Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 13

Setelah selesai mandi, Rita membetulkan jubah mandi yang membaluti tubuhnya. Dia berjalan mendekati meja solek dan terus duduk di atas kerusi. Wajahnya di cermin direnung. Rambut panjang yang kusut dibiarkan saja.

"Apa yang kau buat ni betul, Rita! Everything will be fine." Tiba-tiba Rita bersuara. Dia cuba yakinkan dirinya sendiri.

Tanpa disedari, butiran jernih mengalir keluar dari matanya. Cuba ditahan tapi gagal. Dia tak dapat menahan sebak dalam dada. Dia tak dapat menipu dirinya sendiri yang dia masih mencintai Adli. Mustahil dia dapat lupakan cintanya terhadap Adli. Hanya Adli lelaki terbaik yang dia pernah jumpa. Baik! Penyabar! Penyayang! Dan Adli memahami dirinya. Yang penting, Adli mencintai dia sepenuh hati. Kerana keluarga, dia terpaksa membuat pilihan. Walaupun sakit, dia terpaksa lakukan demi keluarga.

"Adli! I'm so sorry!" Bibir Rita bergetar.

Tiba-tiba pintu bilik diketuk. Dengan pantas Rita mengesat sisa-sisa air mata dan segera menyikat rambutnya yang kusut.

"Come in."

Datin Rohana melangkah masuk.

"Rita!"

"Ada apa?"

Rita cuba berlagak seolah-olah tak ada-apa.

"Razman dah ada kat bawah. Dia nak ajak Rita keluar. Dia call tadi tapi Rita tak angkat pun. Cepatlah siap!" bagi tahu Datin Rohana tentang kedatangan bakal menantunya.

Wajah Rita berubah masam. Rasa benci setiap kali mendengar nama itu.

"Rita tak sihat. Sakit kepala," jawab Rita acuh tak acuh.

"Tapi Razman dah tunggu kat bawah tu. Kasihan kat dia," pujuk Datin Rohana.

Rita terus bangun.

"Biarlah dia tunggu. Rita tak kesah."

Rita mula naik angin. Kalau boleh dia tak mahu jumpa Razman sampai bila-bila! Tengok muka pun dah menyampah. Disebabkan Razman, dia berpisah dengan Adli. Ini semua salah Razman. Dia takkan maafkan Razman sampai bila-bila.

"Tapi..."

"Please, jangan paksa Rita lagi. Cukuplah pengorbanan yang Rita buat untuk keluarga ni. Tak cukup lagi ke? Ibu tahu Rita tak suka Razman but still paksa Rita. Hati Rita sakit, ibu! Sakit! Please! Leave me alone!" Rita menapak laju ke bilik air. Pintu bilik air ditutup dengan kasar. Rita menangis sekuat hatinya. Rita terduduk di atas lantai bilik air.

"Adli! I miss you so much. I need you! Adli." Dia sudah tak peduli jika tangisannya didengari ibunya. Dalam fikiran hanya ada insan yang bernama Adli. Dia benar-benar merindui lelaki itu. Dia duduk di atas lantai dan kedua-dua kaki dirapatkan ke dadanya. Semakin kuat tangisan Rita. Dibiarkan saja titisan jernih membasahi wajahnya.

Sebelum menapak keluar dari rumah sewa, Zalika membetulkan kardigan putih yang dipakainya. Sudah empat hari dia sewa rumah yang bersebelahan dengan rumah sewa Adli. Pada mulanya dia ingin tinggal saja di rumah sewa Adli tetapi Adli menegah. Katanya tak elok kalau orang kampung nampak.

Walaupun sepupu, tak manis kalau lelaki dan perempuan tinggal bersama-sama. Eee... Banyak betul pantang larang kampung ni! Tak faham betul! Nak tak nak, setuju sajalah. Sempat lagi Zalika menggeliat! Nafas ditarik dan dihembus perlahan-lahan. Nyamannya!

Senyuman lebar menghiasi wajah Zalika. Sawah hijau yang membentang luas membuatkan jiwanya terasa tenang. Bila bernafas rasa lain! Memang tenang dan aman. Dilihat ke arah rumah Adli, masih sunyi sepi.

"Abang Adli tidur lagi kut. Maklumlah, hari ni cuti am," ujar Zalika.

Pandangannya beralih ke arah lelaki yang sedang duduk di atas pangkin kayu.

"Argh... Rosak mood aku bila tengok mamat ni! Huh..."

Bibir mula muncung. Rasa menyampah! Yalah, sepanjang dia tinggal di sini, asyik kena perli saja. Memang dia budak bandar, so what? Memanglah dia tak tahu apa-apa benda pasal life kat kampung tapi semua tu boleh belajar.

"Hmmm... Dia buat apa tu?" Tiba-tiba Zalika berminat ingin tahu. Selipar disarung dan perlahan-lahan memulakan langkah menghampiri Hazri. Dia berdeham beberapa kali sebagai tanda memaklumkan kedatangannya di situ.

"Boleh I duduk?" tanya Zalika.

"Awat? Ada nama kat situ ke? Kalau ada nama orang lain, tak payah duduk," jawab Hazri acuh tak acuh.

Zalika mengetap bibir. Punggung terus dilabuhkan di atas pangkin kayu. Zalika melihat Hazri sedang memegang sesuatu.

"Fishing?"

"Dak eh. Aku tengah basuh baju kat sini." Air muka Hazri mula berubah, kurang senang dengan kehadiran sepupu Adli. Dah nampak terang-terang tengah memancing, boleh pula tanya soalan bodoh ni.

Bibir Zalika terus bergerak senget ke kiri.

"Boleh tak cakap baik-baik dengan I? Ini tak, macam nak cari gaduh saja! One more thing, boleh tak jangan cakap utara pekat sangat! I tak faham. Dengan Abang Adli boleh pula you cakap KL." Tanpa berselindung, Zalika meluahkan apa yang tersimpan dalam hati. Dia tak faham setiap kali bercakap dengan Hazri. Bunyi pun lain macam! Nak eja memang tak tahulah. Nak tahu maksud, say goodbye aje la.

"Aku peduli apa? Hang faham ke tak? Lantak kat hang, itu masalah hang. Ini kampung aku! Aku bangga jadi orang utara. Bahasa melambangkan bangsa!"

Air muka Zalika terus berubah! Dia terus bangun.

"You berbeza dengan Kak Liya. Totally 100% different! Kak Liya baik. Cakap pun lemah lembut saja. Bukan macam you! Kasar! Betul ke you kembar Kak Liya?" Zalika mula tak puas hati. Perbezaan mereka berdua memang ketara.

Kali ini giliran Hazri mengetap bibir. Eee... Minah bandar ni! Kalau macam ni, jangan haraplah dia nak dapat seekor ikan pun. Ikan boleh lari dengar suara Zalika. Nyaring! Hazri menoleh.

"Cik Adik oiii... Tengok sini." Jari telunjuk ditunjukkan di wajahnya sendiri.

"Aku ni lelaki... Si Liya tu perempuan! Memang confirm la kami tak sama. Lain jantina. Hang ni tak sekolah ke kat Perth? Atau hang nak aku sekolahkan hang."

"You!" Zalika menghentak kaki beberapa kali. Semakin mendidih rasa marah dalam hati.

"You apa? Boleh diam tak? Nampak tak, aku tengah pancing ikan ni?! Isy... Hingaq la hang ni! Eee... Mulut asyik pot-pet pot-pet aje. Kalau aku tak dapat seekor ikan hari ni, semua salah hang!"

Fokus Hazri kembali semula ke arah parit kecil. Dia sabar menanti ikan makan umpannya. Dapat ikan puyu pun jadilah. Tak henti-henti berdoa. Boleh masak gulai ikan puyu. Dia akan suruh Liya masakkan.

"Hari ni Mak Cik Salmiah masak apa?" tanya Zalika ingin tahu. Dia menanti jawapan daripada Hazri namun masih tiada jawapan. Sunyi sepi!

"Hari ni mak you masak apa lunch nanti?" ulang Zalika dengan nada suara sedikit kuat.

"Isy... Senyap boleh tak?!" marah Hazri. Wajah serius. Kalau macam ni, jangan harap dapat tangkap seekor ikan pun. Tak dapatlah dia nak merasa gulai ikan puyu.

Zalika terdiam. Bibir dijuih ke depan.

"Zalika!"

Zalika menoleh dan tersenyum lebar melihat kedatangan Liya yang sedang membawa sesuatu.

"Kak Liya!"

Liya berjalan menghampiri mereka berdua. Dulang yang dibawa tadi diletakkan dia atas pangkin.

"Ni hah... Kak Liya bawa bihun goreng. Zalika tak breakfast lagi, kan?" Beberapa pinggan kosong dan mangkuk berisi bihun goreng diletakkan dengan berhati-hati di atas pangkin kayu.

"Belum! Kak Liya macam tahu-tahu saja."

Wajah Hazri berubah kelat.

"Nak makan pun, orang kena sedia. Mak dengan Liya pun satu. Hari-hari masakkan untuk Zalika," kata Hazri dengan suara perlahan. Argh... Malas dia nak ambil pusing. Baik dia fokus tangkap ikan. Tumpuan kembali ke arah parit kecil di hadapannya.

"Alamak, terlupa ambil air pula. Zalika panggilkan Adli sekali ya?"

"Kak Liya tak join sekali ke?"

"Kak Liya dah makan! Tunggu sat naaa..." Liya berjalan semula memasuki rumah.

"Kalaulah Kak Liya jadi wife Abang Adli, mesti bahagia! So sweet!"

Semakin lebar senyuman Zalika. Dia membayangkan mereka berdua bersanding di atas pelamin. Sama cantik sama padan! Biar padan muka Rita. Liya jauh lebih cantik dan baik lebih-lebih lagi pandai memasak.

"Apa?!" Hazri menoleh. Walaupun perlahan namun dia dapat dengar.

"Apa salahnya?! Dua-dua single. I tengok Kak Liya macam sukakan Abang Adli. Tiap-tiap hari masakkan untuk Abang Adli. Cara Kak Liya pandang Abang Adli macam orang dah jatuh cinta. Kalau mereka berdua kahwin, kan bagus!" cakap Zalika dengan penuh panjang lebar. Dia nampak semua tu. Gaya Liya pandang dan bercakap memang lain kalau dengan Adli.

"No! Aku tak suka!" bantah Hazri.

"What's wrong?" tanya Zalika dengan penuh tanda tanya.

"Memang tak boleh!" tegas Hazri. Air muka bertukar merah.

Dahi Zalika sedikit berkerut.

"Why? Abang Adli kan BFF you! You kenal kan perangai Abang Adli?!"

"Ya! Adli memang BFF aku. Dia baik, peramah, rendah diri dan penyayang. Tapi hang kena ingat sesuatu, Adli tu jenis setia. Setia pada yang satu. Cinta dia hanya untuk Rita seorang. Walaupun apa Rita dah buat, Adli takkan lupakan Rita. Tiada siapa dapat gantikan Rita dalam hati Adli. Hang tahu, kan?! Kalau hang tak percaya, balik nanti hang tengok gambar siapa dalam dompet Adli."

Zalika terdiam. Lidahnya kelu.

"So, jangan hang pandai-pandai nak satukan depa berdua. Matikan saja hasrat hang tu. Kalau tak, nahas hang aku kerjakan."

Wajah Hazri serius. Awal-awal lagi dia memberi amaran. Macamlah dia tak kenal jenis perempuan macam Zalika ni! Penyibuk! Nak ambil tahu semua hal orang. Jenis perempuan macam ini yang selalu bawa masalah.

"Argh... Tak ada mood nak memancing."

Hazri menarik mata kail dengan kasar. Baldi kosong di sebelahnya diambil dan dibawa masuk ke rumah. Dia terus bangun dan meninggalkan Zalika seorang diri. Bibir terkumit-kamit bercakap sesuatu.

"Zalika! Mak cik nak minta tolong sikit. Ada tak saudara-mara Zalika yang masih single lagi, boleh la tolong kenalkan kat Liya ni. Tak kesahlah duk jauh pun. Asalkan Liya ni kahwin, mak cik dah bersyukur," kata Hajah Salmiah secara tiba-tiba ketika mereka bersembang.

"Mak cik ni kenapa pula nak cari yang jauh? Yang dekat sini pun ada." Zalika menjuih bibir ke arah rumah sewa Adli. Senyuman Zalika penuh makna.

"Laaa... Betul juga! Sebelah rumah pun mak cik tak kesah."

Liya menggeleng kepala beberapa kali. Rasa kurang senang bila diusik seperti itu.

Tiba-tiba Adli dan Hazri melangkah masuk dengan membawa beberapa buah kotak.

Liya tersenyum melihat kelibat Adli.

"Mak nak letak mana ni?" tanya Hazri. Dia mencari tempat untuk letak kotak yang berisi barang-barang yang akan digunakan masa kenduri nanti. Dia dan Adli baru saja balik dari kedai.

"Letak kat belakang pintu. Semua barang dah ada ke?" tanya Hajah Salmiah seraya berjalan mendekati kotak barang yang dibawa masuk tadi. Satu per satu barang diperiksa. Bimbang juga jika ada yang tercicir.

"Ada juga barang yang tak cukup. Rasanya nak kena beli kat supermarket juga. Kejap, mak! Hazri nak ambil barang kat dalam kereta. Ada lagi." Hazri terus menapak keluar.

"Taklah banyak sangat, mak cik! Sempat lagi nak beli esok. Lagipun Hazri dah tunjuk supermarket tu kat mana, senang nak pergi beli nanti," terang Adli.

Esok Hazri ada hal. Terpaksalah dia pergi seorang. Tak kesahlah. Sikit aje barang nak beli nanti.

"Adli pi sorang? Hazri tak ikut sekali ke esok?" tanya Hajah Salmiah hairan. Selalunya depa berdua macam kembar siam. Ke mana saja berdua.

"Ada hal katanya kat fakulti. But, it's okay! Dekat aje supermarket tu."

"Ehhh... Tak boleh," tegah Hajah Salmiah manakala anak mata bergerak ke arah Liya. Tiba-tiba dia dapat idea.

"Isy... Tak boleh. Nanti sesat, susah"

"Mak ni! Perlis kecil aje pun, pusing-pusing pun sampai tempat yang sama. Tak dak eh... Nak sesat." Liya menyampuk.

"Eh... Tak boleh. Liya! Hang kena teman Adli pi supermarket." Anak mata Hajah Salmiah bertemu dengan anak mata Zalika. Seolah-olah ada isyarat rahsia antara mereka berdua.

Zalika mengangguk kepala beberapa kali. Faham di sebalik isyarat mata yang diberi oleh Hajah Salmiah.

Wajah Liya sedikit terkejut dan terpinga-pinga.

"Yalah... Abang Adli ni kalau bab beli barang-barang rumah memang fail. Tengoklah nanti barang yang bukan-bukan dia beli. Kalau Zalika tak ada hal, dah tentu ikut Abang Adli. Please la! Kasihan la kat Abang Adli," rayu Zalika.

"Eh... It's okay! Kalau Liya ada hal, saya boleh pergi sorang-sorang."

"Liya tak sibuk pun. Esok Liya temankan." Liya tersenyum. Kasihan juga biarkan Adli pergi sorang-sorang. Liya sempat menjeling ke arah ibunya. Jelingan penuh makna.

"Thanks, Liya." Adli tersenyum sebelum melangkah keluar dari dapur. Dia baru teringat ada lagi barang yang perlu diangkat masuk.

"Mak!" Renungan tajam diberi pada Hajah Salmiah. Liya dah mula mencekak pinggang.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro