Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

BAB 10

Untuk kesekian kalinya, telefon pintar yang berada dalam tangannya berdering. Kenalan 'mama' yang tertera dibeleknya dengan perasaan sebak dan rindu.

Huh!! Daniel mengeluh perlahan. Pasti mamanya kini sedang risau memikirkan tentang dia. Sudahpun seminggu, Daniel buat keputusan untuk keluar dari rumah. Selama seminggu itu jugalah, mamanya tak pernah putus asa untuk menelefon nya. Pagi petang siang malam.. selagi ada waktu, selagi itulah telefonnya takkan pernah berhenti berdering.

"Hmm.. mama tak salah dalam hal ini. Kenapa aku kena mengelak daripada dia??" soalnya sendirian.

Lama Daniel berkira. Baik buruknya dipertimbang. Namun, setelah itu keluhannya terlepas. Panggilan daripada mamanya itu diangkat.

"Mama..." belum habis Daniel bercakap, Ungku Zarina memintas.

"Daniellll!!! Ya Allah!!! Mana kamu Dani? Mana aje kamu menghilang nak! Risau mama dibuatnya. Mama ingat apalah jadi kat kamu. Mesej tak balas, call tak angkat. Ya Allah, kamu ni Dani." bertubi-tubi soalan meluncur keluar dari mulut wanita itu. Rentak suaranya cukup menggambarkan kerisauan dan keresahannya sepanjang ketiadaan Daniel di sisinya. Terselit juga getaran menahan sedih dalam bicaranya.

Daniel hanya mampu ukir senyum pendek. Hmm.. walaupun ramai yang layannya buruk namun masih ada insan bergelar ibu yang masih risau dan tidak putus asa untuk mencarinya. Yurp, kasih ibu tidak ke mana.

"Sorry ma. Mama jangan risau. Dani sihat kat sini. Tak ada apa yang mama perlu risaukan." ujar Daniel cuba menenangkan keadaan wanita itu.

"Baguslah kalau macam tu. Erm.. kamu bagi alamat kamu yang sekarang. Biar mama ambil kamu kat sana. Okay?" tawar Ungku Zarina.

Kalau boleh, sekarang juga dia mahu anak terunanya itu ada di sisi. Biar keresahan dan kerisauannya boleh reda. Kalau tidak, sepanjang hari dia kepikiran tentang nasib Daniel seharian.

Al-maklumlah, Daniel itu dibesarkan dengan serba kemewahan. Tidak pernah hari-harinya rasa susah. Apa yang anaknya inginkan, Ungku Zarina pasti akan berusaha untuk menunaikan. Yurp, kasihnya pada Daniel tak terhalang.

Daniel sekadar geleng kepala. "Tak perlu ma. Dani rasa buat masa sekarang ni Dani nak duduk luar dulu. Bagi Dani masa."

"Kamu.. nak duduk luar?"

"Ya ma. Dani nak hidup berdikari. Mungkin selama ni Dani banyak bergantung dengan mama dan papa. Jadi, Dani rasa Dani nak hidup berdikari dulu." putusnya cermat.

Ungku Zarina sedikit tergamam dengan keputusan Daniel itu. Lama dia diam sebelum dengusan kecilnya terlepas.

"Ini mesti pasal papa kamu kan?" tebak Ungku Zarina. Perasaan tidak puas hatinya menerpa.

Daniel hanya membisu. Tidak berani untuk dia mengiakan dan tidak mahu untuk dia menidakkan. Buat masa sekarang, biarlah hanya dia dan Ungku Syariffudin saja yang tahu kebenarannya.

"Bukan ma. Tak ada kaitannya dengan papa." bohongnya.

"Kamu jangan.." kata-kata Ungku Zarina jeda apabila Daniel segera memangkas.

"Ma, Daniel ada benda nak kena buat ini. Daniel off call dulu ya. Assalamualaikum." ujar Daniel sebelum menamatkan panggilan serta-merta.

Ungku Zarina hanya mampu beralah. Telefon pintar yang berada dalam genggaman, diletakkan di atas meja kopi sambil pandangan kosongnya terarah kepada tv yang tertutup.

Hmm.. walaupun Ungku Ikhwan Hanif sudah meninggal sepuluh tahun yang lalu namun masih.. Daniel tidak mendapat kasih sayang yang selayak nya sebagai seorang anak.

Mengenangkan hal itu, Ungku Zarina sudah ketap bibir. Penumbuknya sudah dikepal. Pandangannya yang tadi penuh kerinduan mula berubah menjadi pandangan penuh dendam.

"Hidup pun susahkan orang, mati pun susahkan orang." gumamnya sendirian.
...
"Papa, Iwan nak makan McD boleh?" soal Ikhwan sambil tangan kanan Ungku Syariffuddin digenggamnya erat. Senyuman manjanya dilayang. Raut cerianya juga jelas tergambar.

"Boleh. Jom kita pergi." sahut lelaki itu dengan nada teruja.

Tidak jauh dari situ, ada sosok yang memerhati. Rasa tidak puas hatinya jelas tergambar. Terus, dia memusing kan tubuhnya ke arah anak kecilnya yang baru berusia 7 tahun.

"Dani, kamu kata kamu nak makan kek kan? Pergi minta dengan papa kamu cepat." arahnya dalam nada memujuk.

Daniel yang masih memuncung sudah buat raut takut. Sempat pandangannya dikalih ke arah sosok papa dan abangnya yang berada di ruang tamu. Serta-merta dia menggelengkan kepalanya.

"Dani taknak." jawabnya pendek.

Ungku Zarina sudah mendengus kecil. Dia sudah duduk mencangkung di hadapan anak kecilnya itu. Pandangannya terpendam ketegasan. Ketegasan agar anak dia dapat memainkan peranan penting untuk menambat hati suaminya itu.

Semenjak Ungku Syariffuddin menjadi suaminya, lelaki itu tidak pernah lekang memberi kasih sayangnya kepada anak sulungnya, Ungku Ikhwan Hanif. Yurp, satu-satunya anak kandung sah taraf Ungku Syariffuddin dengan arwah isteri pertamanya.

Status Ungku Zarina? Selepas kematian isterinya, dia bekerja di syarikat milik Ungku Syariffuddin sebagai kerani am. Mereka berkenalan dan akhirnya bercinta namun percintaan itu menjerumuskan mereka ke kancah perzinaan.

Setelah mendapat tahu dirinya mengandung tiga bulan, Ungku Zarina terus mendesak Ungku Syariffuddin untuk mengahwininya. Nasib baiklah lelaki itu tidak membantah.

Fikirnya, kehidupannya akan menjadi lebih tenang setelah menjadi isteri lelaki itu. Namun, sangkaannya meleset sama sekali. Kasih sayang Ungku Syariffuddin dilihatnya berat sebelah. Lelaki itu lebih memberi perhatian kepada Ikhwan berbanding Daniel.

Dan.. hak itu amat tidak disenanginya.

"Cepatlah minta Dani. Papa mesti bagi." pujuk wanita itu terselit ketegasan.

Daniel ketap bibir. Jelas raut risaunya tergambar. Sempat matanya melirik ke arah Ungku Syariffuddin sebelum perlahan langkahnya diatur mendekati lelaki itu.

Di belakang, Ungku Zarina sudah memerhati. Senyum tipisnya dilayang. Berharap untuk kali ini, Daniel dapat perhatian sewajarnya.

"Papa.." seru Daniel sedikit teragak-agak.

Ungku Syariffuddin sudah mengalih pandang ke arah anak bongsunya itu. Senyumannya masih tak lekang.

Ikhwan pula sudah tersenyum girang. Pantas, dia menggenggam erat tangan adiknya itu. "Dani, nanti kita makan McD nak. Papa cakap papa nak bawa kita makan McD."

Daniel langsung tak ceria. Bibirnya sudah muncung sedikit. "Tapi.. Dani nak makan kek." jawabnya.

Ungku Syariffuddin sudah mengeluh kecil. "Abang kamu tak boleh makan kek. Kamu tahukan Dani?" soal lelaki itu. Rautnya mulai berubah.

Dani tidak membalas. Dia sudah menunduk ke bawah. Entah kenapa, dia jadi gentar mendengarkan suara papanya itu.

Seperti mahu memarahinya.

"Dani tak suka McD?" soal Ikhwan apabila melihatkan raut kendur adiknya itu.

Perlahan Daniel menggelengkan kepala. "Taknak. Dani nak kek. Dani nak kek juga!!" Daniel sedikit membentak. Kaki kanannya sudah dihempas ke lantai.

Ikhwan yang melihat gelagat Daniel sedikit mengundurkan diri ke belakang. Cuak melihat tingkah adiknya yang tiba-tiba berubah begitu.

Ungku Zarina yang sedari tadi menonton, terus saja keluar. Dia tidak mahu keadaan lebih parah. Dia tahu.. kalau Daniel sudah buat ulah, pasti Daniel akan dimarahi suaminya.

"Kenapa ni, bang?"

"Dani nak makan kek tapi Iwan tak boleh makan kek. Lepas itu, tiba-tiba aje dia macam itu." ujar Ungku Syariffuddin masih tak lepas memandang Daniel yang sudah mulai berulah.

Ungku Zarina sudah ketap bibir. Terus, tubuh kecil Daniel dikendong nya. Matanya pula sempat dilirik tajam ke arah Ikhwan.

"Tak apalah bang. Kalau abang taknak bawa Dani, biar saya bawa. Abang ikut ajelah si Iwan tu bang." sempat ayat sindirannya itu diberi lalu sosoknya hilang ke tingkat atas.

Ungku Syariffuddin pula sudah geleng kepala. Haih!
...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro