✔ Bab 19: Ego Dan Cemburu. ✔
WAJAH Suaminya yang sedang lena direnung penuh kasih.
Flashback.
Dia terjaga dari tidurnya dan menyedari suaminya tiada disisinya.
Dia segera bangun dari pembaringan. Merasa lega melihat suaminya yang sedang bersujud diatas sejadah.
Dia kembali berbaring dan menilik jam ditelefon pintarnya.
'02:00'
Awalnya dia bangun. Bisik hatinya.
Dia tersentak saat mendengar esakan suaminya.
"Jujur aku merinduinya. Ya, Allah."
Tidak tahu mengapa dia merasakan kalau yang dimaksudkan suaminya itu ialah Ainul Mardhiah.
Dia segera menarik comforter dan menutup sehingga kepalanya. Tidak mahu mendengar lagi.
"Di dalam empat tahun perpisahan kami. Tidak pernah sekalipun aku melupakan dia. Dialah wanita yang melahirkan dan membesarkan aku."
Senyuman terlakar dibibirnya saat mendengarnya. Rasa bahagia saat mengetahui yang wanita didalam doa suaminya bukanlah Ainul Mardhiah. Tetapi Ibu mertuanya.
End Flashback.
Zara memandang kearah meja disisi katil. Dia melihat telefon pintar suaminya terletak disana.
***
ZARA Menapak laju menuruni anak tangga. Dia menuju kearah Puan Sri Mariam yang sedang meletak pinggan-pinggan di atas meja makan.
"Mummy."
Puan Seri Mariam menoleh kearah anak tunggalnya itu.
(Salinan Zara 👇)
"Zara nak pinjam kereta Mummy boleh?." Pinta Zara.
Puan Seri Mariam mengerutkan dahinya.
"Zara nak pergi mana ni?. Mana Yahya?." Tanya Puan Seri Mariam.
"Tengah tidur lagi. Semalam dia tak boleh tidur. Zara nak keluar kejap jumpa kawan." Tuturnya.
"Jumpa kawan?. Dah bagitahu Yahya?." Tanya Puan Seri Mariam lagi.
Dia terdiam seketika.
"Dah."
Angguk dia laju.
"Hmm... Pergilah minta dekat Pak Mat."
Tanpa membuang masa Zara segera berlari pergi.
"Jangan berlari. Jatuh nanti." Teriak Puan Seri Mariam risau.
"Thanks Mummy." Laung Zara sebaik mendapatkan kunci kereta.
***
ZARA Melihat jam ditangannya untuk yang kesekian kalinya.
Mana Ying ni?.
Dia memanjangkan lehernya untuk mencari kalau-kalau adik iparnya sudah berada disitu.
"Assalamualaikum."
Suara garau menyapa gegendang telinganya.
Dia menoleh kearah pemilik suara yang sedang berdiri dihadapan mejanya.
"You again?." Gumamnya apabila melihat wajah Amir.
Dia menggalas beg tangannya dan bingkas bangun hendak pergi.
"Zara wait!"
Amir cuba menghalang jalannya.
Dia menghela nafas panjang.
"What do you want actually?." Tanya dia tanpa memandang wajah Amir.
"Have a seat first."
Amir memegang sisi bahu Zara.
Zara menarik bahunya kasar. Dia memandang tajam wajah Amir sebelum jari telunjuknya di tuding kewajah Amir.
"Don't dare to touch me."Ujarnya
Amir mengangkat kedua tangannya separas kepala.
"Fine. I'm sorry. " Kata Amir.
Amir menarik salah satu kerusi dimeja tempat Zara duduk sebentar tadi.
"Duduklah dulu. We need to talk." Kata Amir dengan harapan Zara akan menurutinya.
"No!. I stay here. You cakap lah apa yang you nak cakap." Tutur Zara menyilangkan kedua tangannya kedada.
"Zara. Kenapa kau ni sombong sangat hah?. Boleh tak kalau kau buang sikit sombong kau tu. Aku cuba nak berbaik dengan kau kan?."
"Seriously?. Nak berbaik?. Untuk apa ya?. Macam ni lah... Apa kata kalau you cuba berbaik dengan suami i dulu. Sebab i akan berbaik dengan semua yang baik dengan suami i." Tutur Zara penuh makna.
"Fine! Kau ingat aku nak sangat ke berbaik dengan kau?." Herdik Amir.
Dengan kerutan di dahinya Zara menoleh kearah Amir.
"Apa?. Eh! Dari cara kau pun. Aku dah boleh tahu lah kalau kau tu cintakan dia! Tapi kau masih tak dapat nak miliki hati dia walaupun dia tu dah jadi suami kau kan!." Ujar Amir sinis.
Bagaikan mata pedang tajam tepat menikam jantungnya apabila mendengar kata-kata Amir.
Ya. Amir benar Dia masih tidak dapat memiliki hati Yahya walaupun lelaki itu ialah suaminya.
"Aku cuma nak tolong kau untuk dapatkan hati suami kau. Tapi kalau kau tak nak. Terserah kau." Tutur Amir lebih rendah nadanya.
Zara membuang pandangan kearah lain. Matanya terasa bahang.
"You nak buat apa?." Tanya dia.
Senyuman terlakar diwajah Amir.
"Ok. Kau duduk dulu." Tutur Amir.
Zara menghela nafas berat, seraya melabuhkan punggungnya di kerusi.
"ZARA. Kau dengan aku sama. Kita dua-dua mencintai. Tapi sayangnya cinta kita bertepuk sebelah tangan." Tutur Amir.
Zara mengangkat pandangannya memandang Amir.
"Kau sanggup ke Zara tengok orang yang kau cinta bersama dengan orang lain. Apatah lagi Yahya tu suami kau." Tambah Amir lagi.
"You kata you nak tolong i?. Tapi kenapa i rasa macam apa yang you buat sekarang ni macam you tengah hasut i supaya benci suami i ." Zara balik bertanya.
Sejujurnya dia membenarkan apa yang dikatakan Amir. Namun dia masih waras untuk termakan dengan kata-kata lelaki itu. Dia duduk pun bukan kerana dia termakan dengan kata-kata Amir. Tetapi dia malas mahu memanjangkan keadaan.
"No Zara. Bukan macam tu. Aku betul-betul ikhlas nak tolong kau!. Aku nak bertanggungjawab atas apa yang aku dah buat pada kau. Aku punca kau kena kahwin dia dan sekarang kau jatuh cinta dengan dia. Tapi dia tak cintakan kau." Tutur Amir.
"What do you mean?."
"Kita kena bersatu untuk pisahkan suami kau dengan Ainul Mardhiah." Ujar Amir.
Zara terkejut mendengarnya.
"What?."
"Itu je cara yang kita ada. Kalau tidak kau terpaksalah terima hakikat yang hati dia bukan milik kau." Tutur Amir
Zara menghela nafasnya panjang.
"Tak apalah kalau macam tu. Terima kasih je." Tutur Zara, seraya hendak pergi.
"Zara." Amir lagi cuba menahannya.
"Kau dengar dulu plan aku. Tolonglah... Aku betul-betul nak bertanggungjawab atas apa yang aku dah buat pada kau."
Zara memandang kearah Amir.
"Amir. I tak fikir kita patut pisahkan mereka. Dahlah you tak payahlah nak fikir sangat... Lagipun apa yang berlaku ni bukan salah you semata-mata. I pun bersalah dalam hal ni. Kalau i tak masuk bilik dia. Rancangan you pun tak akan berjaya kan?. Jadi i yang akan bertanggungjawab atas apa yang i dah buat dan i layak untuk terima padahnya." Tutur Zara.
"Zara. Dia takkan nampak semua pengorbanan kau ni. Apa yang dia tahu dia tetap akan menikah dengan Ainul Mardhiah." Ujar Amir lagi.
"Cukup Amir. I won't do that. Keputusan i Muktamad." Ujar Zara.
Dia bingkas bangun dari kerusi dan berpaling hendak pergi.
Amir menggepal penumbuknya menahan amarah apabila pujuk rayunya tidak termakan oleh Zara.
"Zara!" Amir bersuara lantang.
Langkah Zara terhenti. Namun dia tidak menoleh ke belakang.
"Kalau kau tak nak tolong aku. Aku akan buat dia benci dekat kau!." Ujar Amir.
Zara menghela nafas panjang. Dia sudah menduganya dari awal. Amir hanyalah mahu mempergunakannya.
"I dah agak dah. You bukan nak bertanggungjawab pun. You cuma nak gunakan i je." Tutur Zara.
Sempat dia menjeling Amir sebelum pergi meninggalkan lelaki itu.
***
ZARA Berpelukan dengan Fang Ying sebelum mereka berpisah.
Serba sedikit cerita tentang suaminya yang dia korek dari adik iparnya, membantunya untuk dia mengenali diri suaminya itu dengan lebih dekat lagi.
Kelibat Fang Ying perlahan menghilang dari pandangannya.
"Zara."
Zara memandang wajah orang yang baru sahaja menyapanya itu.
"Faiq." Gumamnya.
Beberapa detik tergamam. Zara kemudian tertawa kecil.
"Kita asyik terjumpa secara tak sengaja je kan?." Tutur Zara.
"Itulah... Saya pun tak sangka boleh jumpa awak dekat sini. Awak buat apa dekat sini?. Sorang je?." Soal Faiq bertalu-talu.
Zara menguntum senyuman.
"Haah... Saya sorang je. Jumpa my sister in law kejap tadi. " Tutur Zara.
"Kebetulan. Saya pun sorang. Jom kita pergi cafe depan tu."
Kata Faiq menunjuk kafe yang tidak jauh dihadapan mereka.
Zara melihat kafe yang ditunjuk oleh Faiq.
"Bolehlah?. Lagipun saya tengah free ni." Tambah Faiq lagi.
Zara terdiam sejenak, mahu mempertimbangkan.
"Please Zara... Bukan senang saya nak free."
Pujuk Faiq dengan menyatukan kedua tangannya dihadapan wajahnya. Merayu agar Zara setuju.
Zara menghela nafas panjang.
"Fine." Kata Zara.
***
YAHYA Melangkah masuk ke pusat membeli belah. Matanya melilau mencari-cari kelibat isterinya.
Flashback.
Dia melabuhkan punggungnya dikerusi.
"Mummy. Zara mana?."
Puan Seri Mariam memandangnya pelik.
"Dia keluar jumpa kawan. Dia kata dia dah bagitahu Yahya dah." Tutur Puan Seri Mariam.
Bila pulak dia bagitahu aku. Benaknya.
"Dia pergi naik apa?. Dia pergi sorang ke?."
"Haah... Sorang. Dia pinjam kereta Mummy. Sorry Yahya. Mummy ingat dia betul-betul dah bagitahu Yahya." Tutur Puan Seri Mariam serba salah.
"It's ok. Actually dia memang ada bagitahu Yahya. Cuma dia tak kata nak pergi sendiri. Salah dapat informasi." Tuturnya menyeringai.
End Flashback.
"Mana kau pergi ni Zara?."
Puas dia berpusing satu Mall. Tapi dari tadi kelibat Zara langsung tidak dilihatnya. Dia membeli air kosong sejuk dan duduk dibangku untuk membasahkan tekaknya yang kering.
"Manalah dia ni?." Bebelnya.
Matanya masih melihat-lihat sekelilingnya. Mana tahu kalau dia ternampak isterinya.
Sesuai keinginannya. Dia melihat Zara yang sedang duduk disebuah kafe yang tidak jauh letak dihadapnnya.
"Wait. Dia ke tu?."
Matanya dikecilkan untuk mengenali sosok wanita itu.
Ya. Memang tidak dinafikan lagi. Itu ialah isterinya.
Yahya bingkas bangun. Tetapi apabila dia amati sekali lagi. Dia mendapati Zara bersama dengan seorang lelaki dan lelaki itu memang sangat familiar dimatanya.
Dia segera berpaling kearah lain sambil menggepal penumbuknya. Rasanya api kemarahannya sudah naik sampai keatas kepala. Sudahlah dia penat mencari isterinya, tetapi apabila dia berjaya menemuinya. Isterinya bahkan bersama dengan lelaki lain.
Botol air yang sudah kemek dibuatnya, dilempar kedalam tong sampah sebelum dia berlalu pergi.
_
SEBAIK Pulang kerumah. Zara menyerahkan kunci kereta kepada Pak Mat semula.
"Daddy." Dia menyapa Tan Seri Rahmat yang sedang duduk membaca surat khabar.
"Suami Zara mana?." Tanya Zara.
"Manalah Daddy tahu. Adalah tu dekat atas." Ujar Tan Seri Rahmat masih tekun membelek surat khabar.
"Thank you Daddy."
Dia segera berlari kearah tangga.
"Jangan berlari Zara." Laung Tan Seri Rahmat sempat lagi menegur Zara.
"Ok Daddy." Laung Zara sambil mendaki laju anak tangga.
ZARA Menarik nafas dalam-dalam sebelum menghembusnya kembali.
Perlahan dia menguak pintu biliknya.
Dia melihat suaminya sedang berdiri menghadap ke luar tingkap.
Zara masuk kedalam bilik dan menutup semula pintu.
"Baru balik."
Suara tegas sang suami, mematikan langkahnya.
Zara menghembus nafasnya perlahan dan tunduk menekur lantai.
"Sorry. Sebab tak minta izin ustaz nak keluar." Tuturnya.
Dia tahu itu silapnya.
Yahya berpaling menghadap Zara.
"Awak pergi mana tadi?."
Tanya Yahya menghampirinya.
Zara mengetap kedua bibirnya. Mahu atau tidak. Dia terpaksa jujur.
"Saya pergi jumpa Ying."
"You're lied!!!"
Tengking Yahya sehingga membuatkan Zara terkejut.
Zara tetap menunduk. Takut untuk mengangkat pandangannya.
"Saya tak tipu. Memang saya pergi jumpa Ying." Tutur Zara.
Yahya memejamkan matanya cuba menahan amarah.
"Fine. Awak dah jumpa Ying-kan tadi. Sekarang kemas barang-barang. Kita balik Pondok." Ujar Yahya.
Zara terkejut mendengarnya. Dia mengangkat pandangan, memandang wajah suaminya.
"Tapi kenapa?. Kita dah bagitahu Mummy dengan Daddy kan yang kita nak balik lusa."
"Tak payah!. Mummy dengan Daddy akan faham."
Ujar Yahya, seraya melangkah mahu pergi.
Zara memegang lengan suaminya itu.
"Ustaz nanti. Kenapa tiba-tiba?. Ustazkan dah janji. Saya belum habis lagi lepaskan rindu dekat Mummy dengan Daddy."
Tutur Zara dengan kepala masih menunduk.
Yahya merenung lama Zara.
"Jangan gunakan Mummy dengan Daddy sebagai alasan. Saya paling benci orang yang fake macam awak ni."
Ujar Yahya, seraya berlalu keluar dari bilik
Zara tersentak dengan kata-kata yang baru di ungkapkan Yahya. Air jernih mulai bergenang dikelopak matanya.
Apa salah saya?.
TBC.
PS:
* Kalau ada typo or ayat yang tak tersusun dengan betul. Tegur di komen. Akan segera diperbaiki.
* Anggaplah perbualan yang mengandungi simbol ini (ccc) menggunakan bahasa cina. Sorry. Kerana i tidak tahu berbahasa cina. I just know "Ni hao ma" "Xie xie" "Wo Ai Ni".
_______________________________________
Comment & Vote Please.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro