Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 10

"Baik? Baik la sangat huh! Sibuk berdating dekat sungai tu, dasar lelaki sama je semua." Bebel Qayra sambil melangkah masuk ke dalam rumah nenda.

Berdetam detum jugala bunyi rumah kayu tu dengan hentakan kaki Qayra. Nenda yang sedang sibuk mengoreng cucur bawang terkejut dengan bunyi tapak kaki Qayra. Sudah kenapa pula cucu dia yang seorang ni.

Qayra tiba di dapur bersama wajah mencuka. Air teh panas diambil dan dituang ke dalam cawan yang ada di dalam talam.

"Qayra, kenapa ni?" Soal nenda

Tempat disisi cucunya diambil. Wajah gadis itu langsung tiada secalit senyuman. Marah kan apala ni sampaikan masam sangat muka tu. Kalau boleh dibuat cuka lama dah nenda buat.

"Takde apala nenda." Balas Qayra segera.

Jikalau boleh dia taknak nenda tahu. Nanti lain pula difikir oleh wanita itu. Bukan boleh percaya juga nenda nya ini.

"Qayra, sejak bila dah pandai rahsia dengan nenda ni? Sampai hati kan?" Ujar nenda bersama suara yang seakan-akan merajuk.

Qayra berdecit.

Aduh ni yang tak boleh ni. Tangan nenda diraih dan diusap lembut. Nak cerita ke tak eh?. Hm. Cerita jela.

"Tadi, Qayra nampak Ustaz tiga suku tu dating depan sungai."

"Lepastu?"

Qayra pandang mata nenda. Bibir nya sudah melebar dengan senyuman. Kan dah cakap mesti dia fikir lain.

"Takde la apa. Tapi menyampahla ingatkan dia tu takda feeling. Rupanya ada, gaya macam single. Cis."

Nenda sudah ketawa. Qayra...qayra. jikalau hati dah suka kenapa perlu berdolak-dalih?.

"Biar jela dia, takda kaitan pun kan dengan kamu? Dah la lebih baik kamu tolong nenda ni. Ada juga faedah nya."

Betul juga kata nenda. Buat apa la dia fikirkan soal lelaki tu?. Biar jela dia nak buat apa pun. Sikit pun takda kaitan dengan diri nya. Apa dah jadi la dengan kau ni Qayra.

"Betul juga kan? Ha dah biar jela dia, jum kita main masak-masak nak?." Ajak Qayra dengan nada gembira.

Nenda sudah mengelengkan kepala.

"Suka hati kamu la Qayra, petang nanti kamu kena pergi Hospital kan?"

"Pergi hospital? Haah la, Qayra baru teringat. Malas betul nak kena buat sesi temubual dengan doktor tu."

Setiap sebulan sekali Qayra mesti kena pergi hospital untuk melakukan sesi temubual sebab doktor nak tahu perkembangan memori Qayra. Tapi malas nya bila doktor tu gatal. Menyampah betul. Orang kalau dengan pesakit tanya la bab pesakit tu ja. Takpayah sibuk nak tanya hal peribadi. Ni tidak huh!.

"Nenda teman eh nanti?"

"Teman, em nenda rasa tak boleh la Qayra sebab nenda dah janji dengan mak saudara Firdausy nak masak lauk untuk kenduri dekat surau hari ini."

Qayra menghembuskan nafas sedih. Lepastu takkan dia nak naik bas seorang diri pergi pekan kut?. Tak berani dia.

"Tapi jangan risau, nanti nenda suruh Firdausy teman kamu eh?"

Firdausy? Ustaz tiga suku tu? Teman aku. Huh! Elok aku sihat terus masuk wad sakit jiwa sebab kena dengar membebel.

"Takpela nenda, Qayra pergi sendiri jela."

Rela dia pergi sendiri daripada ustaz tu teman dia.

Nenda memandang Qayra dengan pandangan tidak puas hati. Sabar sahaja la dengan cucu dia ni. Ada sahaja nak mengelak bila perkara itu berkaitan dengan Firdausy.

"Takda, muktamad nenda akan bagitahu Firdausy nanti yang kamu akan pergi Hospital tu dengan dia."

Qayra berdecit. Bila nenda dah guna kuasa veto dia tiada siapa boleh lawan. Sedangkan mama yang anak dia pun kalah ni kan dia cucu. Haduh.

******
"Dah siap?" Soal nya sebaik Qayra selesai pakai kasut.

Tanpa menjawab soalan Firdausy dia masuk ke dalam kereta lelaki itu. Malas nak layan. Nanti kalau dia buka mulut mesti lelaki itu buka mulut dua tiga kali ganda.

"Amboi, berlagak sungguh." Bebel Firdausy sendiri.

Pintu pemandu dibuka dan sekejao sahaja dia sudah masuk ke dalam kereta Nissan berwarna hitam miliknya.

Sepanjang perjalanan ke hospital hanya suara Dj radio sahaja kedengaran berceloteh. Sesekali lagu yang diminati oleh Qayra berkumandang dan bibirnya turut mengikuti lagu itu.

"Kau memang nak palau aku ke?"

Firdausy memecah kesunyian diantara dia dan Qayra. Takkan gadis ini masih marah soal tempoh hari?. Qayra memandang wajah Firdausy seketika kemudian dipandang ke hadapan semula.

"Saya nak cakap apa je dengan awak? Nanti kalau saya cakap dengan awak mesti ada je nak bangkang so? Biar jela saya zip mulut saya."

Firdausy ketawa.

Qayra tergamam seketika. Dia gelak? Comelnya. Qayra ingat kan dia ni tak reti nak gelak sebab muka serius je sepanjang masa. Lagi-lagi bila berada di tahfiz.

"Sayang, you look so cute." Ujar Firdausy lepas.

Dalam tak sedar Firdausy sudah memanggil diri Qayra dengan panggilan manja yang diidamkan.

Tadi Qayra tergamam tapi sekarang rasa macam nak terjun keluar je ikut tingkap. Biar betul ustaz 3 suku ni? Semalam makan ubat lebih dos ke sampai hari ini panggil dirinya sayang. Malas mahu layan dan menjawab segera Qayra pusingkan badan memandang ke luar.

Firdausy cuma tersenyum hambar. Belum tiba masanya Fir. Sabar. Allah takkan uji hamba nya lebih daripada yang dijangka kan dan hambanya mampu.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro