Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 17

Masuk sahaja ke perkarangan rumah, aku terus saja mencari kelibat papa. Langkahku atur laju masuk ke dalam rumah. Sesekali mataku meliar mencari kelibat papa mahupun lelaki itu. Sehinggalah akhirnya langkah kakiku aku bawa ke bilik sebelah dapur dimana tempat lelaki itu koma.

Perlahan, aku merapati pintunya yang tertutup rapat. Sepi. Tiada sebarang suara yang kedengaran, hanya bunyi keluhan saja yang kedengaran.

Aih, kenapa lembut sangat bunyi lelaki itu mengeluh? Macam suara perempuan?!

Tidak puas hati, aku melekapkan telingaku ke permukaan pintu. Baru nak pasang telinga, pintu tersebut serta-merta terbuka. Aku pula laju menarik badanku ke belakang dan terlihat sosok Makcik Maimon keluar bersama penyapu.

Aku sudah berkerut dahi. "Apa yang makcik buat dalam ini?" soalku sudah bingung.

Jangan cakap wanita yang berusia 30-an ni ada skandal dengan lelaki itu pula?! Aku sudah menduga tinggi. Punyalah overthinking!

"Makcik kemas bilik ini. Dato' yang suruh kemas." beritahu wanita itu berura-ura mahu menutup pintu bilik.

Aku sekadar mengangguk. Sempat aku panjangkan leherku mencari kelibat papa mahupun lelaki itu di dalam bilik namun tidak kelihatan. Aih, ke mana pula mereka pergi?

"Mana papa, makcik?" aku ajukan soalan lain pula.

"Ada dekat gazebo depan itu. Kamu pergilah tengok." ujar wanita itu.

Tidak menunggu masa yang lama. Aku terus saja bergegas ke arah gazebo besar yang terletak tidak jauh dari tempat aku parkirkan kereta. Kalut punya fasal sampaikan kelibat papa pun aku tak nampak!

Aih!!

Keluar saja dari rumah, aku lihat kelibat dua orang manusia duduk di situ. Papa duduk sisi manakala lelaki itu duduk membelakangi ku. Jelas kelihatan papa sedang berborak sakan dengan lelaki yang baru dibawa nya tak sampai seminggu itu.

Perlahan, aku melangkah merapati mereka berdua. Mataku pula masih tak lepas daripada menilik belakang lelaki itu. Baru aku sedar, belakang tubuhnya sedikit sasa dan juga lengan nya kelihata  berotot.

Hmm.. takkan mungkin pengemis ada badan sebagus itu?

"Rissaa.." seru papa apabila menyedari kehadiranku di situ.

Aku sekadar balas dengan senyuman. Namun, mataku masih tak lepas dari membelek lelaki itu dan menilai nya. Apabila aku menaiki gazebo itu, aku lihat lelaki itu sudah menundukkan kepala. Wajahnya pula berselindung.

Segan ke?

Spontan, aku mengambil tempat di hadapannya. Wajah sangsiku masih bertayang. Entah kenapa, aku terasa mahu tahu tentang siapa gerangan lelaki itu.

"Rissa, kenapa muka kamu macam itu? Dah rupa macam nampak hantu." usik papa diselangi dengan dekah tawanya.

Aku pula hanya menyambut dengan sengihan kerang. Aku diam tak membalas. Ralit aku perhatikan lelaki yang masih tak menyuakan wajah nya itu.

Papa yang sedar akan tingkahku yang masih tak lepas memandang lelaki itu, tersenyum pendek. Tahulah dia yang aku sedang kebingungan dengan kehadiran lelaki itu.

"Rissa.. kenalkan. Ini Haidar. Lelaki yang papa bawa malam itu." tuturnya sambil menunjuk ke arah lelaki tersebut.

Serta-merta lelaki itu mengangkat wajahnya. Mungkin untuk menyuakan salam perkenalan namun reaksinya jelas kejung apabila melihat aku dihadapan.

Aku pula di hadapan sudah berkerut dahi. Agak pelik dengan reaksi yang dia berikan ketika itu. Seakan terkejut bertemu denganku.

Kini, wajahnya lebih jelas aku lihat. Jambang hitamnya yang panjang menutupi bahagian bawah wajahnya dan juga mata hitamnya. Entah kenapa, aku rasa seperti pernah bertemu dengannya.

Tapi.. di mana?

"Kenapa Haidar?"

Soalan papa menerjah apabila melihat lelaki itu kaku melihatku. Aku juga masih tak lepas memandangnya.

Lelaki itu serta-merta tarik senyum. "Tak ada apa-apa, Dato'. Cuma.. segan." ujarnya.
...
Dari luar, Dato' Zulkifli memerhati doktor berbangsa Melayu itu memeriksa keadaan lelaki yang baru dikenalinya sehari itu. Lama pemeriksaan itu berlaku sebelum akhirnya doktor itu keluar mendapatkan dirinya.

"Macam mana Dr? Dia memang betul- betul hilang ingatan ke?" soal Dato' Zulkifli mahu tahu.

Doktor lelaki tersebut sekadar menggelengkan kepala. "Saya dah buat pemeriksaan luaran dan saya dapati tak ada sebarang luka di kepala atau badan. Keadaan dia pun stabil. Cuma, mungkin trauma sebelum kejadian yang buat dia terkejut sedikit dan lupa sekejap. Mungkin dalam masa beberapa hari, dia akan ingat siapa dia." beritahu doktor tersebut jelas.

Mendengarkan penerangan yang diberikan, Dato' Zulkifli hanya mengangguk faham. Sempat matanya melirik ke arah lelaki yang sedari tadi menekur ke bawah sebelum dia ambil keputusan untuk menghantar doktor tersebut keluar rumah.

Selesai memastikan kereta doktor tersebut sudah keluar dari perkarangan rumahnya, dia kembali masuk ke dalam rumahnya namun tindakannya tertunda apabila melihat gerangan lelaki yang baru dikenalinya sehari itu sudahpun berdiri menghampirinya. Ada juga riak cuaknya bertayang.

"Kamu.."

"Uncle panggil saja saya Haidar." ujar lelaki itu dengan senyuman pendeknya yang diselit.

Terpinga-pinga Dato' Zulkifli sejenak. Dari perbincangan kecil sehinggalah akhirnya perbincangan itu di bawa ke gazebo luar. Dari perasaan janggal akhirnya Dato' Zulkifli jadi makin selesa dengan lelaki bernama Haidar.

Barulah dia tahu serba sedikit berkenaan kehidupan lelaki itu sebelum ini. Dia merupakan pemuda yang berasal dari kampung yang menumpang teduh di rumah teman nya namun dek kekurangan wang, akhirnya dia dihalau keluar pada malam itu. Walaupun serba ringkas namun mendengarkan itu, Dato' Zulkifli jatuh kasihan.

"Kalau boleh saya nak minta jasa Dato' untuk berikan saya kerja. Apa-apa saja kerja saya akan buat asalkan ia dapat tampung belanja makan minum saya." raih lelaki itu meminta.

Sejenak, Dato' Zulkifli diam. Dia sudah memikirkan beberapa kerja kosong untuk diberikan kepada Daniel. Di hadapan, Daniel sudah berharap.

Buat masa sekarang, dia tak boleh nak memilih sangat.

"Buat masa sekarang, saya hired kamu sebagai tukang kebun rumah kami. Kamu okay ke?" pelawa Dato' Zulkifli.

Laju saja Daniel mengangguk. Tercalit senyuman terujanya apabila mendengarkan pekerjaan sebagai pekebun itu walaupun.. dia jenis bertangan panas. Tanam taugeh pun tak hidup.

Hmm.. boleh belajar.

"Boleh Dato'. Boleh!!" sahutnya dengan senyuman lebar.

Bila melihatkan reaksi ikhlas daripada Daniel itu, Dato' Zulkifli ikut tersenyum. Entah kenapa, dia jadi senang hati dapat membantu lelaki itu mendapatkan pekerjaan walaupun hanya sebagai tukang kebun.

Sedang leka mereka berborak sakan, pandangan Dato' Zulkifli beralih ke arah figura gadis yang perlahan mendekati. Makin lebar senyumannya.

"Rissa.." serunya teruja.

Di sebelah, Daniel sudah kelu. Dia hampir terlupa fasal anak gadis yang Dato' Zulkifli ceritakan. Lelaki itu mengatakan bahawa anak gadisnya itu jenis kurang nak percaya orang. Mendengarkan itu juga, Daniel sudah resah. Harapnya, dia okaylah dengan anak gadis Dato' Zulkifli.

Pandangannya sedari tadi ditunduk. Entah kenapa, dadanya berkencang hebat. Sangat laju. Jarang, dia terkena fenomena pelik itu.

Anak gadis Dato' Zulkifli juga sedari tadi masih tak bersuara. Diam saja. Mungkin ke dia dah ada first impression yang buruk pada aku?!, desis hati kecil Daniel.

"Rissa.. kenalkan. Ini Haidar. Lelaki yang papa bawa malam itu." Dato' Zulkifli membuka salam perkenalan antara dia dan gadis itu.

Mahu tidak mahu, terpaksa juga Daniel mendongakkan wajahnya memandang gadis di hadapannya itu. Namun, spontan reaksi kelunya terpapar. Matanya sedikit buntang kerana kaget.

B-bukan ke.. d-dia??!!!

Perempuan yang tak pernah habis cari masalah dengan aku semenjak dua menjak ni?!

Gadis bernama Arissa itu juga turut meniliknya. Kelihatan dari raut wajah gadis itu, dia tak mengenali wajah Daniel.

"Kenapa Haidar?" soalan dari mulut Dato' Zulkifli mematikan lamunan Haidar.

Laju saja dia menarik senyum paksa. "Tak ada apa-apa Dato'. Cuma.. segan." ujar Haidar sudah menekur ke bawah.

Huh?! Dia fikirkan bumi ini begitu luas sehinggakan dia mungkin dapat bertemu dengan lain orang untuk setiap hari. Namun, kenapa.. perlu ada setiap ruang untuk dia terus bertemu dengan gadis itu? Termasuk kali ini, sudah tiga kali pertemuan yang dicipta. Untuk pertama dan kedua, ianya agak menjengkelkan namun untuk kali kedua, ianya lebih formal.

Perlahan, pandangannya dialih ke wajah gadis Arissa itu. Wajah gadis itu kini lebih jelas pada tatapannya. Baru sekarang dia sedar, gadis itu lebih cantik dari apa yang dipandang nya sebelum ini. Daniel akui itu.

Cuma... perangainya saja yang Daniel jadi tak berkenan.

Hmm.. kenapa Tuhan ciptakan ruang untuk mereka berdua terus bertemu? Adakah cuma kebetulan ataupun sebuah petanda?

Daniel tak pasti.
...





Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro