Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 19

Kedua-dua belah tangan nya daripada tadi digenggam erat oleh dirinya sendiri. Perasaan takut usah cakap. Semua ahli keluarganya sudah berkumpul disini. Malang betul nasib dia. Ingatkan tiada la masalah apa kalau dia letak julat tu banyak-banyak. Tak sangka pula boleh sampai pitam mamat tu. Aduh.

"Qayra, macam mana keadaan Firdausy?" Soal Puan Mariam yang baru tiba bersama sang suami dan Firash.

Risau betul dia apabila mendapat berita Firdausy masuk Hospital secara tiba-tiba sedangkan tadi pagi rasanya anaknya itu baik-baik saja.

Qayra sudah garu kepala. Nak jawab apa ni. Takkan nak jawab dia pengsan tak sedar diri kut? Tapi itu la hakikatnya. Kau pun Qayra. Nak bergurau kasar pun terlebih kasar la pulak. Masalah!.

"Dia tak sedar diri lagi Mariam." Beritahu Datin Adibah.

"Allah anak aku."

Terduduk Puan Mariam apabila mendengar penyataan yang keluar daripada mulut Datin Adibah. Risau betul hati tuanya.

Qasya yang duduk disisi Qayra memandang Qayra dengan wajah tak puas hati. Tangan kakak kembarnya segera ditarik dan dibawah keluar daripada kawasan tersebut. Terkejut Qayra apabila kena tarik macam tu.

"Weh, kau kenapa?" Soal Qayra geram.

Tangan nya yang berada dalam genggaman Qasya direntap kasar. Terkejut betul dia apabila dia tengah termenung memandang setiap wajah ahli keluarga nya yang sudah semestinya muka sedih. Tangan dia ditarik secara kasar pula oleh Qasya.

"Berapa banyak julap kau letak dalam air jus oren Fir semalam?" Soalan Qayra dibalas dengan soalan cepumas oleh Qasya.

"Erm... aku letak 5 sudu je, tak banyak."

Qayra sengih kerang busuk bersama wajah tidak bersalah. Qasya pula sudah menepuk dahi. 5 sudu dia kata tak banyak? Itu sudah lebih melampau sebenarnya. Boleh membahayakan juga.

"Qayra, aku tahu kau tak puas hati dengan dia tapi tak patut la kau buat macam ni. Macam-macam cara lain kau boleh buat. Tapi bukan dengan cara macam nilah weh," bebel Qasya geram.

Hendak dikata kakak kembarnya bodoh bukan nya bodoh. Bakal jadi seorang guru lagi. Tapi tak mampu fikir panjang berkaitan perkara sebegini.

Qayra terus duduk diatas kerusi yang telah disediakan disitu. Betul juga cakap Qasya. Dia dah tersilap langkah ni. Tapi julap je pun. Dia yakin takda apa punya berlaku dekat Firdausy. Cuma tula. Dia rasa serba salah pula. Dan secara tiba-tiba dia teringat nasihat ustazah nya di sekolah menengah dahulu. Syurga dibawah tapak kaki suami dan jangan derhaka pada suami nanti tak cium bau syurga. Allahukhabar.

Firdausy memandang muka seluruh ahli keluarga nya yang berdiri disamping katil nya. Nasib biliknya adalah bilik VIP jadi tiada masalah kalau ramai-ramai masuk ke dalam.

Hati nya terdetik. Mana isteri dia? Rasanya dah hampir sejam dia sedarkan diri. Tapi batang hidung Qayra pun dia tak nampak. Benci sangat ke Qayra dekat dia?. Nafas berat dihembus perlahan.

"Fir, dengar tak mama cakap apa?" Soal Puan Mariam apabila dapat tangkap yang anak lelaki nya itu asyik termenung. Seakan memikirkan sesuatu.

"H...ha? Mama cakap apa ye tadi, maaf Fir tak dengar." Pohon nya segera.

Malu pula bila kantoi termenung dengan Ummi.

"Kamu fikirkan apa ni Fir?"

Ummi memandang tepat anak mata anak lelaki nya. Dia tahu ada sesuatu yang tak kena pada anak lelaki nya itu. Kalau tak takkan la dia boleh termenung jauh macam tu.

"Mana isteri Fir?" Soalnya terus.

Qasya yang tadi sedang leka bersembang bersama suami nya terus menoleh. Bibir dikemam. Apa perlu dia jawab ni.

"Qasya, tadi rasanya Qayra dengan kamu kan?"

Semua orang pandang Qasya apabila papa bersuara. Serba tak kena Qasya jadinya. Nak jawab ke tak. Tapi kalau tak jawab mahu dia kena desak juga nanti.

"Qasya, papa tanya ni." Tegas sahaja suara papanya bertanya.

Firdausy pula hanya menanti jawapan keluar daripada mulut Qayra. Walau apa jadi dia perlu tahu juga. Sekarang Qayra adalah tanggungjawab dia.

Qasya tarik nafas perlahan dan hembus.

"Dia balik kampung, rumah Nenda." Jawab nya terus.

"Apa? Suami dia sakit dekat Hospital boleh pula dia lari balik Kampung, apa nak jadi la dengan dia ni." Datin Adibah sudah membentak.

Tunggu la budak tu balik. Memang dia ganyang habisan. Mencari nahas betul. Perangak tu bila la nak matang. Bikin malu saja muka dia dan suami di depan keluarga Firdausy.

Firdausy lepaskan keluhan. Nampak sangat kau tak penting bagi dia Fir. Desisnya sendiri.

TBC

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro