Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

51

Hampir 3 hari dia menginap dirumah keluarga Aisyah . Dia bersyukur kerana semakin hari , Aisyah semakin ceria. Biarlah keadaan semuanya reda dahulu , barulah dia dapat memikirkan tentang perkahwinan mereka. Dia juga faham bukan mudah bagi untuk Aisyah lalui semuanya.

Drama korea bertajuk "Strong Woman Do Bong Soon" itu menjadi pilihan mereka untuk ditonton. Watak comel Park Bo Yong sedikit sebanyak mencuit hati Aisyah.Daniel gembira dapat melihat senyuman gadis itu.

"Awak , saya nak pergi beli goreng pisang kejap..Awak nak ikut tak ?"soal Daniel setelah kian lama berdiam diri

"Awak pergilah..Saya takde mood nak keluar..Tapi jangan lama sangat tau.." pesannya sekilas pandang

Daniel mengangguk lalu menuju ke biliknya untuk mengambil dompet. Saat dia sedang mencari dompetnya didalam bagasi , tanpa dia sedar frame gambarnya bersama seorang lelaki terjatuh dari bagasinya . Dia keluar dari biliknya setelah menjumpai dompetnya.

❤️❤️❤️❤️❤️

Kata-kata Doktor Khuzairi kelmarin masih lagi terngiang-ngiang dikepalanya. Dia sedar selama ini dia sudah banyak buat dosa.Semua yang dikatakan doktor itu , semuanya benar . Dia hanya inginkan seseorang yang betul-betul ikhlas menyayanginya. Dia berazam untuk berubah dan bertaubat .

Tanpa dia sedar air matanya bercucuran jatuh. Dia kesal dengan segala perbuatannya selama ini.

Tok Tok Tok

Dia mengalihkan badannya ke arah lain saat doktor muda itu masuk .

"Selamat pagi..Macam mana , do you feel better ?"soal doktor khuzairi mesra

Luna tidak membalas

"Luna ? Are you okay ? Why are you crying ?" soalnya cemas

"Doktor..Tolong saya..Tolong telefon semua family saya..Saya nak jumpa dengan mereka.. Please.."rayunya dalam tangisan

Doktor muda itu membalas dengan anggukan . Tanpa melengahkan masa dia menelefon ahli keluarga pesakitnya itu.

❤️❤️❤️❤️❤️

"Ishh mana charger fon aku ni?"soalnya sendirian

Aisyah mencari diseluruh biliknya namun tetap tiada.Dia mencari pula di ruang tamu namun tetap tiada. Dia mengambil keputusan untuk masuk ke bilik abangnya yang mana Daniel sedang guna.

Saat dia sedang mencari charger telefonnya di sekeliling bilik , dia terlanggar satu frame gambar di bawah katil.

"Frame siapa pula ni ?"soalnya sendirian

Dibahagian belakang frame itu , dia terbaca satu ayat 'sahabat selamanya..tolong jaga dia untuk aku.. -amir' . Dia tersenyum saat membaca ayat itu.Tiada dia sangka rupa-rupanya Daniel itu mempunyai kawan baik yang dia sendiri tidak kenal. Dia memusingkan frame itu untuk melihat gambar Daniel dan rakannya itu.

Frame itu terjatuh dari tangannya saat dia melihat gambar lelaki yang bersama dengan Daniel. Dia terdorong jatuh ke atas lantai . Tiada dia sangka selama ini Daniel mencintainya kerana dipaksa .

"Assalamualaikum" sapa Daniel saat masuk kedalam rumah . Salamnya dibalas mesra oleh Tuan Ismail dan Puan Siti yang berada di dapur . Dia bergegas menuju ke ruang tamu ingin berjumpa dengan Aisyah , namun dia tiada disitu. Dia mencari pula di bilik Aisyah , namun masih tiada . Dia bergegas ke biliknya kerana hanya tempat itu sahaja yang belum dicarinya.

"Laa..Kat sini pun awak..Awak buat apa kat sini..Ni saya ada belikan goreng pisang untuk awak..Jom makan.."ajaknya mesra

"Daniel tolong jujur dengan saya boleh ?"

"Kenapa awak pilih saya untuk jadi teman hidup awak ?"soalnya tegang

"Sebab saya cintakan awak" balasnya jujur

"Awak tipu" nafinya

"Buat apa saya nak tipu awak..Saya ikhlas sayangkan awak..Cintakan awak..."jujurnya

Aisyah menundukkan mukanya menahan air mata. Dia mengambil frame gambar yang dipijaknya tadi lalu ditunjukkan kepada Daniel

"Ni apa ?"soalnya menahan diri dari menangis

"Mana awak dapat frame tu ?"soalnya cemas

"Jadi betullah..Awak cintakan saya sebabtu amanah dari arwah abang saya ?"soalnya lalu air mata bercucuran jatuh

"Aisyah awak kena dengar dulu penjelasan dari saya.."pintanya

"Cukuplah Daniel..Saya dah penat dengan semua permainan awak.."balasnya lalu menepis tangan Daniel

"Daniel kenapa ni ?"soal Puan Siti setelah mendengar sedikit pergelutan dari dapur

"Mak..Mak pun tahu kan hal sebenar ?" soalnya pasrah

Puan Siti hanya berdiam diri

Aisyah mula menangis teresak-esak . Esakannya membuatkan Daniel dan Puan Siti termasuk Tuan Ismail risau .

"Awak..Saya bukannya taknak ceritakan hal sebenar..Tapi saya perlukan waktu.." luahnya sambil memegang erat tangan gadis itu

"Betul tu nak..Maafkan mak dengan ayah..Kami tak pernah berniat nak rahsiakan semua ni dari adik..Tapi mak tahu kalau mak jujur pasti Aisyah akan sedih.."luahnya sambil memeluk anak gadisnya itu

Dia melepaskan pelukan dari ibunya . Dia mengesat air matanya dari terus jatuh.

"Aisyah nak bersendirian" katanya lalu bangun dan bergegas masuk kedalam biliknya .

Lastly terbongkar juga rahsia Daniel.. Kesian Aisyah , lepas satu-satu masalah datang..Kenapalah semua orang tak boleh bersikap jujur dengannya.. 🤬
Please vote , Thankyou ! ♡

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro