Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

BAB 12

"Maaf Encik Daniel. Kami tak dapat nak terima permohonan Encik untuk bekerja di sini. Terima kasih"

Daniel sudah buntu. Akhirnya dia terduduk di kaki lima. Kepalanya yang kusut dipegangnya. Matanya pula sudah dipejam rapat memikirkan nasib dirinya kini.

Huh! Apa malanglah nasibnya ini. Belajar terlalu tinggi pun, dia dapat nasib yang kurang baik. Majikan menolak permohonannya kerana risau dia akan meminta gaji yang lebih tinggi.

Padahal Daniel tak perlukan semua itu. Cukuplah sekadar gaji bulanan yang dapat menampung perbelanjaan hidupnya seharian. Itu sudah memadai.

"Haih, apalah nasib aku ni!" gerutunya sambil memicit-micit kepalanya yang sakit.

Patutke dia mengalah?

Daniel sudah berkira. Mengalah dan mengikuti permintaan papanya untuk  berkahwin dengan gadis yang langsung dia tidak kenali? Huh!!! No!! Takkan semudah itu.

Kalau dia balik sekarang dalam keadaan begini, pasti papanya akan tersenyum puas. Yurp, kerana hidupnya takkan seelok kehidupan nya menjadi anak Ungku Syariffudin. Maruahnya juga pasti akan tercalar.

"Tak- aku tak boleh mengalah macam ini. Aku tak boleh putus asa. Aku kena tunjuk kat papa, tanpa dia.. aku boleh hidup dengan lebih baik." Daniel cuba untuk menyuntik semangat dalam dirinya sendiri.

Terus, dia bangun dari duduknya. Penumbuknya juga digenggam erat. Cukup untuk menunjukkan perjuangannya yang berkobar-kobar untuk hidup berdikari.

Dengan penuh semangat, Daniel meneruskan langkahnya. Dalam fikirannya, dia sudah memikirkan untuk mencari pekerjaan yang lebih baik. Kalau tiada rezeki untuk bekerja di dalam pejabat, dia akan ambil kerja yang di luar. Misalnya, pelayan?

Sedang leka dia berfikir, Daniel langsung tidak sedar akan kereta yang sudah meluru laju ke arahnya. Bunyi hon yang kuat terus saja mematikan langkahnya.

Tergamam. Daniel kaku. Kereta myvi yang semakin hampir itu tidak langsung buat dia berganjak.

Arrrgghhh!!!

Ponnnnn!!!!

Bunyi hon yang melebihi 6 harkat itu membuka matanya kembali. Sempat tubuhnya dibelek dan tak semena, dia jatuh terduduk. Mungkin masih terkejut dengan kejadian yang hampir meragut jiwanya.

"Encik.. Encik tak apa-apa?" suara itu mengalihkan pandangan Daniel ke arah sosok yang merapatinya.

Pandangan Daniel melorot dari kaki hinggalah ke wajah sosok gadis itu. Namun, serta-merta dia tergamam. Wajah gadis itu! Bukan ke dia...?!

Berdebar aku dibuatnya saat membuat brek kecemasan tadi. Nasib baiklah aku sempat berhenti, kalau tidak.. hari ini juga aku akan bermalam di penjara!

Segera aku keluar dari kereta lalu mendapatkan sosok yang sudah jatuh terduduk di atas jalan. Perasaan cemas ku makin menggila. Risau juga tengok lelaki itu sudah meraba-raba tubuhnya. Mungkin, dia juga takut kalau-kalau tak jumpa hari esok.

"Encik.. Encik tak apa-apa ke?" soalku dalam nada bersalah.

Lelaki itu terus memandang aku. Tergamam! Aku jelas terkejut. Huh! B-bukan ke dia..

..dia lelaki yang cari fasal dengan aku?

Ah, sudah! Apa pula kali ini!

"Kau?" jerkahnya dengan pandangan marah.

Lelaki itu yang tadinya terduduk terus saja berdiri. Pandangan tajamnya masih tak lepas diberi. Aku pula sudah tahan gelisah. Kalau boleh, aku nak lari sekarang juga!

Tapi, cuak pula kalau jadi orang buruan polis nanti.

"Huh, patutlah aku macam kenal kereta ni!" tak cukup satu jerkahan, dia cari ayat lain pula. Sempat dia mengerling jengkel ke arah myvi ku. Memang sengaja mahu membuat ulah.

Beralah, aku sekadar menekur memandang lantai. Yurp, untuk kali ini.. aku mengakui kesalahan ku. Aku hampir terlanggar dia.

"Minta maaf, Encik." aku sudah menunduk cara jepun. Masih mata aku tak pandang dia.

Dia pula sudah tersengih sinis. "Senang je kau minta maaf kan? Bayar lah ganti rugi. Ingat zaman sekarang ini, minta maaf aje boleh lepas ke, hah?!"

Aku sudah ketap bibir. Kerana tidak tahan dengan kata-katanya itu. Aku terus melirik pandang dia atas bawah.

Ganti rugi? Entah mana yang luka pun aku tak nampak. Setakat ini, tak nampaklah berdarah dekat mana-mana bahagian.

"Encik tak cedera pun kan?" aku sudah mulai membela diri.

"Memanglah aku tak cedera tapi disebabkan kau, aku mungkin akan ada trauma sepanjang hidup." dia sudah bagi asbab lain.

Mendengarkan alasannya itu, aku sudah tayang muka jengkel. Haih!! Kalau tak disebabkan ini kawasan umum, sudah lama aku sekeh-sekeh kepala lelaki itu. Kenapa berminat sangat dengan ganti rugi ni?!

"Jangan nak merepeklah."

"Kau nak lepas tangan ke hah?" dia pula sudah membalas.

Kerana tidak mahu terus-menerus melayan karenahnya itu, aku ambil keputusan untuk beralih dari situ. Lebih baik, aku balik rumah sekarang.. daripada melayan lelaki sewel ini.

Apabila melihatkan aku yang berura-ura mahu pergi, lelaki itu pantas menghalang jalanku. Hampir saja aku berlaga kepala dengan dadanya, haih!!

"Apa dia encik?"

"Aku nak ganti rugi."

"Kalau saya taknak bagi ganti rugi?"

"Aku bawa kau pergi balai polis." lelaki itu sudah pasang umpan untuk mengugutku.

Bila perkataan 'balai polis' itu disebut, aku sudah tarik senyum. Lelaki itu juga sudah resah apabila melihat aku tidak takut langsung.

"Baiklah. Kita pergi balai polis. Biar polis yang selesaikan." tenang aku buat keputusan.

Di hadapan, lelaki itu sudah tayang raut tegang. Hmm.. mungkin dia tahu siapa pemangsa, siapa mangsa sekarang!
...
Meeting yang berlangsung hampir setengah jam itu bagaikan angin lalu buat Ungku Syariffuddin. Sedari tadi, fikirannya asyik diganggu akan hal-hal kecil yang bersangkut paut dengan anak bongsunya.

"Dani tahu Dani ni anak haram, pa. Papa pun tak ingin tengok Dani depan mata papa tapi at least tolong.. tolong dengar keputusan Dani. Dani masih ada perasaan pa. Dani cuma minta tolong papa faham Dani, dengar Dani."

Ayat yang dilontarkan Daniel itu berulang kali bermain dalam fikirannya. Tidak kiralah waktu rehat mahupun waktu kerjanya, pasti ayat itu akan berulang.

Adakah dia begitu tegas dengan Daniel sehinggakan anak lelakinya itu terasa dengannya? Ungku Syariffuddin buntu.

"Ungku..?"
"Ungku?!" seruan yang sedikit lantang itu mengejutkan Ungku Syariffuddin dari lamunan pendeknya.

Terus lelaki itu mengarahkan pandangannya ke arah staff-staff yang berada di hadapan. Segaris senyuman mesranya dipamer.

"Kalau tak ada apa-apa, kita berhenti sampai sini dulu. Kalau ada sebarang cadangan, tuan dan puan boleh jumpa saya untuk berbincang." dia berikan kata penutup.

Usai ucapannya itu, semua yang berada dalam bilik mesyuarat terus saja keluar. Hanya tinggal beberapa orang sahaja di dalamnya.

Kerana tidak mahu berlama, Ungku Syariffuddin terus menapak keluar dari pejabat. Matanya pula ligat membelek telefon yang berada dalam tangan. Pesanan daripada pengurus nya dibelek seketika.

"Uncle." seru suara garau dari arah belakang.

Bingkas, Ungku Syariffuddin menoleh ke belakang. Dilihatnya sosok Rauf sudah tersengih-sengih memandang nya.

"Rauf? Bila kamu sampai?" soal Ungku Syariffuddin sambil bersalaman dengan anak saudaranya itu.

"Dah lama jugalah, uncle. Erm, saya datang ini, ada hajat uncle. Saya nak minta tolong uncle untuk penamaan semula syarikat atas nama saya." kata-kata lelaki itu berjaya buatkan dirinya bingung.

"Kamu nak ganti nama syarikat?"

Rauf balas dengan anggukan bangga. "Memandangkan uncle dah pun tarik saham atas nama Daniel dan memandangkan saham saya adalah yang paling tinggi sekarang jadi.. syarikat Daniel adalah di bawah saya sekarang."

Ungku Syariffuddin hanya mampu diam. Ya, dia hampir terlupa tentang hal itu. Memandangkan dia sudah menarik segala aset Daniel di bawah namanya jadi syarikat kecil yang dibangunkan oleh Daniel juga tidak terkecuali.

Lama lelaki itu mendiamkan diri sebelum wajah Rauf yang masih berharap dipandangnya. Jika nak dibandingkan Rauf dan Daniel, Daniel lebih baik dalam menguruskan urusan pentadbiran. Rauf pula.. dia kenal sikap Rauf yang sering ambil mudah berkenaan urusan penting. Kerana itulah, Daniel adalah lebih baik.

Lagipun, sejak dulu lagi Rauf banyak tak puas hati dengan Daniel. Bila tahu Daniel ada syarikat sendiri, anak saudaranya itu juga meminta dana dari Ungku Zarol, adiknya untuk membina syarikat juga. Namun, belum capai 2 tahun usia, syarikat yang menyediakan servis plumbing dan renovation itu terkubur begitu saja.

Diam. Akhirnya Ungku Syariffuddin menarik nafas dalam. Wajah Rauf dipandangnya. "Sorry Rauf. Uncle taknak masuk campur untuk uruskan nya. Kamu carilah orang yang lain." ujar lelaki itu.

Tanpa meminta izin, lelaki itu terus saja pergi meninggalkan Rauf terkebil- kebil sendirian.
...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro