Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

✔ Bab 12: Sindiran Buatnya. ✔

ZARA Keluar dari biliknya dengan beg galas dibahunya.

Bagaikan berjanji. Yahya juga keluar dari bilik saat dia sedang menutup pintu biliknya dari luar.

Mereka berpandangan antara satu sama lain. Namun tidak lama. Yahya mengalihkan pandangan darinya dan menarik rapat pintu bilik sebelum melangkah ingin pergi.

Melihatnya. Dia cepat-cepat berjalan ketengah, menghalang jalan Yahya.

"Ustaz. Saya nak cakap sikit."Tuturnya laju.

Langkah Yahya terhenti. Dia mengangkat kepalanya memandang wajah Zara yang sedang berdiri dihadapnnya.

Zara termenung menatap wajah suaminya.

"Awak nak cakap apa?. Cepatlah!. Saya tak banyak masa ni."Ujar Yahya.

Zara segera menunduk. Dia bagaikan baru tersedar dari lamunannya.

"Buang masa betullah..."Omel Yahya.

Zara mendongak, memandang wajah suaminya.

Namun Yahya langsung tidak mahu memandangnya.

"Sampai bila Ustaz nak macam ni?."Tanya dia.

Yahya mengerutkan dahi dan memandangnya.

"Soalan apa awak bagi ni?."

Yahya kembali menyoalnya.

Zara kembali menunduk.

"Saya dah penat Ustaz. Dah sebulan saya dekat sini dan dah dekat sebulan jugak Ustaz tak bertegur dengan saya."

"Kadang-kadang saya rasa macam saya ni tak wujud dekat dalam rumah ni."Tuturnya.

Yahya tertawa sinis.

"Habis awak nak saya buat apa?."

"Layan awak macam mana suami-suami dekat luar sana layan isteri-isteri mereka?. Macam tu yang awak nak?."

Dia mengangkat kepalanya, memandang wajah Yahya dengan mata berkaca.

"Tapi awak sama ke macam isteri-isteri dekat luar sana?. Tanya diri awak sendirilah Zara, sebelum awak tanya saya."

Ujar Yahya penuh makna.

Dia kembali menunduk. Air jernih yang jatuh membasahi pipinya, segera diseka menggunakan perut tapak tangannya.

Dia kemudian tertawa kecil.

"Bilalah agaknya Ustaz nak belajar terima takdirkan?."

Tuturnya sinis, seraya itu mendongak, memandang wajah suaminya.

Yahya berpaling menatapnya tajam, kerana terkejut mendengar kata-kata sinisnya.

"Macam ni awak nak saya layan awak macam isteri?. Berani awak sindir sayakan!."Ujar Yahya.

Zara kembali menunduk. Dia seakan baru tersedar kalau kata-katanya itu menyindir suaminya.

"Maafkan saya. Saya tak sengaja. Saya tak ada niat nak sindir Ustaz."Tuturnya.

"Alasan."

Jawab Yahya malas, seraya itu berlalu melepasinya.

Air matanya jatuh lagi membasahi pipinya.

Dia mendongak kepalanya keatas, menahan air matanya dari terus keluar.

Ya, Allah... Kau kurniakanlah kepadaku ketabahan untuk aku harungi ujian ini Ya, Allah...

_
"ASSALAMUALAIKUM."

Lamunannya terhenti saat Fikri tiba-tiba datang dan duduk bersila dihadapannya.

Fikri ialah salah seorang tenaga pengajar di pondok At-Taqwa. Dia ialah teman sejawat yang paling rapat dengan Yahya di pondok At-Taqwa. Banyak perkara yang mereka kongsi bersama. Dia juga suami kepada Laila, teman baik kepada Ainul Mardhiah.

"Waalaikumsalam."Jawab Yahya bersahaja.

"Termenung jauh nampak."Usik Fikri.

Dia memandang Fikri sekilas tanpa memberi sebarang jawapan.

"Dah ada isteri tunggu dekat rumah pun, masih lagi nak termenung ke?."Usik Fikri lagi.

Dia tersenyum mendengar usikan Fikri. Tetapi tidak lama, senyuman dibibirnya perlahan memudar.

"Kau ni ok ke tak?. Macam ada masalah je aku tengok"

Nafasnya dihela panjang mendengar soalan dari Fikri.

"Aku tak ok Fik."Tuturnya lemah.

Fikri mengerutkan dahinya tidak mengerti.

"Tak ok macam mana maksud kau?."

Dia menundukkan kepalanya.

"Salah ke aku Fik?."Tanya dia.

Kerutan didahi Fikri bertambah apabila mendengar soalan Yahya.

Yahya mengangkat kepalanya, memandang wajah Fikri.

"Walaupun aku seorang ustaz. Aku pun tetap ada perasaankan?."Tanya dia.

Fikri mengangguk, tanda mengiyakan.

"Aku pun boleh ada rasa cinta dan marah macam orang lainkan?."Tanya dia lagi.

Kali ini Fikri tidak mengangguk. Dia sepertinya sudah mengerti apa yang cuba Yahya sampaikan.

"Tak boleh ke aku Fikri?."

Tanya Yahya seolah mendesak.

Fikri menghela nafas panjang dan memandang serius wajah Yahya.

"Yahya aku faham soalan kau. Ya. Memang betul kau cakap. Seorang Ustaz pun boleh ada rasa cinta dan marah. Sebab mereka pun manusia jugak. Tapi kau kena tahu. Mereka berbeza dengan orang biasa. Sebab seorang ustaz ni, dia dikaitkan dengan orang yang berpengetahuan tinggi tentang ilmu agama dan kuat imannya."

"Cara mereka jatuh cinta pun tak sama macam orang lain. Sebab!. Apabila orang biasa yang jatuh cinta dengan mana-mana wanita ajnabi. Mereka akan mencari jalan dan cara untuk mereka mendekati wanita yang dicintai, mereka akan mencari-cari peluang untuk bertemu lagi dan lagi. Berbeza dengan seorang Ustaz atau orang yang kuat imannya, bila mereka jatuh cinta. Mereka akan berpaling setiap kali mata bertentang, mereka rasa tak tenang bila berdekatan, mereka akan mencari cara untuk menjauhi wanita yang dicintai. Sebab apa?. Sebab mereka takutkan Allah, mereka takut tersasar. Sampai ada sebahagian dari kalangan mereka ni. Tak sedar pun yang mereka sebenarnya dah jatuh cinta."Terang Fikri

Dia memandang wajah Fikri.

"Maksud kau?. Aku kena jauhkan diri dari Mardhiah?."Tanya dia.

Berkerut dahi Fikri mendengarnya.

"Mardhiah?."

Yahya kembali menunduk.

"Kau bercakap pasal dia ke?."Tanya Fikri lagi.

Yahya menghela nafasnya panjang.

"Aku masih tak boleh terima cara kami berpisah Fikri. Rasa cinta aku masih kuat lagi pada dia."Luahnya.

"Habis macam mana dengan isteri kau?."Spontan soalan keluar dari mulut Fikri.

Yahya membuang pandangannya keluar surau.

"Aku tak pernah sentuh dia pun Fik."

Membulat mata Fikri saat mendengarnya.

"Astaghfirullahaladzim."Gumamnya terkejut.

Dia seakan tidak percaya dengan apa yang baru didengarnya

"Kau sedar tak apa yang kau buat ni berdosa Yahya?. Kau tak tunaikan nafkah dia sebagai seorang isteri."Ujar Fikri.

Yahya kembali menundukkan kepalanya.

"Fik. Aku dah berjanji dengan diri aku sendiri, masa aku masuk islam dulu. Yang aku tak akan sentuh lagi mana-mana perempuan yang tak halal bagi aku dan aku juga berjanji yang aku tak akan sentuh mana-mana perempuan yang aku tak cinta."

"Ya!. Dia mungkin halal bagi aku, tapi aku tak cintakan dia Fik."Tuturnya.

Fikri menggelengkan kepalanya berkali-kali.

"Tapi kenapa kau masih pegang dia?."

Tanya Fikri seolah menguji Yahya.

Yahya terdiam. Dia sendiri tidak tahu jawapan untuk itu kerana dia pun bertanyakan soalan yang sama pada dirinya sendiri.

"Yahya. Kau tak rasa bersalah ke pada keluarga dia?."Tanya Fikri lagi.

"Semua ni berpunca dari diri dia sendiri. Fikri. Dia yang perangkap aku."Ujar Yahya.

"Inilah masalah kau!."Bidas Fikri.

"Kau kata kau dah maafkan dia. Tapi kau tak habis-habis nak ungkit perkara yang sama."Ujar Fikri.

"Macam mana aku tak ungkit Fik?. Kau tahukan aku dengan Mardhiah dah hampir menikah. Tapi disebabkan dia. Mardhiah dah tutup pintu hati dia rapat-rapat untuk aku."Ujar Yahya.

"Itulah yang sepatutnya kau buat. Kau pun kena tutup pintu hati kau untuk dia sebab dia tak halal bagi kau. Isteri kau!. Dia yang selayaknya untuk masuk kedalam hati kau."Ujar Fikri.

Yahya melepaskan keluhan kecil.

"Kau tak faham Fikri."

"Sudahlah Yahya. Buat apa kau nak kejar rama-rama indah yang beterbangan di udara sedangkan kau ada satu rama-rama indah didalam simpanan kau. Kau fahamkan maksud aku?."

"Berhentilah berharap. Sebab dengan kau hukum isteri kau. Mardhiah tak akan balik pun pada kau."Tutur Fikri.

Keluhan berat dilepaskan. Sedikit, sebanyak kata-kata Fikri memberi kesan pada hati dan fikirannya.

_
DIA Melangkah lemah sambil bertanya pada dirinya sendiri.

Sampai bila aku nak macam ni?.

Sedang dia melayan perasaannya sambil melangkah perlahan. Dia terpandang sosok Ainul Mardhiah yang sedang duduk sendiri ditepi kolam ikan.

Habis awak nak saya buat apa?. Layan awak macam mana suami-suami dekat luar sana layan isteri-isteri mereka?. Macam tu yang awak nak?.

Tapi awak sama ke macam isteri-isteri dekat luar sana?. Tanya diri awak sendirilah Zara, sebelum awak tanya saya.

Air jernih mengalir membasahi pipinya saat dia teringatkan kata-kata suaminya tempoh hari.

"Kalau dia adalah kebahagiaan Ustaz. Saya redha."Gumam bibirnya tanpa suara.

Dia mengatur langkah, menghampiri Ainul Mardhiah.

"Assalamualaikum."

"Waalaikumsalam."

Jawab Ainul Mardhiah, seraya itu menoleh kearahnya.

Seperti yang dijangkakan. Ainul Mardhiah segera melarikan pandangannya kearah lain saat melihat Zara.

"Awak nak apa?."Tanya dia tanpa memandang Zara.

"Ada perkara yang saya nak cakap dengan awak."Tutur Zara.

Ainul Mardhiah mengeluh kecil dan bingkas berdiri.

"Maaf. Saya tak ada masa."

Ujar Ainul Mardhiah dan melangkah ingin pergi.

"Ainul!."

Zara memanggilnya dengan ton suara tinggi.

Ainul Mardhiah menghentikan langkahnya dan menoleh kearah Zara.

Zara memandang tajam Ainul Mardhiah dan berjalan menghampirinya.

"Kenapa?. Awak takut ke nak berhadapan dengan saya?."Tanya Zara.

Ainul Mardhiah membalas dengan renungan tajam.

"Takut untuk tahu cerita sebenar?. Awak sebenarnya masih cintakan suami sayakan?."

Soalan Zara membuatkan Ainul Mardhiah diam tak terkutik. Ia bagaikan anak panah, yang dipanah tepat pada sasarannya.

Zara merenung tajam kedalam anak mata Ainul Mardhiah.

Namun Ainul Mardhiah tidak mahu kalah. Dia mengangkat sedikit kepalanya dan membalas renungan tajam Zara.

"Awak nak apa sebenarnya ni?."Tanya dia.

Perlahan renungan mata Zara meredup.

"Berhenti seksa suami saya Ainul."Tuturnya.

Berkerut dahi Ainul Mardhiah mendengarnya.

"Apa yang awak merepek sebenarnya ni?."Dia balik bertanya kepada Zara.

"Come on Ainul. Awak bukan tak tahu macam mana perasaan suami saya pada awak?. Awak tahu yang dia cintakan awakkan?."

Ainul Mardhiah tertawa kecil.

"Habis?. Awak nak suruh saya buat apa?. Kahwin dengan dia?. Awak sanggup ke berkongsi kasih suami dengan perempuan lain?. Kalau saya tak!."Tutur Ainul Mardhiah.

"Dengar sini Ustazah Ainul Mardhiah. Awak tak pernah kenal pun siapa saya yang sebenarnya. Saya bukan jenis perempuan yang mudah jatuh cinta. Saya goda dia pun sebab saya kena cabar dengan kawan-kawan saya. Cuma nasib tak menyebelahi saya, sebab ada orang busuk hati yang cuba nak jatuhkan dia dalam jemaah kami. Saya pun terpaksa kahwin dengan dia sebab nak jaga air muka keluarga saya."

"Awak hukum dia. Awak tahu macam mana malam pertama kami sebagai suami isteri?. Macam mana dia marah saya?. Macam mana dia menangis sebut nama awak setiap hari?. Awak tak tahu Ainul. Sejak kali pertama kami berjumpa. Dia langsung tak pandang saya. Apatah lagi sentuh saya!. Bahkan sampai sekarang pun, dia tak pernah sentuh saya!."Ujar Zara.

Membulat mata Ainul Mardhiah saat mendengarnya.

"Sebab apa awak tahu?. Sebab dia terlalu cintakan awak Ainul Mardhiah."Tutur Zara lebih lembut.

Ainul Mardhiah terdiam dan tunduk, menekur bumi. Dia merasakan dirinya terlalu kejam, kerana tidak mempercayai Yahya.

Zara melepaskan keluhan kecil.

"Saya rasa semuanya dah cukup jelas. Jadi awak fikirlah sendiri."Ujarnya.

"Assalamualaikum."

Akhiri Zara sebelum berpaling pergi.

Zara, menoleh kebelakang melihat Ainul Mardhiah dari kejauhan.

"Saya redha Ainul, kalau awak adalah kebahagiaan suami saya."

Air mata yang membasahi pipinya, segera diseka dengan tangan, sebelum dia melangkah pergi.

_
DIA Termenung sendiri diatas katil dalam biliknya. Kata-kata Fikri petang tadi bermain dikepalanya.

Kau sedar tak apa yang kau buat ni berdosa Yahya?. Kau tak tunaikan nafkah dia sebagai seorang isteri.

Tapi kenapa kau masih pegang dia?.

Kau pun kena tutup pintu hati kau untuk dia sebab dia tak halal bagi kau. Isteri kau!. Dia yang selayaknya untuk masuk kedalam hati kau.

Sudahlah Yahya. Buat apa kau nak kejar rama-rama indah yang beterbangan di udara sedangkan kau ada satu rama-rama indah didalam simpanan kau. Kau fahamkan maksud aku?.

Berhentilah berharap. Sebab dengan kau hukum isteri kau. Mardhiah tak akan balik pun pada kau. -Fikri.

Kata-kata Zara tempoh hari turut menghantui fikirannya.

Sampai bila Ustaz nak macam ni?.

Saya dah penat Ustaz. Dah sebulan saya dekat sini dan dah dekat sebulan jugak Ustaz tak bertegur dengan saya.

Kadang-kadang saya rasa macam saya ni tak wujud dekat dalam rumah ni.

Bilalah agaknya Ustaz nak belajar terima takdirkan?. - Zara.

Yahya menghela nafas panjang.

"Mungkin Fikri betul. Sampai bila aku nak terus hukum Zara sedangkan Mardhiah tak pernah pun bagi aku harapan yang dia akan kembali pada aku."

"Aku kena move on. Aku dah ada isteri. Walaupun dia pernah buat silap. Tapi tak bermakna dia tak boleh jadi baik. Dan dia pun dah minta maaf dan aku pun dah kata yang aku maafkan dia."

"Jadi aku kena buktikan yang aku memang dah maafkan dia. Aku tak nak dia rasa terbeban lagi dengan apa yang dia pernah buat dulu."

TBC.

PS:

* Kalau ada typo or ayat yang tak tersusun dengan betul. Tegur di komen. Akan segera diperbaiki.

* Anggaplah perbualan yang mengandungi simbol ini (ccc) menggunakan bahasa cina. Sorry. Kerana i tidak tahu berbahasa cina. I just know "Ni hao ma" "Xie xie" "Wo Ai Ni".

_______________________________________
Comment & Vote Please.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro