Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 25

Tiba saja di perkarangan hospital, Daniel terus membuka langkah besar ke dalam bangunan lima tingkat tersebut. Sedari tadi, dia tidak henti-henti berdoa. Mengharapkan agar dia diberi peluang untuk bertemu dua mata dengan Ungku Syariffuddin.

Air mata jantannya ditahan agar tidak tumpah. Nope! Dia tak mahu menangis. Sebagai anak lelaki, dia perlu kuat. Menangis bukan satu-satu nya cara dia melepaskan saat ini. Yang utama, adalah harapannya daripada Tuhan.

Setibanya di tingkat tiga hospital, Daniel segera mencari bilik dengan angka 308. Dari depan ke belakang dan juga kiri ke kanan. Akhirnya, dia temui bilik tersebut.

Tanpa membuang masa, dia menerobos masuk ke dalam bilik. Luruh. Itulah apa yang dirasakan Daniel saat matanya menangkap jasad Ungku Syariffuddin terbaring lesu di atas katil.

Terdapat alat bantuan pernafasan yang membantu papanya untuk terus hidup. Daniel kelu. Perlahan, langkahnya diatur ke arah katil hospital.

Air mata yang sedari tadi ditahan, akhirnya bah membasahi pipi. Tak kuat. Dia sungguh tak kuat melihat keadaan papanya begitu. Dia kenal papanya seorang yang workholic dan tiada masa tidur untuknya. Namun, ketika ini.. tubuh itu sudah terkulai lemah di atas katil.

"Papa..." lirih dia menyeru.

Tangan Ungku Syariffudin yang tersadai, dicapainya lalu digenggam erat. Air mata yang makin lebat mengalir, dibiarkan saja.

Untuk saat ini, biarlah air matanya tak menggambarkan kelelakiannya. Siapa kata lelaki tak boleh menangis? Bila mata melihat orang yang disayangi terbaring sakit begitu, mana mungkin hatinya kebal untuk bertahan.

"Tolong bertahan papa.." pintanya. Tak lebih dari itu.

Sejuk. Tangan Ungku Syariffuddin sejuk dalam genggamannya. Hmm.. sungguh, dia berharap agar tangan itu dapat kembali hangat seperti biasa.

Tanpa dia sedar, sosok Ungku Zarina menapak masuk ke dalam bilik. Terkebil-kebil wanita itu saat melihat lelaki berjambang itu sedang menangis menggenggam tangan suaminya.

Dahinya berkerut. Perlahan dia mendekati gerangan tersebut. Perasaan risaunya mulai bertapa. Sangsi.

"Siapa?" ajunya sedikit tegas.

Spontan, Daniel mengalihkan perhatiannya ke arah mamanya. Agak terkilan apabila mamanya langsung tak mengenali dia dengan wajah penuh jambang itu.

"Ma.." suaranya lirih menyapa.

Tergamam Ungku Zarina dibuatnya tatkala suara garau Daniel menyapa halwa telinganya. Kini, raut hairannya pula bertayang.

"D-Dani?"

Daniel bangkit dari duduknya sebelum perlahan dia mendekati wanita itu. Rasa rindunya kian menebal saat wajah syurganya itu menyapa pandangan. Kembali, air matanya jatuh membasahi pipi.

Sekali lagi, dia kalah.

"Mama..." sebak nadanya mendapatkan Ungku Zarina.

Sebuah pelukan erat dia berikan bagi melepaskan rindu. Biarlah orang menilai dia anak emak sekalipun, dia tak peduli. Rindu lebih menguasai berbanding rasa malunya ketika ini. Siapa sahaja yang tak rindu apabila hampir empat bulan tidak bersua muka.

Malah, sebelum dia buat keputusan untuk tinggalkan rumah.. dia langsung tak memberi sebarang ucapan selamat tinggal. Kerisauan mamanya buatkan ego Daniel sebagai anak jantan luruh.

"Ya Allah Dani. Alhamdullilahh!! Bersyukurnya mama, nak." ucap Ungku Zarina sambil pelukan eratnya diberi.

Dia juga sama seperti Daniel. Merindukan lelaki itu sangat-sangat. Sepanjang ketiadaan Daniel di rumah, makannya juga kadang teratur. Ada juga seharian dia tak makan. Sebak mengenangkan nasib anaknya di luar sana.

Ketika mereka berdua gian melepaskan rindu yang sudah menebal, langsung mereka tak sedar akan kehadiran sosok lelaki yang turut memasuki bilik tersebut. Raut kagetnya jelas terpampang.

Seakan tak percaya dengan apa yang dilihatnya ketika ini.

"Haidar?" sapanya dalam nada was-was.

Spontan, perhatian Daniel terarah kepada Dato' Zulkifli. Terkejut! Daniel juga memberikan reaksi yang sama seperti Dato' Zulkifli.

Tak sangka mereka akan dipertemu kan dengan keadaan sebegini rupa.

"D-Dato'... sa-saya boleh jelaskan."
...
Secawan kopi panas dihidangkannya di hadapan Dato' Zulkifli. Dengan penuh berhati-hati, Daniel mengambil tempat di hadapan lelaki itu yang sedari tadi menayangkan raut tegang nya.

Mungkin masih marah kerana.. menganggap Daniel membohonginya selama ini?

"Jelaskan pada saya apa yang jadi sekarang ni!" tak membuang masa , Dato' Zulkifli membuka bilik perbincangannya dengan Daniel.

Daniel diam sejenak sebelum keluhan nya terlepas. Wajah Dato' Zulkifli dipandanhnya khilaf.

"S-saya minta maaf Dato'. Semua ini betul-betul kebetulan. Saya tak sangka malam itu, Dato' selamatkan saya dan akhirnya, Dato' terima saya bekerja dengan Dato. Saya berani bersumpah tentang apa yang jadi adalah kebetulan." jelas Daniel tidak mahu lelaki itu terus salah faham.

"Jadi, kenapa perlu tipu fasal identiti kamu? Kenapa tak jujur pada saya.. siapa kamu dan latar belakang kamu? Itu juga kebetulan ke?" soal lelaki itu dengan tegas.

Kali ini, Daniel tak dapat nak membalas. Pandangannya sudah menekur memandang lantai. Dia juga sudah berkira mahu membuka cerita yang sebenarnya pada Dato' Zulkifli.

Lama dia begitu. Dato' Zulkifli tidak mahu perbincangan itu menjadi panjang dek penyesalan Daniel tersebut. Dia mahukan penjelasan, bukannya penyesalan!

"Jawab saya Daniel. Kenapa?" desak Dato' Zulkifli.

Akhirnya, keluhan lemah Daniel lepaskan. Wajah lelaki itu dipandang nya dengan perasaan kesal.

"Saya lari dari rumah disebabkan papa minta saya kahwin dengan pilihannya. Saya taknak. Saya perlukan ruang untuk pilih calon saya sendiri. Jadi, saya ambil keputusan untuk hidup berdikari. Mungkin disebabkan papa terlalu banyak berjasa dengan saya jadi papa mungkin fikir saya akan menuruti arahannya tapi tidak. Saya tak menurutinya." jawab Daniel tenang.

Tergamam. Dato' Zulkifli kelu saat mendengarkan jawapan yang diberikan Daniel itu. Huh?! Jadi, Daniel juga tidak mahu meneruskan perkahwinan ini. Maknanya.. hanya Ungku Syariffuddin saja yang beria untuk merancang perkahwinan ini.

Kepalanya sudah mulai menyusun cerita. Mungkin disebabkan Daniel lari dari rumah, Ungku Syariffuddin ambil keputusan untuk menangguh kan perkahwinan tersebut.

Terus pandangannya dihalakan ke arah Daniel yang masih kesal. Surat yang berada dalam poket seluarnya, dikeluarkan.

"Daniel, awak baca ni." ujar Dato' Zulkifli sambil menyerahkan isi surat tersebut kepada lelaki muda itu.

Hairan namun Daniel menyambut juga huluran Dato' Zulkifli. Surat itu dibukanya perlahan dan dia mula membacanya dengan teliti.

Pelbagai reaksi dia mainkan. Terkejut, sebak dan juga keliru... tiga emosi yang sama Dato' Zulkifli pamerkan tatkala membaca kandungan surat tersebut.

"Jadi.."

"Papa kamu minta anak saya dan kamu berkahwin. Dia ada bincang dengan saya tentang itu dan sampai sekarang, saya tak berikan kata putus padanya. Dia mahu awak jadi suami kepada Arissa Haura."  jelas Dato' Zulkifli tanpa berselindung.

Terpempam. Akhirnya, Daniel bingung sendiri. Jadi, papanya mahu dia dijodohkan dengan Arissa Haura. Gadis yang perlahan-lahan mulai ada kedudukan dalam hatinya.

Walaupun hanya sebulan perkenalan namun banyak perkara yang dia lalui bersama gadis itu. Awalnya, mereka tak sehaluan namun lama-kelamaan ada perasaan pelik yang timbul buatkan Daniel jadi selesa apabila dekat dengan wanita itu.

Suka? Minat?.. Cinta?

Dia tak pasti dia berada di bawah kategori mana.

Sedang leka mereka berbual, Daniel dikejutkan dengan suara resah Ungku Zarina. Tergopoh-gopoh wanita itu mendapatkannya di pantri yang tidak jauh dari bilik rawatan Ungku Syariffuddin.

"Papa, Dani.. Papa kamu.."

Spontan, Dato' Zulkifli dan Daniel berdiri. Perasaan risau mereka memuncak.

Janganlah apa-apa jadi pada papa.
...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro