Bab 14
Perut yang sudah berbunyi, dipeluknya rapat. Senak dan pedih. Sudah dua hari dia merasakan sakit itu disebabkan hampir setiap hari dia hanya menjamu mi segera sebagai pengalas perut.
Nak makan nasi? Duit simpanannya sudah pun habis. Miskin. Yurp, untuk kali ini dia benar-benar diisytiharkan muflis.
"Lapar.."rengekan kecilnya kedengaran.
Malam itu dia tidak dapat untuk pejam mata. Tiap kali dia mahu terlelap pasti perutnya yang sakit akan berkeroncong dan terkadang juga menusuk. Dia cuba untuk lupakan namun tak mampu. Akhirnya, dia hanya mampu merintih.
Setelah hampir beberapa minit berperang dengan perutnya, Daniel ambil keputusan untuk bangkit daripada tidur. Langkahnya sudah diatur menuju ke luar dari bilik.
Keluar saja dari bilik, batang hidungnya menangkap bau nasi goreng yang datang dari tingkat bawah. Tak membuang masa, Daniel perlahan menuruni tangga. Sambil itu, dia membayangkan kenikmatan rasa nasi goreng tersebut.
Inilah manusia. Apabila rezeki yang dulunya banyak langsung diabaikan namun apabila Tuhan uji sedikit dengan dugaan, baru tahu nikmat nya bersyukur dengan rezeki yang ada sekarang.
Tiba sahaja di ruang makan, kelihatan beberapa bekas makanan berada di dalam plastik. Daniel yang masih termangu sudah mengurut kecil perut nya. Termasuk kali ini, sudah lebih tiga kali dia meneguk air liur.
Dia lihat wap yang keluar dari salah satu bekas polisterina yang terbuka. Jelas telur mata terpampang depan matanya dan hal itu jelas sekali memancing selera Daniel ketika ini.
Kerana rasa lapar yang menghurung diri, Daniel pantas saja menyambar nasi goreng tersebut. Langsung tak terlintas akan pemilik makanan tersebut. Yang penting, perutnya yang lapar sudahpun terisi. Itu sudah memadai.
"C*laka!"
Terkedu Daniel tatkala suara lantang itu menyapa halwa pendengarannya dari arah belakang. Apabipa dipusingkan kepalanya, dilihat figur Syazwan yang sudah berang mencerlung ke arahnya.
"Sat, Wan. A-aku boleh jelaskan.." Daniel sudah berundur. Entah kenapa, gentar suaranya apabila melihat raut singa temannya itu.
"Kau dah kedana sangat ke sampai nasi aku pun kau nak kebas?! Huh!! Kalau dah tak ada duit, jangan kau nak mencuri pula, s*al!" bukan setakat amarahnya dilontar malah panggilan hina juga diberi.
Daniel kelu. Hanya kerana nasi goreng, teman akrabnya sanggup menghina dia begitu?! Apa sangat harga nasi goreng itu jika nak dibandingkan dengan nilai persahabatan mereka?
Apabila mendengar suasana bingit dari bawah, Zuhair dan juga Amirul turut sama turun ke bawah. Masing-masing sudah tercegat berdiri di belakang Syazwan.
"Kenapa ni Wan? Dani?" soal Zuhair cuba untuk cari punca.
"Si tak guna ni hah! Dah kebulur sangat sampai makanan aku pun nak kebas." kasar, Syazwan berkata.
Daniel juga sudah naik hangin namun cuba ditahannya. Dia perlu sedar diri yang ketika ini dia hanyalah penumpang di rumah ini. Kalau dia bersuara pasti dia sudah dihalau.
"Sudah-sudahlah tu, Wan. Makanan aje pun. Nanti kau belilah lain." Amirul bersuara. Berdiri di pihak Daniel.
Namun, Syazwan hanya berdecit sinis. Atas bawah Daniel diperhatinya. Sekali pandang, rakannya itu tak ubah seperti pengemis. Dengan jambangnya yang agak tebal. Sekilas pandang, memang orang takkan kenal.
Pasti orang fikir si penjual karpet rumah ke rumah. Jahat!
"Tak sabar aku nak tengok dia keluar dari sini!" tak cukup itu, topik lain pula dibukanya.
Seperti yang sudah dibincangkan Zuhair, mahu tidak mahu Daniel terpaksa menuruti permintaan temannya itu. Walaupun dia agak terguris namun dia perlu fikirkan tentang orang lain juga. Lagipun.. sampai bila dia mahu menjadi beban untuk teman-temannya pula?
"Apa masalah kau ni, Wan? Aku perhati je kau ni. Apa yang kau tak puas hati sangat dengan aku ni, hah?!" Daniel masih mengawal nada nya. Tidak mahu kedengaran seperti membentak.
"Kau tu.. tak cukup jadi beban orang tua, sekarang nak jadi beban untuk member kau pula!" tak menjawab soalan.
Berdesing telinga Daniel apabila Syazwan menghamburkan hinaan itu. Lantas, sebuah tumbukan dihadiahkan Daniel ke tulang pipi temannya itu. Terteleng ke kiri Syazwan dibuatnya.
Hampir saja Syazwan mahu jatuh namun dia betah lagi untuk berdiri. Melihatkan itu, Zuhair dan Amirul segera campur tangan. Masing-masing cuba menahan Daniel dan Syazwan untuk saling berbalas.
"Dah lah tu, Wan!" pintas Zuhair sambil cuba menahan tubuh Syazwan dari terus mendekati Daniel.
"S*al lah mulut kau, Wan!! Beban apa aku bagi kat kau! Kau sara ke makan minum aku selama ini sampai selamba cekadak kau kata aku macam itu?!" tak mahu kalah, Daniel juga turut berbalas kata.
"Pergi mampus! Kau berambuslah s*al! Aku taknak lah tengok muka kau kat sini." masih Syazwan tak mahu mengalah.
Terus Daniel mengundurkan diri lalu naik ke biliknya semula. Yang lain di bawah sudah hening. Kalut juga tengok tingkah Daniel yang tiba-tiba begitu.
Namun tak sampai seminit, kedengaran pintu bilik terhempas kuat. Langkah kaki Daniel kuat melatari ruang. Kelihatan dia menyelit kan telefon pintar dan beg dompetnya ke dalam poket seluar.
"Korang memang kawan tak guna! Aku akan ingat sampai mati tahi-tahi yang kau bagi kat aku masa aku susah." sempat ayat itu dihambur nya sebelum langkahnya diatur keluar dari rumah.
"Berambus!" balas Syazwan lantang.
Zuhair terus saja menolak kasar tubuh Syazwan yang masih terbawa emosi. Geram juga dia sebenarnya melihatkan tingkah temannya itu yang agak tak matang.
"Apa bendalah kau, Wan? Kau tak tahu ke kat luar tu hujan? Mau naya anak orang kau buat." jerkahnya sudah kusut kepala.
Amirul juga kelihatan meraup muka. Sama seperti Zuhair, dia juga turut sama belas kasihan melihat nasib temannya itu namun.. apakan daya, Syazwan pemilik rumah ini. Bukannya dia.
...
"S*al!"
Hanya carutan itu saja yang dapat menggambarkan sakit hatinya ketika ini.
Sudah hampir beberapa tahun mereka berteman, dan.. ini balasan yang dia dapat? Hmm.. betullah! Inilah istilah sebetul-betulnya untuk kawan munafik. Bila dia senang, gelagat temannya itu pun macam pijak semut tak mati namun apabila dia susah, seorang pun tak mahu bantu dia. Kalau bantu pun, mereka bukannya ikhlas malah berat hati untuk membantu.
"Tak ada kawan pun lagi baguslah!" laungnya lantang.
Bunyi guruh dan renyaian hujan sedikit sebanyak menenggelamkan suaranya. Langkahnya terus diatur maju walaupun tubuhnya kini sudah basah lencun dengan air hujan. Nak minta bantuan?
Kiri kanannya hanya dipenuhi semak dan juga belukar. Kawasan perumahan juga sudah jauh di belakang. Nak balik semula ke rumah, minta maaflah.. Daniel sudah tawar hati dengan teman-temannya itu.
Sesekali telefon pintar jenama iPhone dikeluarkannya namun tak berfungsi. Dia lupa untuk mengecas telefonnya itu. Huh!! Tak sanggup! Yurp, dia memang tak dapat untuk berdikari dengan jayanya.
Bila terimbau kembali apa yang Syazwan kata, Daniel seakan mengakui. Sudah hampir sebulan lebih dia hidup tanpa ibu dan ayahnya dan.. dia jadi begimi. Orang lemah yang tiada apa-apa. Tanpa ibu bapanya, Ungku Daniel Haidar hanyalah orang biasa yang menyedihkan.
Mengenangkan perkara itu, Daniel diulit rasa sebak. Tubuh badannya yang mulai dihurung kedinginan, dipaksakan juga untuk bergerak ke hadapan walaupun dia sendiri tidak tahu hala tujunya kini.
Entah bagaimanalah nasibnya selepas ini.
Mungkin kah nasibnya akan berpenghujung di kaki lima? Meminta sedekah? Meraih simpati dari orang yang lalu lalang? Satu persatu soalan itu timbul dalam benak fikirannya.
Senak perutnya kembali hadir. Daniel sudah merintih perit. Dalam kedinginan hujan, dia sudah jatuh melutut. Perutnya dipeluk erat. Sakit. Dia mahu meminta tolong namun tiada siapa di situ yang mampu dia raih. Dari terduduk akhirnya dia terbaring.
Pedih.
"To...long..."sayup-sayup dia meminta.
Namun, seperti yang ditebak. Tiada siapa di situ. Hanya semak samun saja yang ada.
Dalam keadaan separuh sedar, Daniel cuba untuk membuka mata. Dalam samar-samar, dilihatnya cahaya yang bergerak mendekatinya. Makin lama makin hampir.
Sama seperti dia. Makin lama, dia makin hilang kesedaran dan akhirnya pengsan tidak sedarkan diri.
...
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro