Bab 4
Usai melambaikan tangan ke arah kereta abang Haris yang sudah menjauh, aku terus saja menuju ke kereta Myviku. Sepanjang perjalanan, perhatianku masih tak henti-henti menatap ke arah kereta abang Haris menghilang tadi.
Sudah hampir sembilan tahun berlalu dan kini aku ditakdirkan untuk bertemu dengan kawan lamaku semula. Agak janggal juga suasana tadi. Kami berborak panjang dan kemudiannya sepi. Masing-masing pula cuba mencari topik agar tidak kekok.
Bila aku imbau semula, aku dan abang Haris bukan seperti itu. Kami ibarat lebih dari hubungan kawan biasa. Hubungan kami pula serupa seperti adik dan abang. Dia akan pasti kan aku makan pada waktu, dia akan pastikan aku tidur sebelum dia tidur malah sebelum pergi sekolah juga, dia akan cari aku untuk pastikan aku sentiasa ada dalam rumah tersebut. Yurp, lelaki itu sangat caring pada aku. Sangat!
Dan..
Selepas hampir 9 tahun berlalu, kami membesar di tempat yang berbeza. Dia berkongsi cerita bahawa selepas umur 18 tahun, dia nekad mahu berdikari. Dia akhirnya ambil keputusan untuk keluar dari BaitulIman dan kumpul duit untuk menyara hidupnya. Pelbagai kerja dia lakukan. Dari kerja kilang, officeboy dan akhirnya dia berjaya menjadi seorang juruterbang. Aku yang mendengar jadi tertarik mahu tahu liku kehidupannya itu.
Aku hanya mampu tersenyum kecil bila teringatkan betapa kuatnya mental lelaki itu mengharungi hidupnya.
Aku pula?
Pada umur 13 tahun, aku dijadikan sebagai anak angkat oleh Dato' Zulkifli dan juga Datin Aqilah. Mereka menatang aku seperti minyak yang penuh. Segala kelengkapan aku dipenuhi malah keinginan aku juga mereka tunaikan. Cakaplah mahu apa saja, mereka akan berikan. Aku sekolah pun bukannya sekolah biasa. Aku bersekolah di salah satu sekolah ternama di Malaysia.
Bila terkenangkan semula, aku memang sudah banyak terhutang budi pada mereka berdua. Kerana hal itu, aku cuba untuk tidak membeban kan Dato' Zulkifli selepas dia kematian isterinya. Kerana budi, aku akan jaga Dato' Zulkifli sehingga tua. Itu amanah dari aku sendiri dan aku perlu tunaikan.
Tidak berlengah, aku terus menghidupkan enjin keretaku. Perlahan-lahan aku mengundurkan keretaku. Cermin pandang belakang, aku belek. Mahu tengok jika ada kereta lain yang akan melintas di belakang keretaku.
Setelah memastikan keadaan selamat, aku terus saja mengundurkan kereta sehinggalah..
Ponnnnnnnnnnnnnn!!!!!
Bunyi lantang hon tersebut terus saja membuatkan aku menekan brek. Cepat-cepat aku pandang ke arah muncung kereta Audi berhenti betul-betul dibelakang keretaku. Cermin tingkapnya yang gelap agak menyukarkan penglihatanku untuk mengesan siapakah gerangan pemandu kereta tersebut.
Pon!!! Pon!!!!
Masih bunyi hon kereta itu bergema.
Aku yang agak cuak, terus saja keluar dari kereta. Langkahku atur ke arah belakang kereta. Risau juga kalau kereta aku tercalarkan kereta Audi itu tapi...
Calar pun tak ada malah kereta aku langsung tak sentuh kereta dia. Tiada siapa rugi dalam kejadian itu namun.. masih pemilik kereta tersebut membunyikan honnya.
Sempat mataku meliar ke arah orang ramai yang sudah lalu lalang. Masing-masing leher sudah seperti burung unta. Tegak saja kepala mereka mahu tahu punca kejadian yang berlaku. Pftt, tukang jaga tepi kain orang!
Selepas itu, aku belek ke tingkap hitam yang melindungi pemandu kereta tersebut. Kesal juga dibuatnya. Tak ada apa pun yang rosak pada keretanya tetapi entah kenapa.. gigih nau nak cari fasal dengan aku!
"Boleh senyap tak?!" laungku kuat sambil cermin tingkap kereta itu aku tampar perlahan.
Bila aku buat begitu, terus saja bunyi hon tersebut terhenti. Aku yang sedar tentang perkara itu, terus saja mengundur satu langkah ke belakang. Suasana yang hening tiba-tiba saja buat bulu roma ku meremang.
Aku buat hal pada orang yang salah ke?, hatiku menebak. Mataku pula masih menumpu ke arah tingkap hitam tersebut.
Tak semena, pintu kereta Audi itu terbuka. Melihatkan itu, makin ke belakang aku undur. Risau juga orang dalam kereta itu mahu membidik pisau padaku.
Namun, muncul saja sosok pemandu itu. Aku jadi tercengang. Tampan. Itulah perkataan pertama yang aku mahu ungkapkan. Terpana sejenak aku di situ.
"Cik?" dia menegur.
Namun, aku masih tak dengar. Masih dalam keadaan terpesona.
"Cik?!" kali kedua, dia menyergah ku dengan suara dalam. Bingkas, aku kembali ke realiti. Pandang saja wajahnya, aku lihat dia sudah berkerut marah.
"Y-ya saya."sambutku. Tergagap.
Dia pandang aku atas bawah sebelum perhatiannya dialihkan ke arah tempat dimana permukaan keretaku dan keretanya hampir tergeser. Kemudian, kembali dia pandang aku semula.
"Reti tak guna cermin pandang belakang?" soalnya dengan wajah sinis. Senyumannya melirik.
Aku yang agaj tersentak masih betah untuk bersabar. "Kereta encik yang tiba-tiba melintas. Saya dah bagi signal, takkanlah part tu encik tak nampak?" ajuku pula.
Huh!! Nampaknya dia tak begitu jelas pada situasi. Aku ada keluarkan signal untuk keluar. Takkanlah rabun pula kan? Tak pakai kacamata pun?!
Serta-merta raut lelaki itu berubah makin sinis. Dia sudah berpeluk tubuh. "Taknak mengaku salah ke? Saya sendiri nampak awak lambat bagi signal." dia pula mahu membela diri.
Isy!!!! Ini yang geram ni!
Nak cepat mana lagi. Takkanlah belum buka enjin kereta, aku dah nak kena bagi signal kot? Tak mental orang kata nanti?!
Aku sudah mendengus kecil. Geram aje tengok mamat depan mata aku. Muka saja lawa, raut wajahnya juga nampak baik namun anggapan pertama aku tentang dia meleset sama sekali.
Kecoh?!
"Encik itu yang tak berjaga-jaga. Melolong aje bawa kereta." aku sudah membalas. Geram punya fasal.
Lelaki itu masih tersengih. Matanya pula tak lepas pandang aku. "Saya salah? Cik tu kalau ada common sense sikit tak adanya nak berlanggar. Jangan fikir jalan ini, bapak cik yang punya!"
Wou, main kasar mamat ni!! Aku sudah menggumam sendiri. Ikutkan hati memang aku nak lempang mulut lelaki itu namun aku masih bertahan. Kalau aku lempang, dia bagi penumbuk macam mana?
Tak kes naya gitu?
"Encik jangan.."
Belum sempat aku menghabiskan ayatku, ada sosok yang menarikku jauh dari lelaki itu.
Terkedu aku dibuatnya apabila melihat sosok abang Haris muncul secara tiba-tiba. Dia tolak tubuh aku jauh dari lelaki itu. Wajah garangnya disua.
"Kalau encik nak sebarang ganti rugi, encik boleh berurusan dengan saya. Jangan usik kawan saya." belanya berdiri bagi pihakku.
Aku yang hanya diam sekadar memandang ke arah lelaki berkereta Audi itu. Dia juga turut memandang tajam ke arahku. Seakan ada perasaan tak puas hatinya bertamu.
...
"Bila Dato' free?" itulah soalan pertama yang keluar dari mulut Ungku Syariffuddin seusai habis saja mesyuarat.
Dato' Zulkifli yang ketika itu sedang meneguk air mineral terus saja jeda. Wajah temannya dipandang dengan perasaan bercampur baur.
Kembali, dia letakkan air mineral itu ke atas meja. Tekak yang tadinya meminta untuk dibasahi terus saja hilang. Wajah Ungku Syariffuddin dipandangnya.
"Anak Ungku setuju ke nak kahwin dengan Rissa?" soal Dato' Zulkifli mahu tahu. Serius saja wajahnya dipamer.
Ungku Syariffuddin pula masih tak lepas senyumannya. " Tentang itu, Dato' jangan risau. Saya boleh uruskan. Saya cuma nak Dato' setuju untuk teruskan perkahwinan ini." ujar lelaki itu seakan tidak mahu berkompromi.
Dato' Zulkifli diam sejenak sebelum keluhannya dilepaskan. "Kenapa Ungku nak anak saya kahwin dengan anak Ungku? Saya tak boleh terima alasan atas sebab nak berbesan. Saya yakin Ungku ada motif lain." akhirnya dia meluahkan apa yang dipendamnya beberapa akhir ini.
Dia sendiri tak faham kenapa kawannya itu beria mahukan anak angkatnya itu sebagai isteri kepada Ungku Haidar Daniel. Yang pasti, bukan sebab nak berbesan semata. Pasti lebih daripada itu.
Melihatkan Ungku Syariffuddin hanya berdiam diri, Dato' Zulkifli buat keputusan untuk cepat beredar dari situ. Dia tak mahu perbincangan ini akan memburukkan keadaan dan hubungan persahabatannya dengan Ungku Syariffuddin.
Belum sempat dia sampai ke pintu, Ungku Syariffuddin lantang menyeru namanya. Serta-merta, langkah Dato' Zulkifli jeda.
"Dato' kena ingat. Dato' masih ada hutang budi dengan saya. Saya harap Dato' boleh pertimbangkan balik permintaan saya ni." senada Ungku Syariffuddin menuturkan katanya.
Dato' Zulkifli sudah mengusap dahinya. Pening. Penat. Tak habis dengan urusan kerja, kini dia dibebankan dengan masalah peribadi yang melibatkan anaknya pula.
Berkahwin?
Dia yakin Arissa takkan mungkin setuju. Umur gadis itu masih muda. Masih di fasa mahu menikmati kebebasan hidupnya. Dia tidak mahu kerana perkahwinan ini, Arissa akan terkurung, terbeban dengan tugas sebagai isteri dan terikat dengan arahan suami. Yurp, alam rumahtangga bukannya semudah ABC. Ianya ada liku dan ranjau. Perkahwinan perlukan kematangan dan tanggungjawab yang besar antara kedua belah pihak.
Jika gagal memegang dua perkara itu, mesti mahligai yang dibina itu takkan bertahan lama. Sebagai seorang ayah, dia mahu lihat anaknya berkahwin sekali sahaja dalam seumur hidup. Hmm.. impian seorang ayah.
"Pa!" sergahan Arissa mengejutkan Dato' Zulkifli.
Kembali dia ke realiti sebelum perhatiannya dialih ke arah Arissa yang sedang tersengih busuk. Sukalah itu bila kejutannya itu berjaya menjedakan lamunan panjang Dato' Zulkifli.
"Bila kamu sampai rumah?" soal Dato' Zulkifli masih tak berhenti berdebarnya. Dadanya diurut perlahan.
Rasanya bukan berdebar disebabkan terkejut tetapi lebih kepada berdebar tentang cara nak beritahu Arissa tentang perkahwinan terancang itu.
Pada masa yang sama, aku yang ketika itu terhibur terus saja hilang mood apabila melihat wajah papa yang kerisauan. Dahinya berkerut manakala dadanya pula masih tak henti-henti diusap.
"Baru aje pa. Erm.. pa, kenapa nampak macam lain malam ini? Gelabah aje Rissa tengok." ajuku.
Papa diam sejenak sebelum senyum nipisnya diukir. Dia hanya geleng kepala. "Tak ada apalah. Papa cuma penat sikit. Kamu pergilah mandi. Bau kamu dah sampai ke sini dah, Rissa." seloroh lelaki itu sambil memicit hidungnya.
Serta-merta, aku tersengih. Sempat aku angkat lengan mahu cari punca bau itu datang dari mana.
"Isy, kamu ni. Pergilah mandi. Pergi hidu itu buat apa!" jerkah papa sambil menolak tubuhku ke tepi.
Makin tersengih panjang aku dibuatnya. Terus aku mencapai beg tanganku lalu aku berlari kecil naik ke atas. "Rissa mandi dulu pa. Malam ni jangan lupa tengok Runningman." ujarku sebelum menghilang ke tingkat atas.
Dato' Zulkifli yang tadinya senyum lebar terus saja beransur pudar. Dia ketap bibir.
Dia tak sanggup nak atur masa depan Arissa begitu. Arissa layak dapatkan kebahagiaan yang dia nakkan.
...
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro