Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 27

"Selamat kembali, Ungku."
"Selamat datang, Ungku."

Itulah ucapan yang menyambut Daniel setibanya dia di pejabat pentadbiran syarikat arwah papanya. Semua pekerja di bahagian penradbiran, berpusu-pusu menyambut kehadirannya. Tundukan hormat mereka berikan.

Daniel sekadar membalas dengan senyuman nipis. Tak seperti dulu, tundukan mereka dibalasnya dengan tundukan. Ego? Rasanya hal itu sudah lama pudar semenjak dia berdiri di kaki sendiri selama 4 bulan lepas.

"Selamat datang, Ungku. Salam takziah buat arwah Ungku Syariffuddin. Kami juga turut bersedih." ungkap salah seorang pekerja lelaki yang kemas berkemeja biru.

"Terima kasih semua. Saya terhutang budi pada semua yang telah datang membantu dan berziarah sepanjang urusan pengebumian arwah papa saya." ucap Daniel tulus dengan senyuman nipis.

Tak dapat dinafikan, kebanyakan yang membantunya untuk menguruskan urusan pengebumian papanya adalah pekerja syarikat papanya sendiri. Bila difikirkan balik, Daniel rasa segan. Selama ini, dia bertingkah sombong dengan pekerja bawahan. Apa yang dilihatnya pada pekerja hanya sekadar orang biasa yang mengikut telunjuk dan arahannya semata. Jika tidak kena dengan jiwanya, dia akan memarahi mereka seperti mereka manusia yang tiada hati.

Satu keluhan berat Daniel lepaskan. Tidak mahu membuang masa, dia segera mencapai beberapa dokumen yang tersusun di atas meja. Satu persatu fail dibeleknya sebelum salah satu fail itu menarik perhatiannya. Berkerut dahi Daniel membacanya.

Pemilikan Ungku Rauf Aryan tidak sah atas syarikat lamanya? Daniel sudah tergamam. Dia sudah termenung panjang. Jadi.. Rauf memiliki syarikatnya secara tidak sah? Lama dia diam sebelum senyum pendeknya terpapar.

Spontan, interkom ditekannya lalu kedengaran suara PA nya menyapa halwa telinga.

"Buatkan saya satu appointment dengan DH Holding. Kalau boleh saya nak appointment tu dibuat dalam minggu ini juga." ujarnya sebagai satu arahan.

Menurut perintah, PAnya setuju untuk buat seperti apa yang dia mahukan. Usai menamatkan interkom, fikirannya sudah mulai mengatur rencana untuk mengenakan Rauf semula.

Senyum sinisnya berganti. Memorinya mengimbau detik Rauf menghinanya empat bulan yang lalu. Dia dihalau dari syarikat yang sudah dibangunnya hampir tiga tahun. Dia fikirkan Ungku Syariffuddin bekerjasama dengan Rauf namun nyatanya tidak.

Mungkin.. papanya juga tahu kemampuan Rauf tidaklah sehebat dia. Kalau Rauf yang memiliki DH Holding, pasti ia akan diisytiharkan muflis sama seperti syarikat-syarikat yang Rauf bangunkan sebelum ini.

Lagipun.. papanya tak mahu syarikat yang dibangunkan Daniel sendiri gagal begitu.

Mengenangkan itu, Daniel disapa rasa terharu. Nampaknya, dia banyak isu salah faham dengan papanya.
...
Kedua langkah kakiku silih berganti menapak ke beranda bilikku. Keluar saja, aku disapa dengan pemandangan langit biru dan keindahan kota raya Kuala Lumpur tidak jauh dari rumahku. Memandangkan villa papa berdiri megah di atas bukit jadi pemandangan kotaraya itu jelas kelihatan.

Nak-nak lagi bila malam memunculkan diri.

Namun, hanya sekilas saja aku memandang perkara itu sebelum aku tundukkan tatapanku ke arah kebun yang berada di bawah.

Sepi.

Itulah perkataan sesuai yang aku dapat gambarkan sekarang. Hmm.. selalunya kalau aku pandang bawah, pasti kelihatan sosok Haidar yang sedang giat membersihkan kawasan itu. Kadang lelaki itu akan memangkas daun-daun yang sudah panjang, menyiram pokok bunga dan menyapu di kawasan halaman rumah.

Dan, di situlah kami saling menjerit dan berbual.

Huh!! Aku sudah meraup wajahku perlahan sebelum keluhan beratku terlepas. Masih bayangan Haidar tak berhenti bermain depan mataku seakan dia masih ada di situ. Walau nyatanya lelaki itu sudahpun tiada di situ.

"Kenapa dengan kau ni Rissa? Hari-hari macam ini?" aku sudah aju pertanyaan pada diri sendiri.

Kalaulah aku dapat jawab pertanyaan itu. Aku akan jawab. Tapi.. takkanlah aku nak bagi jawapan pada soalan yang aku tanyakan sendiri. Pasti aku akan memilih untuk tidak menegakkan fakta.

Akhirnya, aku terduduk di atas kerusi kayu yang terletak di beranda bilik. Mataku tak lepas memandang kebun tersebut sebelum senyum pahitku terukir.

'Kenapa dengan aku ni?' desisku perlahan. Kalau betul minat dan suka, takkanlah  aku masih begini walaupun perkenalan kami hanya capai sebulan? Ajuku sendirian.

Getaran telefon pintarku di dalam kocek seluar mematikan lamunanku serta-merta. Terus aku keluarkannya lalu nama si pemanggil aku belek. Tergamam aku sejenak apabila nama 'Haris' timbul.

Tidak terus menjawab, aku pertimbangkan keputusanku itu. Kalau boleh, aku taknak diganggu sesiapa ketika ini namun.. memikirkan waktu-waktu kosong aku akan terisi dengan kenangan Haidar, aku pilih untuk menjawabnya.

"Waalaikummussalam, kenapa abang Haris?" soalku seusai menjawab salam nya.

"Petang ini, Rissa free tak?" soalnya.

Aku sudah ketap bibir. Memikirkan keputusan bernas yang perlu aku berikan. Huh.. kalau boleh, aku memang nak tolak tanpa berfikir namun.. memikirkan aku akan terus dirasuk bayangan Haidar, aku jadi ragu.

Mungkin.. kalau keluar dengan Haris aku boleh lupakan sekejap fasal Haidar ke? dugaku sendirian.

"Free. Kenapa bang?"

"Abang ingat nak keluar cari barang untuk kempen petang ini. Rissa nak teman tak?"

"Boleh."

Dihujung talian, Haris sudah tersenyum lebar. Untuk pertama kalinya, Rissa setuju untuk keluar dengannya. Selalunya, gadis itulah yang paling liat bila diajak keluar namun hari ini, gadis itu setuju tanpa kompromi.

Pelik tapi.. Haris suka.

"Nak abang ambil Rissa dekat rumah ke?" soal Haris sudah tawar diri.

"Boleh juga. Nanti Rissa hantar location rumah Rissa pada abang." sahut Arissa di hujung talian.

Selepas talian ditamatkan, Haris sudah terloncat-loncat seperti anak kecil dapat lolipop. Nasib baiklah tiada sesiapa di situ yang melihat gelagat budak-budaknya itu kalau tidak.. naya.

Siapa saja yang tak gembira bila gadis yang didamba akhirnya memberikan peluang untuk bertemu? Mungkin ke sekarang Arissa Haura ambil keputusan untuk buka hati buat dia?

Mengenangkan itu, makin lebar senyuman Haris sehingga menunjukkan barisan gigi putihnya. Seronok dan bahagia. Itulah yang dirasakannya kini.
...
"Terima kasih Ungku sebab sudi belanja kitorang makan tengahhari ini." ucap Zakwan, merupakan salah satu staf dari syarikat papanya.

Daniel tarik senyum. "Bukan selalu saya belanja makan. Nanti lepas order dah siap, awak bagilah kat diorang semua. Okay?"

Laju Zakwan mengangguk menerima arahan yang diberikan oleh Daniel kepadanya. Setelah itu, Daniel minta diri untuk beredar dari situ.

Dia tak boleh berlama di situ kerana sekitar pukul 3 nanti, dia ada urusan dengan DH Holding. Urusan untuk mengambil haknya sebagai pemilik sah perniagaan itu.

IOI Mall Putrajaya sudah mulai sesak dengan pelanggannya yang berpusu-pusu. Maklumlah, hari ini pun hujung minggu. Jadi, ramailah ibu bapa yang bercuti untuk meluangkan masa bersama anak-anak mereka. Para remaja juga tidak kalah jumlahnya.

Sambil berjalan itu, mata Daniel sempat meliar ke sekitar kawasan di aras G itu. Terus pandangannya berhenti ke arah store Family Mart yang agak sesak dengan customer itu.

Tiba-tiba pula perut ni mengidam nak makan Oden. Eheks!

Tak membuang masa, langkahnya diatur menuju ke arah store tersebut. Sebelum beratur ke barisan Oden, dia membuat carian untuk minuman bagi mengalas tekaknya. Spontan, dia mencapai susu pisang yang hanya tinggal satu di barisan freezer.

Tergamam. Ketika dia hendak mencapai susu itu, tangannya tak semena menggenggam tangan seseorang yang ketika itu turut sama mahu mencapai susu itu. Terus dia alihkan pandangannya ke sebelah.

Mereka saling berpandangan. Kedua-duanya memberikan reaksi kaget namun dengan punca yang berbeza.

"K-kau?!"
"C-cik?!"
...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro