Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

BAB 20

Dato' Zulkifli sudah geleng melihat kan aku hanya tersengih kerang memandangnya. Sesekali pandangannya turun ke balutan di kakiku. Sedari tadi, lelaki itu lebih banyak menggeleng dari mengangguk.

"Aih, kamu ni Rissa. Macam mana lah boleh terpelesot sampai jadi macam ni? Nasib baik cuma cedera ringan. Maunya patah kaki, macam mana?" lelaki itu sudah mulai berleter.

Sengih dan diam tak membela diri. Hanya itu saja yang mampu aku lakukan ketika ini. Nak membalas, aku tiada point.

Al-maklumlah, aku lah punca aku jadi begini. Tadi pagi, aku tergopoh-gopoh mahu turun tangga sampai tak sedar tangga mana yang aku pijak. Nasib baiklah aku cuma jatuh tersungkur. Kalau jatuh berguling, mau naya badan aku.

Mungkin bukan kaki saja yang akan berbalut?! Kan?

"Sorry papa. No worries, okay? Lagipun doktor bagitahu, Rissa cuma cedera ringan. Tiga empat hari lagi sembuh lah tu." ujarku sambil mengusap bahu papa.

Dato' Zulkifli yang duduk di birai katilku hanya mengeluh kecil. Risau mungkin dengan keadaan aku macam ni. Kemudian, pandangannya dialih kan ke arah Daniel yang membisu sedari tadi.

Lelaki itu masih kekal berdiri. Pandangannya saja yang ditundukkan. Mungkin, cara itu cara paling selamat untuk tidak mahu masuk campur.

"Terima kasih ya, Haidar sebab bawa Arissa pergi klinik. Kalau tak disebab kan kamu, entah apalah nak jadi dengan si Arissa ni agaknya." ucap Dato' Zulkifli menghargai.

Serentak itu, Daniel mendongak memandang lelaki tua itu. Senyum nipisnya diukir lalu sosok aku yang berbaring di atas katil dipandang nya.

"Tak ada apa pun, Dato'. Saya pun kebetulan dengar cik Rissa jatuh, jadi saya bantu mana yang saya boleh bantu." balasnya merendah diri.

Dato' Zulkifli sekadar mengangguk kecil. "Sepatutnya hari ini kamu cutikan? Saya ingat kamu keluar tadi. Manalah tahu nak ambil angin kejap?" soal papa membuka topik cuti lelaki itu pula.

Aku di sebelah papa hanya diam mendengar. Yurp, selalunya hari sabtu dan ahad adalah hari cuti bagi lelaki itu. Minggu lepas, lelaki itu rajin keluar ambil angin namun minggu ni, tak pula dia keluar.

Kebetulan yang sangat membantu!

Yalah, kalau dia tak ada kat rumah. Mungkin aku masih terduduk di atas lantai sambil merengek sakit.

"Saya tak ada nak pergi mana pun, Dato'. Hari ini, ingat nak duduk dalam bilik aje." ujarnya.

Papa sekadar angguk kepala. Aku juga memberikan reaksi yang sama. Sepanjang bekerja dalam rumah kami, aku sedar akan sikap rendah diri lelaki itu.

Baik? Itu tanggapan aku pada dia untuk kali ini.

Harapnya betullah.
...
Nombor telefon Daniel direnung lama sebelum keluhannya terlepas. Sudah dua minggu berlalu namun perasaan bersalahnya masih tak terpadam.

Haih!!!

Kalau tak disebabkan Syazwan ikut kepala sendiri, pasti Daniel masih betah untuk tinggal di sini. Entah apa yang Syazwan fikirkan sampai sanggup berperangai sebegitu sekali.

"Kau tunggu awek kau mesej ke, Zu?" sergahan suara Syazwan mengejut kan Zuhair dari menungannya.

Sempat dia beristighfar sebelum pandangannya dikalih ke arah Syazwan yang sudah mengambil tempat di hadapannya di meja makan. Lelaki itu kelihatan membawa segelas air sejuk sebagai pembasah tekak.

Zuhair tarik senyum. Kembali dia menilik telefonnya. "Aku rasa bersalah dekat Dani lah, Wan. Risau je memanjang pikirkan dia." keluhnya perlahan.

Diam. Kali ini, reaksi Syazwan juga tak kalah dengan Zuhair. Dia fikirkan hanya dia seorang saja yang rasa bersalah, tak sangka pula Zuhair juga merasakan benda yang sama.

Namun egonya menahan untuk dia luahkan perasaan itu.

"Aku rasa dia okaylah itu. Dia kan anak jantan. Boleh hidup punya." jawabnya cuba untuk mengurangkan suasana suram itu.

Sekali lagi, Zuhair mengeluh. "Bila fikir-fikir balik, Dani tu banyak juga tolong kita masa kita susah dulu. Kalau tak disebabkan dia pinjamkan kau duit deposit rumah, mungkin kau tak dapat duduk rumah ni sekarang. Kalau tak disebabkan Daniel kenalkan aku dengan kawan dia, aku pun tak kerja bagus macam ni sekarang. Daniel pun banyak juga tolong Amirul sebelum dia sambung Master." ujar Zuhair.

Makin berat rasa bersalahnya menghimpit bila mengenangkan jasa Daniel itu. Namun, Daniel langsung tak mengungkit akan perihal itu. Malah, pada malam dia dihalau pun!

Syazwan ketap bibir. Gelas yang sudah separuh tersisa itu dibeleknya kosong. Akur dengan apa yang Zuhair katakan, dia juga makin berat dengan rasa bersalah.

Akhirnya, keluhan lemah Syazwan terlepas.

"Cubalah kau call dia. Kita sama-sama minta maaf. Nak tak?" cadang Syazwan yang akhirnya memilih untuk memenangkan tali persahabatannya daripada ego.

Setuju. Zuhair laju saja mendail nombor telefon Daniel namun seperti yang diduga, Daniel tidak mengangkat panggilan tersebut.

Masih marah barangkali.
...
Usai memperkemaskan beberapa pokok bunga, Daniel terus saja mengutip dedaun dan juga sampah yang ada lalu memasukkan di dalam plastik. Keringat halus yang membanjiri celah tubuhnya langsung tidak diendahkannya.

Yang penting, kerjanya siap dulu. Baru boleh rehat.

Dari beranda bilikku, aku memerhati tingkah laku Haidar yang masih khusyuk dengan kerjanya. Selama dua jam setengah mengemas kebun, langsung lelaki itu tidak curi tulang. Adalah dua tiga kali rehat itupun seminit dua, selepas itu disambungnya semula kerjanya yang tertunda.

Komited.

"Awak taknak rehat ke, Haidar?" tanyaku setelah lama memerhatikan dia.

Dia yang kaget dengan sapaan ku itu terus mendongak ke atas. Lebar senyumannya terukir saat melihatku. Mata kami bertemu dan untuk kali ini, aku tidak mengelak.

Semenjak peristiwa jatuhku beberapa hari yang lalu, hubungan kami makin akrab. Malah, tanpa segan silunya.. aku meminta untuk dia hantar aku ke klinik untuk mencabut balutan kaki ku. Nampak tak mengadanya aku kat situ?

Dia pun yang dulunya diam, banyak juga bercakap sekarang. Dari aku tak kenal dia, sehinggalah.. akhirnya aku tahu serba sedikit berkenaan latar belakang hidupnya sebelum ini.

Bila dengar cerita dia, aku tambahkan satu lagi nilai murni untuknya iaitu tabah.

Yurp, tabah. Siapa saja yang tak sakit hati bila kawan sendiri tikam  belakang? Nak-nak lagi bila kawan itu sudahpun bertahun-tahun hidup susah senang dengan kita. Kalau aku pun menangis kalau kawan aku buat begitu pada aku!

"Kerja tak siap lagi, Cik Rissa. Lepas dah settle semua, baru rehat. Erm.. dah lama ke cik Rissa kat situ?" soal Haidar pula.

Aku tidak mengangguk, tidak menggeleng. Kalau angguk nanti, dia fikir aku hendap dia pula. Kalau geleng erm.. nampak sangat bohongnya. "Tak lama lah juga. Ingat tadi nak ambil angin, tak sangka boleh nampak awak kat bawah." bohongku. Sunat.

Daniel angguk kecil. "Saya sambung kerja dulu ya, cik Rissa. Kalau berborak ni, sampai ke petang pun belum tentu habis." tuturnya meminta izin.

Baru saja dia mahu menyambung kerjanya semula, aku langsung memangkas. "Nak air apa-apa tak? Nanti saya bawa turun bawah." ajuku seakan tidak mahu menamatkan perbualan itu si situ.

Entah kenapa, teruja pula nak bercakap dengannya.

"Tak kisah pun, Cik Rissa. Air kosong pun okay." balasnya.

Aku angguk mengerti. Seraya itu, langkahku atur ke dapur. Dua gelas kosong aku letakkan di atas dulang. Air kosong?! Big No!!! Aku akan buat kan Neslo ais padu untuknya. Bukan selalu Arissa buatkan air untuk orang.

Selalunya MakCik Maimon yang tolong buatkan.

Ehek!

Usai menyiapkan air, aku terus bawa dulang tersebut ke luar. Kebetulan, aku lihat Daniel sudah melabuhkan punggungnya di tangga gazebo. Terlihat dia sedang menyapu peluhnya dengan kain yang tersidai di lehernya.

"Aih, cik Rissa. Susah-susah aje." sapa lelaki itu apabila melihatkan aku datang bersama air.

Dulang tersebut aku letakkan di tengah ruang antara kami untuk dijadikan pembatas. Senyuman ku aku ukir sambil gelas kosong yang aku bawa, aku isikan dengan Neslo ais padu.

Sekali teguk, pasti nak lagi!

"Tak susah pun. Setakat buat air ni, saya sapu hidung aje." bongkak kalah ayah pin!

Haidar di sebelah tersengih. Perlahan, gelasnya diangkat lalu diteguknya sekali dua. Aku disebelah memerhati reaksinya. Takut juga neslo ais padu aku tak kena dengan seleranya.

Spontan, reaksi sukamya ditayang. "Lima bintang!" nilainya sambil menunjukkan 5 jari.

Aku yang melihat telatahnya itu, sudah tersengih kerang. Bangga sekejap! Baru saja aku berura-ura mahu mencapai jag untuk mengisi gelasku, tangan Haidar juga turut sama mencapainya. Kaku. Tangan kami jelas bersentuh.

Aku tergamam. Dia kelu. Cepat-cepat kami menarik tangan kami ke belakang. Aku sudah buntang mata. Perasaan ku!!! Arghh!! Kenapa dia terkuat rentak ni?!

"Err, sorry cik Rissa. Sa-saya betul tak sengaja." gagap dia memohon maaf.

Aku sekadar ketap bibir. Masih perasaan berdebarku aku layan. Aih!! Sesak!! Kenapa hebat sangat kencangannya ini?!

"O-okay.. no worries." aku juga tak dapat menyembunyikan perasaan gugup ku ketika itu.

Hening. Suasana janggal mulai menyelubungi ruang antara kami. Masing-masing diam. Nak berganjak, tak tahu nak bagi alasan apa!

Aih, kenapalah boleh terpegang tadi?!

"Erm, kalau tak ada apa-apa. Saya nak pergi dulu ya." aku ciprakan alasan untuk menghindar dari suasana hening itu.

Baru saja aku berura-ura mahu bangun, tanganku secara tak sengaja melanggar gelasnya yang tersisa separuh air neslo tersebut. Akibatnya, baju putihku yang berkain satin kotor dengannya.

Haidar juga turut sama gelabah. Spontan, dia mengeluarkan sapu tangan lalu menyapu bajuku. Nasib baiklah kalis air.

Aku pula sudah pegun bila tangannya menyinggah menyapu bajuku. Namun, yang lebih menarik perhatian ku adalah sapu tangannya itu.

Entah kenapa.. aku seperti pernah melihatnya sebelum ini.

Tapi, di mana?
...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro