Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 4


Seperti yang telah diperkatakan mulai hari ini Qayra Medina akan menetap di kampung nenda selama 4 bulan. Beg galas yang pernuh dengan perkakas eletronik diletakkan perlahan-lahan atas meja kayu nenda. Mama dan papa daripada jauh kedengaran sibuk berbual dengan nenda di parkin.

"Apa la dibualkan tu agaknya eh?"

Selipar jepun milik nenda disarungkan pada kaki. Yela tadi masa nak datang kemari. Qayra pakai kasut sneaker. Disebabkan nak jalan mudah rembat sajalah selipar jepun ni.

Apabila hampir dengan mereka. Qayra terus menunduk sebaik ternampak ada orang lain disitu. Nampaknya Qayra lepasni kau kena pakai speck mata nenda la. Ada makcik berbadan sedikit gempal sebaya nenda dekat sini pun kau tak nampak.

"Ni siapa ni cikdah?" Soalnya apabila nampak Qayra tiba di sisi mereka.

"Ohh ni cucu sulung perempuan aku. Dia ni la yang duduk sini selama 4 bulan tu."

Qayra terus menghulur tangan pada makcik tersebut sebagai tanda hormat.

"Baik budaknya ye. Tahu hormat orang tua, Alhamdulillah. Nama siapa?"

"Nama saya Qayra medina cik, tapi cik boleh panggil saya Ayra je. Kalau nak lagi manis panggil saya bakal menantu acik." Seloroh Qayra dan diikuti dengan ketawa mereka yang berada disitu.

"Amboi pandai bergurau juga rupanya. Orang nya pun lawa cikdah oi, bertuah siapa yang dapat kan."

Nenda sudah mengelengkan kepalanya.

"Lain macam saja kamu ni siti ada apa-apa ke?"

"Eh takda apa la cikdah. Saya ni mana la ada anak lelaki, semuanya perempuan tu pun kecil lagi. Kalau ada pun tu ha anak sulung abang saya."

Qayra tunduk dan terus meminta diri pada nenda untuk berjalan sekejap di sekitar kampung. Bukan nya dia tak tahu jalan kampung ni. Dah masak sangat dah. Cuma jarang balik je. Tapi dekat kampung nenda ni memang best sikit. Sebab keselamatan anak dara lebih terjamin. Kerana kampung ini lebih ke arah islamik. Jadi tak perlu risau la kalau jalan seorang diri.

"Kalau nak berubah jadi baik ni memang susah, tapi memang setiap agama pun dia akan suruh penganutnya untuk melakukan kebaikkan. Jadi berusahala sebab orang yang sentiasa berusaha ni adalah orang yang disayangi oleh tuhan mereka."

Qayra berhenti melangkah sebaik mendengar suara yang datang nya daripada sebuah pondok. Suara tu macam familiar dengar. Tapi dimana ya?.

Disebabkan rasa ingin tahu yang membuak-buak. Qayra terus berjalan ke arah pondok tersebut. Di situ nampaknya ada 3 orang anak muda yang gayanya seperti pemuda yang tiada harapan untuk maju jaya dan seorang lelaki yang berjubah putih serta berkopiah putih. Ish kau ni Qayra pandai saja nak nilai orang daripada luaran ya!.

Lama Qayra memandang ke arah mereka. Sebaik salah seorang mereka yang kelihatan seperti seorang ustaz itu memandang ke arah dia laju sahaja dia berpusing. Alamak!. Tu bukan dia ke?.

"Memang malang betul la nasib kau ustaz. Kau jumpa aku lagi. Memang kena la kalau kau tegur aku kejap lagi." Bebel Qayra sendiri.

Malas tunggu lama. Qayra segera angkat kaki daripada situ. Lebih baik dia lepak dekat sungai ke mana-mana yang lebih menenangkan dirinya.

To be continued

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro