✔ Bab 13: Dua Hati. ✔
TELINGA Yahya menangkap bunyi orang sedang membuat kerja didapur saat dia keluar dari biliknya. Dia menjengah sedikit kepalanya kehadapan untuk melihat pintu bilik Zara. Bibirnya menguntum senyuman saat melihat pintu bilik tidak tertutup rapat, kerana ia menandakan yang Zara tiada didalam biliknya.
Tanpa membuang waktu, dia menarik rapat pintu biliknya dan melangkah menuju kedapur.
Zara begitu asyik membasuh sayur salad disinki. Sehingga dia tidak sedar Yahya masuk kedapur.
Yahya semakin menghampiri Zara, apabila kehadirannya didapur masih belum disedari Zara.
"Assalamualaikum."
Sapanya dekat dengan telinga Zara.
Zara berpaling kebelakang kerana terkejut. Dadanya diurut perlahan saat melihat wajah Yahya.
Yahya tersenyum melihat reaksi Zara.
Kerana masih belum terbiasa dengan situasi tersebut. Yahya mengalihkan pandangannya kearah sayur salad yang berada di tangan Zara.
"Nak buat apa ni?."
Tanya dia dengan senyuman yang tidak lekang dari bibirnya.
Zara terpana, matanya tidak berkedip menatap wajah suaminya yang dihiasi dengan senyuman. Soalan Yahya dibiarkan tanpa jawapan.
Selang berapa detik. Apabila menyedari soalannya dibiarkan tanpa jawapan. Yahya kembali memandang wajah isterinya.
Zara segera tersedar dari lamunannya saat mata Yahya menatapnya. Cepat-cepat dia mengalihkan pandangannya kearah sayur salad ditanganny.
Yahya tersenyum nipis dan kembali memandang sayur salad disinki.
"Awak nak buat ni?."Yahya kembali mengulangi soalannya tadi.
Zara tersenyum.
"Saya nak buat sandwic salad."
Beritahunya sambil berpura-pura sibuk membasuh salad. Namun pipinya yang memerah kerana malu, tidak dapat disembunyikan.
Yahya tersenyum melihatnya
"Buat lebih sikit. Saya pun nak jugak."Tutur Yahya.
Zara menoleh kearah Yahya.
"Sure. Of course."
"Thank you."Balas Yahya.
Matanya memandang tepat kedalam mata isterinya yang juga sedang menatapnya.
Zara yang terlebih dahulu menyedari dia sedang berbalas tatapan dengan suaminya. Cepat-cepat mengalihkan pandangannya kearah sayur disinki.
Yahya turut tersedar saat Zara melarikan pandangan darinya. Rasa kekok menguasainya.
"Urm.... Awak nak saya tolong apa-apa ke?."Tanya Yahya untuk menghilangkan rasa kekoknya.
Zara memandang sekilas suaminya.
"Urm..."
Zara memandang sekelilingnya, untuk melihat kalau-kalau ada kerja untuk Yahya.
Namun jantungnya tidak mahu memberi kerjasama. Ia terus berdegup kencang.
"Tak ada kowt... Tak apalah. Ustaz tunggu je lah dekat meja."Tutur Zara.
"Urm... Ok..."Balas Yahya.
Dia cepat melangkah meninggalkan dapur, kerana masih terasa janggal dengan situasi tadi.
Zara tersenyum sendiri dan meneruskan kerjanya.
_
YAHYA Tersenyum sendiri teringatkan kejadian didapur rumahnya pagi tadi saat dia dan isterinya bertentang mata.
Dia menghela nafasnya panjang dan memeluk tubuhnya. Dia merasa tenang, sama seperti air sungai yang sedang mengalir tenang dihadapannya saat ini.
"Ustaz Yahya!!!"
Dia pantas menoleh kebelakang apabila mendengar orang berteriak memanggil namanya.
Dia mengerutkan dahinya pelik apabila melihat Umar berlari menghampirinya.
Umar seorang kanak-kanak berusia sepuluh tahun. Dia ialah adik kepada Ainul Mardhiah. Umar juga ialah posmen tanpa gaji untuk Ainul Mardhiah dan dia. Tetapi sejak Ainul Mardhiah memutuskan perhubungan dengannya. Umar tidak pernah lagi datang menemuinya diluar waktu kelas.
"Ada apa ni Umar?."Tanya dia saat Umar hampir dengannya.
Umar menghulurkan sepucuk surat kepadanya.
Berkerut dahi Yahya saat melihat surat ditangan Umar. Lambat-lambat dia mengambil surat tersebut dari tangan Umar.
Dan belum sempat dia berkata apa-apa. Umar sudah berlari pergi.
"Umar."Laungnya.
Namun panggilannya tidak didengari Umar yang telah jauh jaraknya dan juga bunyi air terjun yang kuat.
Yahya melepaskan keluhan kecil dan membuka lipatan surat tersebut.
"Yahya!!!."
Yahya mengangkat kepalanya, melihat kearah datangnya suara.
Dia tersenyum saat melihat Fikri. Surat yang baru dibuka, kembali dilipat sebelum dibaca.
"Kau buat apa dekat sini sorang-sorang?."
Soalan yang terpacul dari mulut Fikri. Membuatkan Yahya tersenyum.
"Kau nak apa sebenarnya ni Fikri?."
Tanya dia sambil memasukkan surat ditangannya kedalam poket bajunya.
Fikri merenung kearah Yahya. Dia dapat melihat senyuman yang terlakar dibibir sahabatnya itu.
"Ada cerita best ke yang aku tak tahu?."Tanya Fikri.
Yahya mengerutkan dahinya tidak mengerti.
"Apa maksud kau?."
Fikri tertawa kecil.
"Tak apalah. Baguslah kalau kau dah boleh senyum. Kalau tidak muram je. Aku nak dekat pun seram."Ujar Fikri mengusik.
"Amboi.. Bukan main lagi Ustaz Fikri kita ni kenakan orang kan?."
Balas Yahya sambil tertawa kecil.
_
DIA Termenung sendiri dekat ruang tamu rumahnya. Fikirannya melayang jauh entah kemana-mana.
Yahya yang baru keluar dari bilik. Memerhatinya dari jauh.
Namun bunyi pintu bilik ditutup oleh Yahya langsung tidak mengganggu lamunannya.
Yaya berjalan menghampirinya.
"Termenung jauh nampak."Tegur Yahya.
Membulat matanya apabila melihat Yahya sudah berada dihadapannya.
"Ustaz."Gumamnya.
"Urm... Bila Ustaz keluar?. Saya tak dengar bunyi pintu pun."Tanya dia.
Yahya tersenyum, seraya itu melabuhkan punggung disisinya.
Dia menegakkan sedikit tubuhnya dan mengensot sedikit, menjauhi Yahya. Namun kepalanya masih menghadap Yahya.
Yahya menoleh kearahnya.
"Baru je."Tutur Yahya bersama segaris senyuman.
Dia cepat-cepat menunduk saat matanya dan suaminya bertentang.
Senyuman sang suami membuatkan jantungnya berdegup kencang dan dirinya merasa tidak keruan.
Yahya tersenyum dan memandang kehadapan. Tubuhnya disandarkan pada kusyen sofa. Dia tahu Zara malu untuk bertentang mata dengannya.
"Zara. Saya laparlah..."
HANYA Tuhan yang tahu betapa bahagianya aku saat ini. Buat pertama kalinya dia mengadu kepadaku.
Pelik?. Ya. Memang aku pelik. Sejak dari pagi tadi lagi. Aku sudah tertanya-tanya. Namun aku tetap merasa bahagia kerana dia akhirnya berbicara lembut denganku, setelah sebulan aku menunggunya.
Aku gagahkan diri untuk mengangkat kepalaku, memandang wajahnya. Meskipun merasa gugup.
"Uk.. Us... Ustaz nak suruh saya buat apa?."
YAHYA Menoleh kearah Zara.
"Buatkan saya bubur nasi. Boleh?."
Zara tersenyum dengan mata berkaca.
"Sure. Ustaz tunggu ya. Saya pergi buat."Tuturnya.
Yahya menganggukkan kepalanya bersama senyuman yang tidak lekang dari bibirnya.
Zara mengukir senyuman, seraya itu mengangkat punggungnya dari sofa dan berlalu pergi kedapur.
***
SELESAI Memasak bubur permintaan suaminya. Zara menuangkan bubur tersebut kedalam mangkuk dan dibawa ke meja makan.
"Ustaz."Panggilnya
Hmm...
Kedengaran suara Yahya menyahut panggilannya.
Zara tersenyum dan melangkah untuk pergi keruang tamu. Namun langkahnya terhenti dihadapan pintu bilik suaminya, kerana dia merasakan sesuatu dipijaknya.
Dia menunduk, melihat objek yang dipijaknya. Berkerut dahinya apabila melihat lipatan kertas, seperti surat itu berada dilantai.
Dia segera membungkuk mengambil lipatan kertas tersebut.
"Apa ni?."Getusnya perlahan.
Namun belum sempat dia membuka lipatan kertas tersebut.
"Zara."
Yahya sudah berada dihadapannya.
Zara terkejut saat melihat suaminya yang tiba-tiba muncul dihadapannya.
Yahya memandang kearah lipatan kertas yang berada ditangan Zara.
"Apa tu?."Tanya Yahya.
"Urm... Entahlah... Saya pun tak tahu. Saya nampak depan pintu bilik Ustaz."Tutur Zara sambil menghulurkannya kepada Yahya.
Yahya mengambil lipatan kertas tersebut dan membukanya dihadapan Zara.
Zara menanti dihadapan Yahya untuk melihat reaksi wajah suaminya itu.
Selesai membaca seluruh isi surat. Yahya kembali melipatnya. Dia memandang Zara dengan pandangan yang sukar digambarkan Zara.
"Ustaz ok ke?."Tanya Zara.
"Mardhiah."Gumam Yahya.
Nama yang meniti dibibir Yahya. Membuatkan hatinya sakit. Namun dia cepat-cepat menepis perasaannya dan memandang wajah suaminya.
"Kenapa dengan Ustazah Ainul?."Tanya dia.
Yahya melihat jam ditangannya dan kembali memandang Zara.
"Zara. Saya dah lambat. Saya nak kena jumpa Mardhiah sekarang. Dia dah tunggu saya. Saya pergi dulu."Tutur Yahya.
"Tapi Ustaz."
Dan tanpa menunggu jawapan Zara. Yahya berpaling pergi.
Zara terdiam melihat suaminya keluar dari pintu rumah.
"Saya cuma nak bagitahu yang bubur dah siap."Tuturnya perlahan.
Matanya terasa panas, air jernih mulai bertakung dikelopak matanya.
Dia teringat apa yang telah dia katakan kepada Ainul Mardhiah tempoh hari.
Saya bukan jenis perempuan yang mudah jatuh cinta.
Saya pun terpaksa kahwin dengan dia sebab nak jaga air muka keluarga saya.
Air mata jatuh membasahi pipinya.
Dia tidak dapat menafikan perasaannya lagi. Kerana dia sudah mulai mencintai suaminya. Lelaki yang pernah dia jadikan bahan permainan dahulu.
Kini dia harus mengorbankan perasaannya demi kebahagiaan lelaki itu.
Dia mendongak kepalanya keatas, menahan air matanya dari terus mengalir.
Ya, Allah... Kau berikanlah pada aku kekuatan.
_
"ASSALAMUALAIKUM."
Bagai mahu tercabut jantung Ainul Mardhiah apabila dapat mendengar lagi suara yang sudah lama tidak didengarnya itu.
"Waalaikumsalam."
Jawabnya tanpa mengangkat pun kepalanya untuk melihat wajah lelaki itu.
"Awak nak jumpa saya?."Tanya Yahya mendahului.
"Ya, saya."Sahutnya.
Yahya tersenyum. Ada rasa bahagia menyelinap masuk kedalam hatinya apabila mendengar jawapan dari Ainul Mardhiah.
Namun dia segera mengingatkan dirinya agar tidak terlalu bahagia kerana dia tidak tahu apa alasan Ainul Mardhiah mahu menemuinya.
Dia tetap berdiam, menunggu apa yang mahu dikatakan Ainul Mardhiah.
"Sebenarnya tujuan saya nak jumpa awak sebab saya nak minta maaf pada awak."
"Saya banyak buat salah pada awak. Tapi sekarang saya dah sedar. Awak ialah seorang lelaki yang baik dan bertanggungjawab.. Saya rasa saya adalah wanita yang paling bertuah kerana memiliki cinta awak."
Luah Ainul Mardhiah bersama linangan air mata.
Air mata lelaki Yahya mengalir saat mendengar luahan tulus Ainul Mardhiah. Senyuman kebahagiaan terpancar diwajahnya.
"Saya pun nak minta maaf pada awak. Baik sedar ataupun tak. Saya tahu saya dah banyak sakitkan hati awak. ."Tuturnya.
Ainul Mardhiah menggeleng kepalanya perlahan.
"Tak!."
"Awak tak ada salah pun. Saya ni je yang selfish. Pentingkan diri sendiri. Saya sepatutnya lebih percayakan awak dari orang lain. Tapi saya sama je macam mereka yang lain. Tak pernah nak dengar penjelasan awak."Tutur Ainul Mardhiah.
Yahya terdiam.
"Saya menyesal atas perbuatan saya dan harap sangat awak dapat maafkan saya."Tambah Ainul Mardhiah lagi.
***
FLASHBACK.
"Ustaz Yahya."
"Ya, saya." Sahutnya.
"Boleh saya tanya sesuatu?."Tanya Ainul Mardhiah.
Dia terdiam seketika.
"Tanyalah..."Ujarnya mengalukan.
"Awak masih cintakan saya?."
Dia terkedu mendengar soalan dari Ainul Mardhiah.
"Jujur saya katakan Mardhiah. Sejak saya jatuh cinta pada awak, hinggalah ke saat ini. Tak ada satu hari pun yang berlalu tanpa ada rasa cinta pada awak dihati saya."Tuturnya tulus.
Ainul Mardhiah tertawa kecil.
"Sweet talker."
Dia tersenyum mendengar gelaran yang diberikan Ainul Mardhiah kepadanya.
Selang berapa saat.
"Ustaz Yahya."Gadis itu kembali bersuara.
"Maaf kalau saya bertanya. Saya cuma nak tahu, adakah awak masih mahukan saya untuk menjadi isteri awak?."Tanya Ainul Mardhiah.
"Yes."Jawabnya tanpa merasa ragu.
Ainul Mardhiah terdiam.
"Ainul Mardhiah. Saya nak jadi pendamping hidup awak, saya nak jadi yang halal untuk awak. Saya sanggup tunggu berapa lama pun."Tuturnya tulus.
Air jernih mengalir membasahi pipi Ainul Mardhiah saat mendengar kata-katanya.
"Betul awak sanggup tunggu saya?."
Ainul Mardhiah balik bertanya.
"Mardhiah. Saya tahu saya pernah kecewakan awak sekali. Tapi percayalah. Seandainya saya diberikan peluang kedua. Saya janji tak akan kecewakan awak lagi."Tuturnya.
Selang berapa detik.
Air jernih kelihatan mengalir, membasahi wajah mulus Ainul Mardhiah.
"Saya akan berangkat ke Mesir esok."Tutur Ainul Mardhiah.
Dia mengerutkan dahinya.
"Berapa lama awak dekat sana?."Tanya dia.
"Lima bulan."
Dia tergamam saat mendengarnya. Matanya terasa panas. Hatinya berkecamuk.
"Saya ke sana untuk tamatkan pengajian saya yang pernah saya tundakan dulu dan selepas tu saya akan pulang untuk jadi yang halal untuk awak."Tambah Ainul Mardhiah lagi.
Dia menundukkan kepalanya. Air jernih perlahan keluar membasahi pipinya.
"Kalau itu yang terbaik untuk awak. Pergilah... Saya akan tunggu awak."Tuturnya sayu.
End Flashback.
Air mata jantannya mengalir, membasahi pipinya.
"Kenapa susah sangat aku nak memiliki dia Ya, Allah?."
Sejujurnya. Dia tidak mahu Ainul Mardhiah pergi disaat seperti ini. Kerana dia memerlukan gadis itu saat ini. Namun dia juga tidak bisa menghalang gadis itu untuk pergi.
TBC.
PS:
* Kalau ada typo or ayat yang tak tersusun dengan betul. Tegur di komen. Akan segera diperbaiki.
* Anggaplah perbualan yang mengandungi simbol ini (ccc) menggunakan bahasa cina. Sorry. Kerana i tidak tahu berbahasa cina. I just know "Ni hao ma" "Xie xie" "Wo Ai Ni".
_______________________________________
Comment & Vote Please.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro