Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 2

Barang masakkan yang dipesan oleh Puan Mariam diletakkan atas meja oleh Firdausy. Songkok atas kepala ditanggalkan

"Dah balik dah Fir,Macam mana mengajar harini,Okay ke?" Soal Puan Mariam sebaik selesai mencuci pingan di dapur.

Kaki nya diatur menuju ke arah anak sulungnya.

"Okay je umi, tapi tula penat sikit, biasalah budak-budak zaman sekarang ni kan susah sikit nak dibentuk." Balas Firdausy.

Seraya itu dia terus melangkah ke arah tangga.

"Umi, Fir naik dulu la ye. Nak mandi."

Puan Mariam sekadar menjatuhkan kepalanya tanda mengiyakan. Mata nya memerhati setiap langkah anak sulungnya. Sejuk rasanya perutnya yang mengandungkan anak nya itu. Patuh arahan ibubapa. Sentiasa mengikuti perintah allah. Harap nya dia dapat seorang isteri yang solehah juga la satu masa nanti. Jikalau tidak solehah tidak mengapa. Asalkan anak nya beristeri.

____

Tasbih yang berada dalam genggaman tangan di letakkan semula di atas meja. Songkok turut ditanggalkan. Firdausy menghenyakkan punggung nya diatas tilam. Daripada tadi dia beristighfar dan setiap kali dia beristighfar la dia terbayangkan wajah gadis tadi.

"Yaallah, petunjuk apa yang cuba engkau sampaikan pada ku yaallah."

Perempuan tu. Muka dia macam familiar. Tapi sayangnya dia tak mampu mengingati siapa sebenarnya perempuan tu. Dah la mulut dia yaallah macam bertih jagung. Tak mahu berhenti langsung bila bercakap.

"Fir?."

Terhinjut bahu Firdausy sebaik mendengar suara Firash. Kepala dipusingkan memandang nya. Firash terus melangkah masuk dan duduk disisi Firdausy.

"Ada apa?"

"Takda apa, aku tengok kau jauh sangat termenung, fikirkan apa?"

Firdausy sekadar menghembuskan nafas berat.

"Entah la Firash, tadi aku jumpa seorang perempuan ni. Yaallah mulut dia, tak tahula aku nak cakap macan mana bising betul, yang merungsingkan aku sekarang ni-otak aku ni asyik fikirkan dia je."

Senyuman manis terbit dibibir Firash. Tak lain tak bukan abang kembarnya ini dah jatuh cinta.

"Kalau dah cinta macam tula."

"Takda makna nya la. Minta simpang la weh, taknak aku hari-hari dengar suara dia, mahu cair tahi telinga aku ni."

Berdekah tawa Firash apabila mendengar kata-kata yang keluar daripada Firdausy.

"Cakapla besar, bukan apa takut nanti kau yang gila bayang."

Bingkas Firash bangun dan melarikan diri sebaik berkata. Firdausy terus mencampakkan bantal tidur nya pada Firash.

"Ada-ada je budak ni ish!"

Lampu tidur sebelah katil ditutup. Lebih baik dia tidur daripada fikirkan perempuan tu.

To be continued

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro