Armaisha|1
TANGISAN si anak kedengaran di cuping telinga si bapa. Namun begitu, si bapa tidak mengendahkan tangisan si anak itu.
Libasan demi libasan terkena di badan si anak hingga berbirat biru tubuh gadis itu.
"Ayah... sakit..." Rintihnya dalam esakan.
Tidak tertanggung rasa kesakitan di badan ini. Tali pinggang si bapa setia memukul badan gadis itu.
Langsung tiada belas ehsan terhadap satu-satunya puteri yang dia ada.
"Aku nak duit! kau faham tak?! Apahal kau susah sangat nak bagi aku duit tu?!"
"I-Isha tak ada duit ayah, a-ayah dah ambil semua duit Isha..." Tersedu-sedan Daisha berbicara.
Jawapan gadis itu mengundang lagi amarah Encik Azman, libasan makin di kuatkan. Kesan calar di badan gadis itu mula kelihatan, ada juga tempat yang sudah mula berdarah.
Daisha terjerit kerana menanggung kesakitan yang teramat. Tangisannya tidak berhenti-henti.
"Ay-ayah... sa-sakit..."
"Aku cakap aku nak duit bodoh! Kenapa kau tak faham bahasa?! Aku tahu kau masih ada lagi duit tu kan?!" Daisha menggeleng.
Ya Allah, tolonglah. Daisha perlukan duit tu, kalau encik Azman mengambil duitnya, apa yang dia nak makan esok?
Macam mana dia nak bayar hutang sekolah yang sudah tertangguh sebelum ni?
Ya Allah, bantulah dia. Dia sangat lemah ketika ini.
"Jangan tipu akulah, Daisha Amani! Aku tahu kau ada lagi duit sebab kau kerja dekat warung Salmah tu kan?!" Tanpa mendengar balasan si gadis, lelaki separuh abad itu menyelongkar almari di dalam biliknya.
Satu per satu laci dibuka. Daisha bangun dalam keadaan lemah dan menghampiri bapanya. Dia cuba menghentikan tindakan encik Azman.
Setiap kali dia cuba menghalang perbuatan bapanya, dia ditolak, pipinya ditampar dan di tendang oleh lelaki itu.
Daisha terbaring lemah, dia sudah tidak berdaya untuk bangun. Encik Azman tergelak sinis saat ternampak sebuah kotak di dalam almari gadis itu. Kotak itu diambil lalu dibuka, di dalam kotak itu berisi jumlah wang tidaklah begitu banyak tapi boleh dibelanjakan untuk makan minum.
"Ini ke yang kau kata tak ada sangat tu?" Encik Azman mengambil duit itu dan memasukkan ke dalam kocek seluar.
Kotak itu dilemparkan mengenai wajah Daisha, saat ingin melangkah keluar daripada bilik gadis itu, Daisha memegang kaki bapanya.
Dia tidak ingin melepaskan kaki bapanya sehingga encik Azman memulangkan semula wangnya.
"Ayah, tolonglah. Daisha perlukan duit tu, nanti Isha nak makan apa? Ada banyak benda Isya nak bayar dekat sekolah." Rintihan Daisha tidak diendahkan.
Encik Azman menolak kasar tubuh Daisha hingga tubuh gadis itu tersungkur mencium lantai.
Dia berlalu pergi meninggalkan gadis itu dalam keadaan masih menangis
"Ayah! Ayah tolonglah! Pulanglah balik duit Isha! Ayah!"
Tempikan itu langsung tidak dihiraukan. Daisha menjerit kuat dan sepuas hatinya dalam tangis.
Ya Allah, kenapa dia diuji sampai begini sekali? Apa salah dan dosanya sampai dia diperlakukan sebegini rupa oleh sosok seorang ayah.
Dari kecil dia diseksa oleh si bapa dan hingga kini, keadaan masih begitu.
Tidak pernah berubah.
"Ya Allah, bantulah aku. Aku hambamu yang sangat lemah, sampai bila aku harus bertahan dengan segala penyeksaan yang dilakukan oleh bapaku, Ya Allah. Aku sudah tidak berdaya lagi untuk menghadapi dugaan yang kau berikan padaku."
Rintih Daisha dalam esakan, dia mula jatuh terbaring dalam keadaan lemah.
Kepala sudah mula berdenyut dan menyucuk dirinya. Kesakitan kian terasa, perlahan matanya terkatup rapat.
Daisha pengsan.
TERASA sejuk di bahagian dahinya, Daisha membuka kelopak matanya dan memandang siling sebelum melilau memandang sekeliling.
Matanya tertancap pada susuk tubuh tua yang sedang mengelap tangannya dengan kain yang basah.
Seakan perasan dengan pandangan Daisha, wanita itu berpaling pada Daisha dan tersenyum manis.
"Alhamdulillah, syukur Daisha dah sedar, nak." Daisha bangun perlahan dengan bantuan wanita itu.
Dia bersandar di kepala katil. Dia merasa pening buat seketika, masih jelas di ingatannya hal kejadian malam semalam.
Tapi bagaimana pula dari rumahnya, dia pergi ke rumah makcik Salmah? Sejujurnya, dia tidak mengingati langsung apa yang terjadi setelah dia jatuh pengsan.
"Macam mana Isha boleh ada dekat sini makcik?" Soal gadis itu dengan polos.
Makcik Salmah hanya tersenyum, tangan gadis itu dicapai dan digenggam erat.
"Semalam, masa makcik dengan pakcik Yusoff dalam perjalanan pulang, kami ternampak yang pintu rumah Daisha terbuka luas. Makcik risau kalah rumah Isha kena masuk perompak ke apa, jadi makcik ajak pakcik untuk tengok-tengokkan keadaan kamu." Daisha hanya diam.
Dia hanya mendengar cerita dari makcik Salmah itu. Tapi sepertinya dia sudah dapat agak daripada cerita makcik Salmah.
Mesti dia dibawa oleh pakcik Yusoff pulang ke rumah pasangan ini.
"Masa kami masuk, semua barang bersepah. Makcik cari kamu, bila makcik masuk bilik, makcik terkejut sebab Isha terbaring lemah dekat lantai dengan keadaan tak sedarkan diri. Makcik minta pakcik Yusoff untuk dukung kamu ke rumah kamu. Keadaan dah darurat sangat, ini melibatkan nyawa Isha sendiri." Daisha tersenyum kelat.
Andai sahaja makcik Salmah dan pakcik Yusoff tidak membantunya semalam, mungkin dia sudah berada dibawah tanah.
Dan bertemu ibunya di syurga. Dia teringin nak jumpa ibunya, sejak lahir dia tidak pernah mendapat kasih sayang dan belaian seorang ibu kerana ibunya sudah lama pergi dan meninggalkannya sewaktu dia lahir.
"Alhamdulillah, makcik bersyukur bila doktor kata kamu masih selamat." Kata wanita itu sambil memanjat kesyukuran.
Daisha berterima kasih pada makcik Salmah, kalau tiada pasangan ini membantunya malam semalam. Mungkin dia sudah mati terlantar di lantai.
Syukur sahaja Allah masih meminjamkan nyawa ini padanya.
"Isha. Dalam beberapa hari ni, Isha tak perlu pergi sekolah." Bicara wanita itu mengundang kerutan di dahi Daisha.
"Kenapa makcik?"
"Sebabnya, Isha demam dan badan Isha terlampau lemah akibat kena dera dengan ayah Isha. Doktor kata, Isha kena banyak berehat, kumpul tenaga dulu. Boleh?" Daisha hanya akur.
"Satu lagi, hari ni Isha tak perlulah buat nasi lemak macam selalu dan kerja dekat warung makcik." Daisha menggeleng.
Kalau dia tak kerja dan cari duit, macam mana dia nak teruskan hidup? Bagaimana dia nak cari makan kalau dah duit tak ada?
Jika mahu mengharapkan ayahnya, sampai bila pun takkan dapat kerana ayahnya selalu meminta dan memaksanya untuk memberikannya duit walaupun Daisha tak rela.
"Kalau Isha tak kerja, macam mana Isha nak cari makan makcik?" Allahhuakhbar, sebak rasa hati tua itu mendengar luahan hati si gadis ini.
Ya Allah, kuat sungguh hati anak ini dalam menghadapi ujian dunia. Diuji dengan ketiadaan ibu sedari kecil, diuji dengan kezaliman seorang bapa dan diuji dengan cemuhan dari orang kampung yang menganggap diri gadis itu sebagai bala.
Dalam keadaan sebegini pun, dia masih memikirkan kerja. Mencari sumber rezeki demi sesuap makanan. Allahu...
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro