Bab 25
Keadaan meja makan sunyi sepi yang kedengaran hanya bunyi garfu dan sudu yang berlaga itu pun hanya seorang sahaja yang memakai nya. Yang lain semua pakai tangan.
Qayra daripada tadi kumpul banyak soalan untuk ditanyakan pada Firdausy. Maklum la ini kali pertama dia bertemu dengan semua ahli keluarga mertua nya. Jadi memang wajib la soalan-soalan tu muncul dibenak fikiran nya.
"Fir, nanti kamu bawak isteri kamu masuk bilik ye? Dekat sebelah bilik Fatih tu." Arah Walid bersama muka tegas.
"Baik walid." Jawab Firdausy
Takut betul dengan muka Walid ni. Tegas sahaja muka nya. Muka tu dah handsome dah walaupun dah berumur tapi kalau dah tayang muka tegas macam tu. Kecut juga perut Qayra ni.
Nasi dan lauk yang masih berbaki Qayra habiskan dan dia perlahan-lahan bangun untuk ke dapur. Apabila dia bangun semua pandang dia. Seram siot!. Tapi apa boleh buat dia terpaksa berlagak biasa. Pili singki dibuka sedikit untuk mencuci pingan. Memandang kan Firdausy masih belum habis makan dia basuh pingan dia dulu. Nanti Qayra basuhla pingan Firdausy. Itu pun kalau lelaki itu kasi. Kebiasaan nya dia basuh sendiri. Katanya nabi muhammad dulu pun selalu bantu isterinya. Jadi dirinya mahu mengikuti contoh teladannya dalam rumah tangga agar kekal bahgia. Bahgia ke pun?
Secara tiba-tiba tubuhnya dipeluk daripada belakang. Terkejut Qayra. Kepala ditolehkan sedikit ke tepi. Qayra merengus. Firdausy ni kan? Tak boleh menyabar betul.
"Awak, boleh lepas tak? Kita dekat dapur ni. Nanti umi dengan walid nampak macam mana?" Pinta Qayra lembut.
Sekarang Qayra tekad nak guna perkataan 'awak saya' dengan Firdausy sebab dia dalam proses tuk mengenali Firdausy. Lagipun rasa berdosa pula kalau guna kau aku dengan suami sendiri. Cis baru sedar ke Qayra?
"Tak, saya rindu awak sangat-sangat. Dah 7 tahun kita tak jumpa kan?"
Qayra melepaskan keluhan berat. Merapu apa jantan ni? Qayra rasa dah dekat 2 minggu dia duduk sebumbumg seatap sebilik dan seangkatan dengan nya bersama Firdausy ni.
"Fi..."
"Fatih!"
Terhinjut bahu Qayra apabila mendengar jerkahan suara itu. Berkerut dahi dia apabila berpusing tubuh. Sekarang ni ada dua orang muka sama. Yang peluk dia ni nama dia Fatih? Lepastu yang jerit tu Firdausy. Eh kejap. Fir ada kembar ke?.
Debush!!!
Terduduk Fatih diatas lantai sebaik ditumbuk kuat oleh Firdausy. Turun naik nafasnya. Niat asalnya tadi nak kebelakang basuh pingan sekali? Ini yang dia nampak. Membara jadinya.
"Kau kenapa? Itu isteri aku! Isteri aku!! Bukan kau." Jerit Firdausy lagi.
Qayra sudah tergamam. Bukan apa ini kali pertama dia nampak Firdausy mengamuk macam ni.
Walid dan umi yang berlari ke dapur menolak Firdausy kebelakang. Takut nanti lagi teruk Firash pula membantu Fatih berdiri.
"Isteri?" Fatih ketawa sinis.
Qayra angkat kening pelik. Dah gila ke pula lepas kena tumbuk?
"Dia memang isteri kau! Tapi dia bekas aku! Kau jangan lupa kau kahwin dengan dia atas sebab apa!"
Firdausy kelu lidah. Wajah Qayra dipandang. Jelas sekali dia terkejut. Semua nya terus senyap.
"Qayra, kalau awak nak tahu. Kita pernah bersama. Tapi saya silap masa tu. Saya taknak bertanggungjawab dan larikan diri. Dan akhirnya Firdausy yang kahwin dengan awak. Kalau awak nak tahu awak dah tak suci Qayra tak suci!!"
Pang!!
Air mata Qayra laju saja mengalir. Jadi sebab ini la mama dan papa takut kalau dia ingat semuanya semula?
"Kenapa? Awak tampar saya? Qayra, awak patut minta cerai dengan Firdausy dan saya janji saya akan bertanggungjawab atas kesalahan besar kita dulu."
"Diam!!" Jerit Qayra.
Dia terus terduduk dan menangis teresak-esak. Tubuh badan nya dipeluk kuat. Yallah dia dah tak suci yaallah. Hina nya dia yaallah. Firdausy segera melangkah ke arah Qayra. Tangan isterinya ditarik dan dibawak mengikuti nya. Kunci kereta diambil. Dia terus keluar daripada rumah.
Sungguh dia tak sangka. Fatih boleh tergamak buat macamtu dekat dia. Kenapa perlu beritahu sekarang? Bukan nanti? Fir. Kau jangan lupa Fir dia nakkan isteri kau. Firdausy merengus tidak puas hati.
-
-
-
-
-
"Mama, papa Qayra tak tahu apa-apa. Kenapa dia sanggup buat Qayra macam ni ma..."
Air matanya bercucuran jatuh sama seperti langit yang sedang rancak menurunkan air hujan. Baju Qayra yang koyak ditutup oleh Qasya menggunakan jaket. Sungguh dia rasa pilu dengan nasib kakak kembarnya.
Pada awalnya Fatih mengajak Qayra keluar makan bersama nya di sebuah Restoran dan kerana rasa serba salah pada Fatih yang menggunung Qayra mengikuti kehendak lelaki itu. Yela sebelum ni nyawa Fatih hampir saja melayang kerana nya. Jadi dia tidak mahu perkara begitu terjadi lagi. Dan siapa sangka. Fatih telah memasang perangkap untuknya. Dia dibawah oleh Fatih ke dalam hotel sebaik saja dia terlelap kerana minum air yang berisi ubat tidur yang telah disediakan oleh Fatih.
Dan sekarang dia sungguh menyesal dengan tindakkan nya. Fatih telah meragut kesucian nya dan pergi meninggalkan dia begitu saja.
"Takpa walid umi, Fir akan bertanggungjawab."
Kepala Qayra angkat memandang muka Firdausy seakan tidak percaya. Memang muka Fatih dan Firdausy sama tapi orang yang meragut kesucian nya bukan Firdausy.
Tapi apabila semua bersetuju dengan cadangan Firdausy. Qayra terpaksa akur. Dia pun tidak mahu dirinya yang tidak suci dibiar begitu saja. Lagipun dia memang cintakan Firdausy bukan nya Fatih. Cuma dia malu dengan Firdausy yang terpaksa menjadi kambing hitam ataupun pak sanggup kepadanya.
Selesai sahaja majlis akad nikah di pejabat agama. Walid dan umi pinta diri untuk berangkat pulang. Mereka pun terpaksa akur dengan segalanya. Malu bukan kepalang apabila anak sendiri buat perangai. Tapi apakan daya. Sudah nasib.
"Fir, papa harap kamu dapat jaga anak papa macam mana papa dengan mama jaga dia." Bahu menantu nya diusap lembut.
Firdausy hanya mengangguk. Selesai sahaja semua pulang. Kini tinggal Firdausy dan Qayra. Berdua.
"Jum."
Firdausy terus melangkah keluar daripda pejabat agama. Qayra hanya mengikuti lelaki yang kini sudah sah menjadi suaminya.
Pin!!!
Terbeliak mata Qayra dan Firdausy. Sekelip mata sahaja mereka berdua terpelanting kerana dilanggar oleh sebuah kereta. Kepala Qayra yang sudah pecah dan darah terus sahaja melimpah keluar. Firdausy yang terbaring disebelah Qayra. Hanya mampu memegang erat jemari isterinya. Qayra sudah tidak sedarkan diri manakala dia masih menanti orang untuk selamatkan mereka berdua.
Akhirnya terungkai gak kan? Tanda tanya para readerz Dia Lelaki Idaman mana mana Qayra dan Firdausy boleh berkahwin dan atas sebab apa terjadi semuanya. Tapi tu baru sikit. Hahaha ada lagi. Sis harap semua bawk besbr tarik nafas bertenang ya😂😂. Jangan lupa support okay? Vote komen dan follow sis. Nanti if nak sis followbck mention okay?❣❣
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro