BAB 9
Tambang Grab dibayarnya seusai menuruni kereta jenama Honda itu. Huh!! Disebabkan papanya meminta dia untuk pulangkan segala pemberian lelaki itu, jadi.. Daniel terpaksa pulangkan kesemuanya, termasuklah kereta. Mahu tidak mahu, dia perlu berdikari dengan menaiki Grab ke tempat kerja.
Tali leher yang menjerut kolar bajunya dibetulkan. Dengan penuh hemat, langkahnya diatur ke pintu utama bangunan. Sedari dia masuk sehinggalah ke pintu lif, kelihatan orang-orang di sekelilingnya memerhati dia dan saling berbisik. Namun, Daniel buat tak endah.
Dia adalah Haidar Daniel. Tak pernah jatuh walaupun di caci oleh orang sekitar. Lagipun, dicaci dihina orang lain adalah salah satu proses untuk membangkitkan semangat untuk terus maju ke hadapan. Yurp, dia terlalu optimis!
Tiba sahaja di tingkat 4, dia terus mengatur langkah keluar menuju ke arah pejabatnya. Belum tiga langkah ke depan, Daniel kelu. Dilihatnya beberapa orang lelaki berpakaian sut sedang berbual sambil berdiri di hadapan pintu pejabatnya. Gelagat mereka itu seakan tidak menyedari kelibat Daniel yang sudah perlahan-lahan mendekati.
"Ada apa ni?" soal Daniel sudah berkerut dahi.
Serentak itu mereka yang berdiri di situ memandang ke arahnya. Hanya senyuman kosong yang mereka berikan.
"Ungku Haidar Daniel?"
Daniel tidak menyambut. Hanya kerutan saja yang dibalasnya. "Cari saya ke?"
Lelaki yang kelihatan seusianya itu melangkah keluar dari kelompok itu. Senyum nipisnya diberikan.
"Perkenalkan, nama saya Ungku Rauf Aryan. Dah lama kita tak berjumpa kan, Daniel?" lelaki itu memperkenal kan diri sambil huluran salamnya diberi.
Masih Daniel berlaku dingin. Pandangannya makin tajam. Yurp, dia tak suka lelaki itu. Ungku Rauf Aryan, sepupunya yang sudah berpuluh tahun tinggal di Manchester United. Dan.. hari ini mereka bersemuka semula.
Entah kenapa, Daniel rasakan itu bukannya petanda yang baik.
"Kau buat apa kat sini?" mendatar soalannya diaju.
Rauf tarik sengih. Wajah Daniel dipandangnya sinis. "Janganlah macam ni Daniel. Aku ni sepupu kau. Lagipun dah lama kita tak jumpa. Kita perlukan salam perkenalan yang lebih hangat daripada ini." sengaja Rauf memancing.
Daniel sudah mendengus. "Dahlah, aku malas nak layan kau. Lebih baik aku buat kerja." ujar Daniel sambil langkahnya diatur ke arah bilik pejabatnya.
Namun, dadanya terus ditolak kasar oleh Rauf. Hampir saja Daniel mahu tersungkur ke belakang namun pantas Daniel menstabilkan badannya.
Sebahagian daripada lelaki bersut itu juga sudah menghalang pintu.
"Apa ni!"
"Ini bukan lagi pejabat kau. Ini juga bukan lagi syarikat kau. Aku pemegang saham tertinggi kat sini jadi kau dah tak ada hak nak pegang title CEO dalam company ni." jerkah Rauf.
Tergamam Daniel dibuatnya. Pemegang saham tertinggi?! Huhhhh!! Tak mungkin!! Bukan ke pemegang saham tertinggi adalah dia? Daniel sudah kelu.
M-mungkin ke.. papa dia juga dalang yang menarik saham itu?
"Kau.. dah tak ada apa kat sini. Kau pun dah boleh keluar dari sini, Daniel." arah Rauf dalam nada bersahaja.
Daniel masih diam. Pandangannya sudah tertunduk ke bawah. Perasaan nya pula kini bercampur baur. Marah, kecewa, benci.. semuanya seakan bertembung melawan satu sama lain.
Dirasakan pekerja di sekeliling sudah mulai melirik ke arahnya. Entah kenapa, Daniel mula diterpa rasa segan. Huh! Dia benar-benar tersungkur.
Apabila melihatkan Daniek masih tak mahu mengundur, Rauf sudah tersengih. "Ke.. kau nak aku suruh orang aku bawa kau keluar dari sini?!"
Pantas, Daniel mendongak pandangan ke arah Rauf. Wajah bungkamnya ditayang. Penumbuk juga sudah sedia dikepalnya, hanya tunggu masa untuk melayang saja.
Huh, kalau tak hilang gigi.. pasti lebam di mata.
Namun, akal warasnya cuba untuk menahan segalanya. Dia tidak mahu terbeban dengan masalah lain pula nanti. Mahu tidak mahu, terpaksalah.. Daniel beralah.
"Fine. Aku keluar. Kau tak payah nak susah-susahkan babysitter kau ni. Okay?!" sempat kata sindirnya diberi sebelum langkahnya dibawa keluar.
Bungkam juga Rauf di belakang, namun Daniel tak endah.
Dimajukan langkahnya ke arah lif. Perasaannya yang berkecamuk cuba ditahannya. Dia tidak mahu kelihatan sedih. Biarlah, perginya itu bermaruah.
Aacenggitu!
Buka saja pintu lif, mata Daniel bersemuka dengan sosok seorang gadis yang amat dikenalinya. Matanya sudah melirik gadis itu. Gadis itu juga turut memberikan reaksi kaget.
"Fa-Fatimah?"
"Ungku?" balas gadis itu sedikit kaget.
"Seronok saya.." belum sempat Daniel mahu menghabiskan bicaranya, Fatimah sudah meminta izin untuk pergi.
Tergamam. Daniel hanya melirik langkah Fatimah yang sudah pun menjauh.
Takkanlah Fatimah pun?
...
Tudung shawl yang melilit kepalaku, aku betulkan sedikit. Yurp, simple tetapi elegan. Lama juga aku tak melawa begini. Nak-nak lagi bila jumpa Raihana hari ini.
Erm.. al-maklumlah Raihana kata dia nak bawa aku ke kenduri teman lama nya. Memandangkan dia tiada teman untuk dibawa jadi dia pilih aku untuk menemaninya.
Hurm, bila dihitung-hitung.. sudah lama juga aku tidak keluar ke majlis keramaian. Tidak kiralah majlis kenduri atau majlis rasmi yang lain. Okaylah kan? Kiranya aku ni dah jadi businesswomen yang berjaya lah kan?? Kerana, kebanyakan masa aku sekarang banyak terluang pada business kecil yang aku jalankan.
Ehek!
"Papa, Rissa nak..." ayat aku tergantung tatkala melihat sosok yang lain bersama papa.
Sosok seorang lelaki yang.. aku rasakan aku pernah temui sebelum ini. Lelaki itu yang tadinya kelihatan rancak bersembang dengan papa juga turut mengalihkan pandangannya kepada ku. Serta-merta, senyum manisnya dihulur.
Aku pula balas kekok.
"Tak apalah Dato'. Kita sambung nanti. Saya pergi dulu ya." ujar lelaki itu.
Mereka berdiri lalu berpelukan sebagai tanda perpisahan. Sempat mata lelaki itu melirik ke arahku. Sama seperti tadi, senyumannya masih meniti.
"Rissa, pakcik pergi dulu ya." ujarnya lalu melangkah keluar dari rumah.
Aku yang sedikit kaget hanya mengangguk. Sempat tundukan hormat aku berikan.
Usai menghantar lelaki itu keluar, papa masuk semula ke dalam rumah. Aku pula masih tercegat berdiri.
Confius kejap! M-macam mana pakcik itu boleh tahu nama panggilan aku? Hanya orang-orang yang betul rapat dengan aku aje tahu orang panggil Rissa. Selalunya orang yang baru kenal akan panggil aku Arissa?
Mataku terus melirik ke arah papa yang kembali duduk. Ada raut leganya terpampang. Seakan hilang satu masalah besar. Namun, hal itu aku tak persoalkan.
Apa yang aku nak tahu sekarang.. siapa lelaki itu? Berapa rapat aku dengan dia?
"Pa, siapa itu?" soalku. Langkahku atur mendekatinya.
Papa alih pandang pada aku. "Dia kawan lama papa." jawabnya sepatah.
Aku sekadar mengangguk kecil. Berkira-kira mahu bertanyakan soalan seterusnya. Sedang ligat aku mahu menyusun ayat untuk menyusulkan soalan seterusnya, telefon pintarku berdering.
Segera aku keluarkan telefon pintarku lalu aku tilik nama pemanggilnya. Raihana!!!!! Argh, sudah!! Aku hampir lupa aku nak keluar hari ni!!
Tergopoh-gopoh aku keluar dari rumah. "Pa, Rissa keluar kejap. Ada kenduri." lantang aku menjerit dari luar.
"Okay!!" Papa pun jawab lantang.
Mendengarkan jawapan papa, aku terus saja memandu keluar kereta lalu memecut laju meninggalkan perkarangan rumah. Aih!!
Dato' Zulkifli tarik senyum melihatkan gelagat anak daranya itu. Namun, perbualan antara dia dan Ungku Syariffuddin sebentar tadi kembali berlegar.
"Saya nak minta maaf Dato'. Saya rasa majlis ni tak dapat diteruskan."
Syukurlah! Tak perlu lagi dia diselubungi perasaan bersalah terhadap Arissa.
...
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro