60
Akhirnya sampai juga ke destinasi. Daniel tersenyum senang memandang satu bangunan yang baru siap dibina di hadapannya. Dia mengalihkan pula matanya ke arah isterinya.Aisyah yang masih lagi lena dibuai mimpi itu ditatapnya lama. Pasti Aisyah terlalu penat.
"Sayang..Bangun.."kejutnya sambil mengusap pipi mulus Aisyah
"Awak kita kat mana ni ?"soalnya sebaik sahaja tersedar dari lenanya.
"Jom , I want to show you something" ajaknya lalu keluar dari kereta begitu juga dengan Aisyah
"Awak kita nak buat apa dekat sini ?" soal Aisyah pelik
"Cuba awak tengok klinik yang ada dekat depan kita sekarang" katanya
"Nak buat apa dekat klinik ni ?"soalnya lagi . Entah apa yang berlaku pada suaminya pun dia sendiri tak tahu.
"Klinik Tengku Aisyah" sebutnya
Aisyah masih lagi tak faham dengan apa yang berlaku sebenarnya. Daniel melepaskan keluhan.
"Awak ni klinik kita berdua.."jelas Daniel tenang
Aisyah memandang suaminya gembira.
"Awak betul ke ni?"soal Aisyah tidak percaya
Daniel membalas dengan anggukan seraya segaris senyuman diukirnya.
"Thankyou awak !"ucap Aisyah lalu memeluk suaminya
"Sama-sama"balasnya gembira
❤️❤️❤️❤️❤️
Syafiq tergopoh gapah mencari telefonnya didalam beg yang digalasnya.Tanpa dia sedar , dia terlanggar seorang perempuan dihadapannya.
"Sorry cik"ucapnya lalu memandang perempuan dihadapannya.
"No its okay" balasnya lalu memandang lelaki dihadapannya.
Mereka bertentang mata buat beberapa saat.Syafiq mengalihkan anak matanya ke arah lain.
"Syafiq ?"kata wanita dihadapannya
Syafiq malah menghiraukannya. Syafiq melangkah pergi meninggalkan gadis itu.
"Syafiq wait !" pintanya supaya Syafiq berhenti
"Kau nak apa lagi Betty ?"bentaknya
"I have something to tell you"katanya sayu
"Then just say it" bentaknya malas ingin memanjangkan cerita.
"I nak minta maaf pada you for everything.. I tahu I banyak salah pada you.. I tak boleh nak salahkan you , kalau dah memang kita takde jodoh..I hope you will find a true love oneday" sayu sahaja wajahnya saat itu
Syafiq hanya memandangnya tanpa berkata apa-apa.
"And one more thing. I just want to say good bye , maybe kita takkan dapat jumpa dah.." jelasnya sayu
"Why ?"soal Syafiq sekilas pandang
"I dapat tawaran untuk jadi Chef di Australia..And yah , that was my dream.. So I will follow my passion" jujurnya lalu pergi meninggalkan Syafiq disitu. Belum sempat Batrisya pergi , Syafiq menarik tangannya agar tidak meninggalkannya.
"Isya please maafkan aku.."pintanya pada gadis itu.Isya adalah gelaran yang direka oleh Syafiq sendiri buat gadis itu dahulu.
"Aku dah lama maafkan kau fiq.." jelasnya lalu meleraikan tangan yang ditarik oleh Syafiq tadi.
"Sya aku cuma nak kau tahu yang aku masih sayangkan kau..Walaupun mungkin kita takde jodoh..Tapi aku tetap sayangkan kau..Semoga kau berjaya kat sana..And please jangan lupakan aku.." akhirnya terluah juga segala apa yang ingin diluahnya selama ini
Batrisya mengangguk lemah. Berat sebenarnya untuk dia tinggalkan Malaysia , namun itulah impiannya dan dia tak akan sia-siakan peluang yang ada .
❤️❤️❤️❤️❤️
Hani tercungap-cungap mencari nafas sebaik sahaja dia menemukan Aisyah. Bukan main penat dia mengejar gadis itu.
"Ye kenapa cik ?"soal Aisyah pelik sambil memandang gadis dihadapannya
"Akak nak cakap kejap boleh ?" soal Hani
Aisyah membalas dengan anggukan lalu mereka melabuhkan punggung di atas kerusi berdekatan mereka.
"Kenapa kak ?"soal Aisyah setelah kian lama berdiam diri
"Nama akak Hani , Aisyah masih ingat akak ?" soalnya
"Maaf kak , tapi Aisyah lupa" balasnya serba salah
"Takpelah , tujuan akak datang jumpa Aisyah sebab akak nak minta maaf atas pihak adik kakak" jelasnya berterus terang
"Minta maaf ? Sebab apa ?"soalnya hairan
"Aisyah satu universiti dengan Iris kan ?" soal nya lagi
Aisyah membalas dengan anggukan.
"Kami sekeluarga tahu yang Iris dah hantar sihir pada Aisyah..Akak minta kamu maafkan Iris ye..." luahnya dengan nada bersalah
"Saya dah lama maafkan Iris..Saya takde rasa dendam sikit pun dengan Iris..Saya terima mungkin ini semua ujian dari Allah" katanya lalu senyuman manis diukirnya
"Baiknya kamu ni Aisyah..Kalau Aisyah nak tahu , Iris sebenarnya dah lama menghidap penyakit mental..Dah bertahun-tahun kami sekeluarga bawa jumpa Iris pada psikiatris tapi semuanya tak berjaya.."akhirnya terluah juga apa yang ingin diluahnya
"Ouh..Maafkan saya kak..Saya tak tahu tentang semua ni..Saya harap akak sekeluarga bersabar dengan semua ni.. Saya doakan semoga Iris sembuh seperti biasa.." katanya memberi semangat
"InsyaAllah..Boleh akak minta nombor Aisyah ? Iris dah lama nak jumpa dengan Aisyah..Dia menyesal atas segala perbuatan dia dekat kamu.." wajah manis Aisyah ditatapnya sayu
"Boleh je kak..Ni nombor Aisyah , Insya Allah kalau ada masa Aisyah pergi melawat Iris.. Aisyah nak kena pergi , suami Aisyah dah tunggu..Assalamualaikum" ucapnya seraya bangun dari kerusi lalu berpelukan dengan Hani
"Waalaikummussalam"
Hani Syuhada ke tu ? Wow , dia dah insaf guys😂 Tapi betul ke Hani tu dah berubah , ke dia ada agenda lain ? Korang agak-agak apa ehh ? Dont forget to vote and share with your friends ! Thankyouu ❤️
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro