Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

✔ Bab 11: Kekosongan Hati. ✔

ZARA Terkejut saat melihat suaminya yang baru pulang dengan pakaian yang basah lencun.

"Ustaz dari mana ni?."

Tanya dia, berjalan menghampiri suaminya.

Tanpa memandang kearahnya. Yahya berlalu melepasinya dan terus masuk kedalam bilik. Dan meninggalkannya tanpa sebarang jawapan.

Zara mengerutkan dahinya pelik.

"Kenapa dengan dia?."

***

DIA Keluar dari bilik dan menutup rapat pintu biliknya.

"Ustaz."

Suara Zara menyapa gegendang telinganya.

Dia menoleh kearah gadis itu.

Zara tersenyum dan berjalan menghampirinya.

Dia menjeling Zara dan membuang pandangan kearah lain.

"Ustaz nak pergi solat Isyak?."Tanya Zara.

Yahya kembali memandang wajah Zara.

Zara terkejut saat melihat wajah pucat suaminya.

"Mu.. Muka Ustaz pucat."

Tutur Zara risau.

"Ustaz demam ke?."

Tanya Zara lagi.

Dia melepaskan keluhan berat dan memandang wajah Zara tanpa memberi sebarang jawapan.

Zara menghulurkan tangannya kedahi Yahya, mahu merasa suhu badan suaminya.

Namun Yahya pantas mengelak dari disentuh Zara.

Zara segera menurunkan tangannya.

"Sorry. Kalau saya buat Ustaz rasa tak selesa. Saya cuma nak pastikan kalau Ustaz tak apa-apa."Tuturnya.

"Boleh tak kalau awak uruskan hal awak je?. Jangan sibuk hal saya."Ujar Yahya tegas.

"Tapi muka Ustaz nampak pucat."Tutur Zara.

"Zara. Awak nak tahu tak kenapa saya jadi macam ni?."

Zara terdiam memandang wajah suaminya.

"It's all because of you!. Kalau bukan sebab awak dengan kawan-kawan awak. Saya tak akan jadi macam ni!."Tengking Yahya.

Aku menghela nafas panjang dan menundukkan kepalaku.

Pedih?. Ya. Sangat pedih. Namun aku tidak menyalahkan dia. Kerana dia mengatakan perkara yang benar. Jika bukan kerana aku dan kawan-kawan aku. Semua ini tak akan berlaku.


Air jernih mulai bergenang ditubir matanya. Kepalanya tunduk, menekur lantai.

"Saya... Saya..."

Dia cuba untuk menuturkan sesuatu. Namun rasa sebak cuba menghalangnya.

Aku mengangkat pandanganku memandangnya.

Dia turut mengangkat kepalanya memandangku.

"Saya cintakan dia. Zara."Tuturnya sayu.

"I really love her Zara."Ucapnya lagi.

Kali ini air mata sudah kelihatan mengalir membasahi pipinya.

Aku menundukkan kepalaku dan berkata.

"I'm Sorry."Tuturku.

Hanya itu yang mampu aku katakan.

"Walau berjuta kali pun awak minta maaf dan walau berjuta kali pun saya maafkan awak. Ianya tak akan mengubah apa-apa. Saya tak dapat nak lupakan apa yang awak dah buat pada saya dan Mardhiah. Awak musnahkan kepercayaan dia kepada saya dengan permainan bodoh awak, macam tu je."

Luahnya dalam nada yang teramat kecewa.

Aku mengangkat kepalaku memandangnya.

"Ustaz.."

Aku bersuara lunak, cuba untuk memujuk hatinya.

"Mardhiah betul-betul terluka. Dia dah tutup pintu hati dia rapat-rapat untuk saya. Apalagi yang saya boleh buat selain dari berharap yang pintu hati dia akan terbuka kembali untuk saya Zara?."

"Tak ada apa."Tuturnya kesal.

Aku kembali menundukkan kepalaku.

"Apa yang saya patut buat sekarang Ustaz?."Tanya aku.

Dia tertawa sinis.

"Tak perlu buat apa-apa. Just enjoy your life."

Aku tersentak mendengarnya. Aku memandang wajahnya meminta penjelasan.

Namun dia hanya berlalu melepasi aku.

_
ZARA Menghampiri Yahya yang sedang berbaring disofa dengan membawa dulang yang berisi bubur dan air suam.

"Ustaz. Makan sikit. Ustaz tak makan lagi dari semalam."

Tutur Zara sambil meletakkan dulang diatas meja dekat dengan sofa tempat suaminya berbaring.

Yahya bangun dari pembaringannya dan memandang Zara tajam.

"Awak ni kenapa Zara?."Soalnya.

Zara mendongak memandang  wajah suaminya. Dahinya berkerut meminta penjelasan.

"Awak tak faham bahasa ke?. Kan saya dah kata. Tak payah sibuk hal saya. Awak uruskan hal awak je."Ujar Yahya.

Zara tersenyum, seraya menggelengkan kepalanya tidak mengerti.

"Apa maksud Ustaz?."

"Maksud saya. Awak tak payah nak tunjuk baik dengan layan saya macam ni bila saya sakit. Sebab saya tak nilai orang macam tu. Ainul Mardhiah dengan Ustaz Mansur pun pernah jaga saya masa saya sakit."Ujar Yahya.

Tidak tahu mengapa. Hatiku terasa bagai dihiris dengan kata-kata yang baru dia semburkan kepadaku.

Aku menundukkan kepalaku. Seperti mana yang aku baca didalam buku yang dia pinjamkan kepadaku.

Tundukkan kepala saat berbicara dengan suami. Seolah-olah kita sedang bercakap dengan raja kita.

"Saya bukan nak tunjuk baik atau cuba nak menandingi Ustazah Ainul. Saya buat semua ni atas rasa tanggungjawab sebagai seorang isteri untuk menjaga suami dia yang sedang sakit."Tuturku.

Keluhan kecil aku lepaskan.

"Tapi tak apalah... Kalau Ustaz tak suka. Saya tak akan buat lagi lepasni."Kataku.

"Ya!. Memang saya tak nak awak buat semua ni. Awak nak tahu sebab apa?."

Aku memandang wajahnya, menanti ucapan seterusnya.

"Sebab hati saya ni sakit bila tengok muka awak. Setiap kali saya tengok muka awak. Saya terbayangkan hati Ainul Mardhiah yang dah hancur kerana awak."Ujarnya.

Air mataku bergenang serta-merta, mendengarkan kata-katanya.

Yahya bingkas bangun dari tempat duduknya dan berlalu meninggalkan Zara yang sudah remuk hatinya.

Air mata Zara tumpah, membasahi pipinya.

Hati Ainul Mardhiah?. Habis macam mana dengan hati saya Ustaz?. Macam mana dengan hati saya yang Ustaz dah hancurkan berkali-kali ni?.

Dia mendongakkan kepalanya keatas, menahan air matanya dari terus jatuh.

A

ku tidak tahu apa yang telah terjadi pada aku. Tempoh perkahwinan aku dengannya belum pun sampai dua minggu. Tetapi aku bagaikan orang lain. Aku tidak mengenal diriku yang sekarang ini.

Aku merasakan diriku yang dulu bagaikan sudah terkubur.

_
HARI Berganti hari. Masa berlalu begitu cepat. Dan tanpa dia sedar. Hari ini dia telah genap sebulan menimba Ilmu di pondok At-Taqwa.

Banyak benda baru yang telah dia belajar.

Sebahagian besar orang di pondok At-Taqwa juga sudah bisa menerimanya. Hanya segolongan kecil sahaja yang masih tidak mahu bergaul dengannya.

Ainul Mardhiah masih tidak berubah. Dia masih sama seperti dahulu. Selalu cuba menghindarinya dan melayannya acuh, tidak acuh.

Namun dia tidak mahu mengambil pusing. Dia menjalani hidupnya seperti biasa dengan harapan semuanya akan baik-baik suatu hari nanti. Bukan kerana tidak kisah, kerana sudah ramai yang boleh menerimanya. Tetapi kerana dia sudah lelah untuk terus memikirkannya.

Bahagia?. Tidaklah terlalu bahagia.

Duka?. Tidak juga terlalu berduka.

Namun hatinya tetap merasa kosong. Dengan Suami yang tidak mahu langsung bertegur dengannya dan juga Ustazah yang memalingkan wajah darinya.

Namun kehadiran teman baru seperti Aisyah, Jannah, Fadila, Saudah dan yang lain. Sedikit sebanyak mengisi kekosongannya.

Dia juga mulai.mengerti akan perasaan Melly dan Eryn yang pastinya merasa bagaimana sakitnya apabila menumpang orang lain. Apatah lagi dengan mulutnya yang selalu sahaja menyakiti mereka ketika itu.

Terima kasih Melly, Eryn. Sebab dah sedarkan aku.

Tanpa sedar air matanya mengalir membasahi pipinya.

"Assalamualaikum."

Dia pantas menyeka air matanya.

"Waalaikumsalam."

Jawabnya. Seraya itu mendongak memandang wajah orang yang memberi salam.

Senyuman terukir dibibirnya apabila melihat wajah Laila. Ustazah yang banyak mengajarnya.

"Kak Laila."Gumamnya.

Laila tersenyum kepadanya. Seraya itu melabuhkan punggung disisinya.

"Dari jauh Akak nampak Zara termenung. Apa yang Zara menungkan?."Tanya Laila.

Zara menoleh sekilas kearah Laila dan kembali menundukkan kepalanya.

"Tak ada apalah kak."

Jawabnya tersenyum.

"Janganlah tipu Akak Zara. Akak boleh baca dari mata awak."Tutur Laila.

Zara menghela nafasnya panjang.

"Tak tahulah Kak Laila. Kadang-kadang saya rasa bahagia. Kadang-kadang saya rasa kosong. Saya pun tak tahu apa masalah saya sebenarnya."Tutur Zara.

Laila menoleh kearah Zara.

"Awak ada masalah dengan Ustaz Yahya ke?."Tanya Laila.

Zara menoleh laju kearah Laila kerana terkejut dengan soalan itu.

Laila tersenyum kelat melihat riaksi wajah Zara.

"Akak minta maaf kalau akak salah cakap."Katanya.

Zara melepaskan keluhan kecil dan kembali tersenyum.

Selang berapa detik.

"Entahlah Kak Laila. Kadang-kadang saya terfikir betul ke Ustaz Yahya tu jodoh saya?. Ke cuma jodoh orang lain yang dipinjamkan sebentar kepada saya."

Tutur Zara penuh makna.

Laila mengerutkan dahinya kerana tidak mengerti dengan kata-kata Zara.

"Maksud Zara?."Tanya Laila.

Zara menoleh kearah Laila.

"Kak Laila. Zara nak tanya sikit boleh?."

Zara membalas jawapan Laila dengan soalan baru.

Laila tersenyum.

"Boleh."

"Zara nak tanya apa?."Jawab Laila.

"Dah berapa lama Ustazah Ainul dengan Ustaz Yahya kenal?."

Laila terdiam seketika mendengar soalan Zara.

"Kenapa?. Ustazah Ainul ada kacau suami Zara ke?."

Zara terkejut mendengar soalan Laila. Dia segera menggeleng kepalanya laju.

"Tak.. Tak... Bukan macam tu. Ustazah Ainul langsung tak ada kacau suami Zara. Zara just tanya. Sebab nak tahu. Itu je."Tutur Zara laju.

Laila mengerutkan dahinya pelik.

"Kak Laila."

Laila memandangnya.

Zara tersenyum kelat.

"Zara baru teringat yang Zara kena tolong Kak Saudah. Zara minta diri dulu ya. Terima kasih sebab layan Zara."Tuturnya.

Dan belum sempat Laila membalas apa-apa. Zara bingkas bangun dari tempat duduknya.

"Assalamualaikum."

Ucap Zara sebelum berlalu pergi.

"Waalaikumsalam."

Laila menghantar sosok Zara dengan matanya.

TBC.

PS:

* Kalau ada typo or ayat yang tak tersusun dengan betul. Tegur di komen. Akan segera diperbaiki.

* Anggaplah perbualan yang mengandungi simbol ini (ccc) menggunakan bahasa cina. Sorry. Kerana i tidak tahu berbahasa cina. I just know "Ni hao ma" "Xie xie" "Wo Ai Ni".

_______________________________________
Comment & Vote Please.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro