Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 12

Sebaik selesai sahaja menunaikan solat isyak sebentar tadi tasbih diambil dan bibirnya mula bergerak perlahan melazimi zikir. Seketika matanya yang tadi dipejam rapat terbuka.

"Huh, abang... satu kampung dah tahu. Lagipun abang tak perasan ke? Yang Irfan tu selalu teman Qayra bila dia habis kerja dekat kantin tahfiz?"

"Ya allah sakit juga rasanya perasaan cemburu ni ya."

Ayat yang keluar daripada mulut Wardah tadi terus terngiang di telinga nya dan laju sahaja darah nya menyerbu naik ke wajah. Hati terasa geram dan mahu sahaja diserang si Irfan tu. Bukan apa. Jikalau lelaki itu tidak tahu soal status Qayra dan dirinya takpa juga. Ini dia tahu. Tapi mengapa masih sibuk mahu mendekati isterinya?

"Fir, fikirkan apa tu?"

Tersentak Firdausy sebaik suara maklong nya datang menyapa telinganya. Lantas sahaja tasbih disimpan dan sejadah dilipat. Mak saudaranya yang masih menanti jawapan diberikan sebuah senyuman.

"Takda apala maklong."

Maklong sekadar menggelengkan kepalanya. Bukan dia tak kenal dengan perangai anak saudaranya ini. kenal sangat!. Suka sngat menyimpan atau memendam rasa jika ada masalah.

"Ni mesti soal Qayra kan? kenapa pulak kalini Fir?"

"Eh, takda apa la maklong seius takde apa." nafinya segera. Wajahnya terus berubah rona.

Maklong senyum. Alahai Firdausy ni mahu menipu pun dirinya yang sudah lebih makan garam darinya.

"Plan A tak berjalan kita guna plan B pula."

Terjongket kening Firdausy sebaik mendengar kata-kata maklongnya. Apa pula maksudnya kalini.

"Kamu ingat maklong tak tahu kamu cuba meraih cinta isteri kamu? tula kalau nak memikat perempuan ni tapi tak tahu caranya perlu la bertanya. Bukan apa takut tersesat jalan tak jumpa jalan keluar."

Tersengih Firdausy mendengar ayat terakhir maklongnya.

"Plan apa pula maklong?"

Maklong senyum pernuh makna. Manakala Firdausy sudah buat muka tidak faham.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro