Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 9

DIA membawa keresahan hatinya untuk diadu pada Sang Pencipta. Entah kenapa, hatinya berat untuk terima biarpun dia sendiri tak kenal lelaki itu. Tidak juga tahu namanya. Sejauh mana kebaikan yang digembar-gembur? Tak mengapa tidak kaya-raya. Asalkan mampu jalankan tanggungjawab sebagai seorang suami dengan baik.

"Puteri dah fikir masak-masak ke?" soal Nenek Gayah.

"Fikir tu tak. Tapi, bila Puteri solat istikharah, tak tahu kenapa... hati Puteri memberat ke arah ni."

"Kiranya betullah Puteri nak terima pinangan ni?" Nenek Gayah hampir mengeluh.

"Nampaknya... begitulah, nek." Johanees senyum tipis. Itulah keputusannya sekarang.

"Tapi, betul ke ayah Puteri pesan macam tu?" Hati tuanya menyimpan sedikit syak.

"Itu Puteri tak pasti. Tapi, pernahlah ayah cakap dekat Puteri. Kalau Puteri malas belajar dan nak kahwin, ayah dah ada calon. Keluarga baik dan lelaki tu pun baik. Masa tu, ayah gelak-gelak. Puteri pun tak ambik kesah. Puteri anggap sembang kosong dengan ayah aje masa tu."

"Andai kata betullah semua tu, Puteri dah sedia ke? Nak terima lelaki yang Puteri tak pernah jumpa. Tak kenal. Nenek risau..."

"Alaaa... Nenek dulu kahwin dengan atuk, tak jumpa juga, kan? Kan... Kan?" soal Johanees mengusik.

"Eh, kita pulak dia tanya. Zaman tu lain. Ini dah lain..."

Johanees ketawa.

"Sama aje, nenek. Kalau dah cara tu Tuhan hantar jodoh dekat Puteri, Puteri okey aje. Cuma harap betullah seperti yang dicanang. Keluarga dia baik. Dia pun baik," ujar Johanees.

"Nenek doakan. Tapi ni bersiap nak ke mana? Keluarga lelaki nak datang lepas asar, tahu kan?"

"Tahu. Aunty Su dah beritahu. Puteri kena keluar kejap nak jumpa client. Ini kerja dan Puteri baru masuk. Puteri kena buktikan Puteri mampu untuk terus ada dalam syarikat tu. Kejap aje Puteri pergi. Sebelum asar Puteri baliklah." Johanees terus meyakinkan Nenek Gayah.

Dia bangkit dari bangku meja solek. Dah siap melilit selendang dan sedia untuk pergi.

"Puan dah tahu ke?"

"Dia tak tahu. Belum lagi confirm. Ini yang Puteri kena pergi jumpa client hari ini. Tak boleh tak pergi sebab dah set janji temu awal-awal lagi. Lepas dah selesai dan confirm, baru Puteri beritahu dia..."

"Maksud nenek, yang Puteri nak keluar ni dia tahu ke?"

"Oh... Pun tak tahu juga." Johanees sengih.

"Haih... Budak bertuah ni. Cepat balik. Jaga diri. Hati-hati memandu," pesan Nenek Gayah, menghantar kepergian Johanees.

SURAYA hampir meletup bila tahu yang Johanees tiada di dalam bilik. Dah keluar tapi langsung tak dikhabarkan padanya. Dia menjeling Nenek Gayah. Tajam. Memberi amaran. Dasar orang tua nyanyuk tak sedar diri. Tapi, mujurlah bakal pengantin lelaki juga tak dapat datang kerana ada urusan lain.

"Kalau macam tu, kita kira jadilah, ya?" Wakil pihak lelaki bersuara.

"Ya," sahut Suraya.

"Dato' nak sarung cincin pada bakal menantu dia ni. Kira cincin tanda dan bertunang teruslah hari ni. Pihak lelaki katanya nak langsung dalam masa dua minggu. Betul ke, Dato'?"

"Iya. Boleh ke ibu pihak perempuan? Bukan apa, sebelum anak bujang kita tu pergi kerja. Lama lagilah dapat cuti tu kalau dah start kerja," jawab Dato' Talhah pula.

"Hurm... Boleh aje. Di pihak perempuan, kami usahakan apa yang patut. Dato' jangan risau, ya. Cumanya..." Bicara Suraya mati.

Wajah Dato' Talhah nampak risau.

"Bintang utama kita tak ada di rumah. Pagi tadi keluar pergi jumpa client tapi miting meleret pulak. Tak sempat nak balik. Macam mana ni, Dato'?" Suraya senyum lebar menahan rasa pijar pada wajah dengan sikap Johanees yang padanya cukup tidak matang.

Gamaknya, inilah natijah angkara terlalu dimanjakan.

"Bertuah betul budak berdua ni. Sorang ada hal lain. Katanya nak jadi pengantin baru ni kena urus banyak benda. Saya ingat anak teruna saya aje. Rupa-rupanya, anak dara awak juga, ya? Hurm... Kenalah budak berdua ni. Tak apa. Biar diorang jumpa hari nikah nanti. Kita jangan temukan langsung. Biar masing-masing bulat mata," ujar Dato' Talhah dalam gurauan disambut oleh tawa semua.

Suraya hela nafas lega. Dia hampir putus nafas tadi. Mujurlah pihak lelaki mengerti.

"Saya serah dekat awak ajelah dua bentuk cincin ni, ya?" Bekas itu dihulur pada Suraya.

"Tentang permintaan awak tu, Su... Saya akan pertimbangkan. Mengambil kira saya dah kenal lama dengan arwah Johari dan hubungan kekeluargaan kita. Awak jangan risau, ya?" pujuk Dato' Talhah.

Biarpun dia terkejut dengan permintaan Suraya yang pada pendengarannya lebih kepada syarat perkahwinan, dia tidak boleh untuk menafi dan buat tidak nampak. Arwah kenalannya itu, orangnya sangat baik. Mustahil untuk dia tidak tolong balu arwah pada saat memerlukan.

"Ya, Dato'. Terima kasih sebab faham."

Suraya simpan senyum. Lega bila rancangannya berjalan lancar tanpa dapat dihidu oleh sesiapa. Dia kerling anak gadisnya yang juga sedang tersenyum.

"Oh ya, Su... Lupa nak tanya. Ini anak awak yang mana?" Perhatian Dato' Talhah beralih pada Maisara.

"Yang inilah satu-satunya anak saya, Dato'. Dia dah ada masa saya kahwin dengan arwah Megat Johari. Puteri tu, Dato' pun tahu dia anak tiri saya tapi sejak usia dia sebelas tahun, saya jaga dia dan saya tak pernah anggap dia macam anak tiri. Melainkan anak saya sendiri," balas Suraya, berbahasa.

"Baguslah, Su. Rezeki jaga anak yatim ni. Moga dipermudahkan urusan kekeluargaan kita, ya?" Dato' Talhah sudah tidak sabar sebenarnya. Apatah lagi melihat gambar bakal menantunya yang ditunjukkan oleh Suraya.

Bagai pinang dibelah dua dengan anaknya. Dia tahu, dia tak salah mengatur. Rasanya mahu diminta gambar tersebut tapi dia sekat rasa di hati. Memandangkan Taufiq mungkir janji untuk datang hari ini tapi tak jadi datang, dia akan dera anaknya. Tengoklah sendiri hari nikah nanti.

Satu yang pasti, Taufiq juga akan jadi sasau seperti Ziyad dan Qadr yang digelakkan selama ini. 

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro