BAB 31
Firdausy sekadar menggelengkan kepalanya apabila melihat isterinya yang daripada tadi sibuk belajar memasak di youtube. Semangat sungguh Qesha ni nak masakan untuk dia sedangkan boleh je beli dekat luar. Bila dikata sedemikian laju sahaja Qesha memberi alasan bernas.
"Bila saya nak pandai masak kalau asyik beli luar je kan?"
Tanpa sempat Firdausy menjawab kata-kata Qesha terlebih dahulu gadis itu bergerak kedapur. Katanya hari ini nak belajar masak spagethi carbonara jadi Firdausy sekadar biarkan jela isteri dia tu mencuba. Bila nak dibantu ditegah dan disuruhnya kedepan haihlah isteri manala cik abang tak jatuh sayang.
"Abang, boleh tolong Qesha bukakan tin sos carbonara ni tak saya tak reti lah." Laung Qesha lemah lembut. Tanpa menunggu lama segera Firdausy bangun dan begerak ke dapur bagi membantu isteri tercinta.
"Aik tadi kata boleh buat seorang je ni kenapa panggil abang ni?"
Qesha tersenyum malu.
"Ala tu tadi ni sekarang, Qesha mana reti nak buka tin tu nanti Qesha luka ha siapa susah? Abang juga kan?"
"Amboi pandai dia kan bagi alasan, yela abang tolong sayang ye."
Tin diambil lalu dibuka perlahan-lahan. Qesha pula terkebil-kebil matanya daripada tadi melihat cara suaminya membuka tin tersebut.
"Sayang, abang tahu yang abang ni handsome, tak perlu lah nak tengok abang sampai tak bergerak biji mata tu." Perli Firdausy. Walaupun matanya pada tin sos tapi dia masih boleh nampak perbuatan Qesha melalui ekor matanya.
Tak semena-mena darah merah naik menyerbu ke wajah. Qesha toleh ke kiri sambil mengipas mukanya.
"Ma...mana ada, ish pandai je abang ni buat cerita saya perhatikan cara abang buka tin tu la jangan nak perasan okay?"
"Betul ni?" soal Firdausy sebaik usai membuka tin tersebut
Tubuhnya diubah posisi menghadap isterinya. Saja mahu menguji sejauh mana Qesha mampu berbohong kepadanya.
Sebaik sahaja Firdausy mengubah posisi. Bertambah merah wajah Qesha. Aish laki aku ni memang saja nak buat aku malu ke apa?. desis Qesha sendiri.
TingTong!!
Bunyi loceng luar rumah berdering menandakan ada tertamu yang hadir. Firdausy tak tunggu lama segera melangkah ke pintu utama. Ingin melihat siapa yang hadir di waktu hujung minggu ini. Manakala Qesha bergerak ke bilik bsgi mrngsmbil tudung takut pula yang hadir itu berlainan jantina. Alhamdulillah selama dia belajar mengenal Allah sekarang secara perlahan-lahan dia mula meninggalkan segla larangan-Nya dan memamtuhi perintah-Nya.
"Assalamualaikum,'
"Waalaikunsalam." Jawab Firdausy apabila pintu dibuka. Sedikit terkaku Firdausy melihat sosok tubuh tertamu yang hadir.
Air jus oren yang sudah siap dibancuh Qesha bawa ke ruang tamu dan dihidangkan buat tertamu. Walaupun berasa janggal tetapi sebagai islam sewajarnya kita melayan tertamu yang hadir dengan baik.
Fatih menggosok-gosok kedua belah telapak tangannya. Firdausy yang duduk menghadap Fatih hanya tersenyum melihat saudara kembarnya. Rasanya sudah genap 6 bulan Fatih tidak tonjolkan wajah alhamdulillah akhirnya dia berjumpa jua.
"Dah jumpa mak ke sebelum kemari?' soal Firdausy sebagai pembuka bicara.
"Dah pagi tadi tu yang lepas jumpa mak tu aku terus datang sini, ada hal sikit nak cakap dengan kau." Jawab Fatih.
Qesha hanya menunduk dan bermain telefon bimbit malas mahu mendengar apa yang bakal dibualkan oleh mereka adik beradik. Aplikasi tiktok dibuka. Sekejap-kejap melebar juga la senyuman dia apabila melihat telatah mereka yang membuat content. Macam-macam content ada. Budak zaman sekarang ni bijak sungguh cari duit dengan menggunakan aplikasi tiktok ni. Iyela kebetulan pula tiktok inj adala platform golongan remaja jadi lebih mudah bagi mereka melakukan jualan dengan hanya menggunakan video.
"Sebenarnya aku datang aku nak minta maaf dekat kau dengan Qesha atas dosa-dosa aku dulu, kalau boleh aku berbaik dengan korang berdua sebelum aku berkahwin.'
Serta merta Qesha mengangkat wajahnya. Serius la bapak jin ni nak kahwin? Alhamdulillah akhirnya ada juga perempuan yang mampu mengubah dia. Tapi siapa eh?
"Fatih, sebenarnya kan aku dah lama maafkan kau, Qesha pun sama kan sayang."
"Betul, aku harap kau takkan ulang kesilapan yang sama by the way siapa perempuan yang malang tu?" selamba sahaja Qesha berkata dengan wajah teruja nya.
"Sayang..."
Firdausy memandang Qesha dengan wajah tidak senang.
"Erk... maaf aku bergurau je."
"Takpa, aku tak ambil hati pun tahu kau bergurau, inshaallah nanti masa hari persandingan korang tahu la it is suprise !" suara Fatih jelas menunjukan ianya gembira.
Qesha buat muka blur. Asal doh mamat ni beriya sangat nak susprise ? dia tak tahu ke adik ipar dia ni sifat ingin tahu tutinggi? bila main rahsia atau kejutan ni mulalah dia akan berfikir je nanti siapa bakal kak ipar dia tu.
"Kalau begitu baiklah Fatih walau apapun aku doakan kebahgiaan kau, jangan kau lari pula masa persandingan kesian firash pula kena ganti nanti."
Fatih terus ketawa. Amboi tadi bukan main tegur sang isteri memerli. INi dia perli takpa pula. Cebir sahaja bibir Qesha.
"Yela weh kau tu pun bila nak ada cucu kesian mak tak dapat timang cucu lagi tahu tak?"
Kebetulan pula Qesha baru sahaja minum sedikit jus oren terus tersedak sebaik mendengar permintaan Fatih. Eh dia ni sayang mulut ke tak? pandai je sebut soal anak aduh murung aku macam ni, bebel Qesha sendiri.
"Ha itu kau tanya madam sebelah aku ni la."
Meletus besar tawa mereka berdua. Manakala Qesha pula hanya tunduk malu. Takguna punya Fatih.
P/S: MAAF LMA TAK UPDATE LATELY BUSY SANGAT DENGAN ASSIGMENT DAN KELAS ONLINE INSHALLAH AFTER THIS I WILL COMEBACK OKAY?
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro