50
Sekeping frame gambar dipeluknya erat. Hancur hatinya saat mengetahui perkara sebenar tentang dirinya.Dia bukanlah anak kepada seorang yang dianggapnya ibu.
Sakit lagi hatinya , saat mengetahui bahawa ibu kandungnya membuangnya saat dia masih bayi ! Air mata yang dari tadi diseka dari mengalir akhirnya bercucuran jatuh.
Dia cuba menahan sebak didada namun apakan daya , air mata menguasai dirinya.
❤️❤️❤️❤️❤️
Hatinya tak henti-henti mengatakan ada sesuatu perkara buruk sedang berlaku pada Aisyah. Kerisauannya membuatkan dia terpaksa pergi ke Kedah ingin melihat keadaan Aisyah.
Dia mengemas barang-barangnya lalu sekeping gambar diletakkan didalam beg.
"Bik beritahu papa dan mama , Daniel pergi Kedah jumpa Aisyah" ujarnya lalu menghidupkan keretanya.
Dia memecut keluar dari perkarangan rumahnya.
❤️❤️❤️❤️❤️
Keadaan disitu menjadi hening setelah Aisyah mengurungkan diri didalam bilik. Mereka masing-masing merisaukan Aisyah . Mereka sedar tak sepatutnya mereka buka mulut. Namun rahsia takkan kekal lama. Sepandai-pandai tumpai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga.
"Maafkan saya kak..Saya tak ada niat nak putuskan hubungan kak dengan Aisyah.. Cuma saya..Saya terlalu rindukan anak saya kak.."luahnya setelah sekian lama berdiam diri
Puan Siti hanya mampu berdiam diri. Walaupun hatinya masih sakit , namun dia terpaksa menguatkan diri .
❤️❤️❤️❤️❤️
Mimpi buruk itu menyedarkannya daripada lena.Dia meraup wajah halusnya. Dia melihat sekeliling dan ternyata dia berada di hospital . Keluhan lega dilepaskan.
"Nurse ! Nurse" jerkahnya memanggil
"Ya Kenapa cik Luna ?"soalnya risau
"Aku nak makan ! Dan sampai bila aku kena duduk dekat sini hah !"bentaknya
"Tapi cik Luna tak boleh makan lagi.. Doktor suruh saya pantau waktu makan Cik Luna.." jelasnya dengan tergagap
"Erghh ! Menyemak je ! Habistu kalau aku mati kebuluran dekat sini macam mana !" jerkahnya lalu jelingan tajam diberinya
"Cik Luna ! Tolong jangan kurang ajar dengan nurse bawahan saya !" jerkah Doktor Khuzairi
Dia membalas dengan jelingan
"Sampai bila aku kena duduk dekat sini ?" soalnya kasar
"Sampai family cik Luna datang bawa cik Luna pulang" balasnya berbaur sindiran
"Suri tolong keluar , I need something to discuss with her" jelasnya memberi arahan
"Kau nak apa hah ?"soalnya berserta jelingan benci diberinya
"Sampai bila Cik Luna nak bersikap macam ni ? Kurang ajar dengan semua orang..Awak takde rasa bersalah ke ?" katanya membuka mulut . Sudah lama dia bertahan dengan sikap gadis itu.
"Kau sibuk apehal !"degusnya
"Luna , luna , i know awak ni dulu seorang yang sangat baik.. But what happen ?" soalnya sambil memandang gadis dihadapannya dengan sayu
"Mana kau tahu aku baik dulu ? Kau tak kenal aku !"degusnya lalu berpaling ke tepi
"Yah , saya dah lama kenal awak luna.. cuma awak je yg tak cam saya siapa.. Luna if you dont have a listener i can be , just make sure that you are happy.. Jangan siksa diri awak..Saya tahu awak taknak pun jadi macamni..Saya tahu dari dalam sudut hati awak tu , awak cuma perlukan seseorang yang sangat faham awak.. But everyone that you love leave you.." katanya panjang lebar
"What do you mean , you know me ? I never know you ! Berlagak je lebih.. Sudahlah doktor , awak tak rasa apa yang saya lalui , biarlah saya tanggung sendiri.. Sakit saya , perih saya semuanya saya lalui sendiri.." luahnya sayu
"Saya tahu luna..Tapi awak tak perlu keraskan hati awak untuk semua orang.. Tak semua orang jahat seperti yang awak sangkakan..And you dont need to be like this.. If you want everyone to love you,buat baik..Bukannya kurang ajar dengan semua orang..If you being that way , siapa je yang tahan dengan sikap awak ? Berubahlah Luna , change for yourself.. Make yourself happy first..Jangan paksa diri awak.." nasihatnya panjang lebar lalu keluar dari bilik pesakitnya itu.
❤️❤️❤️❤️❤️
Kehadiran Daniel di rumah itu disambut mesra oleh Puan Siti dan Tuan Ismail . Seperti yang dia sangkakan , rahsia yang disimpan erat oleh Daniel dan Tuan Ismail sekeluarga pasti akan terbongkar suatu hari nanti , keluhan berat dilepaskan .
"Makcik dah berapa lama Aisyah berkurung dalam bilik ?"soalnya risau setelah kian lama mendiamkan diri
"Dari pagi tadi.. Makcik risaulah Daniel.. Dia belum makan apa-apa lagi.."balasnya dengan nada risau
"Takpe , biar Daniel cuba pujuk Aisyah.. Makcik bagi saya space untuk berdua sekejap dengan Aisyah"katanya meminta izin
Puan Siti dan Tuan Ismail hanya membalas dengan anggukan lalu bangun meninggalkan Daniel bersendirian.
Tok Tok Tok
"Awak.. Saya datang ni.. Awak kenapa ni ? Janganlah macam ni.. Awak tahu tak , awak bukan je merisaukan mak dengan ayah awak tapi awak juga merisaukan saya.. Aisyah , saya kenal awak.. Awak bukan seorang yang mudah mengalah macam ni.. Aisyah yang saya kenal , Aisyah yang sangat kuat..Walaupun langit tak menyebelahinya namun dia tetap kuat..Awak saya ada untuk awak luahkan segala-galanya.. Please , jangan buat macam ni..Saya sayang awak.. Saya taknak nanti awak sakit.. Family awak semuanya sayangkan awak..Aisyah , buka pintu ni please.."pujuknya panjang lebar di depan pintu
"Daniel..Awak tak perlu datang dari jauh-jauh semata-mata nak pujuk saya.. Sorry to say , tapi saya perlukan ruang.. Hati saya ni sakit sangat..Awak tak rasa apa yang saya rasa Daniel.."luahnya dalam esakan
"Yes i know you need a space , tapi janganlah sampai seksa diri awak..Please jaga makan awak..Janji dengan saya lepasni awak kena makan walaupun sedikit sehari" katanya memujuk
Aisyah mengesat air matanya , lalu senyuman manis diukirnya . Entah mengapa hatinya sedikit tercuit dengan kata-kata Daniel . Comel sangat . Dah macam Aisyah tu budak-budak pula .
Dia memulas tombol pintu untuk bertemu dengan lelaki itu .
"Aisyah..Awak..Tolong jangan buat macamni lagi please ? Janji dengan saya... Boleh ?" soal Daniel sambil memandang redup mata gadis itu.
Walaupun hatinya berat untuk katakan ya , namun dipaksa kuatkan dirinya demi lelaki yang dicintainya itu.
"Dah jom makan.."ajak Daniel sambil menarik tangan gadis itu
"Awak..Boleh tak kalau kita tak makan dekat
dapur..Buat masa ni , saya taknak jumpa mak dengan ayah saya..Saya.." belum sempat Aisyah menghabiskan ayatnya Daniel mengangguk tanda mengerti apa yang ingin dikatakan gadis itu .
Hshshs , korang agak-agak lah kannnn bilalah rahsia Daniel tu terbongkar ?
Btw , Thankyou still baca until now ! Love You Guys and please vote 🙏❤️ Syukran Jazila semua ♡♡
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro