Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 33

Setelah habis tertamu pulang baru la Qesha dapat menjamah makanan. Bukan nya tadi Umi tak pelawa dia suruh dia makan dulu. Tapi dia yang tak mahu. Baginya tertamu yang hadir lagi penting diberi layanan terlebih dahulu.

Nasi minyak di dalam periuk di ambil lagi sedikit. Lapar sungguh rasanya. Ayam masak merah juga diambil seketul. Setelah itu Qayra mengatur langkah ke meja makan yang ada di luar rumah.

Firdausy? Entah la daripada tadi tak nampak. Sibuk agaknya. Lagi-lagi ni majlis abangnya. Mesti dia sibuk tolong uruskan segala nya. Sedang enak dia menjamah makanan. Terasa seperti peha nya dicuit. Laju sahaja dia memandang ke kanan. Ternyata Firdausy. Bila pula suami dia duduk sebelah dia ni ? Tulah kau khusyuk sangat makan sampai keadaan sekeliling pun kau tak ambil tahu.

"Sayang, makan tak ajak abang pun." Firdausy cebik bibir seakan-akan merajuk dengan Qayra.

Kepala yang tak gatal digaru. Alahai ingatkan suami dia dah makan rupanya belum. Aduh, tak pasal-pasal dia dah buat dosa. Free-free je dapat dosa. Sebab tak ajak suami makan.

"Erk, saya bukan taknak ajak tapi saya lapar sangat tadi. Lepastu awak pula hilang entah kemana. Tu yang saya makan dulu tu." Balas Qayra polos.

"Sayang, takpala abang gurau je. Lagipun abang memang sibuk tadi. Uruskan majlis. Lega abang tengok bila sayang dah makan. Sekurang nya takdala perut sayang kosong."

"Ha betul tu, saya ni mana boleh lapar nanti saya mula la sakit sana sakit sini..."

"Dan sakit sini?" Tangan Qayra yang bergerak  kesana sini tadi terus dipegang oleh Firdausy dan diletakkan pada perut Firdausy.

Tergamam Qayra seketika.

"Amboii, nak sweet-sweet pergila tempat jauh sikit. Kasihan kan Nenda yang single terlajak ni. Bila la nenda boleh kahwin semula kan."

Qesha segera menarik tangan dia dan memandang ke arah lain. Kenapa la dia berkulit putih. Habis kalau malu je orang nampak muka naik merah.

"Nenda, kalau nenda nak kahwin boleh je nenda. Tu ha pak samad tu dah lama tunggu Nenda. Tula nenda je yang jual mahal." Sakat Firdausy

Wajah Pak samad yang sudah hilang dua batang gigi dibahagian hadapan tu terus sahaja menerjah di dalam ingatan. Serta merta Qayra ketawa. Sesuai juga tu dengan Nenda.

"Ish, apala kamu ni. Taste nenda ni tinggi tau walaupun dah tua. kalau kahwin dengan Pak samad tu boleh kemurungan nenda bila tengok dia senyum."

Berdekah-dekah tawa Qayra dan Firdausy mendengar celoteh Nenda. Ada sahaja la Nenda ni.

"Qayra, Nenda nak tanya sesuatu boleh?"

"Tanya apa tu Nenda?" Soal Qayra sambil tu tangan nya mengaut.nasi dan disuapkan ke dalam mulut. Walaupun sibuk berbual perut yang lapar perlu diisi.

"Kamu nak bersanding ke?"

Tak semena-mena terus tersedak Qayra apabila mendengar soalan yang dilontar kan oleh Nenda. Air sirap yang diambil tadi segera disuakan oleh Firdausy

"Ma...mana ada Nenda, Qesha dengan Firdausy pun dah lama sangat kahwin tak manis pula nanti kan?" balas Qesha bersama senyum dibuat-buat 

"Sayang, kalau sayang nak bersanding abang tak kisah pun lagipun kita pun takda anak lagi, kalau sayang nak abang okay je.'' Santai sahaja Firdausy beri jawapan 

Walaupun dia bukan la suami yang pandai jiwang-jiwang ni tapi dia tahu kemahuan seorang wanita terutamanya Qesha.

Nenda senyum dan menganguk tanda setuju. 

"Betul tu Qesha, Kalau nak kita boleh berbincang dan langsungkan majlis tu." Sokong nenda juga. 

Qesha tunduk dan bermain-main dengan jemarinya. Tanpa sedar air matanya mengalir. 

''Lah dah kenapa menangis pula ni? abang dengan nenda ada salah cakap ke?" 

Wajah isterinya dipegang dan diangkat memandang dirinya. Qesha elak daripada bertentangan dengan Firdausy. Bingkas dia bangun dan berlari masuk ke dalam rumah.

Nenda dan Firdausy berpandangan. Songkok yang ada diatas kepalanya ditanggal dan diletakkan atas meja. Setahu dia tak salah cakap pun tapi kenapa Qesha menangis? Yallah dosa apa yang hamba mu telah lakukan? 

"Dia nak buat drama sebabak la tu." Kutuk Nenda selamba.

Firdausy tersenyum. Walhal dalam hati gelisahnya hanya allah yang tahu. Maafkan abang sayang...


Setelah lama sangat azzu hiatus maaf siapa yang menanti cerita ni ! Thankyou support azzu sayang semua !! tunggu taw azzu akan up yang setrusnya ! 

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro