Bab 5
Usai mengeringkan rambut yang basah, aku terus menyapukan losyen pada leher dan juga lenganku. Sudah beberapa jam berlalu namun kejadian petang tadi masih bermain di fikiranku.
Kejadian di mana aku melanggar kereta Audi berwarna perak itu lalu membawa kepada pertengkaran kecil antara aku dan juga pemilik kereta tersebut. Sebal aku juga masih belum hilang pada lelaki itu.
Pfft!
"Harap aje muka lawa tapi perangai ke longkang. Degil. Taknak mengaku salah. Dah terang-terang dia salah, masih tak putus asa nak tuduh aku pesalahnya. Biul!" bebelku apabila mengingati detik kejadian di mana lelaki itu terus menerus mencari salah aku.
Huh, nampaknya ungkapan 'Women always right' tu memang tak boleh digunapakai untuk lelaki itu. Terlalu ego dan taknak mengaku salah!
Sedang leka aku membebel, bunyi pesanan masuk menarik perhatian ku. Mataku melirik ke arah nama pengirim yang terpapar pada skrin kunci.
Tergamam aku apabila nama abang Haris terpapar. Lekas, aku menyambar telefonku. Mahu tahu isi dalam pesanannya. Kenapa aku teruja, erk?
'Dah sampai rumah?'-Haris.
Tanpa sedar senyuman nipisku terulit. Entah kenapa, aku jadi suka untuk menjawab soalan itu. Dengan senang hatinya aku membalas.
'Dah sampai dah. Abang dah sampai rumah?'- kirim.
Agak bosan juga isi perbualan kami. Erm, jujur aku masih janggal dengan kehadiran lelaki itu secara tiba-tiba dalam hidup aku. Tempoh 10 tahun itu bukannya sekejap. Ianya sangat lama. Banyak benda boleh berlaku dalam tempoh 10 tahun.
Sepanjang aku membesar di BaitulIman, dialah yang paling caring fasal aku. Kalau aku nak itu, dia akan usahakan untuk dapatkannya untuk aku. Erm.. hubungan kami ibarat adik dan abang.
'Terima kasih sebab tolong Rissa tadi. Sekejap aje abang boleh setelkan dengan encik Kerek itu. Kalau tak ada abang tadi, mesti dah bertumbuk dah Rissa dengan lelaki itu.'-kirim.
Tak sampai seminit, pesananku mendapat balasan. And.. yurp! Abang Haris auto terhibur mendengar jawapanku itu.
'Uih, garangnya. Abang pula seram. Semenjak dua menjak ini, dah jadi tailong pula kan?!'- Haris.
Aku tarik sengih. Tailong pun tailong lah asalkan dapat membela diri. Ikut kan hati memang aku nak bertumbuk dengan lelaki itu tapi tak apalah, simpan untuk hari lain.
Kalau nanti terjumpa lagi lelaki spesies begitu. Tinggal lepaskan aje. Cer gitu...
'Bukan memang dari dulu, Rissa memang tailong ke bang? Rissa kan yang paling nakal sekali dan banyak cari gaduh dengan budak lelaki kat tempat kita dulu?'-kirim.
'Yalah. Dia yang cari gaduh. Dia juga pernah selamatkan budak lelaki. Macam hero.'- Haris.
Termangu aku sejenak. Entah kenapa, topik selamatkan budak itu membuat kan aku jeda. Seakan ada kenangan silam yang kembali hidup dalam ingatanku.
Tapi.. kenapa aku tak ingat?
'Selamatkan budak?'-kirim.
Selang beberapa minit, kiriman ku mendapat balasan. Nampaknya abang Haris tak begitu sibuk malam ini walaupun malam sudah semakin larut.
'Rissa tak ingat ke Rissa pernah bawa budak lelaki datang BaitulIman. Abang pun geram juga masa itu. Rissa bukannya kenal pun lelaki itu tapi Rissa still bawa dia.'- Haris
Melihatkan jawapan abang Haris itu, kepalaku jadi sakit. Entah kenapa, aku jadi terimbau kisah silam yang hampir 10 tahun berlaku.
"Abang lari sini bang. Kita kena menyorok cepat. Orang itu dah nak dekat dah bang!"
Tubuh lelaki yang lebih tua dariku itu aku tarik masuk jauh ke dalam kawasan perumahan yang berdekatan. Dia yang kelihatan ketakutan mengikut saja jejak langkahku mahu pergi.
"Berhenti budak! Berhenti!"terdengar suara kuat lelaki itu bergema.
Namun, ia tak cukup kuat untuk mematikan langkah aku dan lelaki itu. Kami masih berlari sehinggalah kami berdua bersembunyi di balcony belakang salah sebuah rumah. Hela nafas kami yang kencang cuba kami atur sebaik mungkin.
Sempat mataku memandang ke arah lelaki yang aku bawa itu. Aku lihat ada sisa air mata berbaki di hujung matanya. Seakan baru lepas menangis. Aku pula masih menahan debar.
"S*al!!! Mana budak-budak itu pergi!"
Terdengar saja suara itu, kami sudah pegun. Debaran kian terasa. Masing- masing sudah pejam mata berharap tempat kami menyorok ini selamat.
"Korang cari budak-budak itu sampai dapat. Selagi tak dapat, selagi itu korang tak boleh dapat bayaran korang!" suara lelaki itu kembali menyapa halwa telinga kami.
Apabila terimbau semula kejadian itu, aku sudah naik meremang. Semalaman kami menyorok di sebalik balkoni itu. Esok paginya, aku ajak lelaki itu bergerak ke BaitulIman. Dia yang hanya diam sekadar menuruti. Masih aku ingat jelas reaksi kosong. Reaksi seakan trauma dan mengalami kehilangan yang sangat besar.
'Rissa?'-Haris.
Bunyi dentingan mesej itu, kembali kan semula aku ke alam realiti. Lekas, aku belek pesanan abang Haris tersebut. 10 minit sudah berlalu semenjak aku membaca pesanan abang Haris itu. Hmm.. lama juga aku termenung.
'Rissa dah mengantuk. Rissa tidur dulu. Assalamualaikum.'-kirim.
Tanpa menunggu balasan lelaki itu, aku terus mematikan telefon ku lalu aku letakkan di atas meja sisi katilku. Selimut aku tarik sampai ke paras dada.
Walaupun rasa penatku sudah menjengah namun fikiranku kembali memainkan kejadian yang kembali mengusik. Entah di mana agaknya lelaki itu sekarang? Apa yang aku tahu pagi itu, lelaki itu sudahpun tiada. Pengasuh BaitulIman beritahu aku bahawa lelaki itu sudahpun pulang bersama kedua orang tuanya.
"Kotornya muka abang. Nah, ambil lah kain ni." tuturku sambil membelek wajahnya yang kelihatan tompok-tompok coklat dan juga darah. Kain berwarna biru itu aku serahkan. Namun, tiada sambutan.
Dia yang membisu hanya pandang aku kosong. Seakan masih dalam dunianya sendiri.
"Abang?" seruku untuk kedua kalinya. Niatku yang tadinya mahu menegur terus saja jeda apabila melihat air mata mulai keluar dari tubir matanya.
Makin lama makin deras. Dia hanya menangis tanpa suara. Aku pula hanya mampu diam. Memerhati dia melepaskan sesuatu beban yang aku sendiri tidak dapat pastikan.
....
"Hahahaaaa!!! Tengok dia itu. Budak pelik!"
Walaupun samar-samar namun suara itu berjaya menyapa halwa telinganya. Dia yang tadinya seronok bermain anak patung terus saja kaku. Sempat matanya melirik ke arah sekumpulan budak-budak yang sedang berkumpul tidak jauh dari belakangnya. Sinis saja pandangan mereka ke arahnya.
"Apa yang Rissa ada, semua dia nak juga." tidak terhenti di situ, ada suara lain pula yang menyambung perbualan itu.
Tidak betah berdiam diri, Fatimah terus saja bangun. Langkahnya laju mendekati kumpulan itu. Wajah bungkamnya ditayang.
"Kenapa korang suka cari fasal dengan saya? Saya tak pernah cari fasal dengan korang pun!" dia sudah bela diri. Alis keningnya bercantum geram.
Salah seorang daripada mereka keluar mendekatinya sambil tersengih. "Sebab kau tu budak pelik!"
"Lepas itu, tak ada kawan. Tak ada siapa nak kawan dengan budak pelik." aju yang lain pula.
Tak semena, salah seorang daripada mereka terus menolak kasar tubuhnya. Dia jatuh terduduk. Rasa sakit di bahagian tubuhnya ditahan sambil matanya memandang satu-persatu wajah yang sedang mentertawakannya.
"Budak pelik!!"
"Berlagak nak jadi Rissa. Semua yang Rissa ada, dia pun nak juga!!"
Mengenangkan hal itu, keluhan beratnya terlepas. Bertahun lamanya dia cuba padamkan memori pahit itu. BaitulIman bukannya syurga buatnya. Lebih kepada neraka dunia untuknya kerana dia adalah anak buangan.
20 tahun dia hidup sebagai budak yang tidak mengenali ibu bapanya. Dia dibuang di BaitulIman. Dibesarkan tanpa kasih sayang yang cukup dari ibu dan ayah. Disindir oleh kawan-kawan dan juga masyarakat. Yurp, hidupnya tak seindah dongeng.
Keluar sahaja dari BaitulIman, dia cuba membina hidupnya yang baru. Dia cari kerja, dia cari duit untuk sara hidupnya dan terkadang.. dia terpaksa guna cara licik untuk terus hidup. Hidup mewah.
Dengan mendekati lelaki kaya. Hanya dengan cara itu dia boleh dapatkan apa yang dia mahu.
Dan, sekarang.. Haidar adalah mangsa nya.
Mengumpan lelaki itu rupanya tak sukar mana. Hanya menggunakan kecantikan dan kelembutan, Ungku Haidar Daniel sudahpun ada dalam genggamannya. Cuma berikan lebih secebis kesabaran, lelaki itu pasti akan memberikan segalanya.
Mengingatkan itu, senyuman Fatimah sudah melirik lebar. Jus oren yang memenuhi gelas dihirupnya perlahan. Ungku Haidar Daniel... kekayaannya memang sudahpun diakui sejak sekian lama. Jika, Fatimah menjadi isteri lelaki itu pasti dia.. akan hidup dengan sangat mewah.
"Huh!! Bila aku dah kaya, aku nak tunjuk pada orang yang aku berjaya. Aku bukannya budak pelik." ujarnya sendirian. Senyuman berganti masam.
Kejadian petang tadi menyapa ingatannya. Sudah hampir sepuluh tahun dan kini.. dia bersua lagi. Tanpa dijangka, Tuhan ciptakan pertemuan antara dia dan Arissa.
Pandangannya berubah tajam. Keningnya bertaut. Ada satu impian yang memancar dari anak matanya. Impian sejak sekian dulu lagi.
"Aku akan tunjukkan pada kau Rissa, aku lagi hebat dari kau!" tekadnya dipasang.
Aku akan tunjukkan!!
.....
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro