Bab 27
Angin petang dihirup lembut dan dihembus perlahan. Suasana petang di taman rekreasi itu dipandang dengan pelbagai rasa. Sudah seminggu Qayra memilih untuk berdiam diri dan terperap di dalam bilik. Akhirnya kini dia keluar. Fikirnya daripada melayan perasaan yang boleh menimbulkan penyakit lebih baik dia keluar. Lagipun sepanjang dia terperap dalam bilik Firdausy tiada. Masih Qayra ingat apa Firdausy kata. Dia terpaksa pulang ke rumah Mak saudaranya di kampung kerana tugasan nya sebagai seorang tenaga pengajar disana.
Qayra tak ambil tahu. Yang dia tahu dia perlu ajar hati untuk terus kuat terima segala kenyataan.
"Keluar juga eh awak daripada bilik akhirnya."
Terhinjut bahu Qayra kerana terlalu terkejut. Dia terus menoleh memandang ke belakang. Lelaki ini rupanya. Pantang betul sebut pasal dia mesti dia muncul. Malas hendak melayan Qayra memandang ke depan semula.
Firdausy menggelengkan kepalanya. Dingin betul!. Dia terus melabuhkan punggung nya duduk disebelah Qayra. Isteri tercinta.
"Saya rindu awak." Ucap nya manja. Kepala dilentokkan ke bahu Qayra.
Tergamam Qayra seketika. Jantung nya terus berdegup kencang. Kenapa sejak dua menjak ni jantung dia ni mesti berfungsi lebih daripada sepatutnya bila bersama Firdausy?.
"Awak tak rindu saya ke?" Soal Firdausy dengan nada manja.
"Tak, sikit pun tak. Jangan kata rindu ingat pun tak." Jawab Qayra dingin
Firdausy mengangkat kepalanya semula. Dada nya dipegang bersama kerutan diwajah.
"Dah kenapa pulak ni?"
Qayra hanya melemparkan pandangan tak kisah pada Firdausy.
"Sakit sayang, sumpah sakit bila orang kita rindu tak rindu kita. Em nak merajuk la."
Firdausy pusingkan tubuh badan menghadap ke arah lain.
Qayra berdecit. Mengada betul la. Fikir dia suami Qayra je. Kalau tak mahu saja disepak ke planet Marikh sana. Bingkas Qayra bangun tetapi kelakuan nya terhenti seketika sebaik teringat nasihat mama nya sepanjang Qayra memerap kan diri di dalam bilik.
'Ingat walau apa jadi dia tetap suami kamu. Syurga kamu dibawah tapak kaki dia.'
Tubuh badan Firdausy ditarik lembut menghadapnya. Rasanya tak salah kan Qayra kalau kau cuba tanamkan perasaan cinta buat suami kau sendiri?
Mata hazel milik Firdausy direnung. Rahang lelaki itu bergerak-gerak. Seakan berdebar. Perlahan-lahan Qayra peluk Firdausy.
"Saya rindu awak juga. Dah jangan merajuk."
Firdausy tersenyum lebar. Tubuh isterinya didakap erat. Sungguh dia bahgia. Kan best kalau hari-hari macam ni. Rasa nak pergi
mengajar dekat kampung nenda pun susah kalau dah macam ni.
"Eiii, abang dengan kakak buat apa ni? Mama kita kata lelaki dengan perempuan tak baik peluk-peluk berdosa." Tegur sseorang budak perempuan yang berambut tocang dan ditangan nya ada satu kon aiskrim vanila. Umurnya pula kalau diagak mungkin dalam lingkungan 5 tahun.
Firdausy dan Qayra segera leraikan pelukkan. Masing-masing tersengih malu.
"Erk..."
"Eh Nisha! Kamu pergi mana tadi sayang? Risau betul mama." Tubuh anak kecil itu terus dirangkul erat oleh seorang wanita.
Qayra lebarkan senyuman dibibir. Macam seronok je ada anak. Firdausy pula sekadar memandang.
"Maaf la ye cik..."
"Qayra dan Firdausy." Jawab Qayra segera apabila wanita itu seakan tidak tahu hendak gelarkan mereka apa.
"Saya Aqilah... maafkan kelakuan anak saya ye." Pintanya lembut.
Qayra hanya menganggukkan kepalanya. Wanita itu terus meminta diri apabila selesai mengucapkan kata maaf. Qayra pula daripada tadi matanya tak lekang daripada memandang anak kecil tu.
"Nak anak ke?" Soal Firdausy
"Nak, tapi bukan sekarang. Dah la jum balik." Terus Qayra bangun dan tinggalkan Firdausy disitu.
Firdausy tersenyum gembira.Eh dia kata dia nak anak la tadi!. Yaallah harapnya jodoh ini berkekalan.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro