Bab 13
"Pandai juga ya cucu kamu main badminton idah." Puji Siti maklong kepada Firdausy.
Petang-petang begini memang kebiasaan nya penduduk kampung Damai ni akan menghabiskan masa mereka dengan aktiviti riadah. Kebetulan pula tadi Qayra baru sahaja membeli 2 raket badminton dan bola tangkis. Tanpa segan silu dia terus mengajak Wawa adik kepada Wardah untuk bermain dengan nya.
"Akak, hebat la kalah la wawa macam ni." Rungut gadis yang berumur 17 tahun itu bersama mimik wajah tidak puas hati.
Qayra terus ketawa. Kain yang tersangkut di leher ditarik dan peluh terus dilap. Panas juga petang macam ni. Mungkin sebab dia aktif sangat main badminton kut. Rasanya dah lama dia tak buat aktiviti sebegini.
"Hebat juga kau main eh?"
Kepala Qayra pusingkan ke arah Firdausy yang baru pulang dari Surau. Baru selesai solat Asar berjemaah la tu.
"Hey, looks this is Qayra Medina la. Of course la hebat."
Dada didabik bangga. Bibir Firdausy sengetkan. Bila dipuji melebih pula perempuan ni.
"Kalau hebat sangat jumla beat dengan aku. Kalau kau kalah kau kena rendam dalam sungai 1 jam amacam?"
Qayra sekadar buat muka toya. Apa ingat dia tak berani. Lawan badminton je pun!.
Cuma sekejap. Kenapa dia macam pernah dengar benda ni. Seketika beberapa suara mula kedengaran di cuping telinganya. Kepalanya mula berkerut cuba memahami bait ayat yang didengarinya.
"Qayra, tu crush kau lah! Weh handsome nya dia duh, serius hebat gila dia main badminton."
"Haah la weh, kau tak beat dengan dia ke? Mana la tahu boleh kenal-kenal then ke fasa seterusnya ke?"
"Eish apa korang ni, malula aku."
Seketika kepalanya mula berdenyut hebat.
Suara-suara tu? Mana datang nya. Dia kenal suara tu adalah suara Shira dan Dhia. Tapi kenapa kepala dia jadi sakit apabila dia cuba mengingati siapa lelaki yang digelar Crush oleh rakan nya itu?.
Bibir dikemam kuat. Kepala yang makin pusing dipegang.
"Akak, okay tak ni? Kenapa berpeluh sangat muka ni." Soal Wawa
"Ak..akak..okay."
Seketika pandangan nya terus berubah gelap dan dia rebah diatas tanah. Yang mampu dia dengar tadi hanyalah suara-suara nenda dan maklong Firdausy.
Siling putih hospital yang digantung dengan kipas dipandang. Mata tidak berkelip. Kenapa suara tu boleh menjelma secara tiba-tiba. Rasanya sebelum ni tak pernah pula berlaku benda tu.
"Doktor, doktor tolong la selamatkan anak saya. Walau apa jadi saya nak dia dan menantu saya selamat."
"Baik cik, kami akan cuba sehabis baik. Harap bersabar ye."
"Abang! Anak kita abang. Saya tak kuat abang."
"Sabar ye sayang.."
Kepala yang kembali sakit dipegang kuat.
"Argh!!!" Jerit Qayra kuat.
Firdausy yang baru sahaja keluar daripada tandas terus mendapatkan Qayra. Suis untuk memanggil doktor apabila kecemasan ditekan.
"Weh, kau kenapa?"
Qayra memandang sekeliling. Nafas nya turun naik. Dari mana datang nya suara-suara tu. Mama dengan papa takda pun dekat sini tapi kenapa suara-suara tu macam risaukan keadaan nya? Apa yang telah berlaku sebenarnya.
"Aku dengar macam ada orang bercakap dan risaukan aku, apa dah jadi sebenarnya dengan aku weh?"
Firdausy tergamam. Takkan la...
"Nanti aku tanya doktor. Kau rehat la sulu ye?"
Belum sempat Qayra nak bertanya lebih lanjut Firdausy dan hilang daripada pandangan. Hatinya terus tertanya. Mungkin ada sesuatu yang telah berlaku 7 tahun lepas. Tapi takda sesiapa pun bagitahu dia. Tak adil. Mama papa. Ya! Dia perlu berjumpa mereka berdua untuk dapatkan jawapan.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro