Special Chapter
17 November 1709, jauh-jauh didalam sebuah hutan yang penuh dengan magik, terdapat dua buah kerajaan terkenal yang diperintah oleh dua makhluk berbulu yang sangat comel.
Park Jimin dan Min Yoongi adalah seekor kucing. Park Jimin, kawan baik juga merupakan raja kepada Kerajaan Jem, manakala Min Yoongi merupakan raja kepada Kerajaan Yogurt.
Mereka berdua berkawan baik, rapat dan selalu menolong dengan sesama kerajaannya. Semuanya baik, sebelum munculnya seorang manusia.
Ya, manusia.
Makhluk yang sangat aneh dan unik dAN juga boleh berbicara dengan kucing-kucing disana! Menarik, bukan?
Manusia itu diarahkan tampil ke hadapan, berjumpa dengan kedua-dua raja tersebut tetapi Yoongi mempunyai hal lebih mustahak dari kes manusia ini, jadi dia terpaksa datang lambat seminit. Alah seminit je!
Jadi, disana hanya ada Jimin dan Manusia sahaja.
Sebaik saja tiba di taman istana Jem, dia terlihat Manusia dan Jimin sedang tergelak besar.
Oh kambing.. Park Jimin ni memang tak takut dengan Manusia tu langsung. Kalau lah tiba-tiba, Manusia tu berlaku agresif, tidak ke maut akan menjemput dia? Bodoh betul.
Baru saja kaki mahu mendekati mereka, tiba-tiba gelak tawa mereka terhenti dan digantikan dengan nada suara keras milik Jimin.
"Kenapa kau membantah perintah beta? Beta mahukan kau! Jadi hamba beta! Sekarang!"
"Apa kau merapu ni kucing? Takde masa aku nak jadi hamba kau. Aku cuma ajak kau main masak-masak dengan aku je tapi kau tak nak. Ha, dah la cau lu,"
Dipetang yang indah, mereka sedang bergaduh. Wow. Manusia yang pertama mahu beredar dari situ tapi langkahnya terhenti saat Jimin mengeluarkan taring dan kuku tajamnya dan mula menyerang Manusia.
"ARFGHH! APANI MAIN GEGET GEGET?! TAMPAR KANG- WOI SAKIT!"
Yoongi terkaku, melihat si comel loteh Jimin berubah menjadi si agresif, ganas, grr, jahat, pelik, menyeramkan, meresahkan, mengerikan, mengaumkan dan semua ayat yang bermula dengan meng- yang tak boleh di brain lagi!
Sungguh tidak percaya. Ini ke sahabatnya yang pernah bermain kahwin-kahwin dengannya dahulu? Oh my cicak?!
"Jem! Apa kau buat ni?!" Selepas beratus minit Yoongi berdiri statik dan hanya melihat Manusia diserang teruk oleh Jimin, akhirnya dia mengeluarkan suaranya emasnya juga, memberhentikan perlakuan ganas Jimin.
Jimin tersentak lalu perlahan-lahan, dia melepaskan rambut Manusia.
"Aku.." Jimin kehilangan ayat. Buntu. Dia melihat ke arah Manusia yang kelam kabut mahu melarikan diri,.....
Tapi saat mahu menuruni tangga, dia terpijak ekor Jimin, jadi dengan refleks yang sangat cepat, Jimin menggigit kakinya dengan kuat.
"ARGHJHHHH!"
BUK!
Manusia terpelecok lalu tersembam dan jatuh ke atas tanah! Dan bum. Cecair merah mula mengalir keluar dari kepalanya. Mata terbuntang luas. Tubuhnya jatuh betul-betul di hadapan mata Yoongi.
Buat beberapa minit mereka berdua hanya berdiam diri dan merenung Manusia. Jimin lah yang pertama dahulu mendekati tubuh Manusia, ditolak-tolaknya kepala si Manusia itu, mahu mengejutkannya tapi malang, lalat langau juga sudah mula datang menghingap. Myeowcks!
"Jem.."
"Diam Yoongs, diam! Aku tak tahu nak buat apa! D..Dia yang tak mahu dengar kata! A..Aku.. Aku cuma.." Jimin loading lagi sekali. Berselang-seli dia memandang tubuh Manusia lalu wajah Yoongi sebelum satu idea datang memasuki mindanya.
"Yoongs.. kau dengar semuanya, bukan?"
"Apa kau.." mata Yoongi membulat seakan sudah tahu rancangan Jimin.
•••
"Tak. Tak boleh, Jem. Walaupun aku dah dengar segalanya, aku tak boleh jadi kambing hitam untuk perbuatan kau! Aku ada reputasi! Aku raja kepada Kerajaan Yogurt!"
"Aku pun raja juga! Aku pun perlu jaga reputasi aku tapi Yoongs, fikir balik. Dekat sana hanya ada kita berdua. Tiada kucing lain yang kita boleh jadikan kambing hitam!" Kata Jimin, kedengaran menakutkan.
Yoongi menggelengkan kepalanya buat beratus kali sebaik saja mendengar pelan gila Jimin lagi.
Katanya, selepas Yoongi mengaku salah akan kesalahannya membunuh Manusia, dia akan dibebaskan selepas 30 tahun.
Rakyat Kerajaan Yogurt dan Jem pasti akan hina Yoongi cukup-cukup tapi kata kawan, takkan tak boleh tolong?
"Please Yoongs. Aku tak nak benda ni jadi lagi teruk. Aku janji, aku akan jumpa kau setiap hari. Bagi kau sel yang paling mewah dan selesa dalam semua kerajaan! Aku akan buat segalanya! Tambahan, dalam beberapa bulan ni, aku dah nak bernikah dengan puteri Kerajaan Sajan! Bantu aku, Yoongs. Aku tak boleh ada reputasi teruk. Yoongs? Kau dengar tak?"
"Aku.." Yoongi mula berfikir. Tak, dia tak boleh berfikir. Apa yang dia fikir sekarang ini, dia mahu lepaskan diri dari masalah Jimin dan chilex di atas katil besarnya, sambil disuap ikan salmon-
"Yoongi!" Wajah Jimin sudah berang. Oh, dia sangat marah. Punyalah dia popet-popet tapi Yoongi pula sibuk mengelamun.
"Aku tak tahu, Jimin. Kau uruskan lah masalah kau sendiri. Aku tak ada kena mengena dengan hal ini. Aku pulang dulu. Oohoieeya! (See you never!)"
Jujur, hati Jimin retak melihat pemergian Yoongi.
Sampai hati kau Yoongs, tak nak tolong aku langsung. Katakkanlah ini tidak benar! Aku tidak sanggup menerima pengkhianatan ini! Woi, kata kawan sejamban!
Jimin mengamuk.
Dan disebabkan itu, keesokkan paginya, nama Min Yoongi, raja kepada Kerajaan Yogurt terpapar didalam muka pertama surat khabar Meghow, diarahkan untuk menerima hukuman mati, didakwa dia membunuh Manusia, one and only makhluk yang paling aneh dan unik yang pernah ada didalam zaman Hoseon.
"Cial, Park Jimin. Aku bersumpah, untuk kelahiran semula aku nanti, aku akan bunuh kau dengan tangan aku sendiri. Itu janji aku- ARFGH MEOWWW!"
THE END.
BEBETUL THE END DAH NI 🤠🥊 MEMANG TAKKAN ADA LAGI DAH THE END PART 2, AKU PENING DENGAN SEMUA KUCING NI AJAHAJAHAJHAAJAHHA
Bertahun lama aku tunggu untuk mendapatkan semangat, idea untuk cantumkan balik storyline berterabur ni HSBSJABAJAHAHA Lagipun, aku ingat. Aku ada cakap pasal nak buat conclusion untuk cerita ni haaaa ni dah ada walaupun dah 1 tahun berlalu JABAJAHAJAJAJAHA
Aku harap, sapesial chapter ni, dapat lah kurangkan kepeningan, kekalutan, kemerapuan, ketahian cerita ni ataupun lagi menambah seteghes engkorang JAHSJAHAJAGAHAHA BE HAPPY AND FOREVER SETEGHES !
Last but not least, aku minta maaf 😔 and thank you sangat-sangat atas korang punya support untuk cerita DKA 🥺💜 disebabkan support dari korang, aku dapat buat banyak karya-karya yang best! Weh, sampai masuk tiktok do KAHAHSHAHAHAHAHA terkejut tau! Thank you, thank you, thank you! I love you! 😭❤️❤️❤️❤️❤️
LUB YU AMUACH CIKED AJAVAJAJJAHA BAI
•••
Copyright © 2020 by pottaetto
Hak cipta terpelihara. Tiada bahagian daripada penerbitan ini boleh diterbitkan semula, diedarkan atau dihantar dalam apa jua bentuk atau dengan sebarang cara, termasuk fotokopi, rakaman, atau kaedah elektronik atau mekanikal yang lain tanpa kebenaran bertulis terlebih dahulu daripada penerbit.
Dia, Kucing Aku • Spesial Chapter
Start : 19 November 2021
End: 19 November 2021
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro