Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

✔ Bab 18: Birtdhay Ceremony. ✔

ZARA Bersama suami dan ibubapanya sedang menikmati sarapan pagi yang dibuat oleh Mak Timah.

"Yahya."

Yahya mengangkat pandangannya memandang wajah Tan Seri Rahmat.

"Petang ni. Kalau Yahya tak keberatan. Daddy dengan Mummy ingat nak ajak Yahya dan Zara ikut kami sekali ke Bukit Jalil." Tutur Tan Seri Rahmat.

Zara mengerutkan dahinya pelik.

"Ada apa dekat sana Daddy?."Tanya dia.

"Birthday ceremony Uncle Farhan." Ujar Puan Seri Mariam memberitahu.

Yahya menoleh kearahnya.

Dia menggelengkan kepalanya perlahan kepada suaminya.

"Tapi kalau tak boleh tak apa. Daddy faham." Tutur Tan Seri Rahmat tiba-tiba.

Dia dan suaminya menoleh kearah Tan Seri Rahmat.

Tan Seri Rahmat tersenyum kelat. Riak kecewa tampak jelas diwajahnya.

"It's ok Daddy. I'll go." Kata Yahya tiba-tiba.

Zara pantas menoleh kearah suaminya.

***

ZARA Memeluk tubuhnya berdiri membelakangi suaminya.

"Kenapa ustaz kena setuju kalau ustaz boleh tolak permintaan Daddy?."

"Sebab saya memang tak nak tolak." Balas Yahya.

"Penipu!. Ustaz setuju sebab ustaz kesian dekat Daddy kan?."

Yahya berjalan menghampiri Zara yang masih membelakanginya itu.

"Nope!."

"Habistu?."

Zara berpaling. Namun posisi Yahya yang begitu dekat dengannya membuatkan dia terkejut dan hilang keseimbangan.

Namun tangan kanan Yahya laju menarik pinggang Zara rapat dengannya.

Yahya tersenyum melihat air muka terkejut Zara.

"Saya ada sebab tersendiri yang awak tak perlu tahu, kenapa saya setuju nak ikut Daddy." Tutur Yahya

Zara terkebil-kebil mendengarnya.

Senyuman tipis terukir dibibir Yahya.

Zara pantas menolak dada Yahya dan menapak menjauhi sang suami.

Rasa malu menguasainya. Kepalanya tunduk menekur lantai.

Yahya tersenyum dan menapak perlahan mengahampirinya. Sengaja mahu mengusiknya.

Menyedari suaminya menghampirinya. Dia segera berpaling dan berlari keluar dari bilik.

YAHYA Tertawa kecil.

Tidak tahu mengapa. Dia suka melihat Zara demikian. Pemalu dan selalu mengelak dari bertentang mata dengannya.

Dia dapat melihat perubahan pada diri Zara. Hari demi hari gadis itu berubah menjadi orang yang baru dalam hidupnya. Zara tidak seperti gadis yang dia kenali pada awalnya.

Dia tersenyum sendiri apabila teringatkan pertemuan awalnya dengan Zara.

_
DATO' Mei Lin Bercekak pinggang melihat anak gadisnya yang masih lena didalam comforter-nya.

"Ying!!! Kenapa tidur lagi ni? (ccc)." Teriaknya menarik comforter yang menyelimuti tubuh anak gadisnya itu.

Fang Ying menarik kembali comforter darinya dan menutup tubuh hingga ke kepala.

"Sorry Mama. Ying penat. Mama pergi je lah sendiri (ccc)." Tutur Fang Ying dari dalam comforter.

Dato' Mei Lin melepaskan keluhan berat dan menggelengkan kepalanya berkali-kali.

Beginilah anak gadisnya. Semalam bersungguh berjanji mahu menemaninya. Tapi bila tiba masanya, berbagai alasan yang diberikan kepadanya.

"Fine. Mama mungkin balik lambat (ccc). Take care ok." Ujarnya sebelum berlalu pergi.

"Ok." Sahut Fang Ying dari dalam comforter.

Dato' Mei Lin melihat jam ditangannya.

"Oh my god. Aku dah lambat (ccc)."

Dia bergegas keluar dari bilik anak gadisnya itu.

_
TENGKU Farhan tersenyum menyambut kehadiran para tetamu undangannya.

"Tan Seri Rahmat."

Tan Seri Rahmat tersenyum melihat temannya itu.

Mereka berjabat dan berpelukan.

"Thanks for coming." Tuturnya kepada Tan Seri Rahmat.

"My pleasure."

Tengku Farhan tersenyum dan beralih kepada Yahya yang berada disisi Tan Seri Rahmat.

"Lim." Gumamnya spontan.

Tan Seri Rahmat berdehem kecil.

"Lim mana pulak ni?." Celah Tan Seri Rahmat.

Dia menoleh kearah Tan Seri Rahmat.

Tan Seri Rahmat memeluk bahu Yahya.

"He's my son in law." Tutur Tan Seri Rahmat memberitahu.

Berkerut dahi Tengku Farhan mendengarnya.

"Son in law?."

Tan Seri Rahmat sekadar menganggukkan kepalanya.

Tengku Farhan kembali kepada Yahya dan menghulurkan tangan untuk berjabat dengan Yahya.

Yahya tersenyum dan menyambut huluran tangan Tengku Farhan.

"Yahya."

"Ouh... Ya.. Nice to meet you." Tuturnya dengan senyuman kelat.

"Silakan masuk." Tuturnya lagi.

Keluarga Tan Seri Rahmat berlalu masuk kedalam.

Tengku Farhan mengerutkan dahinya pelik.

Fikirnya. Mana mungkin dia silap orang. Kerana dia sangat kenal dengan Lim Yi Fan dan dia masih ingat bagaimana rupa anak sulung kepada mendiang teman baiknya Dato' Lim Hook itu.

***

YAHYA Masih setia disisi Tan Seri Rahmat yang sedang beramah mesra dengan temannya.

Sesekali dia melihat kearah meja dimana isteri dan ibu mertuanya duduk makan.

"Assalamualaikum Tan Seri.."

Dia memandang kearah orang yang datang menyapa bapa mertuanya itu.

"Waalaikumsalam." Jawab Tan Seri Rahmat, seraya itu berjabat dan berpelukan dengan orang tersebut.

Dia turut memberi hormat dan berjabat dengan orang tersebut.

"Siapa ni Tan Seri?. P. A baru ke?." Tanya orang itu menunjuk kepadanya.

"P.A. baru apanya?. Ini menantu saya."

"Menantu?."

Tan Seri Rahmat tersenyum.

"Tak pernah tahukan?. Saya buat majlis kecil-kecil je. Tak ada bersanding pun. Jemput sedara mara je." Tutur Tan Seri Rahmat.

"Anak Tan Seri tak kisah ke?."

"Dia ok."

Yahya sekali lagi menoleh kearah meja tadi untuk melihat isterinya.

Dia melihat ibu mertuanya sudah tiada di meja tersebut. Yang tinggal hanya isterinya bersama dengan seorang lelaki dan seorang budak perempuan.

Yahya mengecilkan sedikit matanya cuba mengamati lelaki tersebut. Setelah diamatinya, dia sedar kalau lelaki itu ialah lelaki yang datang bertemu isterinya di rumah mertuanya tempoh hari.

D

ia melihat Zara yang kelihatan begitu ramah sekali melayani lelaki tersebut.

Amboi-amboi. Bukan main mesra lagi. Getus hatinya.

Dia berpaling kepada Tan Seri Rahmat

"Daddy. Yahya pergi cari Zara kejap ya?" Tuturnya.

"Hah... Pergilah.."

Yahya tersenyum kepada bapa mertuanya dan berpaling mahu menghampiri meja Zara.

Namun dia secara tidak sengaja melanggar seorang wanita dan wanita itu hampir jatuh kerananya. Namun kedua tangannya pantas memegang erat kedua sisi bahu wanita itu, cuba menahan wanita itu dari jatuh.

"Miss. Are you ok?." Tanya dia prihatin.

Wanita tersebut memandang wajahnya.

"I'm sorry miss. I tak perasan you. I betul-betul tak sengaja."Tuturnya dengan kepala menunduk.

"Lim."

Dia pantas mengangkat pandangannya saat mendengar suara wanita itu.

"Mama (ccc)."

Gumamnya terkejut.

Ya. Wanita itu ialah Mama-nya, Dato' Mei Lin.

Air matanya bergenang serta-merta. Dengan perlahan dia menundukkan kepalanya.

"Excuse me." Katanya dan berlalu melepasi Dato' Mei Lin.

AIR Mata Dato' Mei Lin perlahan jatuh dari tubirnya.

"I miss you Lim." Tuturnya perlahan.

ZARA Tersenyum melihat Faiq yang berlalu pergi.

"Senyum lebar nampak." Perli Yahya kasar.

Zara terkedu saat melihat Yahya yang tiba-tiba muncul.

"Seronok dapat jumpa kekasih lama?."

Tuduhan yang begitu berat sekali untuk Zara.

Zara segera berdiri.

"Apa ustaz cakap ni?."

Zara bertanya tidak mengerti.

"Kita balik sekarang." Ujar Yahya tanpa memandang wajah Zara.

"Tapi kenapa?. Ustaz yang nak datang sini. Lepastu?."

"Kalau awak tak nak balik sudah!. Biar saya balik sendiri." Ujar Yahya dan berpaling hendak pergi.

"Ustaz kejap."

Zara menahan suaminya.

Yahya menoleh kearah Zara.

Zara terkejut melihat genangan air ditubir mata sang suami

"Ok. Kita balik."Tutur Zara seraya mencapai beg tangannya.

***

HONDA Civic miliknya dipandu laju.

"Ustaz. Boleh tak bawa perlahan sikit." Tegur Zara yang sedari tadi mendiamkan diri.

Yahya menghalakan keretanya kebahu jalan dan menghentikan pemanduannya.

Zara terdiam kerana terkejut. Dia tidak mengerti. Sebegitu marah sekali kah Yahya apabila melihatnya berborak dengan Faiq tadi. Fikirnya.

Yahya tidak dapat lagi menahan air matanya yang ditahan sejak tadi. Dia meletakkan kepalanya diatas setereng kereta dan mula menangis.

"Ustaz ok ke?." Tanya Zara teragak-agak.

"Saya jumpa dia Zara." Tutur Yahya tanpa mengangkat kepalanya.

Dia? Dia siapa?. Benak Zara.

Dahi Zara berkerut tidak mengerti.

"Siapa?." Tanya Zara.

Yahya mengangkat kepalanya. Matanya yang berair memandang wajah isterinya.

"My mom." Kata Yahya.

Zara terkejut saat mendengarnya.

"Ustaz masih ada mak?. Sorry. Saya tak pernah tanya pun."Kata Zara seraya itu menundukkan kepalanya.

Yahya menundukkan kepalanya.

"You don't need to say that. Dia dah buang saya 4 tahun lepas." Tambah Yahya.

"What?." Spontan Zara bersuara tidak percaya.

Wajah suaminya itu dipandang.

Yahya meletakkan kepalanya dibahu Zara.

"I don't know how i'm going to explain this Zara. Sakit Zara. Sakit sangat..."

Zara turut merasa hiba melihat keadaan suaminya. Tangannya mengusap perlahan belakang badan suaminya.

"It's ok. I'll be there for you. Take your time." Tutur Zara memujuk suaminya.

TBC.

PS:

* Kalau ada typo or ayat yang tak tersusun dengan betul. Tegur di komen. Akan segera diperbaiki.

* Anggaplah perbualan yang mengandungi simbol ini (ccc) menggunakan bahasa cina. Sorry. Kerana i tidak tahu berbahasa cina. I just know "Ni hao ma" "Xie xie" "Wo Ai Ni".

_______________________________________
Comment & Vote Please.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro