Armaisha|2
“Assalamualaikum.”
Salam diberi sebelum dia menapak masuk ke dalam rumah itu. Pintu di tutup dikunci terlebih dahulu sebelum dia memusingkan badan.
Susuk tubuh tua yang duduk di sofa ruangan tamu dihampirinya. Tangan tua itu dicapai lalu disalami dengan penuh hormat.
Senyuman manis terukir di wajah tua itu.
“Umi, macam mana hari ni? sihat ke? Warung okay?” Soal Arman.
Beg sekolah diletakkan tepi sofa, dia melabuhkan duduk disebelah ibunya dan membaringkan kepalanya diatas riba si ibu.
Perlahan belaian dari seorang ibu terasa di kepalanya.
Manja betul dia.
“Umi okay je, Arman jangan risau. Aliya ada untuk jaga dan tolong umi dekat warung tu. Arman macam mana dengan kelas tuisyen?”
“Arman okay je, cuma penat sikit. Malam ni, ada kelas lagi. Biasalah, kalau dah dekat peperiksaan macam ni, cikgu buat banyak kelas.” Jelas Arman dalam kepenatan.
Dari kelas pagi hinggalah kelas petang, tak berhenti. Jika diberi rehat untuk makan dan minum, dia dan rakan sekelas diberi masa selama 30 minit untuk mengisi perut yang kosong.
Setelah itu, mereka akan menyambung untuk mata pelajaran seterusnya hinggalah kelas petang tamat. Wajah penat si anak diusap lembut sambil tersenyum.
Manja betul dia daripada si adik bongsu itu.
“Kesian anak umi, penat memanjang. Study tu jangan sampai lupa kesihatan diri, jaga pemakanan dah minuman. Jangan sampai ditimpa sakit kelak.” Pesan makcik Salmah.
“Ya umi, Arman selalu ingat nasihat umi dengan abah. Umi, Asyraf tak balik lagi ke? biasanya waktu macam ni dia dah balik rumah.” Kelibatan si abang sulungnya langsung tidak kelihatan.
Abang sulungnya yang merupakan Ketua Pengarah KASTAM Diraja Malaysia. Dia baru sahaja di naikkan pangkat baru-baru ini.
“Asyraf balik lewat sikit katanya sebab ada kerja yang perlu diselesaikan.” Jelas makcik Salmah.
“Arman masuk mandi dululah umi, nak siap pergi kelas malam pula.”
“Arman, nanti berpakaian elok masa nak keluar dari bilik nanti. Kita ada tetamu.” Pesan wanita itu lagi.
“Baik umi.”
Arman bangun dari sofa, begnya dicapai sebelum dia melangkah masuk ke dalam biliknya untuk membersihkan diri.
“LIYA, akak balik dululah. Hari pun dah makin senja ni. Nanti Liya bagitahu umi terima kasih sebab tolong akak semalam, tak terbalas rasanya budi umi Liya sebab tolong akak.” Aliya memandang Daisha dengan wajah penuh kerisauan.
Dia takut jika gadis ini diapa-apakan lagi oleh bapanya sendiri. Bukan dia tidak tahu bagaimana perangai bapa Daisha, sudah ramai orang kampung mengata pasal bapa gadis itu.
Bukan itu sahaja, cemuhan orang kampung mengatakan bahawa Daisha pembawa sial masih tersemat di bibir mereka.
“Akak, tidur sini je lah. Liya risau lah, macam mana kalau jadi apa-apa nanti? Kalau pakcik Azman sakitkan akak lagi macam mana?”
Daisha tersenyum pahit. Sudah terbiasa jikalau disakiti oleh bapa sendiri, perkara yang sudah menjadi makanannya dari dahulu lagi.
Tiada apa yang berubah.
“Inshaallah akak akan okay, jangan risau.” Kata Daisha sekadar ingin menenangkan hati gadis muda ini.
Aliya mengeluh lemah, dia tidak sedap hati. Firasatnya kuat mengatakan ada sesuatu bakal terjadi pada Daisha nanti.
Dan itu membuatkan dia sangat bimbang dengan gadis ini.
“Apa yang Aliya katakan tu betul Daisha. Makcik pun tak setuju kalau Isha balik rumah sekarang, entah apa akan jadi nanti. Isha pun tahu kan ayah Isha tu macam mana?” Wajah makcik Salmah menyapa wajah kedua gadis itu.
Daisha hanya mengangguk lemah.
Daisha tahu itu tapi takkan lah dia nak menumpang rumah orang dan menyusahkan mereka pula?
Kalau boleh Daisha tak mahu menyusahkan sesiapa dengan masalah yang dihadapinya, biarlah dia menyelesaikannya sendiri.
“Isha duduk je dekat sini, kami boleh tengok-tengokkan Isha. Kalau ada apa-apa yang isha perlukan, kami sedia membantu.” Kata makcik Salmah lagi.
“Makcik, Isha bersyukur sangat sebab makcik sudi tolong Isha malam semalam tapi Isha minta maaf sangat. Isha tak nak menyusahkan makcik sekeluarga dan Isha tak nak perkara ni jadi bahan di mulut orang kampung. Apa kata mereka kalau Isha tiba-tiba duduk rumah makcik nanti?” Kata Daisha perlahan.
Cukup sudah panggilan pembawa sial dan malang itu terlekat pada mulut mereka, Daisha tidak mahu ada gelaran baru dari mereka.
Dia lelah dengan buah mulut orang kampung mengatanya.
Jangan nanti dia dicop sebagai perempuan gatal, perempuan murahan sebab nak goda anak teruna orang.
“Pedulikan kata-kata mereka sebab mulut manusia ni kita tak boleh tutup, sampai bila-bila pun perkataan tu akan selalu mereka ingati.” Daisha menoleh pada satu suara garau yang baru sahaja berbicara tadi.
Asyraf yang baru sahaja pulang dari kerja, berhenti dihadapan adik perempuannya dan menyandarkan tubuh pada pintu bilik.
Semua perbualan mereka tadi sudah dia dengari.Rasa simpati terhadap Daisha mula hadir di lubuk hatinya.
“Isha duduk je lah dekat sini, kami risaukan keselamatan Isha.” Daisha menggeleng perlahan.
“Tak apalah abang Asy. Isha balik rumah Isha je, lagipun tak maniskan kalau Isha duduk sini.”
“Dalam rumah ni ramai orang Isha, bukan Isha berdua dengan abang atau adik abang yang sorang lagi tu. Apa yang tak manisnya?”
Nasib sahaja Arman baru pergi ke sekolah untuk menghadiri kelas malam tadi. Kalau dia turut serta dalam hal ni, mungkin dah jadi mesyuarat tingkap gamaknya.
Tapi Arman bukan jenis nak kisah sangat pasal hal orang, dia lebih peduli pada keluarga dan dirinya sendiri.
“Tapi nanti jadi bahan mulut orang kampung kalau Isha ada dalam rumah ni, lebih baik Isha balik rumah Isha je.” Kata Daisha dengan nekadnya.
Asyraf mengeluh kecil. Kalau dah gadis itu nekad dengan kata-katanya,apa lagi mereka mampu lakukan?
“Tapi kalau ada apa-apa jadi, akak telefon kitorang tau. Liya tak nak ada apa-apa jadi dekat akak.” Daisha tersenyum kecil.
“Akak tak ada telefon,Liya. Dari dulu akak tak pernah ada telefon dan akak tak tahu sangat telefon tu apa. Kalau akak ada sekalipun benda tu, akak tak pandai pakai.” Kata Daisha.
Biarlah mereka nak kata dia ni tidak mengikut pengedaran masa ke apa. Kalau dah memang dia tak tahu, dia memang tak tahu benda tu.
Jangan dipersoalkan kenapa.
“Daisha!” Tempikan suara itu mengundang kejutan mereka.
“Kau keluar sekarang sebelum aku heret kau! Daisha! Kau dengar ke tak aku panggil ni!” Tempikan suara encik Azman menujah ke gegendang telinga.
Daisha ingin keluar tapi di halang pula oleh Aliya, gadis itu menggelengkan kepalanya pada Daisha.
“Jangan kak, bahaya.” Katanya dengan kerisauan.
“Tapi kalau akak tak keluar nanti jadi tarikan pada orang kampung, Liya.” Balas Daisha.
“Isha duduk sini, biar makcik yang cakap dengan ayah Isha.” Belum sempat Daisha membalas, sosok tubuh itu berlalu pergi.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro