Bab 30
Cermin besar yang melekat pada dinding bilik air aku tilik sekilas. Huh!! Termasuk kali ini, sudah tiga kali aku berulang-alik keluar masuk tandas. Tak selesa satu hal, gugup satu hal!
Semuanya gara-gara lelaki yang papa gelarkan sebagai Dani itu.
Sudah beberapa kali kami bertemu dan kesemuanya bala. Kebanyakan pertemuan kami berhujung dengan pergaduhan. Langsung tak ada penamat yang gembira.
Baru-baru ini pula kami hampir bertekak gara-gara seketul makanan. Aih!! Kalaulah aku tahu dia itu, kawan papa.. aku akan layan dia baik.
Hmm..
Bagaimana kalau lelaki itu orang penting dalam business papa? Aduh! Kalau dia tak professional dan putus kan kerjasama dengan papa kerana aku macam mana?! Aaarghh!!! Aku sudah pegang kepala. Pening.
Penatnya nak hadap konflik dalaman ini.
"Boleh tak rileks, Rissa. Benda takkan jadi apa. Kau jangan nak kecoh sangat." aku cuba meredakan perasaanku sendiri.
Lama aku cuba untuk memujuk diriku sendiri. Mungkin lelaki itu seorang yang professional pada kerja kan? Takkanlah masalah peribadi pun nak sauk dalam business kan? Tak rilek.
Setelah beberapa minit, aku keluar dari bilik air. Meja yang kami duduki, aku dekati. Perlahan langkahku atur apabila melihat hanya kelibat Dani di meja. Tidak kelihatan sosok papa bersama dengannya.
"Er.. papa saya mana?" soalku mengambil tempat di hadapannya.
Bila aku ambil tempat di hadapannya, Dani sudah mendagu. Sengihannya ditarik pendek. Matanya tak lepas dari menatapku. Aku pula yang tak selesa bila dia begitu.
"Risau ke nak makan berdua dengan aku? Ke.. takut aku apa-apakan kau?" dia sudah menduga.
Aku sudah jongket kening. Wajahnya, aku pandang. Awal-awal jumpa tadi, nampak kacak tapi bila dah tahu siapa dia.. aku pula rasa muak.
"Be professional encik Dani. Saya tahu saya banyak timbulkan masalah dengan encik tapi jangan nak kaitkan ayah saya sekali dalam masalah kita ni. Terus jaga hubungan baik encik Dani dengan papa saya ya." berani aku meluahkan bicaraku.
Lelaki itu sekadar mencebik. Sempat anggukannya diberi lalu spaggeti yang berada di atas pinggannya dicicipi.
"Jadi, kau taulah yang kau cari masalah? Kalau dah tau, kenapa tak minta maaf setiap kali gaduh?" ujarnya diselangi dengan kunyahan kecilnya.
Kalau boleh menjerit, aku mahu saja menjerit sekuat hatiku. Melepaskan geram dan juga perasaan yang aku sendiri tak pasti. Haih, kenapa dalam banyak-banyak lelaki yang boleh dibuat kawan, papa boleh pilih dia?! Annoying. Serious!
Aku sudah menarik nafas dalam. Wajahnya masih tak lepas daripada pandangan ku. "Sebab encik cari fasal dulu."
Terus aku fokus dengan hidangan ku Daripada terus melayan ulahnya, lebih baik aku mengisi perutku yang sedang kelaparan. Dari tadi dok ulang-alik pergi tandas sampai tak tersempat nak menyantap Chicken Golden Blue ku.
Di hadapan, Daniel sudah tarik sengih. Matanya tak lepas menatap Arissa Haura yang sedang makan. Perasaannya serba sedikit hangat hanya kerana dekat dengan sosok yang sudah berminggu-minggu tidak ditemuinya.
"Apa kata.." hentian kata-kata lelaki itu menarik perhatianku.
Tak semena, tangannya dihulur padaku seakan mahu berjabat tangan. Aku yang melihat tingkahnya sudah jongket kening.
"..kita berbaik. Kosong-kosong between us." ujar lelaki itu masih dengan hulurannya.
Aku ketap bibir. Sempat aku mengalih kan perhatianku ke arah pelanggan sekitar. Berharap tiada pelanggan yang melihat tingkah lelaki itu.
"Perlu ke?"
"Be professional, Rissa." dia ulang ayat ku.
Aku diam sejenak lalu keluhan ku terlepas. "Okay encik. Kosong- kosong." sahutku lalu menolak tangannya.
Aku lihat dia sudah tarik senyum. Nampak lah keterujaannya itu. Seronok ke dapat kata-kata maaf aku ini?
Baru saja aku mahu menyambung suapanku, dia sekali lagi bersuara. Dan kali ini, aku sudah terkedu.
"Papa dah pergi?" terperanjat aku dengan bicaranya itu.
Huh?! Papa!!!!
....
Senyuman Daniel sudah melebar sampai ke telinga saat mengenangkan perkara tadi. Haih! Terima kasih atas kerjasama yang Dato' Zulkifli berikan, akhirnya dia diberi peluang untuk duduk berdua dengan Arissa Haura.
"Maaf mengganggu Dato'. Saya harap saya tak ganggu masa Dato'." telus dia berbicara. Sopan semacam. Dapat hidu ada makna disebaliknya.
Dato' Zulkifli yang duduk di hadapan nya dipandang. Agak resah juga sebenarnya apabila minta untuk bersemuka dengan lelaki yang pernah menjadi majikannya. Bertambah gerun apabila Dato' Zulkifli sudah tayang muka tak rileks. Tegang aje.
"Dani boleh teruskan dengan perbincangan kita. Saya okay aje. Lagipun, memang hari ini saya cuti." ujar lelaki itu tenang.
Daniel sekadar mengangguk kecil. Di hadapan, dia sudah bermain-main jari. Pandangannya pula menekur ke bawah. Tak tahu untuk mulakan daripada mana. Dari A atau dari Z?!
"Kenapa Dani?" aju Dato' Zulkifli tatkala merasakan keheningan antara mereka berdua.
Daniel mendongak kecil. Dari rautnya jelas dia juga masih berkira untuk meneruskan perbincangan tersebut. Tolonglah, Daniel!!! Jadi, anak lelaki!!!!
"Saya.. saya ingat nak melamar anak Dato' jadi isteri saya. Saya ikhlas nak kahwin dengan dia." niat yang tersimpan, akhirnya diluah. Lega sedikit Daniel kerana satu beban di hati sudah lepas.
Beban kedua pula.. mahu lihat reaksi Dato' Zulkifli. Sama ada menerima atau menolak.
Fikir Daniel, lelaki itu akan kaget dengan kata-katanya itu namun nyatanya tidak. Dato' Zulkifli menyambut tenang. Malah, ada senyumannya meniti di alis bibir merahnya.
"Saya ikut apa yang Rissa putuskan. Kalau dia nak, saya ikut. Kalau dia taknak, saya tak boleh nak buat apa. Lagipun.. selama ni Rissa kenal Dani sebagai Haidar bukannya Daniel." tegas nadanya membalas.
Daniel mengetap bibir. Kendur saja wajahnya apabila mendengarkan bicara Dato' Zulkifli. Ada betulnya juga apa yang lelaki itu katakan. Selama ini, dia dapat dekat dengan Rissa sebagai Haidar dan bukannya Daniel. Malah, Daniel kebanyakannya banyak buat ulah dengan gadis itu semata. Tak pernah lepas dari masalah. Haih!
Apabila melihat Daniel sudah termangu sendiri. Dato' Zulkifli tarik nafas kecil. Air kopi yang terhidang di meja, dihirup sedikit.
"Sejak kebelakangan ni, saya tengok Rissa pun banyak betul termenung. Senang cerita, semenjak Dani dah tak ada dalam rumah itu. Selalu juga dia turun lepak dekat gazebo walaupun dulu, saya tahu yang dia paling liat nak duduk saja-saja kat situ." kebenaran yang diungkap Dato' Zulkifli sempat mengusik rasa lucu pada Daniel.
Dia fikirkan hanya dia seorang saja yang angau. Rupa-rupanya ada yang lagi teruk angaukan dia? Tak sangka Haidar dengan jambang lebat itu pun boleh memikat perasaan Arissa Haura.
Pelikkan perempuan? Walaupun lelaki itu tak berupa dan tak kaya, masih ada perempuan yang menaruh hati dan sayang pada lelaki itu? Namun bila.. erm, malas nak cakap panjang.
Kerana itulah, akhirnya Daniel diberikan peluang untuk bertemu dengan Arissa Haura. Dato' Zulkifli yang menyediakan rancangan untuk makan tengahhari tersebut. Dato' Zulkifli memberi kebenaran untuk Daniel berkahwin tetapi bersyarat. Daniel boleh berkahwin dengan Arissa Haura tetapi perkahwinan itu wajib atas kemahuan Arissa sendiri. Bukannya paksaan.
Dengan tegarnya, Daniel menyahut syarat yang diberikan Dato' Zulkifli. Baginya, melembutkan hati Arissa Haura semudah ABC. Bukannya dia tak pernah menyungkurkan hati mana-mana gadis kan?
Ketika kereta yang dipandunya memasuki perkarangan villa Ungku Syariffudin, matanya terpandangkan dua sosok lelaki yang berdiri tepat di hadapan pintu pagar utama. Segera, Daniel memperlahankan keretanya.
Makin dekat, makin jelas kelibat tersebut. Raut ragunya mulai pudar dan berganti dengan raut mendatar. Ya, dia kenal gerangan tersebut. Tak lain dan tak bukan.. te- bekas teman akrabnya, Zuhair dan Syazwan.
Apabila kereta Daniel mendekati, mereka juga turut sama mendekat. Daniel sudah bungkam. Kerutan dahi nya sudah menonjol. Raut bengisnya berganti.
"Dani.." sayup-sayup kedengaran suara garau memanggil namanya. Ini, mesti ada salah satu tingkap keretanya yang tak tertutup rapat.. jadi masih kedengaran walaupun perlahan.
Daniel masih dengan muka ketatnya. Sempat ekor matanya melirik ke arah Zuhair dan Syazwan yang sudah merapat ke sisi keretanya.
Namun, Dani pantas memecut masuk ke dalam perkarangan rumahnya. Untungnya, pak guard memahami. Dia tinggalkan kelibat Syazwan dan Zuhair terpinga-pinga di luar.
Biarlah..
Walaupun sudah berbulan perkara itu berlalu namun ia masih segar dalam ingatan Daniel. Sangat segar. Malah sakit dan peritnya masih dia rasakan. Teman yang dia sangkakan dapat membantunya, rupanya menikam dia sehingga tersungkur ke bawah.
Kalau tak disebabkan jasa Dato' Zulkifli, pasti dia tak berdiri seperti sekarang. Ya, buat masa ini biarlah dipadamkan istilah kawan itu. Paling lambat pun, sehingga dia faham erti sahabat yang sebenarnya.
...
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro