✔ Bab 15: Kawan. ✔
SELESAI Solat asar. Zara mengemas barang-barangnya, bersiap untuk pulang.
Kalau di ikutkan hatinya. Dia mahu terus menetap sahaja di pondok. Jadi tidak perlulah dia makan hati dengan sikap suaminya. Namun bila dia fikirkan kembali. Dia tidak seharusnya berbuat demikian kerana ianya akan mengeruhkan lagi keadaan.
Tetapi sikap suaminya pagi tadi sahaja, sudah cukup membuatkan dia makan hati kerana lelaki itu baik-baik sahaja semalam dan bila sahaja Ainul Mardhiah pergi. Dia segera berubah. Tingkahnya seolah-olah dia tertekan dengan kepergian Ainul Mardhiah.
"Zara."
Suara Laila menyapanya
Dia memandang sekilas kearah Laila yang sedang berdiri disisinya.
"Kak Laila."
Gumamnya sambil meneruskan kerja mengemas barang-barangnya.
"Nak balik dah?."Tanya Laila.
Siap memasukkan barang-barangnya didalam beg. Dia segera berdiri menghadap Laila.
"Haah... Nak balik dah. Kak Laila ada apa-apa kerja untuk saya?."Tuturnya.
Laila mengukir senyuman. Kepalanya digelengkan perlahan.
"Tak ada."
"Kalau macam tu. Saya minta diri dulu. Assalamualaikum."
Zara bersalaman dengan Laila.
"Waalaikumsalam."
Jawab Laila dengan senyuman yang masih tidak lekang dari bibirnya.
Dahi Zara berkerut melihat senyuman Laila yang tidak seperti biasanya. Ia seperti ada sesuatu yang tidak kena. Namun dia hanya membalasnya seperti biasa dan berlalu pergi keluar dari surau.
"Kenapa dengan Kak Laila tu?."Getusnya perlahan sambil menyarung selipar dikakinya.
"Zara!."
Zara yang baru sahaja menyarung seliparnya. Terperanjat apabila merasakan tangannya dipegang seseorang. Dia laju menoleh kearah orang yang memegang tangannya itu.
"Ustaz."
Dia bertambah terkejut apabila melihat orang itu ialah suaminya sendiri.
Yahya tersenyum lebar memandangnya.
"Awak nak balikkan?."Tanya Yahya.
Dengan dahi yang masih berkerut Zara menganggukkan kepalanya.
"Kalau macam tu. Jom kita balik sekali sebab saya pun nak balik ni."
Tutur Yahya seraya itu menarik tangan Zara.
"Wait.."
Zara masih tidak berganjak dari tempat dia berdiri.
Yahya menoleh kearah Zara.
Zara memandang memberi isyarat mata kearah tangannya yang dipegang Yahya.
Tanpa berfikir panjang. Yahya kembali menghampiri Zara.
"Kenapa? Tak boleh ke? Berdosa?."Tanya Yahya bertalu-talu.
"Saya tak kata pun berdosa. Cuma"
Yahya meletakkan jari telunjuknya tepat diatas bibir Zara dan ianya berjaya membuatkan bibir Zara terkunci.
Membulat mata Zara dengan tindakan suaminya.
"Sambung dekat rumah."Ujar Yahya seraya itu menarik tangan Zara.
Dengan terpaksa Zara merelakan tangannya dipimpin oleh suaminya. Meskipun malu kerana dilihat orang sekeliling. Tetapi akan lebih memalukan jika dia terus bersikeras di situ.
SETIBANYA Dirumah. Yahya masih tidak melepaskan tangan Zara dan dia terus menuntun Zara ke meja makan.
Dia menarik salah satu kerusi dengan tangan kirinya dan mempersilakan Zara duduk.
Zara yang dari tadi berdiam, akhirnya membuka mulut.
"Ustaz apa ni?."Tanya dia.
"Saya suruh awak duduklah."Tutur Yahya.
Dahi Zara berkerut tidak mengerti.
"Untuk apa?."Tanya dia.
"Duduk je lah."
Akur dengan permintaan suaminya. Zara melabuhkan punggungnya dikerusi.
"Macam tu lah. Sekarang awak duduk sini diam-diam. Saya nak pergi dapur."Ujar Yahya.
"Ustaz nak buat apa?."Tanya Zara ingin tahu.
Yahya tersenyum mendengar soalan Zara.
"Ada kerja sikit nak buat. Awak duduk je sini diam-diam. Kejap lagi saya datang."Ujarnya.
Zara akur dengan kehendak suaminya.
SELEPAS Lebih kurang dua puluh minit Zara menunggu. Yahya akhirnya keluar dari dapur dengan membawa sebuah mangkuk kaca berisi 'Carbonara Cheese' dan diletakkan diatas meja.
Membulat mata Zara masakan Itali yang masih hangat diatas meja itu. Dia memandang wajah suaminya.
Yahya tersenyum memandang wajah terkejut isterinya.
"Tunggu sekejap. Saya pergi ambil air dalam ice box."Ujarnya kepada Zara.
Zara menghela nafas panjang. Dia masih tidak percaya melihat hidangan kegemarannya yang kini tersaji dihadapannya.
Tidak lama kemdian. Yahya kembali dengan jus oren Tropicana Twister yang telah diisi kedalam jag kaca.
Zara memandang lama wajah suaminya yang sedang menuang air didalam gelas. Jujur dia merasa senang melihat layanan Yahya kepadanya sekarang. Namun pada waktu yang sama. Dia juga merasa takut. Takut untuk berharap, takut akan terluka.
"Makanlah... Ini saya masak khas untuk awak."Tutur Yahya seraya itu melabuhkan punggungnya dikerusi berhadapan dengan Zara.
Zara melepaskan keluhan kecil dan menundukkan kepalanya.
"Maafkan saya ustaz kalau bertanya. Tapi kenapa ustaz buat semua ni?."Tanya dia.
Yahya memandang kearah Zara yang juga sedang memandangnya.
"Saya sebenarnya nak minta maaf Zara. Saya sedar yang saya dah layan awak teruk selama ni. Saya terlalu ikutkan perasaan, saya jadikan awak mangsa untuk lepaskan perasaan saya. Saya betul-betul minta maaf. Saya tak sepatutnya buat awak macam tu."Tutur Yahya.
Zara menunduk sekilas dan kembali mengangkat pandangannya, memandang wajah sang suami.
"Saya tak salahkan ustaz. Sebab saya sedar yang ini semua memang salah saya. Saya adalah punca ustaz dengan ustazah Ainul masih lagi tak bersama sampai sekarang. Saya rasa kalau saya yang berada ditempat ustaz. Saya akan buat lebih dari apa yang ustaz buat. Tapi Ustaz"
Zara menghentikan kata-katanya. Jiwanya memberontak, hatinya menolak untuk dia meneruskan ucapannya yang tergantung.
Dia menundukkan kepalanya dan dengan mata berkaca dia berkata.
"Saya janji yang saya tak akan jadi penghalang untuk hubungan ustaz dengan ustazah Ainul. Ustaz kejarlah cinta ustaz dan ustaz janganlah risau tentang saya sebab ustaz pun tahukan kita kahwin macam mana."
Perlahan bibir Yahya menguntum senyuman. Jujur. Dia merasa terharu dengan sikap terbuka Zara.
"Thank You Zara sebab faham saya."Tutur Yahya.
Zara tersenyum meskipun hatinya terluka melihat senyuman yang terlakar dibibir suaminya.
"Zara. Saya pun nak berjanji pada awak."
"Yang mulai dari hari ni. Saya tak akan ungkit lagi kisah yang dah lepas. Sebab saya nak kita berdua mulakan hidup baru."Tutur Yahya.
Zara terkebil-kebil mendengarnya.
"Saya nak kita sama-sama susah dan senang. Saya nak awak ada bila saya perlukan awak dan saya akan ada bila awak perlukan saya. Saya nak kita jadi kawan."Tutur Yahya.
Zara tersentak mendengar perkataan 'kawan' yang keluar dari mulut suaminya.
"Kawan?."Gumamnya.
Yahya menghulurkan tangannya untuk berjabat dengan Zara.
"Ya, kawan."
Air mata yang dari tadi ditahan, akhirnya tumpah membasahi pipi mulus Zara. Huluran tangan suaminya disambut mesra.
"Kawan."
Sedaya upaya dia mengukir senyuman dihadapan suaminya. Sedangkan dalam hatinya. Hanya Allah sahaja yang tahu betapa perit rasanya untuk dia menerima status 'kawan' didalam sebuah hubungan perkahwinan.
_
SEANDAINYA Ini adalah takdir yang telah kau tetapkan untuk aku Ya, Allah. Aku redha.
Meski tidak dapat memiliki cintanya. Namun memiliki kemaafan darinya itu sudah cukup bagi aku Ya, Allah.
Zara berdoa didalam linangan air matanya. Waktu hening itu dipenuhi dengan bunyi isakannya.
Selesai berdoa. Dia berbaring diatas sejadah tempat dia bermunajat. Dengan linangan air mata, dia terlelap kembali.
_
DIA Duduk disofa dekat ruang tamu. Dia begitu asyik menonton filem indonesia berjudul 'Ketika Cinta Bertasbih' yang sedang dimainkan kaca telivisyen.
Yahya yang baru keluar dari biliknya. Duduk melabuhkan punggungnya disisi Zara.
"Zara."
Hmm... Sahut Zara tanpa mengalihkan pun pandangannya dari kaca telivisyen.
Melihat Zara begitu fokus dengan filem yang dimainkan. Yahya memandang sekilas kearah kaca telivisyen.
"Zara. Ini filem dah berabad dah. Awak baru nak tengok ke?."Tanya Yahya.
Sakit juga hatinya, apabila Zara seperti acuh tidak acuh sahaja menyahut panggilannya.
Zara memandang kearahnya.
"Seriously?. Dah berabad?."Zara bertanya seolah tidak percaya.
Yahya mengerutkan dahinya pelik.
"Serious-lah Zara. Jangan kata ini first time awak tengok filem ni."Ujar Yahya.
"Seriously... Ini First time saya tengok filem ni. Ini cerita tahun berapa?."Tanya Zara.
Yahya tersenyum apabila perhatian Zara mula beralih kepadanya.
"2009. Tapi saya tengok filem ni tahun 2015. Kira lambat jugalah saya ni. Saya ada novel dia tau."Cerita Yahya.
"Novel?."Zara semakin ghairah untuk mendengar cerita suaminya.
Yahya menganggukkan kepalanya.
"Ainul Mardhiah yang bagi pada saya."
Senyuman dibibir Zara mati saat nama Ainul Mardhiah meniti dibibir suaminya.
Yahya tersenyum sendiri.
"Dia suka sangat dengan filem ni. Saya respect sangat dekat dia. Ciri-ciri dia, persis macam Anna dalam filem ni.
Dengan mata berkaca Zara menonton telivisyen yang kontennya sudah tidak lagi menjadi perhatiannya saat ini. Jujur. Dia tidak kuat untuk terus mendengar cerita suaminya. Namun dia cekalkan juga hatinya untuk tetap disitu mendengar sehingga suaminya habis bercerita.
Yahya tersenyum apabila mengenangkan kisahnya bersama Ainul Mardhiah. Dia kemudian menoleh kearah Zara.
Namun air mukanya berubah apabila melihat Zara sudah kembali memandang kaca telivisyen. Keluhan kecil dia lepaskan.
"Zara."
Dia bersuara lunak untuk menarik perhatian Zara.
Hmm... Sahut Zara seperti awal tadi.
"Tengok saya please."Pinta Yahya.
Zara tiada alasan untuk tidak menoleh kearah Yahya.
Yahya tersenyum saat Zara kembali memandangnya.
"Sebenarnya saya ada perkara nak bagitahu awak."Tuturnya.
Zara mengerutkan dahinya.
"Perkara apa?."Tanya dia.
Yahya merenung Zara lama.
"Tadi petang Daddy telefon saya. Daddy kata Daddy rindu sangat dekat awak."Tutur Yahya.
Zara menundukkan kepalanya. Dia bertambah sedih apabila mendengarnya.
Yahya mengerutkan dahinya melihat respon Zara.
"Ok. Nampaknya awak tak tertarik dengan apa yang Daddy cakap. Tapi saya boleh confirm yang awak mesti akan tertarik dengan apa yang saya cakap dekat Daddy."Tutur Yahya seolah mengusik Zara
Zara kembali mengangkat kepalanya, memandang wajah sang suami.
Yahya merenung lama kedalam mata Zara.
"Saya cakap..."
"Kita akan balik sana hujung minggu ni."
Mata Zara membulat saat mendengarnya. Perasaannya bercampur baur saat ini. Dan kerana terlampau gembira dia telah memeluk suaminya.
"Thank you Ustaz."Air mata yang dari tadi ditahan, tumpah membasahi pipinya.
Yahya terkejut dengan tindakan Zara. Namun dia hanya membiarkannya kerana dia merasa bersalah saat Zara mengucapkan 'Terima Kasih' kepadanya.
AKU Tahu aku tak sepatutnya buat benda ini. Tapi aku tak dapat nak halang diri aku dari melakukannya.
Ya, Allah. Demi dia ini yang aku cinta. Kau kurniakanlah kepada aku kekuatan untuk aku harungi semua ini dengan cekal Ya, Allah.
_
FANG Ying berteriak sekuat hatinya. Air matanya dibiarkan terus mengalir.
"I want my life back. I want to be with my mom and my brother too. I want to be happy like before."Teriaknya.
Dia duduk di tepi keretanya dan membenakan wajahnya ke lutut.
"Why me god?. Why me?."
TBC.
PS:
* Kalau ada typo or ayat yang tak tersusun dengan betul. Tegur di komen. Akan segera diperbaiki.
* Anggaplah perbualan yang mengandungi simbol ini (ccc) menggunakan bahasa cina. Sorry. Kerana i tidak tahu berbahasa cina. I just know "Ni hao ma" "Xie xie" "Wo Ai Ni".
_______________________________________
Comment & Vote Please.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro