BAB 26
Drama korea bersiri 'Mr. Queen' tidak langsung menarik minatku walaupun hari-hari sebelum ini, cerita itulah yang paling aku nantikan. Entahlah.. semenjak dua menjak ini, aku tiba-tiba jadi tak semangat. Banyak mengeluh. Rasa kosong. Sifat pelik bin ajaib.. yang aku sendiri rasakan itu bukan milik aku.
Selang 15 minit kemudian, iklan syampu pula muncul. Terus perhatianku teralih ke arah dapur di mana bilik Haidar ditempatkan. Bibirku sudah ku ketap.
Mungkin ke aku jadi begini disebabkan dia?
"Haidar beritahu papa yang dia nak berhenti kerja. Dia pun ada kata yang dia dah balik ke rumah keluarganya semula."
Kata-kata papa itu kembali bermain dalam fikiranku. Reaksiku jelas terkesima saat mendengarkan khabar itu. Janggal dan aneh.. aku tak pasti aku bersedih ataupun marah, namun yang pasti perasaan itu bukannya menggambarkan kegembiraan.
Sudah dua hari berlalu namun perasaan aneh itu masih belum pudar. Saban hari, perasaanku jadi makin kosong. Sudah aku cuba pelbagai cara untuk lupakan dia. Dari ke karaoke sampailah ke foodhunting, namun perasaan itu masih juga tak mahu hilang.
Huh!!! Kenapa?!!! Kenapa aku boleh jadi seangau ni pada lelaki itu?! Baru sebulan kenal, takkanlah semudah itu aku sudah terlanjur sayang pada dia?
Apa yang menarik sangat pada dia sampai kau boleh tertambat hati pada dia? Nak kata kacak? Melihatkan jambangnya yang tebal itu sudah cukup buat aku rimas. Nak kata dia berduit? Hmm.. masih jauh lagi rasanya.
Lama aku berdebat dengan diri sendiri sebelum keluhan ku terlepas. Wajahku aku raup lembut.
"Mungkin sebab dia tak ucap selamat tinggal sebelum pergi kot? Walaupun baru sebulan perkenalan, dia patut menghargai usaha aku nak berkawan dengan dia..." leterku cuba untuk menyedapkan hati.
Ya, mungkin atas dasar kawan semata. Tak lebih dan tak kurang.
Namun, tak sampai seminit lepas itu.. aku ditembak soalan lain pula. Yakin ke perasaan itu hanya sebatas kawan? Kau lupa ke Rissa tentang 'Tanda-tanda jatuh cinta pada lelaki'?. Bukankah terang lagi bersuluh, kau sudah dapat fullmark untuk setiap tanda itu?
Arghhhh!! Stressnya aku!! Aku sudah menggerutu sendiri.
Pada masa yang sama, Dato' Zulkifli memerhati lagak anak daranya itu. Tak keruan. Kadang meraup wajah. Kadang menghentak-hentak kaki dan ada kalanya senyum sendiri. Kalau ada orang luar yang menilai, pasti ramai yang buat diagnosis sendiri.. menyatakan Arissa Haura muktamad kurang waras!
"Rissa.." sapaan Dato' Zulkifli menjedakan tingkah siumanku.
Cepat-cepat aku membetulkan kedudukanku semula. Sebingkis senyuman manis, aku berikan. Nampaknya, aku cuba kelihatan normal depan papa. Berjaya ke?
Dato' Zulkifli melangkah merapati. Sempat matanya mencerlung ke arah televisyen yang masih terbuka sebelum perhatiannya sepenuhnya diberikan pada aku.
"Emosi sangat ke cerita itu sampai kamu stress semacam ini?" soal lelaki itu sudah mengambil tempat di sofa bersebelahan ku.
Tersengih. Hanya reaksi itu saja yang mampu aku berikan. Agak terkejut juga apabila mendengarkan soalan papa itu. Tak sangka pula sedari tadi dia ligat memerhati kan aku.
"Siapa kata Rissa stress? No lah.. maybe er.. side effect tiba-tiba kot papa." dalihku sudah tersengih kerang. Side effect celah mana Rissa, oit?!
Papa disebelah sekadar mencebit. Dahinya sudah berkerut penuh makna. "Dua hari ini papa perasan perangai kamu dah lain. Tak semeriah dulu. Kali ini kamu banyak diam dari bercakap. Papa bercakap dengan kamu pun, kamu termenung. Tengah fikirkan sesuatu ke?" untuk kedua kalinya, papa tembak soalan yang mengena ke sasaran.
Aku sudah tidak senang duduk diam apabila mendengarkan pertanyaan papa yang aku rasakan cukup genius. Nampaknya papa perasaan dengan perubahan aku semenjak dua menjak ini walaupun aku sendiri tak sedar akan perihal itu.
"M-ma-mana ada. Rissa okay ajelah." sekali lagi aku berdalih. Jujur, aku tak dapat nak sembunyikan rasa gugup yang merasuk perasaan ku ketika ini.
Pandanganku juga tak dapat aku suakan pada papa. Seakan mengelak daripada papa menduga ku dengan lebih jauh.
Mendengarkan jawapan ku itu, papa sudah tarik sengih. "Ke.. kamu tengah rindu seseorang?"
Terkedu aku dibuatnya apabila usikan papa itu menyapa halwa telinga ku. Wait!!! Kenapa papa terlalu bijak dalam membuat hipotesis tentang perasaan aku ni? Ke.. aku sendiri yang terlalu lemah nak membendung rahsiaku sampai papa dengan mudahnya membaca air mukaku.
"Haih, papa ni! No lah!!! Siapa yang Rissa nak rindu ni pa? Raihana ke? Dia tu pun Rissa dah bosan keluar tiap minggu." tak fasal-fasal nama Raihana aku petik.
Harapnya, Raihana tak makan atau minum sekarang ni. Kalau tersedak lepas itu tercekik. Aku sendiri yang akan rasa bersalah untuk seumur hidup. Pfft.!
"Bukan Raihana tapi Haidar." spontan nama Haidar terpacul keluar dari mulut lelaki itu.
Aku ketap bibir. Kali ini aku tak berkutik langsung. Buntang mataku mendengarkan tebakan papa itu.
"Kalau diam itu maknanya.. betul lah kan?" makin menjadi-jadi gurauan papa kali ini. Galak dia mengusik ku. Usikannya itu diselangi dengan tawa mengekeknya.
Kalau boleh, memang aku nak buat serangan balas. Namun, entah kenapa.. aku kelu. Kalau ya, bagaimana?!
...
Tanah yang masih merah itu, disapunya lembut. Ikutkan sedih, sudah lama dia menangis air mata di tanah perkuburan itu. Namun.. memikirkan dia dikelilingi dengan orang-orang yang gemar menilai dan menghakimi, Daniel pilih untuk terus kental.
Papan kayu yang tertera nama penuh Ungku Syariffuddin diusapnya perlahan sebelum senyuman pahitnya diberi.
"Dani nak minta maaf pa. Dani tak sempat nak jumpa papa dan mohon ampun pada papa. Kalaulah Dani tak ikutkan ego Dani, mesti Dani akan rasa lega sebab tak ada hutang apa-apa pada papa." tuturnya lirih.
Tak dapat ditahan, akhirnya beberapa deraian air matanya jatuh membasahi pipi. Syukurnya, orang yang berada di tanah perkuburan itu tidak ramai, jadi.. dia boleh menangis sedikit demi sedikit.
Sudah tiga hari berlalu semenjak kematian papa di rumah sakit. Daniel fikirkan ayahnya akan dapat bertahan sampai ke penghujungnya namun hampa, di hari di mana dia muncul.. ketika itu jugalah Ungku Syariffuddin ditakdirkan untuk pergi buat selamanya.
Kekesalan Daniel makin menjadi-jadi apabila dia tak dapat nak memohon ampun atas segala silap dan salah nya. Malah dia juga rasa kesal kerana terlalu mempertahankan egonya sampai dia tak jaga perasaan papanya dengan baik.
"Dani minta maaf paa. Dani salah. Dani ego." lirih dia memohon ampun.
Namun sayangnya, penyesalan itu bagaikan tiada noktah. Tiada lagi Ungku Syariffuddin yang akan berbicara tegas dengannya dan memaafkan dia untuk setiap kesilapan yang dia lakukan.
Hampir beberapa waktu dia berada di situ, akhirnya Daniel ambil keputusan untuk berangkat pergi. Buku yasin yang terletak di atas pusara papanya, dibawa sekali.
Dalam kereta, hanya keluhan berst dia lepaskan. Sempat hujung matanya mengerling ke arah kuburan Ungku Syariffuddin. Surat yang berada di atas dashboardnya dicapai. Surat yang Dato' Zulkifli minta dia simpan.
Untuk kesekian kalinya, isi surat itu dibacanya. Sudah berpuluh kali dia baca, namun dia tak pernah rasa bosan. Seakan isinya ada sesuatu yang menarik perhatian Daniel.
'Cuma.. satu perkara saja yang saya harapkan dari dulu. Mempunyai hubungan kekeluargaan yang lebih utuh dengan Dato'. Saya tidak mahu perginya saya nanti bersama salam perpisahan untuk persahabatan kita yang sudah lama terjalin. Biarlah ikatan itu kekal sampai ke anak cucu kita nanti.
Saya berharap Dato' dapat terima anak saya menjadi sebahagian dari keluarga Dato'. Saya juga akan berbesar hati untuk menerima kehadiran Arissa Haura menjadi menantu saya dan isteri.'
Perenggan itu cukup menarik perhatian Daniel. Dua tiga kali dia mengulangi ayat yang sama. Sungguh, takdir itu memang aneh. Dua kali pertemuan dengan gadis itu, mereka bergaduh tak kenal dunia. Untuk pertemuan kali ketiga, mereka bertemu namun pertemuan kali ini mendapat jalan damai. Dan.. siapa sangka, rupanya dia mahu dijodoh kan dengan gadis itu, Arissa Haura.
Tanpa sedar, senyum tipisnya terukir. Sosok Arissa seakan wujud depan matanya ketika ini. Perasaan pilu yang tadinya menghimpit jiwanya perlahan-lahan pudar dan berganti dengan perasaan pelik yang dia tak dapat untuk gambarkan.
Rindu? Daniel sendiri tak pasti.
...
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro