"Awak nak apa sebenarnya ni?." Tanya dia berbisik.

Dapat dilihatnya pipi Zara yang mulai memerah.

Malu agaknya... Getus hatinya.

Mata Zara tidak berkedip memandang wajahnya dari jarak dekat.

Dia semakin galak mahu mengusik Zara. Pandangan dialihkan ke bibir isterinya dan perlahan dia memiringkan kepalanya ke kanan.

Zara segera berpaling kearah lain dan bergerak menjauhinya.

Dia tersenyum bahagia. Jujur dia turut merasa gemuruh, walaupun ia hanyalah ulahnya semata-mata untuk menghentikan isterinya itu dari terus mengusiknya. Tetapi bagaimana jika isterinya tidak berpaling tadi?. Apakah dia benar-benar akan mencium isterinya itu?.

ZARA Mengangkat punggungnya ingin pergi.

"Duduk sekejap. Ada perkara sikit saya nak cakap."

Zara tidak jadi untuk bangun.

Benda apa lagi dia nak cakap ni?. Dia tak tahu ke aku tengah malu ni. Kata Zara di dalam hatinya.

"Ustaz nak cakap apa?." Tanya dia.

"Mulai dari esok. Saya tak nak awak lalu ikut jalan depan lagi bila nak pergi ke madrasah." Ujar Yahya.

Dahinya berkerut memandang wajah suaminya.

"Habistu nak ikut jalan mana?." Tanya dia.

"Ikut jalan belakang." Ujar Yahya.

"Bukan jauh ke kalau ikut belakang?. Lagipun kan saya dah biasa jalan ikut depan. Apa masalahnya?." Tanya dia tidak mengerti kenapa suaminya tiba-tiba memintanya menggunakan jalan belakang.

"Sebab saya tak nak orang tengok awak." Ujar Yahya.

"Orang mana?. Laluan yang saya lalu... Kan memang laluan untuk Banat." Tutur Zara.

Yahya merenungnya tajam.

"Sekarang ni siapa suami?. Awak ke saya?." Tanya Yahya.

Darurat. Bukan selalu pun. Sempat Yahya berbisik dalam hatinya, setelah dia menggunakan kuasanya sebagai seorang suami.

Zara terdiam.

Gunakan kuasa pulak. Apa masalahnya jalan depan dengan belakang?. Sama je kan. Tak faham betullah... Rungut Zara di dalam hatinya.

"Ok... Saya ikut jalan belakang." Seloroh Zara.

Yahya mengukir senyuman.

"That my wife." Ujarnya sambil menggosok bahagian atas kepala Zara.

Zara menjeling Yahya. Rasa malunya sudah diganti dengan rasa tidak puas hati dengan Yahya yang menggunakan kuasa sebagai seorang suami.

_
PULANG Dari kelasnya. Zara meletakkan begnya dibilik dan terus kedapur untuk memasak makan malam.

Semenjak suaminya kembali berkerja di Al-Amin Travel. Mereka tidak minum petang bersama kerana suaminya akan pulang jam tujuh malam atau tujuh setengah malam. Kadang-kadang lepas maghrib baru pulang. Tetapi jarang sekali.

Setelah satu jam berperang didapur menyiapkan makan malam. Zara menjeling jam ditangannya.

Jam ditangannya menunjukkan pukul enam lima puluh.

"Almost done.. Almost done..." Tuturnya memberi kata-kata semangat kepada dirinya sendiri. Seraya menghabiskan kerjanya.

Setelah semuanya selesai. Dia mengangkat mangkuk sayur goreng dan dibawa keruang makan.

Tiba-tiba telinganya menangkap bunyi kaca pecah dari belakang rumahnya. Kerjanya terhenti. Laju kepalanya menoleh kebelakang. Matanya tepat memandang kearah tingkap yang terletak di tepi sinki. Jantungnya berdegup kencang.

"Siapa tu?." Dia bersuara memberanikan diri.

Dia melangkah perlahan memasuki dapur. Seraya menghampiri tingkap yang sedikit terbuka.

Ya. Allah. Kau jauhkanlah aku dari segala keburukan. Doanya didalam hati, saat langkahnya semakin hampir dengan tingkap.

Tidak ingin tahu apa yang didengarnya. Tangannya laju menutup tingkap tersebut dan menguncinya.

Namun matanya tetap tidak beralih dari cermin tingkap yang sudah tertutup rapat. Dia melihat jam di tangannya yang menunjukkan pukul '07:15'.

Manalah tak balik lagi ni. Getus hatinya. Dia mula rasa tidak sedap hati.

Namun belum sempat dia hendak berpaling dari tingkap, matanya menangkap kelibat hitam berjalan, melepasi tingkap.

Siapa tu?. Getus hatinya lagi. Lututnya bergetar ketakutan.

Dia berpaling dan segera berlari masuk kedalam bilik dan menguncinya.

Telefon pintarnya dicapai, seraya mendail nombor suaminya. Tidak sampai berapa detik, panggilannya dijawab.

"Assalamualaikum."

Rasa sedikit lega apabila mendengar suara suaminya dari dalam talian. Namun kelibat tadi masih bermain difikirannya.

"Waalaikumsalam... Ustaz dekat mana tu?. Lama lagi ke?." Tanya dia, sambil menggigit kukunya tanpa dia sedar.

"Saya ada depan rumah dah ni."

Dia segera berjalan menuju ke tingkap biliknya yang menghala ke perkarangan rumah.

"Kenapa?" Tanya Yahya dari dalam talian.

Dia bernafas lega melihat Honda Civic hitam milik suaminya sudah berada di luar. Dia mengabaikan soalan suaminya dan bergegas keluar dari bilik, seraya menunggu suaminya dimuka pintu.

Dia segera memeluk erat tubuh suaminya sebaik suaminya itu masuk kedalam rumah. Matanya terpejam sambil merehatkan kepalanya pada dada sang suami.

DAHI Yahya berkerut melihat tingkah Zara. Dia dapat merasakan pelukan Zara yang begitu erat dipinggangnya dan detak jantung Zara juga terasa berdegup laju.

YA, ALLAH. Terima kasih Ya, Allah. Tutur Zara didalam hati dengan mata masih terkatup rapat.

Nafasnya diatur kembali. Jantungnya kembali berdetak normal.

Yahya membalas pelukannya.

"Zara... Awak ok tak ni?." Tanya Yahya.

Suara Yahya segera menyedarkan Zara akan tindakannya. Dia segera meleraikan pelukan, seraya memandang wajah suaminya.

Yahya berkerut dahi meminta penjelasan darinya.

"Awak ok tak?." Tanya Yahya sekali lagi.

Dia terdiam. Seraya berpaling kearah lain.

"Apa kau buat ni Zara?. Apa pulak dia fikir nanti."

Dia memarahi dirinya sendiri dan kembali memandang suaminya.

"Saya ok." Tuturnya, seraya berpaling dari suaminya.

Namun Yahya memegang pergelangan tangannya. Langkahnya terhenti, seraya menoleh kembali kearah suaminya.

"Are you sure?." Tanya Yahya.

Dia tersenyum dan mengangguk laju.

Yahya melepaskan tangannya.

Dia segera masuk kedalam biliknya.

Yahya berkerut dahi.

"Macam tak ok je..." Getus Yahya.

_
YAHYA Termenung didalam biliknya. Dia tersenyum sendiri teringatkan peristiwa tadi saat dia pulang.

Namun perlahan senyumnya memudar.

"Betul ke dia ok?" Getusnya.

"Patut ke aku pergi tengok dia sekarang?." Getus hatinya.

_
ZARA Tidak dapat tidur dengan lena. Dia asyik terjaga mengingatkan peristiwa petang tadi.

Dia melihat jam di telefon pintar miliknya.

Menunjukkan pukul '01:30' pagi.

Zara bingkas duduk. Matanya terasa berat. Namun dia tidak dapat melelapkan

"Kenapalah susah sangat nak tidur ni?."Getusnya.

Tidak tahu mengapa. Dia merasa kesejukan walaupun sudah berselimut, jantungnya terasa berdegup laju.

Mengapa dia merasa seperti ini?. Adakah kerana bunyi hujan dan guruh yang berdentam-dentum di luar?. No!. Dia bukan seperti itu. Dia tidak takut dengan bunyi hujan dan guruh. Fikirnya.

Sedang dia berbolak-balik diatas katilnya. Dia terkejut saat mendengar bunyi sesuatu di tingkap biliknya yang menghala ke bahagian tepi rumah.

Dia segera duduk dan memandang kearah tingkap yang terletak diatas kepala katilnya itu.

Jantungnya semakin berdegup kencang, lututnya menggeletar apabila melihat bayang-bayang orang ditingkap. Dia turut mendengar bunyi tingkap itu sedang diumpil dari luar. Langsir yang menghalang pemandangannya, sesekali berterbangan ditiup angin kipas.

Dia mengundur kebelakang. Matanya tak lepas memandang tingkap tersebut. Tubuhnya menggigil ketakutan. Hujan masih lebat membasahi bumi.

"Siapa tu?." Dia bersuara memberanikan diri.

Suaranya menghentikan kerja orang tersebut. Namun bayang-bayang orang tersebut masih tetap kelihatan di tingkap.

"Siapa tu?." Dia bersuara lebih kuat lagi.

Orang tersebut kembali menyambung kerjanya mengumpil tingkap bilik tersebut, tanpa menghiraukannya.

"Siapa tu?. Kalau kau tak pergi sekarang. Aku panggil suami aku!." Ujar Zara.

Dia sendiri tidak sedar apa yang diucapnya. Dia hanya mahukan orang tersebut pergi.

Dia dapat melihat kerja orang tersebut sudah hampir selesai. Cermin terbawah tingkap itu sudah hampir terlepas dari besinya.

"Kau tak pergi. Aku jerit..." Teriaknya lagi ketakutan.

Orang tersebut semakin galak meneruskan kerjanya.

Zara memeluk lututnya di tepi dinding.

"Pergi!!!" Teriaknya sambil menutup kedua telinganya.

Air matanya mula keluar kerana terlalu takut.

Kaca tingkap tersebut terlepas.

"Pergi!!!!" Jeritnya sekuat hati.

Bunyi kaca tingkap yang pecah. Membuatkannya bertambah takut.

Wajahnya ditutup, seraya mula menangis ketakutan.

Sejurus itu pintu biliknya dibuka.

"Zara."

Zara mengangkat kepalanya, memandang Yahya dimuka pintu. Tangisannya terhenti. Wajah suaminya di pandang sekilas sebelum memandang kembali kearah tingkap bilik yang sudah terlopong bawahnya.

Bayangan orang sudah tidak lagi kelihatan.

Yahya yang turut mendengar bunyi kaca pecah. Segera naik keatas katil. Langsir tingkap diselaknya.

Dia menoleh kearah Zara dan segera menarik gadis itu kedalam pelukannya.

Zara kaku. Dia masih ketakutan. Baju suaminya di genggam erat. Tangisnya pecah didalam pelukan insan yang bergelar suami itu.

"Saya takut ustaz." Tuturnya menggigil.

Yahya mengusap lembut kepalanya.

"Shh... Jangan takut... Saya ada dekat sini." Pujuk Yahya.

Zara mengangkat kepalanya memandang wajah suaminya.

Yahya membalas pandangannya. Jemari Yahya menyentuh pipinya, mengusap air mata dipipinya.

"Awak tidur bilik saya ya..." Tutur Yahya lembut.

Zara mengangguk perlahan dan kembali memeluk suaminya.

TBC.

PS:

* Kalau ada typo or ayat yang tak tersusun dengan betul. Tegur di komen. Akan segera diperbaiki.

* Anggaplah perbualan yang mengandungi simbol ini (ccc) menggunakan bahasa cina. Sorry. Kerana i tidak tahu berbahasa cina. I just know "Ni hao ma" "Xie xie" "Wo Ai Ni".

_______________________________________
Comment & Vote Please.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro