Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 7

Terkaku nenda diatas sofa sebaik Qayra keluar daripada biliknya. Buang tabiat ke apa cucunya dia ni.

"Nenda, tunggu apa lagi? Jumla."

Qayra terus melangkah keluar rumah. Dia sedikit tersenyum. Bukan tak tahu kenapa nenda terkaku dekat situ. Hari ini Qayra Medina buat kerja lain daripada lain. Baju kurung yang diberi oleh mamanya yang berwarna biru lembut elok tersarung ditubuh langsing nya. Tudung bawal warna hitam turut elok tersarung diatas kepalanya. Siapa je tak terkejut. Bila orang yang suka pakai baju seksi tiba-tiba saja pakai baju begini.

"Qayra, kamu okay?"

"Laa kenapa pula nenda? Mestila Qayra okay," daun pintu kayu ditarik dan ditutup sebaik nenda keluar daripada rumah papan itu. "Kenapa, tak sesuai ke Qayra pakai macam ni?" Soal nya pada nenda.

"Mana ada tak sesuai, sesuai sangat cu. Dah jum kita kena cepat ni."

Selipar disarung dan mereka berjalan sambil berbual sebelum sampai ke destinasi yang hendak dituju. Iaitu kantin sekolah.

Sepanjang hari ini. Ada saja yang puji Qayra. Rasa kembang kucup juga la hidung ni bila kena puji. Rasa gembira pun ada sebab perubahannya yang drastik ni diterima baik oleh orang sekeliling. Alhamdulillah.

"Nenda lepasni Qayra nak pakai baju macam ni la. Sebab ramai cakap lebih sopan dan ayu je." Ujar Qayra pada nenda sambil itu tangan nya ligat mengunci pintu kantin sekolah.

Nenda anggukkan kepala tanda iyakan kata-kata cucunya. Daripada jauh dia nampak kelibat Firdausy. Dia hanya senyum segaris pada Ustaz muda itu.

"Nenda? Nak balik dah ke, nak saya tumpangkan tak, sebab satu jalan je." Pelawanya pada nenda.

"Nenda okay je takut orang tu la taknak."

Kini mata nenda dan Firdausy tepat memandang Qayra. Terkejut Qayra. Apa? Aku buat salah ke.

"Qayra nak tumpang Firdausy tak?" Soal nenda apabila perasan yang cucunya seakan tidak faham dengan pandangan mereka berdua.

"Ha? Takpela nenda, Qayra rela jalan kaki daripada hutang budi dengan Ustaz tiga suku ni, kalau nak nenda nak tumpang pergila." Qayra betulkan sling beg nya yang hampir luruh dan meneruskan langkah keluar daripada kantin sekolah.

Taknak aku tumpang dia. Nanti sebab benda tu dia ungkit sampai sudah.
Bebel Qayra sendiri.

"Cantik dia nenda." Puji Firdausy lembut.

"Aik kamu baru perasan ke? Dia tu kan memang cantik."

Firdausy senyum malu.

"Bukan itu maksud Fir, tapi maksud Fir, cantik dia pakai tudung dengan baju macam tu." Terang Fir satu persatu agar nenda faham maksud tersiratnya

"Ohh, kamu patut bersyukur la Fir dia dah dapat hidayah sekurang takdala kamu tanggung dosa sebab dia tak tutup aurat."

Kepala Firdausy anggukkan. Benar kata Nenda. Lega hatinya sedikit. Mungkin Qayra sedar akan maksudnya tentang pakaian gadis utu semalam.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro