BAB 16
Bunyi kicauan burung yang menyapa halwa telinganya sedikit sebanyak menganggu lenanya yang panjang. Perlahan, matanya dibuka sedikit kecil. Cahaya pagi yang menerobos masuk ke dalam bilik mengincar pemandangannya ketika itu. Lama dia berkeadaan seperti itu sebelum akhirnya penglihatannya semakin jelas.
Kiri kanannya disorot. Tergamam dia sejenak apabila mendapati dirinya berada di dalam bilik yang begitu asing. Semuanya serba putih. Ya, dia yakin dirinya bukan berada dalam rumah Syazwan melainkan rumah orang lain.
Tetapi.. persoalannya, siapa?
Perlahan, dia bangun dari perbaringannya. Dirasakan tubuhnya masih lemah malah kepalanya juga masih berdenyut sakit. Namun, kebingungannya memaksa dia untuk bangun dari baringnya.
Untuk kesekian kalinya dia memerhati bilik tersebut. Dekorasinya sangat mahal dan Daniel yakin harganya bukan kaleng- kaleng. Pasti ribuan atau puluhan ribu. Huh!
Sedang leka dia termenung, telinga nya menangkap bunyi pintu bilik yang terbuka. Segera dia melorot ke arah pintu yang terbuka. Dilihatnya sosok perempuan yang berusia lingkungan 30-an memasuki kamar nya.
Wanita itu juga jelas tergamam. "Dato'!!" laungnya lantang.
Di atas katil, Daniel sudah terkebil- kebil. Dadanya juga sudah berdebar kuat. Risau.
Selang beberapa minit kemudian, kelihatan sosok seorang lelaki berusia lingkungan 50-an memasuki kamar. Mereka saling berpandangan namun Daniel mengalihkan pandangannya terlebih dahulu.
Kebetulan apakah ini?
Yurp, dia kenal lelaki itu. Dato' Zulkifli. Salah seorang teman papanya boleh dikatakan akrab namun Daniel tidak begitu rapat dengan kawan papanya itu untuk mengetahui lebih dalam tentangnya. Cukuplah dia tahu Dato' Zulkifli adalah kawan akrab papanya.
Lelaki itu mendekati. Raut tajamnya ditayang sambil matanya tak lepas memerhati Daniel. Birai katil didudukinya.
Wanita tadi juga turut beredar setelah dipinta oleh Dato' Zulkifli.
Kini hanya mereka berdua saja yang berada di dalam bilik. Daniel sudah menekur ke bawah manakala Dato' Zulkifli masih tak lepas pandang Daniel.
"Nama kamu siapa?" soalan Dato' Zulkifli itu menarik perhatian Daniel.
Dia sedikit tergamam. Dato' Zulkifli tidak mengenalinya? Mungkinkah disebabkan jambang yang sudah panjang yang tumbuh di bawah dagunya? Daniel diam sejenak. Blurr sekejap!
Apabila mendapati soalannya masih tidak mendapat balasan, Dato' Zulkifli terus saja menyapa bahu Daniel.
Terkedu Daniel dibuatnya. Aih?! Apa yang dia nak beritahu ini?!!
"Kamu tak ingat ke?"
Spontan, Daniel menggeleng. Tak guna! Dia dah menipu pula sekarang ini?!
"Ma-maaf uncle. Sa-saya tak ingat apa- apa." Daniel masih bertahan untuk terus menipu.
Di hadapan, Dato' Zulkifli percaya bulat-bulat. Terangguk-angguk dia mengiakan tanpa sebarang pra-sangka.
"Kamu memang tak ingat langsung? Kat mana kamu tinggal, siapa nama kamu semua?" disoalnya mahukan kepastian.
Sekali lagi, Daniel menggeleng. "Ma- maaf uncle. Sa-saya memang tak ingat apa-apa."
Yurp, dia perlu berbohong untuk teruskan kehidupannya.
...
Milo ais yang sudah cair itu dikacau untuk kesekian kalinya. Mee goreng mamak telur mata yang terhidang juga langsung tak menarik seleraku ketika ini. Buntu.
Semenjak papa bawa pulang seorang lelaki ke dalam rumah, hati aku jadi tak tenteram malah bila keluar dari bilik juga aku rasa tak selamat. Hmm.. siapa aje suka bila orang rasa tak selamat dalam rumah sendiri?
Raihana yang leka menikmati Nasi lemak sedar akan perilaku ku itu. Terus dia menjedakan suapannya lalu wajahku dipandangnya.
"Kenapa kau ni? Termenung semacam aje dari tadi." soal Raihana mahu tahu.
Aku diam sejenak sebelum keluhanku terlepas. "Kau ingat tak tentang lelaki yang ayah aku bawa balik rumah itu?"
"Dia koma lagi ke?"
"Macam ya. Tapi itulah instinct aku kuat mengatakan dia orang tak baik. Macam ada niat jahat gitu." luahku dalam nada risau.
Raihana yang mendengar sekadar menganggukkan kepala. Dia masih tak bersuara. Gelagatnya itu seperti sedang memikirkan sesuatu.
"Kenapa kau rasa dia orang jahat pula?"
Keluhan ku terlepas lagi. Kali ini lebih berat. Hmm.. aku pun tak tahu nak ambil celah mana dia jahat tu. Ya lah, aku pun jarang tengok dia. Sekali aje aku tengok dia itupun time papa papah lelaki itu bawa masuk bilik sebelah dapur.
Jujur aku katakan aku menilai penampilannya yang nampak selekeh dan berjambang panjang. Hanya matanya yang tertutup saja aku nampak. Itupun kabur-kabur disebabkan tertutup dengan rambutnya yang sudah basah lencun.
Jadinya, aku tak dapat nak buktikan dia itu orang jahat.
"Dari segi penampilan, aku tahu dia nak ambil kesempatan." aku sudah memulakan sesi tentang penampilan lelaki itu.
Kali ini, Raihana sedikit berkerut. "Kenapa dengan dia?"
"Dia berjambang weiyh tapi baju yang dia pakai baju branded pula." ujarku cuba mengingat detik malam papa bawa lelaki itu masuk ke rumah.
Raihana pula sudah mengangguk- ngangguk faham. Dia juga sudah tunjuk muka berfikir. Dagunya dielus-elus lembut.
"Mungkin dia pengemis yang terkutip baju branded kot." telah Raihana.
Sama! Aku juga memikirkan perkara yang sama. Mungkin dia pengemis yang kutip baju branded orang. Atau mungkin dia curi baju itu dan dikejar orang. Jahat pemikiran..
Sedang asyik kami memikirkan perihal itu, bunyi pesanan masuk mematikan lamunan kami. Terus, aku membelek telefon pintarku dan aplikasi whatsapp aku buka. Pesanan daripada papa.
'Rissa kat mana? Lelaki ini dah sedarkan diri tapi dia tak ingat siapa dia. Kamu balik cepat, nak.'-papa.
Bingkas aku bangun dari dudukku. Lelaki itu sudah bangun!, hatiku berbisik. Terus saja aku mencapai beg tanganku dan meninggalkan Raihana terkebil-kebil di meja makan.
Beberapa kali temanku itu menyeru namaku namun aku laju menghilangkan diri di sebalik kereta. Risau.
...
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro