Bab 3
Qayra terus sahaja turun ke bawah sebaik mendengar suara riuh rendah dibawah. Kacau ketenteraman betul la. Manusia mana la yang datang buat bunyi bising dekat rumah dia ni.
"Ha ayra turun pun kamu, Lama dah asya tunggu kamu tahu."
Qayra memandang ke arah Qasya yang sedang duduk diatas sofa bersama perutnya yang kian memboyot. Alahai. Nampaknya tahun ni dia dapat dua orang anak buah la kiranya nanti. Langkah Qayra aturkan ke arah Qasya. Muka adik kembarnya itu pucat lesu. Macam ni eh rupanya orang mengandung.
"Ha ayra ada pun kau, ingatkan nak bertapa lama lagi dalam bilik tu, tak pernah berubah eh kau? Duduk dalam bilik je kerjanya lepastu buat kilang tahi mata." Kutuknya selamba.
"Amboi sedap nya mulut mak buyung ni, ini nampak aku tumbuk juga perut kau tu nanti biar terberanak dekat sini."
Tangan diangkat acah ingin menumbuk perut Qasya. Gadis itu terus sahaja memegang perutnya. Qayra bantai gelak. Tahu pun takut. Suka-suki dia je cakap kita buat kilang tahi mata. Tapi memang hakikat pun kan Qayra.
"Ish kau ni garang betul. Weh dengar cerita kau kena duduk kampung dengan Nenda kan?"
"Ha? Bila masa pula, aku tak tahu pun." Punggung terus dihenyakkan ke atas sofa bertentangan dengan Qasha. Seketika mata meliar memandang keluar. Nampaknya suami Qasya ada diluar. Bersembang dengan papa. Mesti pasal busines. Jarang la papa nak sembang pasal hal dia.
"Maaf la mama tak bagitahu, start minggu depan kamu kena duduk sana, Nenda dia mengadu dengan mama katanya sunyi, lepastu dia minta kamu temankan dia dekat sana. Mama pun setujula."
Air teh yang masih panas mama letakkan atas meja. Qayra pula sudah ternganga. Ini memang rare. Tak tanya pendapat aku apa semua terus je bagi kata setuju. Aduh!.
Bukan taknak duduk dengan nenda. Tapi nenda tu dia lebih ke arah gadis kampung. Nanti habisla dia kena ikut semua pantang larang anak dara zaman dulu. Tak enjoy betul. Lepastu nanti tak pasal-pasal dia kena pakai tudung. Bukan nya taknak pakai tudung tapi dia masih belum bersedia lagi. By the way even Qayra tak pakai tudung dia still jaga pakaian dia tahu.
"Alaa ayra bukan lama pun nanti maksu balik daripada london kamu balik la sini, 4 bulan je Ayra please?"
Mama tayangkan wajah comelnya. Dan Qayra pula sudah melepaskan nafas berat. Rasa macam ada batu besar je hempap kepala dia sekarang ni. Kalau tolak permintaan mama mesti mama terasa. Taknak dia jadi anak derhaka.
"Betul eh 4 bulan?"
"Ye betul sayang 4 bulan je. Lagipun kan dekat sana ramai tahu stok calon suami soleh, Ayra jangan buat lupa kampung nenda kan dekat dengan tahfiz mana la tahu kut-kut sangkut dengan ustaz dekat sana pula kan?"
Mata hitam Qayra rolerkan. Sempat lagi eh mama ni. Apa dia ingat anak dara dia ni mudah jatuh cinta ke apa?. Kalau mudah lama dah kut dia kahwin sekarang ni. Ini? Jangan kan kata cinta lelaki nak dekat pun dia dah ambil langkah 1000 meter menjauhkan diri. Sampaikan kena gelak la dengan Dhia masa zaman Universiti dulu. Bukan nak bangga diri tapi Qayra ni memang cantik cuma tula baginya dia nak cari lelaki yang terimanya melalui kekurangan bukan terima dirinya melalui paras rupa. Tapi... wujud lagi ke?
"Hmm yela mama ayra setuju, tapi ayra nak mama pasang wifi dekat rumah nenda tu nanti, bukan apa mama. Ayra tak boleh la hidup tanpa internet, macam hidup dalam zaman purba you know?"
"Eleh...dulu mama hidup tanpa internet elok je hidup sampai harini takde pulak rasa hidup macam zaman purba, nilah budak zaman sekarang."
Kepala mama gelengkan berulang kali. Payah juga budak zaman sekarang ni. Hampir kesemuanya tak boleh hidup tanpa internet. Penting sangat kut internet tu. Mungkin ya tapi untuk orang yang menggunakan nya ke arah kebaikkan la kalau tuk keburukkan entah la.
"Apa benda la kau ni Qayra. Kalau aku jadi kau kan, baik aku minta mama benda lain je. Setakat Wifi tu internet kan boleh je dibeli."
"Ala! Kau cakap senang la, kau tak da tempat aku dah shut up. Duduk diam dekat situ sebelum aku buat kau terberanak dekat sini nanti."
"Ish budak ni daripada tadi cakap nak buat adik dia terberanak dekat sini. Nanti dia beranak betul-betul macam mana?." Soal papa yang baru masuk ke dalam rumah bersama suami Qasya.
"Kalau dia beranak betul-betul lagi bagus. Lagi cepat Ayra dapat anak buah ha tak gitu papa?"
Tuan Dazrin mengelengkan kepalanya. Perangai anak nya yang seorang ni tak pernah nak matang sabar sahaja la.
"Daripada dia beranak dulu baik kamu yang kahwin lepastu bagi mama papa cucu secepat mungkin."
"Ha tu baru betul papanya. Anak awak ni memang degil."
Qayra mencebir. Ish benci betul la. Kalau la dia dapat calon tangkap muat memang sekarang juga dia jadikan lelaki itu sebagai bidan terjun.
"Biarla papa,mungkin jodoh ayra belum sampai lagi. Cepat atau lambat kahwin juga kak ipar saya ni. Betul tak?" Tengku Carl selaku suami Qasya bersuara.
Pap!
" Betul tu!. Aww thanks adik ipar ku. Ni sayang ni."
Qasya terus memandang Qayra dengan pandangan setajam pisau pedang. Amboi suka dia je nak buat macam tu dekat laki kita eh.
"Dah cukup la tu. Jum la kita ke dapur siap sedia untuk minum petang dengan makan malam." Bidas mama daripada dapur.
"Okay ma."
Bingkas Qasya dan Qayra bergerak ke dapur.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro