Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 23

Hampir satu jam, dirinya berada di bawah pemeriksaan doktor peribadinya. Sakit dada yang tadinya menyerang mulai beransur hilang. Yang tinggal hanyalah sesak nafasnya yang tidak teratur.

Sempat matanya dilarikan ke arah sosok isterinya yang sedang menanti di depan pintu. Jelas kelihatan raut resah pada wajah cerah itu.

Usai pemeriksaan, doktor tersebut bingkas mendapatkan Ungku Zarina yang masih tercegat menunggu manakala Ungku Syariffuddin dibiarkan berehat buat seketika.

Alih-alih berehat, Ungku Syariffuddin masih kental untuk melihat air muka Ungku Zarina yang berubah kecewa ketika dalam perbincangan bersama doktor peribadinya.

Sesekali, kelihatan wanita itu mengeluh lemah seakan tidak dapat menerima takdir yang tertulis.

Selepas menghantarkan doktor tersebut pulang, Ungku Zarina kembali mendapatkan suaminya. Masuk sahaja ke dalam bilik tidur mereka, kelihatan sosok Ungku Syariffuddin bersandar di kepala katil seakan menanti kehadirannya.

"Aih, abang. Kan doktor minta abang rehat tadi?" ujar Ungku Zarina lirih.

Ungku Syariffuddin langsung tak terkesan. Matanya sedari tadi memandang pada kelibat isterinya itu.

"Apa yang doktor beritahu pada awak?"

Sepi sejenak. Ungku Zarina pilih untuk diam. Pandangannya ditunduk ke bawah seperti tidak mahu memberikan jawapan jujur.

"Rina?" untuk kesekian kalinya, Ungku Syariffuddin menyeru nama manja isterinya itu.

Kali ini,Ungku Zarina dongak wajah. Jelas kelihatan matanya berkaca dek menahan sebak yang tak terbendung.

"Rina dah beritahu abang awal-awal. Jumpa doktor tapi abang taknak dengar. Rina suruh makan ubat, abang taknak. Kalau abang dengar nasihat Rina, kesihatan abang takkan parah macam ni." luah Ungku Zarina lirih.

Dia akhirnya terduduk di birai katil melepaskan kesedihannya. Tersedu-sedan dia menangis mengenangkan penjelasan doktor sebentar tadi.

"Dari bulan lepas, saya dah buat pemeriksaan pada Ungku tapi keputusan kesihatannya makin buruk. Sakit yang Ungku alami sekarang sudah merebak ke bahagian leher dan lengan di bahagian kiri. Kalau tak dirawat dengan sewajarnya, kemungkinan besar, tahap kesihatan Ungku akan makin terjejas. Sakit jantung koronori bukan benda main- main, Ungku." sempat amaran ringkas itu diberikan.

Ungku Syariffuddin hanya mampu diam. Dia tak mampu nak bersuara mengenangkan tahap kesihatannya yang kritikal. Kebanyakan masanya terluang dengan duduk di hadapan meja kerja. Dia kurang bersenam malah pada usia mudanya dulu, dia juga terlibat dengan gejala merokok.

Mungkin sebab itu, kesannya adalah ketika dia di usia tua begini.

Akhirnya keluhan Ungku Syariffuddin terlepas. Tangan Ungku Zarina digapainya lalu digenggam erat. Kaget juga Ungku Zarina namun wanita itu hanya membiarkan.

Dia pandang wajah suaminya itu dalam. Kelihatan air muka pucat lesinya itu seakan tak cukup darah.

"Abang nak minta tolong dengan Rina boleh?"

"Apa dia, bang?"

"Minta Dani balik semula ke rumah ni."

Permintaan Ungku Syariffuddin itu buatkan Ungku Zarina tergamam. Benarkah apa yang di dengarnya? Adakah lelaki itu sudah menurunkan egonya demi menerima Daniel kembali?
....
Tersenguk-senguk aku mengintai tingkah bawah dari celah tangga. Kelihatan tiada seorang pun di ruang tamu mahupun di meja makan. Tak semena keluhan legaku terlepas.

Erm.. sebenarnya, aku segan nak jumpa Haidar sekarang ni. Semuanya gara-gara kejadian petang tadi.

"Cik Rissa.." sergahan Haidar itu mematikan tindakan ku untuk keluar dari kereta. Terus, aku kembali duduk ke kerusi pemandu semula sebelum wajah lelaki berjambang itu aku pandang.

"Kenapa awak?"

"Apa yang merah-merah belakang seluar cik itu?" soalnya sudah menuding ke arah seluar ku.

Ya Allaahhhhhhhhhh!! Macam manalah aku boleh tak tahu yang aku 'cuti' hari ini? Aku sudah ketuk-ketuk kepala menahan rasa malu.

Cuba bayangkan lelaki yang baru sebulan kenal sudah nampak yang kita.. arghh!! Malas nak cakap panjang. Jelas aku lihat reaksi Haidar yang innocent. Rasa nak marah sebab dia tegur aku dengan cara macam itu tapi kadang, tak faham kenapa nak marah dia?

Hmm.. susahlah jadi perempuan! Complicated.

Yang paling buatkan aku makin extra segan adalah Haidar sendiri yang tawarkan diri untuk belikan tuala wanita di kedai runcit berdekatan dan dia jugalah yang bersihkan kerusi kereta aku setibanya kami di rumah.

Haih!!

Jarang ada lelaki perangai begitu. Kebanyakannya pasti sudah tayang muka jijik dan malu kerana berurusan dengan perkara sebegitu.

Dan.. kerana itulah, bagi aku Haidar itu lelaki yang lain daripada yang lain.

Setelah memastikan tiada sesiapa di tingkat bawah, aku terus menyusun langkah untuk ke dapur bagi menghilangkan kering tekak.

Baru nak menjejak ke dapur, aku terus saja kaku apabila mataku tertancap ke arah Haidar yang ketika itu sedang leka meneguk airnya.

Baru nak melarikan diri, Haidar terlebih dahulu perasan akan kehadiran ku. Terus saja dia menegur ku. Aku pula? Tegang!

"Nak minum ke, cik Rissa?" soalnya menyapa.

Aku tarik sengih. Mataku sudah melilau ke arah sekeliling dapur sebelum pandanganku tertumpu pada sudu besi yang terletak di kabinet meja berdekatan. Laju aku mencapai nya.

"Taklah. Saya nak ambil sudu. Erm.. saya naik dulu ya." balasku mahu segera beredar dari situ. Tak betah aku nak berlama dengan dia selepas saja kejadian petang tadi.

Namun, Haidar mematikan tindakan ku itu. Jug berisi teo diangkatnya. "Saya ada buat air lebih ni, Cik Rissa. Kalau Cik Rissa tak kisah, jom minum sekali." pelawanya.

Aih!! Aku sudah teguk liur melihatkan  wap yang keluar dari jug tersebut. Padu ni kalau minum tengah-tengah haus ni. Nak-nak lagi bila malam ni hujan renyai-renyai turun. Tip Top!

Akhirnya aku mengalah. Akur, aku mengambil tempat di meja makan. Haidar juga turut menurutiku lalu secawan teo panas dia hidangkan untuk aku.

Hening. Kami sekadar menikmati minuman kami. Agak janggal dengan suasana itu, aku kerah idea untuk perbualan kami.

Sedang leka aku memikirkan idea, pandanganku terus saja tertarik ke arah Haidar yang menghirup airnya. Spontan, aku tayang muka jelek apabila terlihat beberapa bahagian jambangnya basah dengan air teo sedikit. Urgh!

"Awak tak rimas ke?" tak semena soalan itu keluar dari mulutku.

Haidar sudah kerut dahi. Wajah aku dipandangnya. "Rimas kenapa?"

Nak bercakap terus-terang, aku risau dia terasa. Jadi, aku hanya mampu menyauk-nyauk dagu dan atas mulut ku yang bebas bulu itu.

Mengerti dengan tingkah ku, dia hanya ukir senyum pendek. "Rimas lah juga tapi saya takut.." dia sudah gantung ayatnya.

Kali ini, aku pula yang kerut dahi. "Takut kenapa?"

"Takut Cik Rissa tak kuat bila tengok muka saya tak ada jambang. Auto kacak." jawapannya itu spontan buat kan aku terjeluak.

Haidar yang melihat reaksi spontan ku itu sudah mengekek ketawa. Mungkin dia juga tak terfikir reaksi aku akan sebegitu sekali.

"Tak ada masanya saya tak kuat. Mengada.." balasku bersahaja.

Haidar tarik sengih. Kembali, dia meneguk airnya semula. Pada tegupan kali kedua, aku serta-merta mematikan tingkahnya. Tisu yang aku pegang, aku halakan ke bawah bibirnya untuk menyapu sisa air yang berada di jambangnya.

Agak spontan. Aku sendiri tak pasti kenapa aku boleh seberani itu mahu menyentuhnya. Haidar juga tak kalah kagetnya. Dia sudah pegun apabila aku bertindak begitu.

"Minum pun awak comot." tuturku masih bersenda.

Tak sedar akan reaksi Daniel yang kaku di hadapanku.

"Cik Rissa.." apabila namaku diserunya. Aku terus menatap anak matanya.

Kaku. Pandangan kami saling bertembung antara satu sama lain. Tergamam. Aku jelas tergamam tatkala anak mata hitam itu menyapa halwa pandanganku. Dengan bulu mata lentiknya yang lebat serta alis keningnya yang kemas. Sekali pandang, memang buatkan ramai perempuan tak keruan.

Hangat. Sama seperti kami bersentuhan tangan, dadaku mulai berkencang hebat tatkala mata bundarnya tak lepas menatapku. Sangat dalam dan penuh misteri.

Lama kami begitu sebelum suara garau papa memecahkan suasana sepi itu. Cepat-cepat aku dan Haidar melarikan pandangan. Daniel sudah terbatuk kecil manakala aku pula sudah pandang tempat lain.

Aih!!

Kenapa ni? Sekali lagi, aku berdebar kerana dia!
...





Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro