Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

✔ Bab 14: Penyesalan. ✔

DIA Melangkah masuk kedalam rumahnya dan kemudian menguncinya dari dalam.

Tubuhnya terasa lesu dan tidak bermaya. Jasadnya disini, namun fikirannya jauh melayang, mengenangkan Ainul Mardhiah yang akan pergi meninggalkannya esok.

Dia mengerling kearah pintu bilik isterinya yang tertutup rapat.

Cahaya lampu bilik juga sudah tidak kelihatan dari bawah pintu bilik. Jam di dinding menunjukkan pukul 9 Malam.

Dia menghela nafasnya panjang.

Dah tidur agaknya. Getus hatinya.

Dia melangkah mahu menuju kebiliknya. Namun matanya secara tidak sengaja memandang sebuah mangkuk bertutup diatas meja makan.

Dia masak ke?. Getus hatinya.

Dengan rasa ingin tahu dan perut yang memulas minta di isi sesuatu. Dia menghampiri meja makan dan membuka penutup mangkuk tersebut.

Dia tergamam apabila melihat bubur nasi yang telah dingin itu.

"Bu.. Bu.. Bur..."Gumamnya.

Dia baru teringat permintaannya kepada Zara petang tadi.

Dia duduk di kerusi dekatnya dan meraup wajahnya dengan kedua telapak tangannya.

Perasaan bersalah menyelubungi hatinya.

"Ya, Allah... Apa aku dah buat ni Ya, Allah?."

Dia kembali mengangkat kepalanya dan memandang bubur tersebut.

"I'm sorry Zara. Saya betul-betul terlupa pasal bubur yang awak dah buat untuk saya ni."Tuturnya kesal.

_
LAILA Berpeluk tubuh. Sungguh dia merasa kecewa setelah mendengar apa yang diceritakan Ainul Mardhiah.

"Ainul. Kau sedar tak apa yang kau buat ni salah?."

Ainul Mardhiah mengerutkan dahinya tidak mengerti dengan soalan Laila.

"Salah?. Dekat mana yang salahnya?. Aku tak fahamlah."Jawab Ainul Mardhiah.

Laju Laila berpaling kearah Ainul Mardhiah.

"Sebab kau bagi dia harapan Ainul!."Ujar Laila.

Ainul Mardhiah semakin tidak mengerti dengan apa yang dikatakan Laila.

"Ainul. He's married."Tambah Laila lagi.

Ainul Mardhiah merenung tajam wajah Laila.

"So apa masalahnya?. I know he's married. Tapi lelaki kan boleh kahwin empat. Aku tak kisah bermadu sebab aku betul-betul ikhlas cintakan dia."Jawabnya.

Melopong mulut Laila saat mendengarnya.

"Habis macam mana dengan isteri dia?. Kau tak kesian ke dengan isteri dia?."Tanya dia.

Ainul Mardhiah berpeluk tubuh dan membuang pandangannya kearah lain.

"Dia tak cintakan Ustaz Yahya pun."Tutur Ainul Mardhiah.

"Mana kau tahu dia tak cintakan Ustaz Yahya kau tu?."

Laila balik bertanya.

Ainul Mardhiah kembali memandang kearah Laila.

"Laila. Kan aku dah bagitahu kau. Dia sendiri yang datang jumpa aku dan minta aku supaya terima suami dia. Kau rasa macam tu cinta ke?. Sanggup pujuk bekas tunang suami sendiri untuk kembali terima suami dia."

"Ainul kau tak duduk dengan mereka. Kau tak tahu apa yang dah jadi antara mereka berdua."Tutur Laila.

"Kau jangan risaulah Laila. Dia dah cerita semua pada aku. Walaupun mereka halal, tapi Ustaz Yahya tak pernah pun sentuh dia dan dia pun tak pernah tuntut hak dia dari Ustaz Yahya sebab dia kahwin dengan Ustaz Yahya semata-mata untuk tutup malu keluarga dia je."Ujar Ainul Mardhiah panjang lebar.

"Habis. Macam mana kalau sebenarnya dia tipu kau?."Tanya Laila.

Ainul Mardhiah mengerutkan dahinya tidak mengerti.

"Maksud kau?."

"Macam mana kalau dia buat semua ni semata-mata untuk bahagiakan suami dia?."

Ainul Mardhiah terdiam seketika, dia kemudian merenung tajam wajah sahabatnya itu.

"Kau ni kenapa hah sebenarnya?."Tanya dia.

"Tak adalah. Aku tengok kau tu..."

Belum lagi Laila menghabiskan ayatnya.

"Tak!. Sekarang apa masalah kau?. Kenapa kau nak kena tanya aku soalan macam tu?. Kau tahukan yang aku cintakan Ustaz Yahya. Kau tak suka tengok aku bahagia ke?."

Ainul Mardhiah bertanya emosi.

Laila terdiam dan menundukkan kepalanya.

"Ya. Aku memang nak tengok kau bahagia. Tapi bukan diatas air mata orang lain."Ujar Laila penuh makna.

Ainul Mardhiah menghampiri Laila dan merenungnya tajam.

"Kau kena ingat Laila. Kau bahagia dengan suami kau sekarang pun, diatas kedukaan orang lain juga dulu."Ujar Ainul Mardhiah.

Laila terdiam. Sungguh dia terkejut dan tidak menyangka kalau Ainul Mardhiah akan mengungkit kembali kisah lamanya.

"Dahlah... Aku balik dulu."

Akhiri Ainul Mardhiah. Dia memberi salam sebelum berlalu pergi meninggalkan Laila di situ.

Laila masih kaku ditempat dia berdiri, melihat Ainul Mardhiah yang menghilang pergi.

_
ZARA Termenung sendiri ditepi kolam ikan, sambil menghirup udara subuh sementara menunggu waktu kelas tiba.

Air matanya dibiarkan terus mengalir membasahi pipinya.

Sedang dia melayan perasaannya.

"Zara."

Satu suara lembut menyapanya.

Dia pantas menyeka air mata yang membasahi pipi dan kelopak matanya.

"Kak Laila."Gumamnya apabila melihat Laila.

Laila tersenyum kepadanya, seraya itu melabuhkan punggung disisinya.

"Buat apa sorang-sorang dekat sini?."Tanya Laila

Dia tersenyum dan kembali memandang kehadapan.

"Tak ada apa. Saje tengok-tengok ikan sementara tunggu waktu kelas."Jawabnya bersahaja.

Laila sekadar mengangguk perlahan.

Selang berapa detik.

"Hari ni Ustazah Ainul akan berangkat ke Mesir untuk tamatkan pelajaran dia. Zara tahukan?."

Laju Zara menoleh kearah Laila.

"Ye ke?. Saya tak tahu pulak."Jawabnya.

Berkerut dahi Laila mendengarnya.

"Suami Zara tak bagitahu ke?."Tanya dia.

Zara terdiam.

"Maaf. Kalau akak tanya. Zara tahu ke tak suami Zara pergi jumpa Ustazah Ainul semalam?."Tanya Laila.

Zara tersentak mendengar soalan tersebut. Ia membuatkan hatinya yang memang sudah terluka bertambah bertambah perih.

Dia menundukkan kepalanya dan menjawab tanpa memandang wajah Laila.

"Tahu."

Laila menoleh kearah Zara dan memandang lama anak muridnya itu.

Betullah cinta tu buta. Sebab itulah agaknya kau nampak apa yang aku nampak Ainul. Sekali pandang pun aku dah boleh tahu dia cintakan suami dia. Getus hati Laila.

"Zara."

Zara menoleh kearah Laila.

"Ya"Sahutnya.

"Kenapa Zara buat semua ni?."Tanya Laila.

Zara mengerutkan dahinya tidak mengerti dengan soalan yang diajukan Laila.

"Saya buat apa?."Tanya dia.

Laila mencerlung kedalam anak matanya.

"Kenapa Zara minta Ustazah Ainul untuk terima Ustaz Yahya semula?."Tanya Laila.

Kata-katanya mati apabila mendengar nama Ainul Mardhiah. Dia segera melarikan pandangannya ke arah kolam ikan.

"Sepatutnya dari awal lagi saya dah buat macam tu Akak. Tapi kerana kesilapan yang saya buat. Saya jadi takut untuk berhadapan dengan Ustazah Ainul."

Dia terdiam seketika. Dadanya terasa sebak untuk meneruskan kata-katanya. Namun dia tetap berusaha untuk mengatakannya. Kerana dia tidak mahu sesiapa pun tahu tentang perasaannya kepada suaminya.

"Lagipun Zara tak ada apa-apa perasaan pun pada Ustaz Yahya. Ustaz Yahya layak untuk bina kebahagiaan dengan wanita yang betul-betul ikhlas cintakan dia."Tuturnya.

Namun Laila tidak buta untuk melihatnya. Meskipun dia tidak berkata apa-apa, tetapi matanya yang berkaca menceritakan semua kepada Laila.

"Zara tak ada apa-apa perasaan pada Ustaz Yahya?."Tanya Laila menguji.

Zara terdiam memandang wajah Laila.

Laila mencerlung kedalam mata Zara.

"Akak dah agak dah. Memang Zara tak ada apa-apa perasaan pada Ustaz Yahya."

Laila diam memandang Zara.

"Tapi itu semua dulukan?."Tambah Laila lagi.

Zara terdiam.

"Zara sebenarnya dah mula sayangkan diakan?."Tanya Laila lagi.

Zara menundukkan kepalanya. Dia tidak mampu lagi menahan rasa sebaknya. Air mata yang dari tadi ditahan, akhirnya tumpah membasahi pipinya.

"Saya minta maaf Kak Laila. Saya dah cuba elak perasaan ni. Tapi saya tak boleh."Tuturnya sebak.

Laila turut merasa simpati saat melihat Zara mengalirkan air mata.

"Zara."

Zara mengangkat kepalanya memandang wajah Laila.

Laila tidak dapat menahan dirinya, lalu menarik Zara kedalam pelukannya.

Zara bertambah sebak. Dia melepaskan tangisnya dibahu Laila.

"Maafkan saya Kak Laila. Saya tak ada niat nak rampas Ustaz Yahya dari Ustazah Ainul dan saya tak ada niat pun nak sakitkan hati Ustazah Ainul. Saya cuma manusia biasa yang tak terlepas dari berbuat silap."Luahnya sayu.

Laila meleraikan pelukan. Dia memegang kedua sisi bahu Zara dan menatap mata gadis yang setahun lebih muda darinya itu.

"Zara. Kenapa Zara nak kena minta maaf?. Zara tak salah. Mencintai seorang insan yang bergelar suami itu adalah hak Zara sebagai seorang isteri."Tuturnya.

Zara meraih kedua tangan Laila.

"Kak Laila tolong. Saya merayu pada Kak Laila. Tolong jangan bagitahu Ustazah Ainul ataupun suami saya tentang perkara ni. Ini keputusan saya. Saya tak ada masalah kalau dimadukan. Asalkan keluarga saya tak tahu. Semuanya akan ok."Tuturnya.

Laila melepaskan keluhan kecil.

"Tapi Zara. Akak tak faham. Kenapa Zara nak kena seksa diri Zara sendiri?."Tanya Laila.

Zara kembali menunduk. Air matanya mengalir deras membasahi pipinya.

"Ini satu-satunya cara untuk saya tebus balik semua kesilapan yang pernah saya buat Kak Laila."Tuturnya sayu.

Laila terdiam. Ya. Dia tidak mampu melawan kehendak Zara. Namun jauh disudut hatinya, dia merasa kasihan melihat situasi Zara dan dalam masa yang sama dia merasa kesal dengan sikap sahabatnya dan Ustaz Yahya yang langsung tidak mempedulikan perasaan sebenar Zara. Sedangkan Zara berusaha gigih, untuk cuba menebus kesilapan yang pernah dia lakukan kepada mereka berdua.

_
SEMALAMAN Yahya tidak dapat tidur dengan lena memikirkan Zara. Perasaan bersalah terus bersarang didalam hatinya.

Selesai menunaikan solat subuh dia segera keluar dari bilik untuk melihat samada Zara sudah keluar dari bilik atau belum.

Dia mengerutkan dahinya pelik saat melihat sarapan sudah tersedia diatas meja makan.

Dia segera menjengah kedapur. Gelap. Mustahil isterinya masih didapur. Dia menjengah pula ke ruang tamu. Juga tiada.

Matanya terarah pula kearah pintu bilik isterinya yang tertutup rapat dan tanpa berlengah dia berjalan menghampiri bilik isterinya dan memulas tombol pintu bilik.

Pintu bilik tidak berkunci.

Dia menguak pintu bilik tersebut sambil matanya melilau keseluruh pelusuk bilik. Namun tiada apa yang didapatinya selain dari bilik kosong yang telah dikemas rapi.

"Mana dia pergi?."Getusnya.

_
KERETA Toyota Vios yang dipandu oleh Ustaz Mansur untuk menghantar Ainul Mardhiah ke lapangan terbang. Bergerak perlahan meninggalkan perkarangan besar pondok At-Taqwa.

Sejak dari tadi Yahya tidak memerhatikan Zara yang turut menghantar kepergian Ainul Mardhiah dengan berdiri jauh dihadapannya.

Dia sepertinya tidak mempedulikan Ainul Mardhiah yang akan pergi meninggalkannya.

Dari jauh dia melihat Zara berpaling dan berjalan menuju ke surau. Tanpa membuang masa. Dia bergegas mengejar langkah Zara.

DIA Teringat air muka suaminya sebentar tadi semasa menghantar pemergian Ainul Mardhiah. Meskipun hanya mencuri-curi pandang kearah suaminya. Namun dia dapat melihat air muka suaminya yang seperti tidak mahu berpisahan dengan Ainul Mardhiah. Sungguh ia membuatkan hatinya bertambah sakit dan tidak mahu langsung memandang wajah suaminya selepas itu.

Tanpa dia sedari. Air jernih perlahan mengalir membasahi pipinya. Namun dia segera tersedar, lalu menyekanya dengan tangan.

Please Zara... Jangan nangis. Dia bukan milik kau... Tutur benaknya, mengingatkan dirinya sendiri.

"Zara!."

AKU Terkedu mendengar suara yang sangat aku kenali itu. Aku perlahan mengangkat pandanganku dan memandang kearah pintu.

"Ustaz."Gumamku perlahan.

Dia memandang kearah aku dan aku terdiam seribu bahasa. Sejujurnya aku katakan aku tidak mahu bertentang dengannya saat ini. Kerana aku takut aku akan melepaskan tangisanku dihadapannya.

Aku bergegas mahu keluar, melalui sisi lain pintu surau.

"Zara."Teriaknya kecil memanggil namaku.

Aku tidak mempedulikan panggilannya dan melangkah keluar dari surau.

Tetapi sayangnya dia lebih cepat dari aku. Tangan aku berjaya diraihnya.

YAHYA Menarik Zara masuk kembali kedalam surau dan dibawa ke tempat solat wanita.

"Ustaz."Teriak Zara kecil.

Jujur dia agak terkejut dengan tindakan drastik Yahya. Tangannya yang di pegang Yahya ditariknya.

Dia mendongak memandang wajah Yahya yang begitu hampir dengannya itu. Pada waktu yang sama. Yahya turut merenungnya tajam.

Dia segera menundukkan pandangannya.

"Ustaz nak apa?."Tanya dia.

"Kenapa awak lari dari saya?."Tanya Yahya.

Dia membuang pandangannya kearah lain.

"Mana ada saya lari dari Ustaz."Tuturnya menafikan.

"Habis tadi tu apa?."

Tanya Yahya dengan ton suara yang agak tinggi.

Dia melepaskan keluhan kecil.

"Saya cuma takut orang nampak. Itu je."Tuturnya memberi alasan.

"Biarlah orang nampak. Kitakan suami isteri."Ujar Yahya.

Dia pantas mendongakkan kepalanya memandang wajah suaminya. Dia seperti tidak percaya dengan apa yang baru diucapkan suaminya. Namun tidak lama, dia cepat-cepat melarikan pandangannya.

"Pagi tadi. Kenapa awak tak minta izin saya dulu nak keluar?."Tanya Yahya.

Berkerut dahinya mendengar soalan dari sang suami.

Flashback.

Aku melihat dia sedang duduk disofa membaca buku. Senyuman aku ukir seikhlasnya dan berjalan perlahan menghampirinya.

"Ustaz.. Saya ada kelas. Saya nak minta izin keluar rumah."Pintaku.

Dia memandangku tajam.

"Zara. Lepasnikan kalau awak nak keluar rumah atau nak pergi mana-mana pun yang awak suka. Awak pergi je. Tak payah nak tunjuk baik. Nak minta izin saya kononnya. Sebab saya tak kisah pun kemana awak nak pergi."Ujarnya.

Jujur hatiku benar-benar terluka saat itu. Kalu tidak kerana aku fikirkan Mummy dengan Daddy. Sudah pasti aku pergi meninggalkannya.

End Flashback.

Dia kembali mendongak memandang wajah sang suami.

"Bukan Ustaz pernah cakap dengan saya ke yang saya boleh keluar pergi mana-mana pun yang saya suka. Tak payah minta izin Ustaz."

Tuturnya cuba mengingatkan kembali apa yang pernah diucapkan Yahya sebelum ini.

Kenyataan Zara, membuatkan Yahya terdiam. Kata-katanya telah memakan dirinya sendiri.

"Maaf Ustaz. Saya dah lambat. Saya pergi dulu. Assalamualaikum."Tutur Zara.

Dia berpaling mahu pergi. Namun Yahya menahannya dengan berteriak kecil.

"Zara."

Zara menghentikan langkahnya dan melepaskan keluhan kecil.

"Ustaz nak cakap apa lagi?."

Tanya dia tanpa berpaling pun kearah sang suami.

"Saya nak minta maaf dekat awak pasal semalam."Tutur Yahya.

AKU Kembali berpaling kearahnya. Apakah aku tidak salah dengar? . Aku bertanya pada diriku sendiri. Dia meminta maaf kepadaku?.

Tetapi untuk apa?. Aku masih tidak mengerti. Kenapa dia bertingkah pelik sekarang?. Adakah kerana Ainul Mardhiah meninggalkannya sehingga membuatkannya jadi begini?.

"Minta maaf?. Untuk apa ya?."Tanyaku.

"Sebab saya dah susahkan awak semalam. Saya suruh awak masak bubur dan lepastu saya keluar tanpa makan bubur yang awak dah buat untuk saya."Tuturnya.

Aku mengangguk perlahan kepalaku dan menunduk.

Ya. Hati aku benar-benar terguris semalam. Kerana kejadian semalam. Namun aku telah pun memujuk hatiku dan melupakannya kerana aku tahu Ainul Mardhiah adalah segala baginya.

"Tak apa. Saya faham. Lagipun Ustazah Ainul kan orang yang penting dalam hidup Ustaz. Ustaz kena dahulukan dia."Tuturku.

YAHYA Menggelengkan kepalanya berkali-kali dan melangkah menghampiri Zara.

"No Zara! It's not like that. I just"

Zara menapak kebelakang menjauhi Yahya. Kerana dia takut, dia tidak dapat mengawal emosinya.

"Maaf ustaz. Saya betul-betul dah lambat. Kita jumpa dekat rumah ya. Assalamualaikum."

Akhirinya dan berpaling pergi meninggalkan Yahya sendiri.

Yahya melepaskan keluhan berat, seraya itu meraup wajahnya dan melihat Zara yang pergi meninggalkannya.

TBC.

PS:

* Kalau ada typo or ayat yang tak tersusun dengan betul. Tegur di komen. Akan segera diperbaiki.

* Anggaplah perbualan yang mengandungi simbol ini (ccc) menggunakan bahasa cina. Sorry. Kerana i tidak tahu berbahasa cina. I just know "Ni hao ma" "Xie xie" "Wo Ai Ni".

_______________________________________
Comment & Vote Please.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro