Bab 29
Satu persatu langkah aku atur menuju ke arah gazebo yang terletak di tengah-tengah kebun. Mataku pula sedari tadi tak henti-henti meliar ke sekitar. Setiap sudut, aku hanya nampak bayangan Haidar. Dari dia buat kerja sampailah dia berhenti berehat di gazebo.
Semuanya bagaikan mengaburi mataku ketika ini. Belum ditambah lagi dengan perasaan kosong yang berteduh dalam hati. Aih, boleh jadi gila kalau hari-hari macam ni!
Sudah beberapa minggu, Haidar menghilangkan diri. Dan, sejak itu jugalah aku dilanda sepi. Aku fikirkan ianya hanya berlarutan selama seminggu namun.. tak sangka kesan nya sampai ke hari ini!
Punggungku, aku labuhkan pada lantai tangga gazebo. Perhatianku memutar ke sekeliling kebun. Kosong dan sepi. Tak ada apa yang menarik di situ. Hanya bunga dan dedaun gugur saja yang ada.
Akhirnya, keluhan pendekku terlepas. Aku memeluk lutut lalu aku mendagu diatas lengan. Secalit senyuman pun tiada ku ukir. Hanya mimik sedih saja yang aku lempar kan.
Seakan orang yang baru kehilangan sesuatu yang berharga..
"Kamu buat apa itu, Rissa?" teguran Dato' Zulkifli mengambil tumpuan ku.
Aku lihat lelaki itu sudah menapak mendekatiku. Dari pakaian santainya yang dipakai petang itu, jelaslah dia tidak pergi ke mana-mana. Hmm.. mungkin cuti agaknya.
Tempat kosong di sisiku didudukinya.
"Duduk-duduk, pa. Hmm.. rasa bosan pula." ujarku tanpa memandang lelaki itu.
Tanganku pula sibuk bermain dengan dedaun gugur yang jatuh di sisi tangga. Boleh lah buat hilangkan rasa kosong sekejap.
Dato' Zulkifli mengangguk kecil. Pandangannya dibuang ke sekitar kebun. Semenjak ketiadaan Haidar, dialah yang kembali membersihkan kebun. Kalau tiada masa sangat, dia akan upah orang untuk membersihkannya. Alhamdullilah, kebunnya masih terjaga sampai sekarang. Masih bersih dan kemas.
"Semenjak dua menjak ni papa tengok kamu banyak sangat termenung. Makan pun papa tengok kurang. Banyak lepak kat gazebo. Hmm.. ada apa-apa yang kamu nak ceritakan pada papa ke, Rissa?" aju Dato' Zulkifli cuba untuk memulakan sesi merapat denganku.
Agak terkedu juga sebenarnya bila dengar papa kata begitu. Adakah dia sudah dapat hidu hamis-hamis perasaan aku ni? Hamis-hamis yang aku sebenarnya sedang ada hati dengan Haidar, si tukang kebunnya itu?
"B-biasalah pa. Rissa tak apa- apa pun. Kadang termenung itu sebab fikir order customer aje. Macam-macam yang diorang minta. Nak add on itulah, nak add on nilah.." aku sudah berdalih. Menjadikan kerjaku sebagai alasan.
Papa sekadar mencebik. "Kamu nak tipu papa ke Rissa? Dah berapa lama, kamu membesar dengan papa ni? Haha.. kali ini kamu tak dapat nak tipu papa. Papa tahu dah dengan perangai kamu ni, nak." tempik papa sambil menyapu-nyapu kepalaku yang berlitup.
Pipiku sudah membahang merah. Entah kenapa.. firasatku kuat mengatakan yang papa sudah tahu apa yang aku rasakan ketika ini. Mungkin ke dia juga tahu.. siapa orang nya?
"P-papa dah makan?" aku cuba melarikan diri dari soalan cepumas papa itu.
Senyuman terpaksa ku, aku ukir di rekahan bibir. Walaupun jelas tak ikhlas tapi senyum jugak. Manalah tau bila nampak senyuman aku ni, papa lupa fasal apa yang kami bincang kan tadi? Uhuks!
Dato' Zulkifli membalas senyuman ku. Namun, terlindung makna dibalik senyumannya itu.
Lama lelaki itu begitu. Aku pula yang sudah resah dalam diam. Emmm.. taknak lanjutkan perbincangan meresahkan jiwa ni!
"Belum. Nak makan dekat luar tak?" akhirnya papa menjawab juga pertanyaanku.
Bingkas aku bangun. Wajah papa aku pandang dengan reaksi teruja konon nya. "Dah lama tak makan kat Secret Recipe. Rissa rindu nak makan Ayam Golden Blue dia." aku memberi cadangan.
Untungnya, papa tak banyak membantah. Dia bangun dari duduknya lalu beriringan bersama ku mahu masuk ke dalam rumah untuk bersiap.
Aku ni kalau makanan tak kena tekak, memang aku tak akan makan. Nak minta telan air kosong pun, aku tak mahu. Agak leceh sebenarnya nak lepak makan dengan aku ni. Nasib baiklah, kawan baik aku si Raihana itu jenis ikut selera aku. Apa yang aku makan, dia pun nak makan juga. Tapi.. itulah, kadang ada juga pe'el nya itu.
Sedang leka kami berbincang tempat makan, telefon pintar papa menjedakan perbualan. Serta-merta papa mengeluarkan telefon pintarnya dari kocek seluar. Pesanan yang diterima diperiksa.
'Assalamualaikum Dato'. Dato' free hari ini? Saya ada perkara yang nak dibincangkan dengan Dato'.'- Daniel.
...
Restoran Secret Recipe yang terletak di Prima Sri Gombak kami jejaki. Datang saja, kami sudah disajikan dengan pemandangan pelanggan yang beratur di kaunter. Hampir keseluruhan meja di restoran itu penuh dengan pelanggan. Untungnya, kami sempat buat tempahan meja.
Meja yang terletak di bahagian belakang kami tuju. Terlihat tiga biji pinggan berserta sudu dan garfu tersusun kemas di atas meja.
Aku sudah berkerut dahi. Perlahan-lahan, aku mengambil tempat di hadapan papa. Mataku masih meliar di atas meja. Entah kenapa, aku boleh terfikir nak hitung jumlah pinggan atas meja. Sudah terang lagi bersuluh, pinggan atas meja itu memang ada tiga. Huh!
"Bukan patut dua ke pa?" aku sudah mengajukan pertanyaan.
Wajah hairan ku, tak dapat aku selindungkan. Berkerut saja keningku menagih jawapan.
Papa pula sudah tersenyum panjang. Wajah aku dipandangnya.
"Kawan papa kata nak jumpa. Alang-alang papa dah keluar dengan kamu sekali, papa ajak dia sekali." jawapan papa itu berjaya buatkan aku terkedu.
Haih, papa ni! Jarang betul bawa aku makan sekali dengan kawan. Selalunya kalau dia lepak dengan kawan, dia dengan dia aje.
"Alah papa ni. Kalau sibuk, bagitahu aje Rissa. Rissa faham aje. Ini.. nanti tak selesa pula papa nak bincang dengan kawan papa nanti." ujar ku cuba untuk berbudi bahasa.
Walaupun kenyataannya, aku sendiri yang tak selesa.
Haih, nanti kalau papa nak berbincang dengan kawan dia, aku perlu buat apa? Nak main phone, phone aku tinggalkan di rumah pula. Haih!!
"Alah, kamu ni. Bukan orang lain pun. Dia itu.." belum sempat papa menghabiskan ayatnya, telefon pintar nya berdering menandakan panggilan masuk.
Serta-merta papa angkat. Aku pula sudah gelisah depannya. Sesekali mataku menerawang ke pintu masuk kedai tersebut. Satu persatu pelanggan datang. Ada yang tua, ada juga yang muda.
Lama aku merenung ke pintu masuk sehinggalah akhirnya anak mataku menumpu pada sosok lelaki berpakaian T-shirt kelabu kosong. Kaca mata hitamnya dipakai. Sekali pandang, memang takkan berkalih.
Sedang leka, aku membeleknya atas bawah.. pandangannya terarah pada ku. Zzttt! Terasa renjatan kecil memanah mataku saat kami saling berpandangan satu sama lain. Aku lihat senyumannya terukir.
Sekilas, aku menundukkan pandangan. Ya Allah, apakah?! Boleh pula nak berlaga pandang bagai!!! Haih, ingat drama ke, taguna?!
"Kenapa, Rissa?" soal papa mahu tahu. Hairan melihat tingkahku yang sudah seperti cacing kepanasan.
"Err.. R-Rissa.."
"Assalamualaikum Dato'." huluran salam itu menarik perhatian kami berdua. Mata aku dan papa sudah menumpu pada figura lelaki yang berdiri di sisi meja kami.
Aku sudah terlopong. Lelaki itu ka-kawan papa? Uihhh, tak sangka kawan papa ada yang muda. Reeerrr, kacak pula itu! Aku sudah puji dalam hati.
Dia bersalaman dengan papa sejenak sebelum pandangannya dialihkan padaku. Senyum sengetnya dilempar. Aku yang melihat, sudah tak keruan. Aih, kenapa melting ni? Taaakuat!
"Silakan duduk Dani." ramah papa menyambut kehadirannya. Tempat duduk di hadapan ku didudukinya manakala papa pula sudah beranjak ke sisi. Macam saja aje papa ni! Aku sudah janggal di situ.
Sedari tadi, aku rasakan tatapan lelaki itu tak berkalih dariku sedikit pun. Walaupun di balik kaca mata hitamnya, aku rasakan anak matanya menjilat wajahku.
"Rissa kan?"
Aku sudah termangu bila nama pendekku meniti di birai bibirnya. Serentak itu, aku pandang dia. Aku lihat dia sudah menanggalkan kaca matanya. Terserlah anak mata hitam nya menatapku penuh makna.
Tergamam. Mataku sudah terbelalak besar. D-dia!?!!
Dia kawan papa?!
...
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro