Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Prolog

"Lepaskan aku!" jerit aku kuat tapi tidak diendahkan. Dengan kudrat yang ada aku terus menendang kelemahan seorang lelaki dan dia tersungkur lemah. Aku segera bangun dan berlari keluar dari bilik stor sukan.

"Qayra, kau nak pergi mana?" Lelaki itu mula mengejar daripada belakang. Aku dalam hati berharap agar aku terselamat. Dia nampak sahaja baik tapi yaallah rupanya dia la iblis segala iblis. Sumpah kerana Allah aku menyesal mengenalinya.

"Kau takkan terlepas Qayra takkan!"

Dengan nafas tercunggap-cunggap aku berlari dan menyorok di belakang perpustakaan sekolah. Kenapa la aku boleh mempercayai kata-katanya. Kalau aku tahu dia tipu aku pasti aku dah balik dengan kawan aku tadi. Yaallah selamatkan la hambamu ini.

"Qayra,"

Aku sudah mula mengeletar. Macam mana dia boleh tahu aku dekat sini.

"Qayra, kenapa kau boleh suka dekat Firdausy ha? Kenapa kau tipu aku...kenapa?"

"Bila aku tanya kau suka aku ke tak kau tak jawab. Rupanya kau suka dia!"

BAM!

Tubuh badan aku terhinjut akibat terkejut. Psycho nya dia ni.

"Aku tak kira Qayra...aku nak kau jadi milik aku juga, kau tak tahu betapa sayang nya aku dekat kau kan?" Suara nya mula berubah sayu dan kedengaran seperti menangis.

"Kalau kau taknak dekat aku...Aku bunuh diri aku dekat sini juga." Pisau ditangan nya mula diangkat tinggi hendak dicucuk ke perut nya.

Bingkas aku bangun dan keluar daripada tempat aku.

"Jangan! jangan buat macam tu...Saya bukan tak sayang awak...tapi saya tak boleh sayang awak lebih daripada tu je." Jujur aku terus. Aku taknak sebab aku ada yang mati.

Fatih senyum. Air mata nya deras mengalir.

"Saya sayangkan awak Qayra."

"Ye saya tahu tapi saya sayangkan Firdausy."

Aku taknak tipu hati aku lagi. Aku lebih sayangkan kembarnya dan semestinya lebih daripada seorang kawan.

"Awak memang tak reti menghargai saya kan!"

"Tak pela biar saya mati."

Belum sempat aku menghalang dia sudah menikam perutnya mengunakan pisau.

"Yaallah Fatih! bangun Fatih kenapa awak buat macam ni."

Air mata aku turut mengalir melihat kesakitan yang dia rasai.

"Saya sayang awak tapi awak sayangkan orang lain...saya tak sanggup tengok kebahgiaan awak depan mata saya."

"Allah apa ni!" Jerit Firdausy yang baru tiba.

Dia memandang ke arah aku yang memegang tangan Fatih.

"Firdausy...aku...cuba har...gai...dia...ta...pi dia...sa...yangkan kau...ja...gaa...di...a untuk a...ku"

"Kenapa kau buat macam ni Fatih!" Jerit Firdausy geram. Dia turut menangis.

Fatih cuma tersenyum.

"Se...mua ke...ra...na dia."

Mata Fatih terus terpejam dan nadinya terhenti.

Aku terus meraung menangis. Yallah sahabat terbaik aku.

Firdausy turut menangis. Telefon bimbit dikeluarkan dan ditelefon Ambulans.

******
"Tak! takk bukan aku yang buat Argh!" Tersedar aku daripada mimpi ngeri itu. Dan lagi sekali mimpi itu menghantui aku. Tubuh badan aku berpeluh-peluh.

Keadaan sekeliling aku pandang
gelap. Bilik ini bilik aku. Alhamdulillah.

Gambar Fatih dan aku yang tergantung di dinding aku pandang dengan pandangan sayu.

Maafkan saya Fatih...

To be continued

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro