Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

✔ Bab 2: Pertemuan. ✔

AKU Melemparkan telefon pintarku diatas tilam.

"Stressnya!!!!"Teriak aku sekuat hati.

Tangan aku gepal menjadi penumbuk.

How dare you Daddy?. Aku tahu Daddy sengaja je nak kenakan aku.

Bunyi ketukan di pintu bilik, diiringi dengan suara Puan Seri Mariam. Membuatkan hatiku yang sakit ini, bertambah sakit.

Langkah kaki aku atur untuk membuka pintu bilik.

Aku menayangkan air muka masam mencuka kepada Mummy aku yang sedang berdiri dihadapan pintu.

Puan Seri Mariam tersenyum melihat aku. Dia memandang aku dari atas ke bawah.

Aku menjulingkan mataku kesal. Aku sekarang ini mengenakan jubah berwarna biru terang bercorak bunga dengan selendang berwarna hitam yang aku letakkan sahaja diatas kepala sebagai syarat.

"Wow... You look so gorgeous my dear."Tutur Puan Sri Mariam.

Ergh.... Aku tahulah aku cantik, tak payah bagitahu pun, aku dah tahu aku memang cantik. But, seriously.. Aku rimas kot pakai kain langsir macam ni. Mummy ni pun satu langsung tak menyebelahi aku.

Aku menjeling Mummy. Kurang ajarkan aku?. Lantaklah... Peduli apa aku. Bukan salah aku. Mummy dengan Daddy yang salah.

"So?. Dah boleh pergi sekarang?"Soalku.

Mummy sekadar tersenyum. Mungkin kerana sudah terbiasa dengan sikap kurang ajarku.

"Sure. Jom. Daddy dah tunggu."Jawab Mummy.

Aku menjeling Mummy dan berpaling darinya.

Handbag dan handphone milikku aku ambil sebelum mengekori langkah Mummy.

_
DIA Berdiri kaku memandang adik perempuannya Lim Fang Ying.

Air matanya bergenang melihat wajah gadis itu.

Fang Ying berlari kearahnya dan memeluknya erat.

"Ying rindukan Abang (ccc)."

Air matanya jatuh mendengar luahan adik perempuannya.

Dia memeluk erat tubuh kecil adik perempuannya yang berusia 20 Tahun itu.

"Abang pun rindu Ying. (ccc)"Tuturnya.

Fang Ying melepaskan pelukan dan memandangnya.

"Bila abang balik? Kenapa tak bagitahu nak balik?(ccc)"

Dia terdiam seketika.

"Mama sihatkan?(ccc)"Dia balik menyoal sekaligus menukar topik perbualan.

Fang Ying mengangguk perlahan.

Dia mengukir senyuman. Kedua tangan adiknya diraih.

"Abang minta maaf. Abang balik ni pun atas urusan kerja. Abang akan pergi bila kerja abang dah siap. Tolong jangan bagitahu Mama yang abang balik ok.(ccc)"Ujarnya.

"But why?"Tanya Fang Ying Tidak berpuas hati.

"Ying please."Rayunya.

"Ok"Fang Ying akur dengan keputusannya.

Dia kembali tersenyum dan memeluk adik perempuannya.

"I love you and Mama so much."Luahnya sayu.

_
HARI Ini ialah hari terakhir aku menghadiri kursus umrah yang dianjurkan oleh Al-Amin Travell.

Selama 2 Hari berturut tanpa henti. Aku mendengar syarahan-syarahan dari Ustaz Halim. Tetapi belum ada satu pun yang benar-benar masuk kedalam otak aku. Semuanya yang ku dengar. Masuk telinga kanan dan keluar telinga kiri.

Bagai angin lalu.

Aku dengar orang-orang bercerita untuk hari terakhir ini. Ada seorang ustaz lain yang akan memberi tunjuk ajar. Ustaz itu juga dikatakan ialah ustaz yang akan membawa jemaah kami.

Sekaligus berkenalan lah kiranya.

Huh... Harap-haraplah Ustaz yang ini tidak bosan seperti Ustaz Halim yang tua dan serius itu.

Sedang aku duduk di tempat aku sambil menunggu waktu kelas bermula.

Tiba-tiba aku merasakan perut aku memulas-mulas. Aduhai!. Kenapa pulak ni?. Malas betullah.

Aku tak suka kalau dah masuk. Lepastu nak kena keluar balik.

Aku melihat sekeliling aku. Sementara Ustaz tak masuk kelas lagi. Aku rasa lebih baik aku pergi tandas dahulu. Nanti kena minta izin pula nak keluar.

Tanpa membuang masa. Aku mengangkat punggungku dan berjalan keluar dari dewan.

Akh perasan ada beberapa pasang mata melihat aku. Alahai... Dia orang ni pun. Macam first time nampak aku dekat sini. Tengok-tengok!. Aku pergi tandas je pun. Bukan nak ponteng. Kalau ya pun nak ponteng. Apa masalahnya? Ada aku kacau hidup kau?.

***

AKU Melihat jam ditangan kananku. Tergesa-gesa aku keluar dari tandas.

Aku pun tak tahu kenapa aku begitu tergesa-gesa. Mungkin kerana sudah terbiasa di kolej begitu.

Entah kesialan apa. Aku tergelincir dihadapan pintu keluar bilik air.

Namun nasib baik menyebelahiku apabila seseorang lalu dihadapanku. Laju sahaja tangan aku memaut lengan orang tersebut dan mengimbangkan diriku yang hampir terjatuh.

Aku bernafas lega dan memandang wajah orang yang baru aku paut tadi.

What?. Aku melihat orang tersebut atas bawah.


Dia seorang lelaki. Dari cara dia berpakaian dengan kopiah dan jubah. Macam Ustaz. Tapi tak akanlah, sebab nampak muda.

Boleh tahan handsome. Getus hatiku.

Dia memandang aku dengan wajah terkejutnya.

Aku baru menyedari yang aku masih memegang lengannya. Segera aku lepaskan lengannya.

"Sorry."Ucapku.

Dia segera mengalihkan pandangannya dariku dan berlalu.

What? Dia pergi macam itu je. Dia tak nampak ke bidadari depan mata dia ini?. Ujarku menunjukkan diriku sendiri.

Bajet Alim. Kalau kau tu Ustaz tak apa jugak. Tundukkan pandangan konon.. Cehh... Bebelku sendiri.

AKU Duduk di kerusi tempat duduk aku tadi.

"Bosan betul. Bilalah nak habis."Bebel aku perlahan.

Beberapa orang yang duduk didekat aku. Memandangku.

Aku hanya mengabaikan pandangan mereka. Ada aku kisah? Aku ada dekat sini pun bukan atas kehendak aku.

"Assalamualaikum. Maafkan saya kerana terlambat."

Aku menjulingkan mataku mendengar suara pengacara majlis yang bergema satu dewan.

"Ini dia saya nak kenalkan Mutawwif bagi jemaah anda semua. Ustaz Muhammad Yahya Lim dari Al-Amin Travell Kedah."

What the heck? Lim? Muallaf ke apa yang nak bawa jemaah kami ni.

Aku memandang ke hadapan untuk melihat wajah Ustaz yang dikatakan bakal membawa jemaah kami nanti.

Membulat mataku sebaik melihat mutawwif yang dimaksudkan. Lelaki sebentar tadi yang aku paut lengannya.

Seriously? Dia memang betul-betul Ustaz. Patutlah poyo semacam.

Usai kelas. Zara menghampiri Tan Seri Rahmat dan Puan Seri Mariam.

"Mummy. Kita dah boleh balik sekarangkan?."

Tan Seri Rahmat mengangkat jari telunjuknya.

"No! Kita kena jumpa Ustaz Yahya dulu."Ujar Tan Seri Rahmat.

"But why?"Soalnya tidak berpuas hati.

"Daddy nak jemput dia datang ke majlis doa selamat, hujung minggu ni."Jelas Tan Seri Rahmat.


Wait. Majlis doa selamat?. Aku tak tahu pun. It is too much... I hate you so much Daddy.

Aku merenung Daddy tajam.

"Daddy tak rasa teruk ke buat Zara macam ni?."Soalku.

T

anpa menunggu jawapan daripada Daddy. Aku berlalu pergi meninggalkan mereka di situ.

***

YAHYA Tersenyum mesra berkenalan dengan para jemaah yang bakal dibawanya nanti. Seorang demi seorang.

"Wei... Lim."

Satu suara tiba-tiba memanggilnya dengan nama lamanya.

Dia menoleh kearah orang tersebut.

"Amir."Gumamnya terkejut.

Amir tersenyum senget kepada Yahya.

"Hebat kau sekarang eah... Dari cina yang makan benda-benda haram. Hari ini kau nak bawa jemaah pergi buat umrah pulak."Kata Amir sinis.

Sejujurnya dia terasa dengan kata-kata Amir. Namun dia tetap tersenyum.

"Sekurang-kurangnya ada perubahan dengan hidup aku. Tak macam kau. Setiap hari kau habiskan duit yang parents kau bagi untuk berfoya-foya. Tiba cuti sem, kau berangkat ke Makkah, untuk kelabui mata parents kau. Tapi apa yang kau buat dekat Makkah? Jalan-jalan makan angin?."Balasnya lebih sinis lagi.

Wajah Amir merah menahan amarah.

"Listen here Syed Amir. Since kau jadi jemaah aku. Aku akan pastikan yang pemergian kau ke tanah suci kali ni lebih bermakna."Ujarnya.

Amir menuding jari telunjuknya ke wajah Lim.

"Aku belum habis dengan kau Lim."Ujar Amir memberi amaran.

"Jangan jadi budak-budaklah!"Ujarnya dan berlalu pergi meninggalkan Amir.

Amir menggepal penumbuknya geram.

_
MALAM Ini Zara dapat keluar bersama Melly dan Eryn. Setelah 3 hari tidak dapat keluar dari rumah.

"Wei... You pergi mana 3 hari akhir ni?."Soal Eryn.

Zara memutarkan bebola matanya. Rimas dengan sikap Eryn yang banyak bertanya.

"Boleh tak? You tak payah tanya pasal 3 hari akhir ni?. I dah ada depan mata you sekarangkan!"Ujarnya berang.

"Ok."Balas Eryn.

Kerana berjalan tidak memandang kehadapan. Dia terlanggar seseorang yang berjalan dari arah bertentangannya.


Aku memejamkan mataku kerana merasa sakit hati.

Aku bengang betullah!. Tak ada mata ke?. Benakku.

Aku memandang wajah orang yang baru sahaja berlanggar dengan aku tadi.

Mulut aku melopong, mata aku membulat kerana terkejut apabila melihat lelaki dihadapan aku ialah Ustaz Yahya.

Dia turut memandangku, mungkin kerana terkejut.

Namun tidak lama. Dia segera mengalihkan pandangan dariku dan berlalu melepasi aku.

Seriously Ustaz Yahya. You memang cari pasal dengan i. Depan kawan-kawan i. You buat macam tu.

RENTAK Muzik yang berdentam-dentum di kelab hiburan. Inilah yang jiwa mudanya sukakan.

Namun entah mengapa. Dia tidak merasakannya hari ini. Dia merasa bosan. Baru berapa minit menari. Dia sudah duduk kembali.

Eryn dan Melly yang dari tadi, tidak berhenti memerhatikan tindak-tanduknya. Turut berhenti menari dan menghampirinya.

"Zara. Are you okay?."Soal Eryn.

Dia menjeling Eryn.

"I Ok ke tak.. Apa you guys kisah!. Janji ada duit untuk you guys lepak. Kira oklah kan."Ujarnya kasar.

Eryn dan Melly berpandangan antara satu sama lain.

Zara menyandarkan kepalanya di sofa.

"Zara look at that guy."

Melly menunjuk kearah seorang lelaki yang sedang memandang kearah mereka.

Dia membuka matanya untuk melihat lelaki yang dimaksudkan Eryn.

"Wow... He's so hot. What are you waiting for Zara?."Giliran Eryn pula mencabarnya.

Dia memandang kearah Melly dan Melly.

"Bosanlah. Korang boleh tak bagi aku sesuatu yang baru."Balasnya sombong.

Melly segera berdiri.

Mata Zara dan Eryn memandangnya.

"Aku nak pergi tandas jap..."Kata Melly dan berlalu.

MELLY Memandang wajahnya didalam cermin.

"Aku benci kau Zara Azzalea. Berlagak!. Sombong!."Katanya dengan keras.

"Me too."Satu suara laim menyampuk.

Melly segera menoleh kebelakang.

"Eryn."Gumamnya terkejut.

Eryn tersenyum dan berjalan menghampiri Melly.

"Melly. Kita sama-sama benci dia. Tapi kita tak benci poket dia. Chill-lah beb... Ada masa, kita ajar dia cukup-cukup. I macam rasa yang dia tengah runsingkan sesuatu tu."Ujar Eryn.

Melly berpeluk tubuh.

"I saw. I rasa mula-mula dia ok je. Tapi.."

Mereka berpandangan antara satu sama lain. Seperti berfikir sesuatu.

"Mamat Alim yang dia langgar tadi."Ucap mereka serentak.

Senyuman terukir di bibir masing-masing.

MASUK Sahaja ke dalam perut kereta Alza putih milik Zara. Eryn yang duduk dihadapan segera membuka dashboard didepannya.

"You cari apa ni?."Soal Zara.

Namun tidak menegahnya kerana sedang menghidupkan enjen keretanya.

Eryn membawa beberapa kertas keluar dari dalam dashboard dan dia mula menelitinya.

"You ni Eryn. Memang tak tahu malu ya?."Sindir Zara.

"Oh my god."Gumam Eryn terkejut.

Zara menoleh kearah Eryn yang tiba-tiba menjerit.

"Melly you tengok ni."

Eryn kedengaran teruja dan memberikan kertas ditangannya kepada Melly dibelakang.

"What that?."

Melly meneliti kertas yang baru dihulurkan oleh Eryn kepadanya.

Melihat reaksi Eryn dan Melly. Zara segera merampas kertas tersebut dari Melly.

"Seriously Zara. I can't believe it. You nak pergi buat umrah."Ujar Melly teruja.

"Jadi inilah penyebab you moody?."Soal Eryn.

Zara memutarkan bebola matanya. Tiada apa lagi yang mampu disembunyikan. Dia mencampakkan kertas tersebut diatas dashboard.

"Exactly."Jawabnya sepatah.

Melly dibelakang sudah tersenyum lebar melihat wajah mencuka Zara.

"Ini semua plan my parent."Seloroh Zara dan menyandarkan kepalanya.

"So? Siapa lelaki yang langgar you tadi?."Soal Eryn.

Kembali membangkitkan isu lelaki tadi.

Zara menoleh kearah Eryn.

Ahh... Dia benci melihat senyuman Eryn yang seakan sudah tahu itu.

"That guy. Ustaz yang akan bawa jemaah i."Terangnya.

"You ada masalah ke dengan Ustaz tu?."

Soalan apa ni? Of course. Masalah besar.

Zara menjeling Eryn dan kembali menyandarkan kepalanya pada kerusi.

"Benci i tengok Ustaz tu. Poyo! Bajet Alim!."Ujarnya.

Melly tersenyum mendengar kata-kata Zara.

"Zara. Tadi masa dekat kelab. You ada kata yang you dah bosan dengan cabaran yang biasa kita bagi dekat you kan."Kata Melly.

"So?."Balas Zara.

"I rasakan Zara. Kita ada cabaran baru untuk you."

Zara menoleh ke belakang.

"What do you mean?."Soal Zara

"Kan you cakap. You boleh dapatkan mana-mana lelaki dengan petik jari je."Kata Eryn mengingatkan kata-kata angkuhnya.

Masak aku. Please. Jangan kata yang aku kena goda Ustaz poyo tu.

"Goda ustaz tu. Kita orang cabar kau!."Kata Melly.

Bagaikan mendung, menanti hujan.

Akhirnya aku dicabar menggoda satu-satunya lelaki yang mengalihkan pandangannya dariku.

"Serius ahh... Dia bukan taste i."Kataku masih cuba untuk mengelak.

"Come on Zara. You can dumped he anytime."Kata Melly.

Nampaknya aku tidak bisa melarikan diri lagi. Kata-kataku telah memakan diri sendiri.

"How long?"

Aku cuba berlagak seperti biasa.

"Di sebabkan dia Ustaz. Dan kau pula adalah salah satu jemaah dia. Kami bagi kau masa sampai kau balik dari Umrah."Ujar Melly.

Eryn sekadar mengangguk.

Matilah kau Zara. Siapa suruh berlagak lagi?.

TBC.

PS:

* Kalau ada typo or ayat yang tak tersusun dengan betul. Tegur di komen. Akan segera diperbaiki.

* Anggaplah perbualan yang mengandungi simbol ini (ccc) menggunakan bahasa cina. Sorry. Kerana i tidak tahu berbahasa cina. I just know "Ni hao ma" "Xie xie" "Wo Ai Ni".

_______________________________________Comment & Vote Please.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro