Armaisha|8
SEMUA yang berada di dalam kelas memandang Daisha. Daisha pula masih merasa ketar seluruh badan dengan jantung berdegup laju. Takut!
Ya Allah, siapalah yang aniaya dia sebegini kian rupa. Dia tak pernah buat jahat dekat orang tapi kenapa mereka melayan dirinya dengan jahat sekali?
Harraz masih merenungnya dengan dingin, melihat wajah polos itu dia merasa sedikit kasihan namun gadis itu tetap bersalah kerana membawa barangan terlarang datang ke sekolah. Jadi jangan salahkan dirinya kalau terpaksa mengheret Daisha ke bilik disiplin nanti.
“Aku tanya sekali lagi, jawab jujur. Jangan nak putar belit cerita pula.” Soal lelaki itu dengan dingin.
Daisha menunduk dan menggigit bawah bibirnya, dia tak bawa pun barang make up ke sekolah dan sekali tengok sahaja barang make up tu pun dia sudah tahu bahawa barang tu mahal. Dia manalah mampu nak beli barang mahal macam tu.
Duit pun cukup-cukup makan je.
“Kenapa kau bawa barang ni ke sekolah? Kau tahukan yang kau boleh dikenakan denda sebab bawa barang macam ni datang ke sekolah?” Daisha mengangguk perlahan.
Dia tahu akan hal itu tapi masalahnya sekarang ni barang tu bukan miliknya dan dia sendiri tidak tahu bagaimana barang itu boleh ada dalam beg sekolahnya.
Ya Allah, tolonglah aku.
“Tapi sumpah demi Allah, barang ni bukan milik saya dan saya tak pernah ada barang macam ni. Saya mana mampu nak beli barang mahal macam ni.” Ingin sahaja dia menangis saat ini.
Kenapa susah sangat mereka nak percaya? Dia tak pernah menipu dengan apa yang dikatanya.
“Harraz, aku rasa itu bukan barang dia.” Arman mula menghampiri. Daisha mengangkat wajahnya memandang lelaki itu.
Harraz memandang Arman dengan kerutan di dahi, biar betul lelaki ni? Nak bela ke apa?
“Aku tak bela dia dan aku cuma nyatakan fakta. Dia dari keluarga susah dan dia tak mampu beli barang ni semua. Dan aku rasa ada yang cuba aniaya dia.” Harraz merengus kecil.
Apa yang dikatakan oleh Arman ada betulnya, melihat wajah gadis itu tadi pun Harraz sudah tahu bahawa Daisha tidak menipu. Harraz memusingkan wajahnya menghadap semua pelajar dalam kelas itu, tangannya dimasukkan ke dalam kocek.
“Sesiapa sila mengaku cepat ni barang siapa? Dan kenapa kau nak aniaya budak ni? Kalau tak mengaku cepat, korang tahu je lah nasib korang nanti.” Seisi kelas mula berbisik sesama mereka.
Arin, Sarah dan Helly sudah mula gelabah tapi mereka cuba mengawalnya agar tidak kelihatan sangat. Habis kalau pengawas kutub utara tu tau nanti, tamatlah riwayat mereka di tangan cikgu Sharifah. Tiada siapa yang bersuara dan mengaku. Harraz memandang Arman dan menjongketkan keningnya memberi isyarat.
“Kalau korang tak nak aku guna kekerasan, tolonglah bagi kerjasama sikit. Tak ada ke siapa-siapa nampak pelaku tu?” Kata Harraz dengan keras.
Makin lama boleh naik angin juga dia ni. Benda soalan mudah je nak jawab, apa yang susah sangat mereka nak jawab sebenarnya? Mulut terkunci bagai ada emas je di dalam.
Daisha memandang seisi kelas dengan penuh harapan, harap sangat sesiapa boleh tampilkan diri dan mengaku dia yang bersalah ataupun tampil sebagai saksi kejadian waktu tu.
“Aku ada nampak tadi.” Seorang pelajar lelaki mengangkat tangannya dan tampil ke hadapan.
Daisha memandang lelaki itu, Hazry Eskandar. Ketua kelas mereka. Harraz memandang Hazry dan menunggu jawapan dari mulut lelaki itu.
“Tadi aku ada nampak, Arin dengan Helly duduk dekat meja Daisha masa dia pergi tandas dengan Sarah. Diorang yang letak barang make up tu dalam beg Daisha.” Jelas Hazry.
Daisha dan seluruh isi kelas memandang ketiga gadis itu. Jadi mereka sudah rancang dari awal lagi? Dan sebab tu la Sarah tiba-tiba sahaja mengajak dirinya pergi ke tandas. Rupanya mereka sudah ada agenda tersendiri.
“Kau cakap apa ni Hazry Eskandar?! Jangan main tuduh la!” Bentak Arin.
Harraz berdecit kecil, Arman pula hanya mempamerkan riak kosong.
“Nak buat kerja biarlah clean, ni tak. You guys better follow me or miss Sharifah will make it.” Kata Harraz dengan tegas.
Rengusan kasar terhembus dari mulut Arin, kakinya dibentak keluar dari kelas dan diikuti kedua sahabatnya. Harraz menggeleng perlahan kepalanya.
Ada juga dia potong kaki tu karang.
TAMAT sahaja waktu sekolah, semua pelajar mula pulang. Daisha mengemas mejanya, semua buku diletak elok dalam beg. Usai itu, beg dipikul atas bahu sebelum dia melangkah keluar dari kelas.
Kaki melangkah menuju ke pintu keluar sekolah, sedang dia berjalan, Daisha terpandang Arman yang berjalan berseorang di luar pagar sekolah. Daisha mempercepatkan langkahnya menghampiri lelaki itu.
“ARMAN!” Arman seakan mengenali dan sudah mengagak pemilik suara ini namun dia hanya menghiraukan dan terus berjalan.
Daisha memuncungkan bibirnya. Tak boleh ke Arman berhenti kejap? Orang nak cakap terima kasih je kut pasal tadi.
Sombong betul! Harap cepat tua sebab sombong! Bebel Daisha sendirian dalam hati.
“Tak baik mengumpat belakang orang walaupun sekadar dalam hati.” Teguran Arman menyentak Daisha.
“Mana ada saya mengumpat awak, tak baik main tuduh-tuduh.” Arman hanya menjelingkan matanya.
Macamlah dia tak tahu, kalau dah senyap macam tu, memang jawabnya orang tu mengumpat lah. Manakan tidak kalau bibir tu muncung dengan terkamit-kamit macam baca meterai.
“Saya nak cakap thank you pasal tadi sebab awak tolong saya.”
“Aku tolong kau pun sebab kesian, muka budak macam nak nangis.” Terpanpan Daisha dengan jawapan yang terkeluar dari mulut Arman.
Dia tidak terasa pun kalau Arman kata dia hanya sekadar menolong kerana kasihan tapi apa yang mengejutkan ialah lelaki itu kata bahawa mukanya macam budak nak menangis?
Biar betik atok kau? Baru sahaja ingin membalas, tiba-tiba ada suara jeritan nyaring dari belakang.
“ARMAN TOLONG AKU! WARGH!” Arman dan Daisha serentak memandang ke belakang.
Terkejut Daisha dibuatnya hingga menutup mulut dengan telapak tangan. Harraz yang sedang berlari kerana dikejar oleh seekor babi hutan. Arman menjongket keningnya.
Tak sangka pula dia, kata-kata yang hanya dianggap sebagai gurauan menjadi benar. Mereka hanya memandang Harraz yang dikejar oleh binatang itu sebelum Daisha memandang Arman.
“Tak sangka masin juga mulut awak ni, kesian Harraz. Awak pergilah tolong dia, kesian dia nanti kena sodok lepastu kena samak pula nanti.” Kata Daisha perlahan.
Arman hanya menggeleng kepalanya sebelum melangkah menghampiri Harraz yang sudah di kepung oleh babi hutan itu. Sebatang kayu yang berada di pinggir longkang diambil sebelum dia melibas binatang itu. Apabila binatang itu memandang Arman, terus sahaja lari dengan laju.
Harraz menghembus nafas perlahan.
“Thank you bro, kau dah selamatkan nyawa aku.” Ucap Harraz sebelum terjelopok pengsan ke tanah.
Arman mengeluh lemah. Pengsan pula dah budak ni, Muka je garang macam kutub utara tapi dengan binatang tu pun takut. Daisha hanya tertawa dari jauh.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro