Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 9 - Teaser 2


“Ala mama ni, lecehlah mama ni. Nak kena pergi Bazar Ramadan bagai. Beli kuih Tepung Pelita pulak tu. Macamlah kat tempat lain tak ada jual. Fiq tak sukalah pergi Bazar Ramadan. Orang ramai kat situ. leceh, rimas.”

“Fiq... mama minta tolong ni. Takkan tak boleh kut? Kaki mama kan sakit ni. Mama bukan apa, dekat Bazar Ramadan ni kuih Tepung Pelita tu sedap sangat. Tiap-tiap tahun mama beli apa. Sebelum ni Mama tak ada pun suruh Fiq. Kalau bukan sebab kaki ni ngilu, mama pergi sendiri je .Fiq tunggu dalam kereta. Bolehlah ya. Nanti kempunan mama nak makan. Kalau mama mati macam mana? Tak sempat nak makan kuih tu.” Puan Aini mula memancing simpati Shafiq.

“Ala mama ni. Tempat lain okeylah. Ni Bazar Ramadan kut!”

“Sekejap je. Tolonglah Fiq...” Meleret nada Puan Aini.

Lelaki itu ketap bibir. Geram pula dia dengan tingkah mamanya kali ini. Mahu tak mahu dia terpaksa juga pergi ke Bazar Ramadan itu. Inilah buat pertama kali dia menjejakkan kaki ke tempat kerumunan orang setiap kali bulan ramadan.

Sebelum ini dia tidak pernah melibatkan diri dalam acara kegemaran orang perempuan itu. Baginya itu adalah tempat yang sangat merimaskan hidupnya.

Dengan geram Shafiq mengangguk. Kali ini demi mamanya dia harus bersetuju walaupun semuanya dilakukan dalam penuh keterpaksaan.


arenayidin
15 April 2021

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro