Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 24

NASI dan lauk Qayra gaul bersama kemudian dibawa masuk ke dalam mulut. Perlahan-lahan deria rasanya mula merasai setiap bahan yang ada dalam masakan tersebut.

"Nenda, esok Fir bawak Qayra balik rumah Fir boleh tak nenda?" Soal Firdausy sebaik Nenda mengambil tempat dihadapan nya.

Qayra pusingkan kepala pandang Firdausy. Eh setahu dia mamat ni tak cakap apa-apa pun pada dia. Ni tiba-tiba pula nak bawak dia balik rumah dia. Tapi sejak bila pula lelaki ni ada rumah sendiri? Rasanya Firdausy hanya tinggal menumpang di rumah mak saudaranya dan kedua ibubapanya.

"Nenda tak kisah Fir. Mana yang terbaik buat korang berdua. Buatla. Asalkan cucu nenda bahgia." Jawab Nenda bersama senyuman.

Memang ini yang dia mahukan. Sebelum dia pejam mata. Dia nak Qayra tahu siapa suami dia. Dan siapa dia yang sebenarnya. Sekurang nya walau apa jadi. Qayra dah ada pelindungnya. Lagipun tanpa Qayra tahu. Nyawa dia sentiasa diambang bahaya. Jadi sebaiknya la Allah makbulkan doanya supaya Qayra mampu mengingati semuanya semula.

Firdausy hanya mengangguk bersetuju. Manakala Qayra daripada menahan geram. Ada perhitungan yang perlu dia lakukan!.

"Assalamualaikum," laung seseorang diluar rumah.

Nenda memandang muka Qayra.

"Siapa pula tu? Cuba kamu pergi tengok Qayra." Arah nenda kepadanya.

Baru sahaja Qayra nak bangun. Firdausy terlebih dahulu menghalang. Dia mencuci tangan nya disingki kemudian terus ke ruang tamu untuk melihat tertamu yang hadir

-
-
-
-

"Abang esok abang balik Kuala Lumpur kan?" Soal Wardah

Tangan nya daripaa tadi sibuk memintal-mintal hujung tudung labuh miliknya. Melihat buah hati ada di depan mata. Tak keruan jadinya. Indah sungguh ciptaan Allah di hadapan nya ini.

Firdausy menggarukan kepalanya. Muka Qayra yang daripada tadi menjadi permerhati dipandang. Merah saja muka nya. Tahan marah ke apa? Nenda pula awal-awal sudah masuk bilik mahu solat isyak dan tidur katanya. Yang si Wardah ni pun satu malam-malam juga la dia nak datang tak boleh tunggu esok ke apa?

"Haah, esok abang balik. Lagipun lusa kan ummi dengan walid abang nak buat kenduri kesyukuran buat abang dengan isteri abang." Balas Firdausy

Riak wajah Wardah terus berubah sebaik mendengar penyataan Firdausy. Kenduri kesyukuran? Untuk Firdausy dan perempuan tu? Cis tak guna.

"Ish, buat apa buat kenduri kesyukuran untuk abang dengan dia? Bazir duit je."

Qayra sudah berdecit. Suka hati mak bapa mertua dia la nak buat ke tak. Bukan guna sesen duit minah ni pun. Banyak songeh betul la. Ada juga dia sepak keluar nanti. Ikut hati dia mahu saja dia masuk tidur terlebih dahulu. Tapi bila difikirkan semula tak baik biarkan tertamu di ruang tamu tapi kita terbongkang di dalam bilik.

"Wardah, jaga mulut tu. Walid dengan ummi buat kenduri tu sebab bersyukur abang dengan isteri abang dah kembali bersama selepas 7 tahun berpisah."

"7...7 tahun bang? Kiranya abang dah lama la kahwin dengan perempuan ni?" Jari terlunjuk nya ditunjukkan pada Qayra.

Tak sangka. Lama juga buah hati dia dah berkahwin. Jadi selama hari ini sebab utama Abang Firdausy tak layan dia adalah ini? Peluang dia untuk mendapatkan Firdausy terus lebuh sebaik wujudnya semula perempuan ni? Dasar perampas!.

Firdausy sekadae menganggukkan kepalanya.

Bingkas Wardah bangun.

"Tak pela abang. Nanti kita jumpa waktu kenduri jela. Menyampah pula Wardah tengok muka perempuan ni. Kalau lawa takpe juga. Ni lebih kurang kaki Wardah je."

Sebaik berkata begitu Wardah terus keluar daripada rumah Nenda. Firdausy hanya mampu menggelengkan kepalanya. Perangai Wardah tak pernah berubah. Mulutnya saja mampu buatkan hati orang lain tersakiti. Entah cara apa lagi dia perlu lakukan untuk ubah sikap Wardah. Benar kata orang perangai manusia ini hanya dirinya sendiri yang boleh ubah bukan nya orang lain.

"Eleh, ingat muka dia tu lawa sangat la? Apa macam kaki dia? Cis kalau aku pula muka dia tu macam bontot lembu je! Hitam pekedu!" Bebel Qayra geram apabila Wardah telah keluar daripada rumah nenda.

"Hitam pekedu?" Soal Firdausy tidam faham.

Lain macam saja ayat Qayra ni. Mana pula dia cilok ayat tu.

"Itu bahasa orang perak la. Kalau kau nak tahu kau kena cari orang perak baru kau faham apa maksud dia."

Tak tunggu lama Qayra melangkah masuk ke dalam bilik. Badan dia dah rasa sakit dah. Seharian harini dia tolong nenda kemas kebun di belakang rumah. Jadi dia perlukam rehat yang setimpal dengan kerja yang dia lakukang siang tadi.

Firdausy masih termangu disitu.

Kalau la esok dia bawak Qayra balik rumah Ummi dan Walid. Pasti Fatih akan mengambil kesempatan untuk mendekati Qayra dan menyamar menjadi dirinya. Tapi, apa yang mampu dia lakukan. Walau apa jadi. Cepat atau lambat semua itu akan terjadi. Kerana Fatih bukan orang lain. Fatih adalah ahli keluarga nya yang kekal selamanya.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro