Bab 20
Nenda meletakkan gagang telefon apabila selesai berbicara dengan anak perempuan nya. Hati tua nya juga membara. Geram betul dengan cucu perempuan dia ni. Suka sangat buat keputusan melulu macam ni.
Qayra yang termenung jauh memerhati air sungai dipandang. Langkah tua nya diatur ke arah cucunya. Sebaik tiba telinga cucunya dipulas kuat.
"Ar... arhh! Sakit nenda apani!" Tangan Qayra laju menolak-nolak tangan Nenda.
Pedih weh!.
"Kenapa kamu lari balik kampung tinggalkan Fir yang tengah sakit dekat KL?"
Qayra tunduk apabila mendapat soalan daripada Nenda. Dia tahu mama pasti akan menelefon Nenda dan cerita segalanya. Hatinya jadi hiba. Mama adalah ibunya. Tapi kenapa mama seakan tak faham apa yang dia rasa?
"Qayra, jawab nenda tanya ni."
Kalau tak digesa begini pasti cucunya takkan jawab apa pun soalan yang diajukan kepadanya.
"Kenapa semua orang tak faham Qayra? Boleh tak bagi Qayra ruang? Ingat senang ke Qayra nak terima semua ni. Nenda pun tahu kan? Qayra dengan Fir macam mana."
Bingkas Qayra bangun dan ingin beredar tapi dia sedikit kebelakang apabila ditolak kasar oleh Wardah yang turut muncul disitu. Hampir semuanya dia dengar.
Perasaan tidak puas hati pada Qayra buatkan dia terus menolak bahu gadis itu sebaik dia berpusing tubuh.
"Jadi kau? Isteri abang Fir?" Soalnya kasar.
Qayra memandang Nenda meminta perjelasan siapa gadis dihadapan nya ini.
"Kau tahu tak? Selama hari ni aku susah payah nak dapatkan dia? Yang kau datang-datang terus kebas dia macam tu je. Wahh impresive."
"Wardah, jaga bahasa kamu dia lebih tua daripada kamu." Tegur Nenda.
Biadap sungguh Wardah dengan Qayra. Dalam diam Nenda rasa malu apabila menjadi Wardah. Disebabkan seorang lelaki sanggup dia memalukan diri sebegini?.
Wardah merengus kasar.
"Aku tak habis lagi dengan kau."
Wardah terus beredar sebaik berkata begitu. Qayra pula sudah mengepal penumbuk. Dia fikir malas nak gaduh je. Kalau tak memang pecah juga muka budak perempuan tu. Apa ingat dia hadap sangat ke dengan Fir tu?.
Benarla kata orang jangan sibuk nak judge orang. Sebab belum tentu dia bertudung labuh atau tidak bertudung itu jahat dan baik. Soal pakaian sewajar nya tidak perlu disentuh tapi sebalik nya perangai sesorang itu yang perlu ditegur dan diperbaiki oleh tuan badan sendiri.
Nenda memegang bahu Qayra cuba sabarkan gadis itu.
"Tengok, belum apa-apa lagi dah kena serang. Menyusahkan betul."
Qayra terus berjalan pulang ke rumah Nenda. Dalam diam dia membebel geram. Tak sangka pula suami dia tu ada perminat dalam diam. Biadap pulak tu. Ish kalau ada cili tadi lama dah dia cili-cili kan mulut Wardah tu. Gamaknya dekat sekolah dulu tak belajar cara nak hormat orang kut.
_____
Firdausy tiba di kampung Nenda tepat jam 10 malam. Nasib la Ipoh dan Kuala Lumpur tak jauh mana. Dia perlu berada disisi Qayra walau apa jadi. Sebab nyawa Qayra sentiasa dalam bahaya. Dan gadis itu perlu sentiasa berhati-hati dengan manusia disekelilling nya.
Fatih
Ingat eh, kalau aku tak dapat dia kau jangan ingat kau dapat dia.
Apa maksud kau ni Fatih?
F
atih
Kalau dia mati pun bagus juga kan? Sekurang nya aku tenang daripada aku derita tengok orang aku sayang dengan kau kan?
Turun naik nafas Firdausy apabila membaca ayat yang dihantar melalui aplikasi whatssap daripada Fatih. Melampau sangat. Perlu ke sampai membunuh?. Jadi sekarang dia perlu sentiasa berwaspada dan menjaga Qayra.
Kereta BMW hitam nya dikunci daripada luar. Jimat bateri. Tak perlu tekan alarm selalu.
"Siapa tu?" Soal Qayra matanya sedikit mengecil. Biasalah rabun.
Tadi semasa dia sedang asyik menonton televisyen bersama Nenda. Terdengar bunyi kereta tu yang dia terus keluar nak tengok siapa.
"Mak, Hantu!" Jerit Firdausy kuat.
"Mana-mana! Nenda! Dekat luar ni ada hantu argh!!" Kelam-kabut Qayra lari masuk ke dalam semula dan memeluk tubuh Nenda.
"Apa kamu ni Qayra yaallah. Ish biar Nenda pergi tengokla." Bingkas Nenda bangun dan keluar.
"Laa, Fir ke... apa hantunya ish kamu ni la Qayra."
Firdausy terus menutup matanya apabila nampak kelibat Nenda.
"Kenapa kamu ni?" Soalnya pelik.
"Apa yang pernuh putih dekat muka Nenda dengan Qayra tu?"
Nenda ketawa. Lahai takkan la bedak sejuk pun tak tahu? Jadi inila yang Qayra jerit hantu tadi. Rupanya nya 'hantu' tu adala dirinya sendiri.
"Ni nama nya bedak sejuk Fir, dah la jum masuk."
Firdausy sekadar menganggukkan kepalanya. Laa bedak sejuk rupanya ingatkan hantu mana la tadi.
Qayra yang sedang asyik menonton drama melayu hanya membiarkan sahaja Firdausy bersembang dengan Nenda. Sebenarnya bukan apa. Perasaan serba salah tak hilang lagi hakikatnya.
"Hai awak!"
Alamak! Dia tegur pula. Qayra garu kepala. Perlahan-lahan Qayra pusingkan kepala dan tersengih kerang busuk.
TBC
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro